Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

☆~[9]~☆

Haih.. Makin mengarut je citer ni -,-

Papapun, hope korang enjoy la part ni..

<><><><><><><><><><><><><><><>

.

..

...

☆~[9]~☆

...

..

.

<><><><><><><><><><><><><><><>


"Heh, macam ni la Boboiboy Halilintar yang kitaorang kenal. Sekarang, kau pergi bersihkan diri dulu, lepastu aku pulak. Lalu kita ke kedai atok." Ujar Gempa pada Halilintar.

Halilintar hanya menganggukkan kepala bertelinga kucingnya, kemudian mula berjalan keluar bilik.

Gempa dan Ice memandang satu sama lain, kemudian kedua-dua pecahan Boboiboy itu menjongketkan bahu mereka.

<><><><><><><><><><><><><><><>

"Mesti dia sedih an? Kesian jugak aku kat dia." Ice berkata, diiringi helaan nafas yang panjang.

Gempa hanya membalas dengan cuak, "Kalau kau jadi dia pun, apa yang kau rasa?"

"Macam yang dia rasakan sekarang ni." Jawab Ice singkat, "Btw, bukan hari ni ke Adu Du kata pasal kesan tembakan dari pistol yang dia tembak kita tu?"

Gempa menjongketkan sebelah keningnya, "Ha'ah la. Aku hampir lupa. Tapi setakat ni aku tengok kita berenam normal je. Hali je yang.. Er.. Aku pun tak tahu nak kata apa.." Gempa menggaru pipinya.

"Berperangai kebudak-budakan? Sifat 180° bertukar? Pelik?" Tanya Ice bertubi-tubi.

"Semua yang kau kata tu betul. Mungkin pistol dia rosak kot. Sudahlah. Jom kita turun." Ajak Gempa, kemudian mula berjalan keluar dari bilik, diikuti Ice di belakangnya.

<><><>

Beberapa minit kemudian...

Halilintar muncul dengan pakaiannya yang besar, membuatkan Gempa dan Ice sweatdrop seketika.

"Ok, aku setuju untuk ke Sunway Rintis." Gumam Ice.

Gempa berjalan ke arah Halilintar, "Kesian pulak kitorang tengok kau. Kalau takde apa-apa petang ni, kita ke Sunway Rintis ya? Beli pakaian baru untuk kau." Ucap Gempa dengan senyum lembut.

Mata berwarna ruby Halilintar membesar. Seperti dalam anime, terdapat bintang-bintang berkelipan di dalam matanya, "Betul ke Abang Gempa?! Serius? Yatta! Tak sabarnya!!" Jeritnya sambil melompat-lompat gembira. Dia menghulurkan jari kelingkingnya ke Gempa, "Abang Gempa janji ek? Hali tak nak dipermainkan." Ujarnya dengan kepala yang disengetkan ke kanan.

Gempa hanya tersenyum nervous seraya mengaitkan jari kelingkingnya ke jari Halilintar yang lebih kecil. Ice yang melihat itu hanya tersenyum tipis.

"Hm.. Takde baju yang kecil ke kat rumah ni? Baju Boboiboy ke?" Ice berkata, mata azure-nya memandang sekeliling ruang itu.

"Ah.. Korang cari baju kecil untuk Hali ke?"

Serentak, ketiga-tiga Boboiboy itu mengalihkan kepala mereka ke arah pintu rumah.

"Atok.." Ucap Gempa dan Ice.

"ATOK!!" Halilintar pula sudah berlari memeluk atoknya, "Hehe.. Hali rindu atok." Ujarnya sambil tersenyum.

Tok Aba membongkokkan dirinya, bersejajar dengan Halilintar, "Macam mana dengan demam Hali? Dah ok?" Tanyanya.

"Um.. Hali ok je tok." Jawab sang pengendali elemen petir.

Tok Aba mengusap kepala Halilintar, "Baguslah kalau macam tu."

Gempa dan Ice saling berpandangan, kemudian Gempa berkata, "Aik? Macam mana atok tahu pasal keadaan Hali?"

Pembuat coklat itu hanya melemparkan senyumannya pada cucu-cucunya, "Ochobot yang ceritakan semuanya pada atok semasa dia rawat atok, termasuklah dengan keadaan korang yang dah berpecah ni." Balas beliau, yang di-oh-kan oleh Gempa dan Ice.

"Ha, korang cari baju untuk Hali kan? Meh ikut atok." Tok Aba berjalan sambil memegang tangan Halilintar, diikuti Gempa dan Ice dibelakangkan ke arah sebuah almari yang kelihatan agak usang dari luarannya.

Tok Aba membuka pintu almari itu, kemudian mengibas-ngibaskan tangannya akibat debu yang menyapa mukanya. Beliau lantas mengambil sebuah kotak yang sederhana saiznya.

Ice turut mengibaskan tangannya di depan mukanya, "Uhuk-uhuk! Kotak apa tu tok?" Soalnya.

Tok Aba terus membuka isi kotak itu, "Inilah baju korang masa korang kecil." Balasnya.

"Korang?" Tanya Gempa dan Ice serentak.

"Iyelah. Boboiboy." Sambung Tok Aba. Gempa dan Ice hanya ber-oh-ria.

"Berdebu la pulak. Kena basuh ni." Kata Tok Aba. Sehelai jaket berwarna merah di tangannya, "Hali, sini kejap." Panggilnya.

Halilintar yang sibuk bermain bebola bulu terus berlari ke atoknya, "Ya atok?"

Tok Aba melihat pakaian yang dipegangnya, kemudian melihat Halilintar, "Tak muat dengan kau la pulak. Cuba kita tengok yang lain." Kali ini Tok Aba mengambil pakaian lain, masih tidak muat dengan Halilintar. Sehinggalah semua pakaian yang dilipat dalam kotak itu dikeluarkan, tetapi masih tidak ada pakaian yang sesuai dengan manusia hybrid itu.

"Takpelah tok. Kitorang ingat petang ni nak pergi Sunway, untuk belikan pakaian Hali." Sahut Gempa.

"Ha, baguslah macam tu." Tok Aba membalas. Beliau menyimpan semula kotak yang penuhi pakaian lama Boboiboy itu ke dalam almari.

"Atok, apasal atok balik ni? Mana Taufan, Blaze, Thorn, Solar dan Ochobot?" Ice lantas bertanya ke atoknya.

"Oh! Atok lupa! Korang kena ke kedai cepat! Korang diserang!" Tok Aba mula dibuat gelabah.

"Hah?! Kitorang diserang!?" Jerit Gempa dan Ice dek terkejut mendengar butir bicara Tok Aba.

"Cepat Ice! Kita ke sana!!" Gempa terus berlari keluar dari rumah, diikuti Ice di belakangnya.

"Eh? Hali nak ikut Abang Gempa dan Abang Ice jugak!" Halilintar menerpa ke arah Gempa dan Ice yang sudah berada di daun pintu, ekor kucingnya digoyangkan ke kanan dan kiri.

Ice menghentikan Halilintar, "Tak boleh! Bahaya! Hali duduk dengan atok la eh?"

Telinga dan ekor kucing Halilintar menurun, "Kenapa..?" Tanyanya.

"Macam ni lah. Hali duduk dengan atok, lepas Abang Ice dan Abang Gempa balik, kita pergi Sunway. Nak?" Ujar Ice pada Halilintar.

Halilintar hanya menyengetkan kepalanya, kemudian mengukir senyum ceria, "OK!!"

"Macam ni lah 'adik' abang. Dah, masuk dalam cepat." Sebelum melangkah keluar, Ice sempat mengelus-elus kepala Halilintar.

Gempa dan Ice terus berlari meninggalkan perkarangan rumah antik itu, sehinggalah mereka tiba di kedai coklat Tok Aba. Tetapi saat mereka menapaki tempat itu, apa yang dilihat mereka membuatkan kedua Boboiboy itu diserang terkejut.

"Solar! Blaze!! Bangun! Apa yang dah jadi!?" Gempa lantas berlari ke arah Solar yang baring terkujur di tanah. Terbaring di sebelah Solar pula adalah Blaze. Badan mereka penuh dengan luka dan calar.

Ice pula tidak kalah terkejutnya daripada Gempa. Dia berlari ke arah Taufan dan Thorn, "Weh, bangunlah! Jangan mati kat aku!! Nanti aku masuk penjara karang!!" Jeritnya dengan panik, menyebabkan Gempa melihatnya dengan pandangan menyampah, "Sempat lagi kau buat lawak eh?" Kata Gempa.

"Hehe.. Mana ada.." Ice menggaru pipinya. Bersamaan dengan itu, keempat-empat Boboiboy lainnya sudah tersedar dari pengsannya.

Blaze sedikit meringis kerana luka di tangan kanannya, dia cuba membetulkan posisinya dengan bantuan Gempa. Sama halnya terjadi pada Taufan, Thorn dan Solar.

"Siapa yang serang korang?" Tanya Gempa dengan penasaran.

"Aku tak tahu. Sampai je kat sini, aku terus diserang. Lepastu aku pengsan." Jawab Solar.

"Adeh.. Kaki aku terseliuh la.." Thorn berucap sambil mengelus-elus kakinya.

"Ala.. Sikit je tu. Kaki aku ni kebas tahap max." Sahut Taufan.

"Syukurlah, at least korang dapat gerakkan kaki korang kan? Aku langsung tak dapat rasa pergerakan kaki aku.."

Hanya bunyi angin dan dedaunan yang menyambut ucapan Blaze, kemudian...

"HUWAA! KAKI AKU PATAH!! DAN LEBAM!!! Jerit sang pengendali api histeria seraya berguling-guling di tanah sambil memegang kakinya yang patah.

Gempa menepuk dahinya, "Korang ni.. Korang diserang kot.. Boleh buat lawak lagi..."

Ice membuka suara, "Betul ke kaki kau ni patah, Blaze? Dan lebam?" Si pengendali ais itu kemudian menekan-nekan bekas biru-keungguan yang terdapat pada lengan kanan Blaze, "Sakit?" Tanyanya.

"SAKITLAH! KAU NI TAK SEKOLAH KE!?" Marah Blaze.

"Peliklah. Adu Du ke yang serang korang?" Soal si pengendali tanah.

"Entahlah. Si musuh tu serang kitorang secara mengejut. Jadi kitorang tak sempat nak elak." Si pengendali angin membalas.

"Aku tak rasa yang serang kitorang tu Adu Du. Strategi penyerangannya ke atas kita lain daripada dulu. Dia selalu bagi amaran kalau dia nak serang kita." Thorn menyahut.

"Er.. Telinga aku yang bermasalah ke, atau aku salah dengar? Thorn makin pandailah." Solar berkata.

"Telinga kau bertahi. Tak korek tahi telinga setahun, tu yang salah dengar! Hahahaha!" Tawa Blaze.

Solar menggeram, "Nak aku kasi sebelah lagi kaki kau patah ke? Kalau nak, dengan senang hati aku akan buatkan." Gumamnya dengan nada mengancam, berjaya membuatkan Blaze menzip mulutnya.

"Eh, mana Ochobot?" Ice mengedarkan pandangannya ke sekeliling kawasan itu, mencari robot berbentuk sfera dengan kuasa teleportasi.

Serentak, kelima-lima Boboiboy lainnya menoleh kekiri dan ke kanan.

"Jangan-jangan..." Solar memberi jeda.

"OCHOBOT DICULIK!?" Jerit Trio Prankster dengan panik.

"Habislah! Kita kena minta tolong Fang, Gopal, Yaya dan Ying! Kita mesti cari Ochobot sampai jumpa!" Gempa terus hubungi keempat-empat temannya.

<><><>

Sementara itu, di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Rintis...

"TEPAT LAGIKAN JITU JAWAPANMU ITU WAHAI ANAK MURID KEBENARAANNN!!"

Terdengar suara yang boleh memekakkan telinga sesiapa saja yang mendengarnya di sebuah kelas yang terletak di tingkat dua sebuah bangunan, Kelas 3 Amanah.

"Haiya, cikgu! Jangan jerit-jerit macam tu la. Boleh pekak telinga kitorang ma.." Ujar si gadis Chinese.

"Entahnya." Balas gadis berhijab pink.

"Haih.. Cikgu memang selalu macam ni. Dari sekolah rendah, sampai kitorang dah sekolah menengah." Pemuda berkacamata dan berambut cacak menyahut.

"OK! Soalan matematik sudah selesai dijawab, sekarang.. MARI MULAKAN UJIAN MENGEJUT KEBENARAANNN!!!"

Sekali lagi, suara yang berasal daripada sang guru kebenaran bergema satu blok bangunan, membuatkan semua murid kelas 3 Amanah jatuh anime style dengan -tidak- elitnya.

"Cikgu ni, kitorang mana tahu hari ni ada ujian." Kata salah seorang murid lelaki bernama Imtiyaz.

Cikgu Papa Zola, yang juga merangkap sebagai guru kebenaran terus menghampiri murid bernama Imtiyaz tersebut, "Kamu nampak muka saya ni?"

"Er.. Nampak." Jawab Imtiyaz.

"Ada muka saya ni kesah? SEKARANG! EDARKAN KERTAS UJIAN MATEMATIK KEBENARAAANNNN!!!"

Dengan beberapa keluhan berat yang keluar daripada mulut penghuni kelas itu, maka ujian matematik pun bermula.

"Aish.. Susah la soalan ni.." Gumam Fang seraya menggaru pipinya.

Sudah satu jam setengah berlalu, raut wajah para pelajar dalam kelas itu semakin panik, pengecualian untuk dua orang gadis yang saling melempar jelingan pada pihak lawan.

Gopal mengeluh, "Haih.. Laparlah.. Ha! Tukaran Makanan!" Si pemuda India itu kemudian menukarkan kalkulator yang dipegangnya kepada coklat bar (weh, mahal kot nak beli kalkulator T.T)

Fang mengalami kesulitan pada soalan ke-35, tiba-tiba jam kuasanya berbunyi, dengan cepat dia menjawab, "Eh? Gempa. Shh~ Jangan cakap kuat-kuat. Ha, ada apa?" Bisiknya.

"Fang! Ochobot dah hilang!"

"APAA!?" Fang terus terbangun dari kerusinya, membuatkan rakan sekelas lainnya melihatnya dengan hairan. Si alien itu kemudian tertawa canggung lalu meminta maaf. Dia kembali melayangkan tatapannya pada jam kuasanya, "Hah? Macam mana boleh jadi macam tu?" Tanyanya dengan kasar.

"Kitorang diserang, tapi takde siapapun yang tahu siapa pelakunya."

"Ok, aku dan yang lain akan ke sana secepat mungkin. Kau dan alter ego kau yang lain jangan ke mana-mana."

Dengan itu, Fang membatalkan hubungan tersebut, 'Macam mana ni? Ujian ni belum tamat. Masih ada setengah jam lagi.' Fikir Fang.

<><><><><><><><><><><><><><><><>

.

..

...

TO BE CONTINUED

...

..

.

<><><><><><><><><><><><><><><><>


Hi guys~ Sorry lambat update T.T Kemalasan melanda. Haha!

Btw, saya publish cerita baru, IMPOSSIBLE, kalau minat, baca ya~

Hali: Kau memang suka menganaiyai aku kan? -,-

Hahaha! Yup! That's right! And kalau ada yang baik hati, kasi Dare atau Question kat cerita 'Dare? Question? Bring It On' boleh? Sebab tinggal beberapa dare lagi je, lepastu habis. Kalau tak nak pun takpe, tak paksa pun xD

Lastly, mind to vote or comment?
















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro