☆~[8]~☆
Tak tahu la nak kata, harap korang enjoy part ni~~
<><><><><><><><><><><><><><><>
.
..
...
☆~[8]~☆
...
..
.
<><><><><><><><><><><><><><><>
Halilintar menggaru-garu rambutnya yang tidak bertopi, sehingglah tangnnya memegang sesuatu yang membuat dirinya merasa aneh, "A-Apa benda yang aku pegang n-ni?" Tanyanya dengan nada hati-hati.
"Eh! Um.. Itu.." Thorn cuba menjelaskan tetapi terpotong oleh jeritan Halilintar yang menyedari benda dibelakangnya.
"WARGHH! BENDA APA NI?!!"
<><><><><><><><><><><><><><><>
"E-Eh! Tenang Hali!" Gempa cuba menenangkan Halilintar yang terlihat panik.
"Macam mana aku nak tenang?! Benda apa yang tumbuh kat atas kepala dengan belakang aku ni?!" Halilintar sedikit menjerit kerana diserang terkejut yang luar biasa.
"Tu telinga dan ekor kucing. Pendek kata, kau tu neko hybrid, setengah manusia dan setengah kucing."
Halilintar terdiam setelah mendengar penuturan Ice, keningnya dikerutkan. Selepas merasa perkataan si pengendali ais sudah dicerna(?) otaknya, dia mulai gelabah, "APAAA?! NEKO?! Biar betul?! Korang dah terlebih otaku ni!"
"Hahahaha! Otaku? Apa yang kau merepek?" Tawa Blaze.
"Iyelah! Mana wujud neko kejadah tu dalam dunia ni!!" Bantah si neko.
Solar bersuara, "Habis tu yang berada kat depan mata kami ni apa dia?"
"..." Halilintar tidak membalas, hanya memandang tajam semua orang yang berada di dalam bilik Boboiboy itu.
Merasa atmosfera di sana semakin panas, Thorn berkata, "Er.. Ok, ok. Kita hentikan pergaduhan tak masuk akal ni. Hali, kau perlukan baju baru, baju dan jaket yang sesuai dengan badan kau."
"Ha'ah, jaket kau tu terlalu besar dengan badan kau yang kecil." Sahut Taufan.
"Betul jugak apa yang diaorang kata tu." Ucap Ochobot.
Mendengar pecahannya dan Ochobot berkata bergitu, Halilintar lantas meraba-raba pakaiannya, "Hah?! Apasal pulak aku jadi kecik macam budak-budak ni?! Apa yang korang buat kat aku?!" Halilintar men-deathglare kembar-kembar tak langsungnya.
"Mana ada kitaorang buat apa-apa kat kau. Salahkan alien kepala kotak." Fang bersuara.
"Adu Du? Apa yang- Oh! Baru aku ingat! Sayur sawi tu yang buat aku macam ni!!" Halilintar mengepalkan tangannya, menahan marah yang membuak-buak dalam dirinya. Dia mula berganjak dari katil, berniat mencari si pesalah yang membuat dirinya seperti sekarang ini.
Tapi..
"Kau nak ke mana?" Blaze menahan tangannya.
Halilintar hanya memandang Blaze dengan raut wajah yang bosan, "Nak cari alien sayur sawi tulah. Aku nak dia kembalikan aku macam sedia kala." Katanya.
"Aku tak rasa dia ada penawar untuk sembuhkan 'penyakit' kau ni." Gempa berucap sambil menggelengkan kepalanya.
"Habis tu, takkan la aku stay macam ni..?" Seumur hidup..?!" Halilintar bertanya dengan nada yang sedikit tinggi.
"Ala.. Walaupun fizikal kau macam ni, mental kau tak an?" Fang memeluk bahu Halilintar, yang lebih pendek darinya.
"Betul cakap Fang tu. Setakat ni aku tengok perangai kau tak ubah, masih tetap pemarah." Sahut Ice.
"Heh, mental dan sifat kau masih sama, tapi kau tetap lebih rendah dari aku! Hahaha!" Fang ketawa, kemudian disambut tawaan dari lainnya. Yang diketawakan pula hanya mengembungkan pipinya.
"Haha! Ketinggian kau bahkan tak sampai dagu aku!!" Ejek Fang lagi, tetapi kali ini dengan senyum sinis, mengundang siku empat di kepala Halilintar dan tawaan yang semakin kuat.
Dan akhirnya, kesemua makhluk di sana menerima kejutan elektrik daripada pikach- Eh! Maafkan author! Menerima kejutan elektrik daripada Halilintar.
((Hali: *deathglare author*))
((Author: Apa? Aku tak sengaja kay? Lagipun aku teringat dare kau kat cerita lain aku tu! Bwahahaha! Salahkan Miss Iyane untuk ni! Wahaha!!))
<><><>
Keesokan harinya...
Pukul 11.23 a.m.
"KORAAANGGG! BANGUUUNN!!" Thorn cuba mengejutkan alter ego-nya yang masih bersepah(?) di ruang tamu.
"Em.. Oh, budak tarzan rupanya.. Ha, apa yang kau nak..?" Taufan bergumam tak jelas.
"Budak tarzan?! Kau nak kena ke apa hah?! Budak ribut!" Marah Thorn.
Mendengar ucapan Thorn menyebabkan mata biru Taufan terbuka lebar, "Apa kau panggil aku?! Budak hutan hujan tropika!!"
"Budak puting beliung!"
"Budak sayur-sayuran!!"
"Budak hurricane!!"
"Budak pokok!!"
"Budak biru!"
"Budak hijau!!"
"Budak bencana!"
"Buda-"
PANG! PANG!
"Adoi! Apa kau buat ni?!" Taufan mengusap-ngusap kepalanya yang dihiasi satu scope ais-krim.
"Sakit..." Rungut Thorn, turut mengusap benjolan yang bertumpuk di kepalanya.
"Apahal dengan korang ni? Bising je lah." Ochobot menjawab.
"Tahulah nak hentikan kitaorang, tapi janganlah guna kuali tu.." Taufan mengeluh.
"Yang korang menyalak macam anjing ni apahal?" Tanya Ochobot.
"Dia ni ha! Ada ke patut dia panggil aku tarzan?!" Thorn menunjukkan jari telunjuknya pada Taufan.
"Ck, dia panggil budak ribut!"
"Kau pulak-"
PANG! PANG!
Sekali lagi, kedua-dua pecahan Boboiboy itu mendapat satu scope tambahan secara percuma di atas kepala(ciannya diaorang.. Sadis xD)
"BERHENTILAH PUKUL KITAORANG DENGAN BENDA TU!! Kau ni tak berperikerobotan la!" Jerit mereka pada sfera kuasa generasi ke-9 tersebut.
"Erm... Apasal semua orang jadi ayam berkokok pagi-pagi buta ni..? Hoooamm~" Gempa bangun dari tidurnya.
"Ugh.. Aku dari tadi dengar kokokan diaorang.. Nak je aku sepak sekor-sekor macam bola.. Telinga ni pun nak berdarah rasanya..." Solar menutup telinganya menggunakan bantal.
"PAGI APA KEBENDANYA?! DAH NAK TENGAH HARI BUTALAH!!" Taufan dan Thorn menjerit lagi.
"Em.. Mama.. Laze nak teddy.. bear.. tu.." Blaze bergumam sambil memeluk Ice yang berada di sebelahnya.
"Blaze, Ice, Solar.. Woy, bangunlah.." Gempa cuba membangunkan ketiga-tiga alter ego-nya yang masih berada dalam alam antara mimpi dan realiti.
"Ung..."
Dengan beberapa keluhan malas yang keluar daripada mulut, Blaze, Ice dan Solar bangun daripada tidur mereka, diiringi nguapan ngantuk.
"Mhm.. Apa yang korang nak..?" Tanya Solar dengan nada khas mengantuk.
"Entah la.. Ha, apahal yang korang kecoh-kecoh sangat ni..?" Soal Gempa kepada dua manusia dan satu robot.
"Entah. Aku dengar Taufan dan Thorn bising sangat, jadi aku ketuk la kepala diaorang dengan kuali ni." Ochobot membalas dengan singkat.
"Hah!" Thorn menghempaskan kedua-dua tangannya ke atas meja, membuatkan Blaze, Ice dan Solar membelalakkan mata mereka.
"Disebabkan puting beliung ni la aku lupa tujuan utama aku gerakkan korang..." Thorn mendapat tatapan tajam yang mematikan daripada Taufan, "Aku nak ajak korang ke Sunway Rintis!!" Sambungnya.
"Sunway Rintis? Untuk apa?" Tanya Ice.
"Untuk beli pakaian Hali la.." Jawab Thorn sekenanya.
"Pakaian Hali? Bukan kau kata kau nak jahit ke?" Soal Blaze pula.
Thorn tersenyum nervous seraya menggaru belakang tengkuknya, "Ehehehe..."
••• Flashback •••
Pukul 10.39 a.m.
"Hm.. Aku bangun awal la pulak hari ni. Apa nak buat eh?"
Thorn sudah bangun tidur terlebih dahulu daripada alter ego-nya. Dia sudah siap membersihkan diri dan menyempatkan dirinya untuk menonton televisyen. Tetapi menurutnya tiada rancangan yang menarik untuk ditonton. Sehinggalah matanya tertuju pada sebuah mesin jahit yang terletak di sudut ruang tamu.
Tanpa dia sedar, kakinya sudah melangkah menghampiri mesin jahit tersebut. Jari-jemarinya menyentuh permukaan mesin jahit dengan perlahan, "Berhabuknya.." Gumamnya.
Thon lantas menghidupkan mesin jahit tersebut, "Boleh guna ke tak mesin ni?" Dia cuba menjahit dengan menggunakan kain perca yang disumbatkan ke dalam sebuah plastik besar yang terletak di sebelah mesin itu.
Tapi malangnya mesin itu tak bergerak langsung.
••• End of Flashback •••
"Hehehe..." Thorn hanya tersengih-sengih sambil menggaru pipinya. Kesemua yang berada di ruang tamu itu melihatnya dengan muka 'krik-krik'.
"Biar aku teka. Mesin tu rosak kan?" Tanya Solar dengan muka bosan.
"Ha'ah. Jadi, jom la kita ke Sunway. Lagipun boleh lepak-lepak kat sana." Kata Thorn dengan semangat.
"Aku on je." Balas Solar.
"Aku setuju!" Sahut Taufan.
"Aku pun!" Sokong Blaze.
"Aku tak. Buat apa kita nak pi menyemak kat sana?" Bantah Ice, "Lagipun buang masa dan bazir tenaga je." Ice lantas berjalan ke arah sofa, menghempaskan dirinya di atas kusyen lembut itu dan terus memeluk batal dakapnya.
"Tak payah nak pusing sana pusing sini la ayat kau tu. Macam la kitaorang tak tahu sebab utama kau tak nak gi Sunway." Gempa berujar dengan sarkastik.
"Betul tu. Kau hanya nak tidur." Ochobot pula berkata.
"Grooh.. Greeh.."
"Hm.. Macam ni la perangai polar bear dengan dia. Patutlah fans kat luar sana tu panggil dia dengan gelaran tu. Memang sesuai." Ujar Solar sambil memutarkan matanya.
"Sudahlah tu. Aku tak sabar dah ni nak ke Sunway!" Blaze melompat-melompat di atas sofa yang ditiduri Ice bersama Taufan dan Thorn, menyebabkan si polar bear tersebut memarahi mereka, "Eish.. Janganlah terloncat-loncat macam kera kat sini!!"
"Bila korang nak pergi?" Tanya power sphere kuning kepada Gempa dan Solar, mengabaikan keempat-empat pecahan Boboiboy yang lain.
"Hm.. Nak ajak siapa lagi? Kawan-kawan kita?" Soal Solar.
"Boleh jugak. Kita ajak diaorang lepas waktu sekolah habis." Ucap Gempa.
"Korang pergilah. Aku kena tolong Tok Aba jaga kedai." Ochobot berkata.
"Eh? Demam atok dah ok ke?" Tanya Solar.
"Hm. Atok nak buka kedai sebab dah lama kedai chocolate atok tu tak buka." Jawab Ochobot.
"Oh.. Nanti kita tolong atok nak? Kesian kat atok ngan Ocho." Gempa mencadang, mendapat anggukan daripada Solar.
"Ocho, bukan kau tolong atok ke sekarang? Asal kau balik ni?" Solar bertanya dengan hairan.
Ochobot menepuk bahagian atasnya dek terlupa sesuatu, "Sorry. Disebabkan anjing dan kucing yang bergaduh tu la aku lupa nak bagitahu korang. Atok panggil korang ke kedainya, untuk sarapan katanya. Tapi sekarang pun nak tengah hari dah, korang makan tengah hari kat sanalah." Jelas Ochobot panjang lebar.
"Alright! Jom semua! Kita ke kedai atok!!" Gempa berkata dengan semangat.
"Hah?! Ke kedai atok?! JOM! SIAPA SAMPAI DULU DIA MENANG!!" Jerit Taufan, kemudian menghilang dengan hoverboard-nya.
"Eh! Mana aci kau guna hoverboard!!" Thorn mengejar Taufan menggunakan akar menjalarnya.
"Oit! Korang berdua tak aci main guna kuasa!!" Blaze pula hanya berlari keluar dari rumah.
"Trio prankster tu mandi ke tak lagi?" Tanya Gempa sambil sweatdrop, memandang ke arah pintu rumah yang terbuka luas.
"Aku heret diaorang ke sini." Solar berkata, kemudian berjalan untuk dapatkan trio prankster yang sudah menghilang daripada pandangan.
"Ok, aku akan bangunkan si Hali dan polar bear pemalas ni. Oi! Bangun Ice! Pergi bersihkan diri kau! Jom tolong atok kat kedai!" Ucap Gempa pada Ice.
Yang dibangunkan pula hanya mampu mengikut arahan yang ditujukan padanya, "Hoooamm~ Ok.." Ice bangun lantas berjalan ke arah dapur, lebih tepatnya ke arah bilik mandi.
"Aku ke kedai atok dululah Gempa. Nanti kau pergi dengan Hali dan Ice." Ujar sfera kuasa berkuasa teleportasi tersebut, lalu turut mengikut jejak keempat-empat Elemental Boboiboy lainnya.
"Hm.. Si Ice tu masuk bilik mandi, jadi aku bangunkan Hali je lah." Gempa berjalan ke arah tangga yang menuju ke bilik Boboiboy.
Dia membuka pintu bilik, dan mendapati selonggok(?) neko hybrid di sebalik selimut yang tebal. Disebabkan rumah yang tidak berpenghuni dan sunyi-sepi, telinganya menangkap bunyi esakan kecil. Dia menyingkap selimut tebal itu, dan terlihatlah Halilintar yang menutup mukanya dengan tangannya, "Hiks..."
"H-Hali..? Kenapa ni? Asal kau nangis?" Tanya Gempa dengan was-was.
"Hiks.. M-Mana ada aku nangis.. Hiks.. Mata aku masuk habuk la.. Hiks.." Balas Halilintar.
Tanpa peduli Halilintar meronta atau tidak, Gempa menarik sang sang pengendali petir ke dalam pelukannya, mengusap-ngusap belakangnya, "Aku tahu apa yang kau fikirkan.. Aku tahu Hali.. Tak payah bohong.." Ucapnya dengan lembut.
"Hiks.. K-Kenapa aku jadi macam ni..? Apa yang aku dah buat?! Hiks.. Aku tak nak jadi macam ni! Aku tak nak Gempa!" Halilintar meracau bukan-bukan. Bia membalas pelukan Gempa, kukunya yang melengkung dan tajam seperti kuku kucing menusuk ke dalam kulit Gempa, membuatkan remaja beriris kuning itu meringis menahan kesakitan.
Selama beberapa minit mereka berpelukan, sehinggalah pintu bilik kembali terbuka, mempamerkan sang pengendali ais di daun pintu, "Oops.. Adakah aku mengganggu moment korang?" Tanyanya dengan nada tak bersalah(perosak suasana dah sampai xD)
Gempa memandang Ice dengan muka datar, kemudian dia melepaskan pelukannya pada Halilintar dengan perlahan-lahan, "Kau ok ke tak Hali?" Tanyanya.
Ice menghampiri kedua-dua alter ego-nya, tanpa bertanya, dia sudah tahu sebab apa yang menyebabkan pecahan Boboiboy yang serius dan pemarah itu mengalirkan air mata.
Halilintar menyeka air mata yang membekas di pipi chubby-nya, "Aku.. Aku ok.. Hiks.." Jawabnya diiringi esakan kecil.
Ice memeluk bahu Halilintar, sama persis Fang memeluknya kemarin hari, "Ala.. Janganlah down sangat Hali. Lagipun kau comel la dalam keadaan ni." Tangannya kemudian mencubit pipi Halilintar, menyebabkan pipi si beriris vermillion memanas(nak cubit jugak ≧﹏≦)
"Cubalah senyum sikit." Ujar Ice.
Halilintar memandang Gempa, yang menganggukkan kepalanya padanya. Kedua-dua sudut bibir Halilintar ditarik ke atas, menunjukkan senyumannya.
"Heh, macam ni la Boboiboy Halilintar yang kitaorang kenal. Sekarang, kau pergi bersihkan diri dulu, lepastu aku pulak. Lalu kita ke kedai atok." Ujar Gempa pada Halilintar.
Halilintar hanya menganggukkan kepala bertelinga kucingnya, kemudian mula berjalan keluar bilik.
Gempa dan Ice memandang satu sama lain, kemudian kedua-dua pecahan Boboiboy itu menjongketkan bahu mereka.
<><><><><><><><><><><><><><><>
.
..
...
TO BE CONTINUED
...
..
.
<><><><><><><><><><><><><><><>
Halilintar: Woy! Asal aku OOC sangat?! Dah parah tu!!
Frost: Ehehe.. Sorry, I can't resist (>_<)
Ice: Sikitnya dialog aku. Last minute baru muncul, tu pun dua tiga dialog je -_-||
Blaze: Aku pun! Author tak berperikeauthoran!! ::>_<::
Solar: Sepatutnya aku yang main peranan dalam ni! Author pilih kasih!!
Frost: Weyh, jangan nak complain! Aku penyepak sekor-sekor macam nyamuk amuk baru tau!
Halilintar: Nyamuk pun kau boleh sepak ke? Hebat betul.. ( ̄- ̄)
Thorn: Jangan lupa vote dan comment cerita author ni ye~
Taufan: Kasihanilah author pengemis vote dan comment ni.. Hahaha- Adoii!
Frost: *tangan berasap* Siapa yang kau panggil pengemis hah?!
Gempa: Maafkan ketidaknyamanan di atas. Aku sebagai wakil dalam cerita ni, minta maaf atas segala kekurangan cerita ni.. Harap korang suka cerita yang author Frost ni buat~ Teruskan support~~
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro