☆~[7]~☆
Warning di bawah sekali.. Sila baca kalau korang nak cari aman...
Dan saya confirm, korang mesti akan facepalm baca part ni xD
<><><><><><><><><><><><><><><>
.
..
...
☆~[7]~☆
...
..
.
<><><><><><><><><><><><><><><>
Bunyi tombol pintu diputar mengejutkan mereka, kemudian terlihatlah doktor yang merawat Halilintar keluar dari bilik itu.
"Macam mana dengan keadaan pecahan saya tu doc?" Gempa bertanya, mewakili pecahannya dan kawan-kawannya.
Doktor bertag nama Dhia itu hanya mampu tersenyum nervous melihat kerisauan di dalam mata para remaja di depannya, "Pesakit..."
<><><><><><><><><><><><><><><>
"Pesakit tidak mengalami kecederaan yang teruk. Dia dalam keadaan baik dan sihat. Tiada apa-apa yang serius." Jelas Doktor Dhia itu.
"Eh? Tapi, darah dia macam mana?" Tanya Solar, kemudian dia terlihat Ice yang masih tertidur dengan nyenyaknya sambil mulut terbuka. Dia lantas menyiku sang pengendali elemen ais, mengejutkan dia untuk bangun.
"Ha'ah, dia tak kehilangan darah ke doc?! Sebab banyak sangat darah dia yang keluar!" Jerit Thorn histeria.
Doktor Dhia mengukir sebuah senyuman, "Tiada setitik darah pun yang pesakit kehilangan, hanya kepalanya saja sedikit benjol akibat hentakan pada sesuatu." Jelasnya lagi.
Yaya memasang wajah hairan, kemudian dia melayangkan tatapannya pada Elemental Boboiboy, "Aik? Tadi korang kata....?" Dia sendiri pun dibuat bingung dengan situasi sekarang.
"Haiya! Korang tipu kitaorang ke?" Tanya Ying dengan nada yang sedikit tinggi.
"Entahnya korang ni.. Kerja sekolah aku dah la belum habis. Haih.. Habislah aku kena sebatan kepish dari appa aku.." Gopal berpasrah.
"Apa jadi pada kawan saya tu, doktor?" Fang membuka suara, tangannya dilipat di depan dada.
Doktor Dhia hanya tersenyum, "Begini...."
<><><>
Sementara itu...
Taufan's P.O.V
Wah.. Suasana kat sini memang terbaik la!
Aku merebahkan badanku di sebuah tempat yang indah, sambil melihat matahari terbenam. Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa mukaku. Rambut-rambut yang terkeluar dari topiku bergerak bersama aliran angin.
Aku memejamkan kedua mata beriris sapphire-ku.
Aaah.. Memang indah.
"Taufan!"
Eh? Siapa yang panggil aku?
"Fan! Bangun Fan!"
Argh! Aku nak tido pun tak senang!
"TAUFAANNN!!"
WAAARRGHHHH!!
End of Taufan's P.O.V
<><><>
"WAAARRGHHHH!!" Taufan membuka kedua matanya kerana terkejut dengan suara yang memanggil-manggil namanya. Dia lantas terduduk di atas katil. Dia melihat sekelilingnya, sehinggalah perhatiannya tertuju pada Blaze yang masih tidak sedarkan diri di sebelahnya.
"Aik? Blaze pengsan, siapa pulak yang jerit-jerit nama aku macam kena rasuk tu? Dah la potong mimpi aku." Tanya Taufan pada dirinya.
BRAAKKK!
"Taufan!"
Taufan menolehkan kepalanya ke arah pintu bilik. Di sana terlihatlah Ochobot yang terlihat panik. Sfera kuasa generasi ke-9 itu terus melayang ke tuannya yang mempunyai kuasa elemen angin itu, "Fan! Kau kena cepat ke hospital!" Arah Ochobot pada Taufan.
"Huh? Apasal pulak?" Yang diarah menyengetkan kepalanya.
"Ergh.. Adeh.. Kepala aku sakit.."
Mendengar suara lain, Taufan dan Ochobot mengalihkan pandangan mereka pada Blaze, yang mengubah posisinya kepada duduk.
"Ha, baguslah korang dua dah bangun. Korang kena ke hospital sekarang! Cepat!" Ochobot menarik tangan Taufan dan Blaze, dan semestinya yang ditarik akan protes.
"Ala.. Aku nak sambung mimpi aku la.. Lagipun pasal Hali ke? Gempa, Ice, Thorn dan Solar kan ada..?" Keluh Taufan.
"Janganlah Ocho! Macam ni ke korang layan orang yang baru sedar dari pengsan..?" Rintih Blaze pula.
Ochobot masih tetap menarik, atau lebih tepatnya, menyeret kedua-dua tuannya, "Takde, takde. Korang kena jugak. Kalau tak nanti lagi bermasalah." Kata Ochobot dengan tegas.
Blaze menggaru kepalanya, "Masalah apa..?" Tanyanya tidak peduli sambil bersedekap dada.
"Tu bukan darah Hali la!"
"Hah?!"
Ayat Ochobot berjaya membuatkan duo itu terdiam dengan wajah shock.
Taufan memegang Ochobot, "Apa maksud kau?!" Tanyanya dengan panik.
"Ha'ah. Kami tengok dengan mata kepala sendiri kot!" Sahut Blaze.
"Eh, tolong sikit ea. Kau pengsan. Aku jugak kena papah kau masuk bilik." Taufan memandang Blaze dengan muka 'krik-krik'.
Blaze menggaru pipinya, "Ehehe.. Sorry la. Aku tak tahan tengok darah Hali tu. Banyak sangat."
Ochobot menarik perhatian mereka semula, "Kan aku dah kata! Tu bukan darah Hali!" Katanya.
"Dah tu apa?" Tanya kedua Elemental Boboiboy itu.
Ochobot menunduk, "Tu sos yang dicampur dengan pewarna." Jawabnya, menyebabkan Taufan dan Blaze terbaring semula di atas katil.
GEDEBUKK!
"Haih.. Biar betul..?" Soal Taufan.
"Entahnya.. Apalah kata doktor yang rawat Hali tu nanti..? Terbalik.." Sambung Blaze.
Ochobot menarik semula tangan Taufan dan Blaze, "Sebab tu lah korang kena ke hospital sekarang!" Arahnya, "Cepat!"
"Ok, jom Blaze!" Taufan mengambil hoverboard-nya yang disandarkan pada dinding bilik.
"Sheesh.. Senangnya kau cakap. Kau naik hoverboard, aku nak naik apa? Jalan kaki?" Blaze memprotes.
"Adoyai.. Naik hoverboard ni dengan aku lah! Cepat!" Taufan menghulurkan tangannya pada pengendali api.
"Korang pergi sekarang, aku kena jaga Tok Aba." Kata Ochobot, singkat, padat dan kurang jelas.
Dengan itu, mereka terbang ke hospital dengan hoverboard yang dikawal Taufan. Mereka merempuh pagar hospital, menyebabkan pengawal yang menjaga kawasan itu memarahi mereka. Lalu mereka terus ke kaunter pertanyaan, menanyakan pesakit bernama Halilintar dirawat di bilik mana. Mereka lantas menghilang daripada pandangan orang-orang yang memandang mereka dengan hairan.
(Seriously? Gila dah diaorang ni -,-)
Setelah menjumpai lorong yang menuju ke bilik Halilintar dirawat, Taufan dan Blaze mendapati pecahan mereka yang lain bersama sahabat mereka sedang berbincang dengan seorang doktor perempuan.
"Cepat Fan!" Arah Blaze.
Taufan terus memecutkan hoverboard-nya ke arah sembilan makhluk itu.
<><><>
Gempa, Ice, Thorn dan Solar bersama Fang, Gopal, Yaya dan Ying mendengar dengan teliti dan seksama apa yang diceritakan doktor perempuan itu pada mereka.
Selepas mengetahui bahawa cecair merah pekat itu bukan milik Halilintar, mereka jatuh anime style secara serentak.
GEDEBUKK!
"Aduh.. Ingatkan apalah tadi..?" Tanya Gempa dengan nada malas.
"Tragedi mengejut." Sahut Thorn.
"Tak guna. Kau bangunkan aku untuk dengar kebenaran tak munasabah ni ke Solar..?" Sambung Ice pula.
"Haih.. Apalah nasib.." Kata Solar.
"Korang call aku semata-mata sos dan pewarna?" Ujar Fang.
"Aku datang ke hospital ni untuk jenguk si Hali, tapi ini yang aku dapatkan..?" Yaya bersuara.
"Haiya! Korang memang cuai ma.. Tidak mengecek dulu keadaan Hali.." Ucap Ying.
"Huhuhu.. Balik ke rumah ni memang kena berhadapan dengan rotan kepish appa aku la jawabnya.." Gumam Gopal.
Doktor Dhia hanya mampu tersenyum lembut melihat kecuaian para remaja di depannya. Kemudian mereka bangun dari baring mereka.
Tepat saat superhero Pulau Rintis itu bangun, Taufan dan Blaze muncul dalam keadaan panik, "Weh korang! Tu bukan dar-"
Ucapan Taufan terpotong oleh Fang, "Sos dan pewarna. Doktor Dhia yang bagitahu." Kata pemuda berambut cacak itu beserta jawapan. Dia tahu Taufan dan Blaze akan menyoalnya, atau sahabat lainnya, bagaimana mereka tahu.
Kali ini giliran Taufan dan Blaze pula yang jatuh anime style.
"Haih.. Buang tenaga je datang sini.." Ujar Blaze.
"Entahnya. Aku punya pecut la, sampai rempuh orang habis. Entah-entah diaorang dah tahu.." Sahut Taufan dengan pasrah.
Gempa tersenyum nervous, "Em.. Maafkan kecuaian kami doktor." Ucapnya sambil menggaru pipinya.
Doktor Dhia membalas pernyataan Gempa dengan sebuah senyuman, "Takpe, dah memang tugas saya untuk membantu orang yang tercedera. Tapi, boleh saya tanya sesuatu?" Tanya doktor itu.
Sebagai balasan, kesemua 'tetamu' yang ada di sana menganggukkan kepala.
"Macam mana dia boleh dapatkan telinga dan ekor kucing tu?" Tanya sang doktor.
"Eh? Maksud doktor, tu memang telinga dan ekor kucing asli?" Ice bertanya tanpa menjawab pertanyaan doktor perempuan tersebut.
"Hm. Saya dan pembantu saya mendapati DNA kucing dalam tubuhnya. Dari mana dia dapat semua tu?" Jawab dan tanya Doktor Dhia.
Para remaja itu terlihat berfikir sejenak, kemudian Solar membuka suara, "Entah la doktor. Dia terkena tembakan dari sebuah pistol yang musuh kami cipta kemarin. Lepastu hari ni dah jadi macam ni." Balas si kacamata kuning.
"Pistol? Mungkin musuh kamu memasukkan DNA kucing ke dalam peluru yang khas dibuat sendiri. Tapi yang jadi persoalan, tiada bekas peluru pun pada tubuh pesakit." Jelas sang doktor.
Sekali lagi keheningan melanda mereka.
"Takpe lah. Kalian boleh pulang, pesakit pun boleh discharge sekarang."
Setelah mendengar tuturan Doktor Dhia, mereka semua kembali ke rumah masing-masing. Para Elemental pula membawa Hali pulang dan membaringkan dia di atas katil Boboiboy asli.
"Aku rasa korang kena sembunyikan telinga dan ekor tu lah."
Percakapan yang datang dari suara baritone mengejutkan keenam-enam Elemental Boboiboy dan Ochobot.
"Fang?!" Jerit mereka.
"Hish.. Korang jerit macam aku ni hantu." Kata Fang.
"Aik? Bukan kau dah balik ke?" Tanya Ice.
"Aku ikut koranglah. Aku kan bayangan, memanglah korang tak perasan." Balas sang pengendali bayang.
"Kejap, kau kata apa tadi?" Tanya Ochobot.
"Korang kena sembunyikan telinga dan ekor Hali tu. Kan bahaya kalau orang nampak. Tak pasal-pasal dia kena culik." Fang menjelaskan secara terperinci.
"Tapi dari mana nak dapatkan jaket yang boleh sembunyikan dua benda tu?" Tanya Blaze.
Thorn menepuk dada, "Heh, serahkan bab-bab tu pada Thorn yang pandai ni."
"Hm? Kau pandai menjahit ke?" Tanya Taufan dengan hairan.
"Mestilah! Korang yang tak tahu bakat aku!" Thorn menepuk dadanya sekali lagi. Yang lain hanya memutar mata mereka.
"Ok, aku serahkan tu pada kau Thorn. Jadi, sekarang kita cuma tunggu Hali bangun je lah." Ujar Gempa, disambut lenguhan dari pemilik nama.
"Ergh..."
"Ha, panjang umur. Baru je kau sebut, dia dah bangun." Gumam Solar singkat.
Mereka melihat Halilintar yang mengubah posisinya. Dia terduduk sambil memegang bahagian kepala yang sedikit benjol, "Aduh.. Eh? Apa yang korang buat kat sini..?" Tanyanya setelah menyedari dia diperhatikan pecahannya, Fang dan Ochobot.
"Serius? Setiap kali kau bangun, perlu ke kau tunjuk tatapan hairan kau pada kitaorang?" Tanya Blaze dengan nada sarcastic.
Halilintar menaikkan sebelah keningnya ke atas, "Apa maksud kau?"
BUGHH!
Belum sempat Blaze membalas, dia sudah dihadiahi sebuah hadiah berupa buku lima daripada Ice, "Jangan la cakap macam tu. Dia baru bangun dari 'dunia' dia, yang kau nak terkam dia pehal?"
"Kau tak ingat apa-apa sebelum kau bangun ni ke Hali?" Tanya Fang.
"Em.. Last aku ingat pun korang paksa aku makan ubat, lepastu aku tidur." Jawab Hali sekenanya.
'Ada masalah dengan ingatan dia. Dia cuma ingat memori dirinya. 'Diri' dia yang lain dia tak ingat.' Fikir Gempa.
Halilintar menggaru-garu rambutnya yang tidak bertopi, sehinggalah tangannya memegang sesuatu yang membuat dirinya merasa aneh, "A-Apa benda yang aku pegang n-ni?" Tanyanya dengan nada hati-hati.
"Eh! Um.. Itu.." Thorn cuba menjelaskan tetapi terpotong oleh jeritan Halilintar yang menyedari benda di belakangnya.
"WARGHH! BENDA APA NI?!!"
<><><><><><><><><><><><><><><>
.
..
...
TO BE CONTINUED
...
..
.
<><><><><><><><><><><><><><><>
Taufan: Apakah?! Sos dan pewarna?! Siapakah gerangan punya angkara ni?!
Blaze: Entahnya si author! Punya buat suspense la! Tah-tah sos dan pewarna!
Ice: Da hek? -,-
Thorn: Pftt- Aku tak sangka yang suspense tu boleh jadi lawak xD
Gempa: Apa yang terjadi la pada diri kita yang serius satu tu..
Solar: Hm.. Entah la..
Halilintar: Tolonglah! Aku tak sesuai berperwatakan kekanak-kanakkan!! ╰_╯
Ahahaha! Seronok kenakan diaorang ヽ(^。^)ノ
Taufan: Frost, kau kata nak kasi warning!
Ha'ah. Thanks ingatkan aku Fan! Warning dia tak banyak pun ^^ Hanya saja..
DAH BACA TU JANGAN LUPA VOTE DAN COMMENT!!
Elemental Boboiboy: *pengsan*
Ice: Aih.. Ingatkan apa la tadi..?
Solar: Kau memang suka buat suspense an?
Hehe.. Aku saja test para readers. Lagipun bukan nama Frost la kalau tak buat suspense. Ahahaha!
Blaze: Frost? Bukan kau selalu frust ke?
Taufan: Ha'ah. Frost-frust. Nak sama dah tu xD
Halilintar: Diamlah korang! Baik korang blah daripada buat bising kat sini!
Thorn: Putera Kejora Badmood Lagi..
Halilintar: Apa?!
Gempa: Thorn ambik dari tajuk buku yang Frost pernah baca.. -_-||
Ice: Korang ni mulut murai betullah..
Woy! Dah, dah! Sampai bila korang nak cakap ni! Dah, shuh-shuh..
Taufan: Wuu~ Jumpa lagi awesome wattpadders~
Blaze: Jangan lupakan aku~
Thorn: Aku pun~
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro