
Prompt #2
Taufu fa: gula merah VS gula putih
----
Petang itu Noah pulang kerja lebih lambat dari biasa. Tadi pukul 4:30 dan dan je boss bagi dia fail kes baru untuk diperiksa.
Sampai Noah sedar-sedar je, jarum jam dekat atas meja kerja dia dah jejak pada angka 6 petang. Dia ada masa sejam saja untuk segera pulang ke rumah sebelum Ibu bebelkan dia kalau balik maghrib maghrib.
Tapi sebelum balik rumah, Noah berhenti dulu di tepi jalan yang ada banyak khemah-khemah peniaga kecil-kecilan yang menjual beraneka macam makanan.
Ada yang jual ayam golek, nasi kukus, takoyaki, lokcing, air tebu. Macam-macam lah. Tapi tujuan Noah cuma satu.
Khemah yang jual taufu fa.
Tak tahu lah kenapa tapi Noah daripada kecik lagi memang gilakan taufu fa. Kalau boleh setiap hari WAJIB makan taufu fa. Dah macam solat fardhu 5 waktu sehari.
Noah sekurang-kurangnya kena makan taufu fa juga sehari sekali.
Kalau tak dapat, dia boleh meroyan.
Nanti mulalah kes mandi tak basah, tidur tak lena dan makan tak kenyang.
"Mak Mah!" Sergah Noah sebaik sahaja tiba di gerai yang menjual taufu fa dan air soya yang menjadi langganan tetap Noah sejak beberapa bulan kebelakangan itu.
"Mak kau rainbow!" Perempuan tua yang sedang mengelap meja jualannya itu melatah. Nyaris sahaja dia hendak melempar kain lap di tangannya itu ke muka Noah.
"Budak bertuah! Tak reti bagi salam elok-elok ke?!" Marah Makcik Salmah yang mesra dipanggil Mak Mah itu.
Noah ketawa puas. Suka betul dia dapat mengusik Mak Mah ini.
"Hehehehe. Assalamualaikum, Mak Mah cantikkkk. Noah pangeran ganteng dah sampai hehehe." Balas Noah lagi.
Mak Mah tarik muka. Kain lap diletakkan ke tepi sebelum dia kembali bersuara.
"Lambat balik harini? Ada banyak kerja ke kat opis tadi?" Tanya Mak Mah, ramah.
Oh jangan terkejut. Mak Mah dengan Noah ni dah jadi geng.
Semuanya sebab hari-hari muka Noah Aaric sahaja yang datang membeli taufu fa gula merah di gerai kecil Mak Mah ini.
"Haah Mak Mah. Last minute tadi dapat kerja baru." Noah mengeluh. Matanya memerhatikan air soya yang ada di hadapannya ini.
Dahi Noah berkerut apabila melihat tiada taufu fa gula merah di atas meja jualan Mak Mah ini. Yang adanya, semua gula putih.
Dah sudah. Noah mula tak sedap hati.
"Mak Mah, taufu fa gula merah dah habis ke?" Tanya Noah.
"Habis dah Noah.... Mak Mah ingatkan kamu tak datang harini. Itu yang Mak Mah tak simpankan tu...." Balas Mak Mah, mula rasa bersalah.
Muka Noah terus berubah 180 darjah. Mulutnya sudah muncung sedepa. Sikit lagi nak menangis gamaknya jantan sorang ni.
Sampai lah tiba-tiba ada satu suara,
"Makcik, saya nak taufu fa satu dengan air soya satu. Kurang ais tau."
Noah menoleh, matanya bertembung dengan sepasang iris berwarna coklat hazel milik gadis di sebelahnya ini.
"Cantiknya..." Puji Noah yang tanpa sedar, dia cakap kuat-kuat.
Muka gadis di sebelah itu sudah lain macam. Dia jeling saja Noah sebelum kembali memandang kepada Mak Mah yang sedang menyiapkan pesanannya tadi.
"Tapi tinggal gula putih je dik. Takpe ke?" Tanya Mak Mah, memastikan.
"Oh takpe, Makcik. Saya lagi suka gula putih dari yang gula merah." Balas si gadis cantik di sebelah Noah itu.
"Eeee psycho!" Cemuh Noah. Bukan main lagi dia judge perempuan di sebelahnya itu.
"Excuse me???" Si gadis menoleh ke arah Noah dengan muka tak puas hati.
"Apa?" Noah angkat dagu, buat muka tak bersalah.
"Apa yang psycho psycho?!" Tanya gadis ayu itu, dengan nada jengkel.
Noah cebik bibir.
"You lah. Psycho. Dalam dunia ni, taufu fa gula merah yang paling sedap tau!" Balas Noah selamba.
"Eh suka hati lah orang nak suka gula putih ke, gula merah ke. Yang you sibuk sangat kenapa?!" Marah si gadis itu lagi.
"Noah, dengan perempuan pun kamu nak ajak bergaduh ke Nak..." Mak Mah dah speechless. Tak tahu nak buat apa bila dua pelanggannya sedang bertekak di gerainya itu.
"Eeee noob. Gula putih tak sedap! Tawar! Takde rasa!" Cemuh Noah lagi, tak mahu mengalah.
"Daripada kau, gula merah manis manis tu nak pergi hospital potong kaki ke?!" Balas si gadis yang sama-sama keras kepala.
"Gula merah tak manis sampai tahap potong kakilah!"
"GULA PUTIH TU TAK TAWARLAH!"
Dan kesudahannya, petang itu Noah mandi air soya di depan gerai Mak Mah disebabkan dijirus dengan gadis cantik yang bernama Yasmin Naira itu.
TAMAT.
(9:32 PM, 2 november 2021)
Kalau rajin, ada la kot cerita Noah dengan Naira ni. Kalau tak rajin, takde lah wkwkwkwk
Wen Junhui as Noah Aaric
(Nanti letak gambar, line dekat mantin ni macam siellll)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro