Romantik | Parti Halloween
Tajuk: Parti Halloween
Genre: Romantik
Penulis: atiqahnrdn
Disediakan oleh: RomantikaMY
AKU mengangkat bahu saat kedua belah mataku memandang keadaan didalam rumah kayu usang yang terletak dihujung jalan. Aku sukakan cabaran sebegini, tetapi apabila berada berdekatan dengan crush untuk jangka masa yang lama, aku rasa menyesal menyertai cabaran ini.
Semuanya salah Ranya, jika dia tidak mengugut aku, sudah tentu aku tidak akan mengikuti cabaran gilanya. Memanglah trick or treat itu sudah ketinggalan zaman, tetapi tidak perlulah sehingga membuat permainan seperti ini!
Tanpa menghiraukan Marc yang mengikuti langkahku, aku berjalan memasuki bilik yang terdapat beberapa batang lilin. Yang membuatkan aku meremang bulu roma apabila lilin tersebut tiba-tiba sahaja menyala.
Aku menoleh kebelakang, dapatku lihat Marc sedang merenung kearahku sambil memeluk tubuhnya.
"Apa?" aku menyoal dengan suara perlahan. Sesekali aku menampar lenganku yang terdedah tanpa ditutupi seurat benang.
"Aku sukakan seseorang tapi aku tak tahu nak luahkan bagaimana," Marc mengeluh. Aku hanya mengekalkan wajah terujaku walaupun api kekecewaan berlumba-lumba didalam hati.
"Then?"
"Kau boleh tolong aku?"
"Tolong apa?" aku berjalan mendekatinya. Perihal hantu yang berada didalam rumah ini sudah tidak dihiraukan. Wajah lesu Marc aku pandang sambil mengukir senyuman tipis. Aku harap tiada kesan kecewa di wajahku saat ini.
"Tolong bagi pendapat bagaimana aku nak bagitahu dia. Boleh?" aku membalas renungan Marc sebelum mengangguk perlahan.
"Cakap pada dia 'I love you'. Aku yakin dia akan terima. Jangan lambat, nanti terlepas." aku menahan airmata yang aku kira sudah bertakung ditubir mata. Namun, keadaan yang gelap gelita membataskan permandangan Marc.
"Susah, Georgina."
"Cakap, Marc. Nanti terlepas, susah." aku mendesak Marc untuk meluahkan perasaannya. Jika aku tidak dapat memiliki Marc, sekurang-kurangnya dia mempunyai wanita lain yang dicintai.
Terlepas jeritan kecil dari bibirku saat satu makhluk berambut panjang berjalan melintasi pintu bilik yang aku duduki. Atau lebih tepat lagi, makhluk menyerupai wanita itu berjalan dibelakang Marc.
"Georgina, mari balik." Marc menarik tanganku perlahan namun aku mengeleng tidak mahu. Hatiku sakit, tidak mungkin aku akan meruntuhkan ego dengan mengikuti arahannya.
"Aku tak akan balik selagi hantu itu tidak berdepan dengan kita," aku menarik senyuman sinis. Mungkin aku boleh melupakan pengakuan Marc apabila bersua muka dengan hantu.
Aku ingin berlalu keluar dari bilik berhabuk tersebut, tetapi malang nasibku apabila tubuh aku ditarik kebelakang. Sebuah renungan maut aku hadiahkan terhadap Marc tetapi dia hanya tersengih.
"Bagaimana aku nak bagitahu perempuan tu?"
"Just say what I said just now,"
"Okay, biar aku cuba cakap pada kau dulu." Marc menolak aku supaya bersandar di dinding. Aku hanya mengumam sebagai balasan.
"I love you," jantungku berdetak debaran.
"I love you too. Now go tell her!" aku menjegilkan kedua belah mataku kerana geram dengan sikapnya yang malu-malu kucing.
"I already did."
Dahiku berkerut halus sambil cuba menghadam setiap bait katanya. Saat benak fikiranku dapat menangkap maksud Marc, pantas aku menampar lengannya.
"Don't play this, Marc." aku mengeleng.
"I'm serious. I love you."
Walaupun keraguan masih menambat hati, namun aku tetap gembira kerana dari dalam anak mata Marc yang bersinar kebiruan, aku dapat melihat kejujuran terselit didalamnya.
Akhirnya, aku melangkah keluar dari rumah berhantu dengan perasaan gembira yang sukar untuk digambarkan.
500 words.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro