☆~[4]~☆
Frost : Huhuhuhu.. *nangis di sudut bilik*
Taufan : Weh, asal ngan kau?
Frost : Hiks.. Tak dak sapa nak tolong aku Fan! *peluk kaki Taufan*
Taufan : Woy! Apa ni?! Aku susah nak geraklah!
Frost : Tak dak sapa perah otak untuk bagi idea kat aku.. Hiks.. Dah la plot pun tak dak tuk sambung cita ni.. T.T
Taufan : Ouh.. Kalau camtu, korang.. *tunjuk para readers* Kena bagi idea. Kalau tak, cerita ni akan Disc. Kan? *pandang Frost*
Frost : Em.. Tah la. Selagi idea ada lam otak, selagi tu takkan Disc. Kalau dah kering pun, entah la.. *jongket bahu* Btw, gambar atas tu la gambar Neko!Hali ≧﹏≦Well, Neko!Hali versi saya ^^ Cenna Fan?
Taufan : Hm.. Boleh la *tak peduli*
Frost : Apa?!
Taufan : Kau dah tak sedih ke? *tukar topik*
Frost : Hah?! Ugh- Hiks.. Aku tahu kau nak tukar topik, tapi.. Hiks.. Aku tetap sedih ::>_<::
<><><><><><><><><><><><><><>
.
..
...
☆~[4]~☆
...
..
.
<><><><><><><><><><><><><><>
"Gempa! Cepatlah! Aku dah lapar ni!"
"Me too!"
"Me three!"
"Hish.. Sabar la! Tu pun tak reti ke?"
"Weh, nak aku bagi hadiah AJL lagi ke kat korang? Tapi bukan Anugerah Juara Lagu lah, aku bagi anugerah AJAL kat korang."
"Hooam~ Ngantuk~"
"Korang ni bisinglah. Tak pasal-pasal atok ngan Hali bangun."
Pagi menjelang tiba, pelbagai suara dilaungkan oleh penghuni-penghuni rumah antik itu. Dimulai dari Thorn yang lapar, diikuti Blaze dan Taufan yang membuatkan Gempa menegur mereka, Solar yang tak habis-habis lagi dengan AJL disambut oleh nguapan mengantuk Ice serta Ochobot yang risau dengan keadaan Tok Aba dan Halilintar.
"Nah nasi goreng, kalut je." Gempa membawa mangkuk besar yang penuh dengan nasi goreng dan meletakkan makanan itu di atas meja yang dilengkapi dengan makhluk-makhluk tak jelas.
Taufan, Blaze dan Thorn yang meletakkan kepala di atas meja, terus mengangkat kepala bertopi mereka apabila mendengar panggilan Gempa.
"Nasi goreng je?" Tanya Blaze.
"Ha'ah. Kitorang tunggu punya lama, tapi ni je hasilnya?" Sahut Taufan pula.
"Betul, betul, betul." Sambung Thorn.
Gempa membuka apron yang dipakainya, kemudian disangkutkan ke pencangkuk, "Banyak songeh la korang! Makan je la! Tak nak, bak sini balik!" Tangannya mengambil semula mangkuk itu.
Trio prankster hanya menekup telinga mereka setelah mendengar jeritan Gempa yang agak kuat itu sehingga membangunkan Ice yang terliur (tidur) di meja makan, "Hah? Apa..? Hooam~ Makanan dah siap ke?"
"JANGAN GEMPAAAA!!" Taufan, Blaze dan Thorn menjerit dengan slow motion.
"Aduh.. Pehal ngan korang ni?" Solar mengusap dahinya, menyampah dengan sifat kembar-kembar tak langsungnya.
"Sudahlah Gempa, bagi je nasi goreng tu. Nanti atok dan Hali bangun." Akhirnya Ochobot meleraikan pertengkaran kecil itu.
Gempa menghela nafas panjang, lalu meletakkan semula mangkuk berisi nasi yang digoreng itu(?) "Korang complain macam-macam tentang nasi ni, aku tanam korang dalam tanah hidup-hidup." Katanya dengan tajam.
Ucapan Gempa berjaya membuatkan trio prankster menelan ludah masing-masing, "O-Ok."
"Korang, aku nak ke bilik Tok Aba, nak pastikan keadaan atok. Korang jangan buat bising." Ochobot berlalu pergi selepas mendapat anggukan daripada tuan-tuannya(?)
Mereka, kecuali Ice yang sedang berlayar, mulai makan nasi goreng yang dimasak Gempa. Tapi baru sesudu disuapkan ke dalam mulut..
"Uhuk-uhuk! Air!!" Taufan mencari air dengan gelabah, diikuti dengan Solar, "Aku nak air yang berais!"
Ice yang baru saja bangun dari tidurnya, menjadi mamai apabila namanya dipanggil, padahal ais yang dimaksudkan Solar ialah ais batu, "Hah? Hooamm~ Siapa panggil aku?"
"Werkk! Tak sed- Hmpftt-" Sebelum ucapan Blaze diakhiri dengan mereka yang ditanam dalam tanah hidup-hidup, Thorn sempat menghentikannya, "Ehehehe.. Sedap Gempa! Nasi goreng kau memang terbaiklah!"
Gempa memandang curiga pecahan-pecahannya yang lain, kemudian sambung memakannya, 'Hehehe.. Makanlah korang nasi goreng tu.. Aku sengaja buat pedas. Nasib aku dah bahagikan untuk aku.'
<><><>
Sementara itu...
"Nghh.. Eh? Abang..?"
Halilintar membuka kelopak matanya, memperlihatkan sepasang mata merah delima yang sayu. Dia mengusap-ngusap matanya, "Abang..?" Panggilnya lagi.
"Mana abang semua..?" Halilintar mengedarkan pandangannya pada seluruh bilik, mencari ketujuh-tujuh 'abang'nya.
"Eh? Apa ni?" Halilintar memegang dua benda yang berada di atas kepalanya. Kemudian dia merasakan sesuatu yang bergerak di sebelahnya.
Benda panjang yang berwarna kelabu...
"Uwaaa! Ulaaarr!!" Halilintar mulai berlari-lari di dalam bilik, menarik-narik 'ular' itu dari badannya,"Waaaa!"
BRAKK!
"Abaaaangg!!"
Halilintar berlari menuju ke tingkat bawah dengan panik. Air mata menggenang di sudut matanya, "Abang!" Kedua mata vermillion miliknya meliar mencari 'abang-abang'nya.
Akhirnya 'telinga baru'nya menangkap suara-suara dari arah dapur. Tanpa membuang masa, kaki kecilnya terus berlari ke sana, "Abang!"
<><><>
"Grooh.. Greeh.."
Taufan, Blaze dan Thorn melihat Ice yang berlayar, nasi goreng di pinggan si polar bear pun tak tersentuh walupun sedikit. Sang pengendali elemen ais itu masih tidur bak Sleeping Beauty XD
Kemudian trio prankster itu memandang satu sama lain, senyum sinis tercetak di wajah mereka.
Gempa yang sudah dapat membaca akal Taufan, Blaze dan Thorn mengendahkan mereka lantas dia menyambung semula makannya. Dia tak nak dijadikan ice sculpture dengan Meriam Pembeku si Ice. Solar pula sudah menghabiskan setengah daripada nasi gorengnya, dua botol besar yang dipenuhi dengan air mineral teletak di sebelah pinggannya, manakala dua lagi botol besar yang kosong sudah berada di lantai.
Taufan dan Thorn mengubah posisi Ice. Blaze pula sudah bersedia dengan sesudu nasi goreng 'doom' Gempa. Blaze kemudian mendekatkan sudu itu dengan mulut Ice yang sedikit terbuka lalu..
"WARGHH!! DA HEK?! PEDASNYAA!!"
Jeritan Ice membahana di ruang dapur itu, menyebabkan kelima-lima alter egonya yang lain menutup telinga mereka, "Woy! Korang nak bunuh aku ke?!" Ice memerhatikan trio prankster dengan pandangan tajam.
Gempa dan Solar melihat adegan di depan mereka dengan pandangan datar, "Kami tak nak masuk campur." Kata mereka serentak.
Blaze menggaru kepalanya sambil tersengih-sengih, "Ehehe.. Dah kau tak bangun-bangun, jadi aku suap la nasi goreng 'terbaik' tu."
"Nasi goreng terbaik ye? Ni, rasakan tembakan pembeku yang terbaik!" Ice mengeluarkan meriam pembekunya, tapi belum sempat dia menembaki mereka...
"Abang!"
Spontan, keenam-enam kepala bertopi berbentuk dinosaur itu mengalihkan perhatian mereka ke suara yang menyapa indera pandengaran mereka.
"Abang Ice!"
"Eh?!" Ice terkejut bukan main kerana Halilintar terus memeluknya dari depan, "K-Kenapa ni Hali?" Tanyanya.
"Ada ular di belakang Hali! Buang la ular tu!!" Halilintar menarik-narik jaket Ice.
"U.. lar..? Tanya kelima-lima pecahan Boboiboy yang lain dengan hairan.
"Ha'ah! Ni!!" Halilintar melepaskan pelukannya pada Ice, kemudian dia menunjukkan 'ular' yang menempel pada belakangnya.
Krikk.. Krikk..
"La.. Apa yang abang buat?! Cepatlah buang ular tu! Nanti ia patuk Hali! Mati Hali!! Hali tak nak mati awal!" Jerit pengendali petir itu untuk kesekian kalinya (pessimistic-nya kau XD)
"H-Hali.. Kau pakai kostum ke apa..?" Tanya Thorn.
Solar yang sibuk minum dari botol, mulai tersedak selepas dia terlihat Halilintar dengan 'kostum'nya, "Uhuk-uhuk! Lawak jenaka apakah ini?! Uhuk-uhuk!!" Katanya disela-sela batuknya.
Para pengendali elemen yang lain hanya melongo di tempat mereka berdiri dan duduk.
"Ular? Lebih kepada ekor kalau kau tanya aku." Ujar Taufan. Dia memegang dagunya, berfikir ala detektif.
"Kan? Macam ekor monyet." Sahut Blaze dengan sebelah kening dijongketkan ke atas.
"Tunggu- Ekor..? Hali.. Apa atas kepala kau tu..?" Soal Gempa pula.
Halilintar membalikkan badannya semula, menghadap para pecahannya yang tua tilga tahun dari dirinya, "Nng.. Hali pun tak tahu.." Balasnya singkat, kedua tangannya memainkan dua benda di atas kepala tak bertopinya.
'Comelnya...' Tanpa sedar, keenam-enam alter egonya melihat Halilintar dengan hidung dibanjiri darah (author nak join XD #nosebleedberjemaah)
"Hm.. Sini, abang tengok." Ice memegang benda berbentuk telinga di kepala Halilintar.
"Uu~ Abang Ice~ Hahaha!" Ejek Taufan, Blaze dan Thorn.
"Diamlah!" Marah Ice, kemudian dia cuba mengusap-ngusap kepala Halilintar, tapi respons daripada Halilintar mengejutkan mereka yang ada di sana...
"Purr..."
Krikk.. Krikk..
"KAU JADI NEKO?!!"
<><><><><><><><><><><><><><>
.
..
...
TO BE CONTINUED
...
..
.
<><><><><><><><><><><><><><>
Hehe.. Hali jadi neko ><
Ok, jumpa di next chappy~
Request still welcomed~
Jangan lupa vote ye minna-san~ ^^
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro