☆~[3]~☆
Frost : Fang, ramai yang kecam hang chap lepas *main phone*
Fang : Hah? Apasal pulak?
Frost : Ha la. Hang nak bolot Lin-chan kat diri hang ja
Fang : Apa?! Kau yang buat cerita tak masuk akal ni! Aku jugak yang kena!
Frost : Hehe.. Demam FangHali aku kambuh duh.. *garu kepala*
Fang : Wahai lovely readers sekalian, aku sarankan supaya JANGAN baca cerita ni lebih lanj- Hmphh!
Frost : *tekup mulut Fang* Maksud dia, jangan TAK baca cerita ni lebih lanjut! TERUSKAN baca! Dengar cakap Fang ya! Dia panggil hampa lovely tuh!
Fang : *struggling*
<><><><><><><><><><><><><><>
.
..
...
☆~[3]~☆
...
..
.
<><><><><><><><><><><><><><><>
Fang mendukung Halilintar, yang sudah tertidur di punggungnya, terus ke bilik Boboiboy dan membaringkan dia di atas katil, diikuti para pecahan Boboiboy yang lain.
Gempa, yang merasakan dirinya paling bertanggungjawab antara pecahan Boboiboy yang lain, menyelimuti badan Halilintar dengan selimut yang agak tebal hingga ke dagu si mata merah. Ice pula mengambil topi Halilintar dan meletakkan ia di meja kecil bersebelahan dengan katil.
"Um, Hali dah tidur. Macam mana ni? Dia tak makan ubat lagi." Thorn berkata, dia mendudukkan dirinya di atas katil bahagian kaki Halilintar.
Solar berjalan ke jendela bilik, kemudian melompat dan menduduki jendela yang terbuka luas itu, "Nak buat macam mana? Tunggu sampai dia jagalah. Takkan kau nak sumbat terus dalam mulut dia..?" Balasnya dengan nada malas.
"Kau ni.. Agak-agaklah. Daripada si Hali tu nak sembuh, masuk hospital terus." Sambung Taufan pula. Hoverboard-nya sudah disandarkan di dinding.
"Haih.. Kau ni pun satu.. Tu cuma kiasan je lah." Solar kemudian melayangkan pandangannya pada langit senja.
"Eh Solar? Merenung ke luar jendela nampak~" Blaze berujar sambil menyanyi.
Mendengar ucapan Blaze membuatkan Solar memandangnya dengan tatapan membunuhnya, "Sheesh.. Diamlah! Aku bagi hadiah berharga baru tahu!"
Kedua mata Blaze membulat, "Hah? Hadiah berharga?! Nak! Nak! Nak!"
Solar tersenyum sinis, "Dengan senang hati."
BUAGGGHHHHH-
Kesemua pecahan Boboiboy yang lain termasuk Fang menepuk dahi mereka sendiri.
Blaze sudah terbaring di lantai bilik dengan sebuah ais-krim bersaiz besar di kepalanya.
"Aduh.. Apasal ngan korang ni? Asyik bergaduh je." Tegur Fang.
Gempa hanya memandang scene tak waras di depannya dengan muka datar.
"Ergh.."
Sebuah suara mengejutkan kesemua makhluk yang masih sedar dalam bilik itu. Spontan, mereka mengalihkan kepala ke arah suara tersebut. Ternyata suara itu merupakan lenguhan yang keluar daripada mulut Halilintar.
"Korang ni bising sangat la. Kita kena keluar dari bilik ni. Biarkan Hali berehat." Ice berkata, kemudian dia berjalan ke arah pintu bilik. Baru saja dia memegang tombol pintu untuk ditarik, tapi sudah ada yang membukanya.
"Hi korang. Aku bawakan ubat demam untuk Hali."
Ochobot mendekati ketujuh-tujuh makhluk itu dengan sebuah dulang yang berisikan segelas air kosong dan ubat demam, lalu diletakkan di meja kecil bersebelahan dengan topi merah-hitam Halilintar.
Melihat itu, Solar menurunkan diri daripada jendela, dia berdiri di sebelah Taufan.
"Macam mana boleh jadi macam ni?" Tanya robot bulat kuning itu pada mereka.
Taufan, Gempa, Blaze, Ice, Thorn, Solar dan Fang hanya memandang sesama sendiri, kemudian Gempa menghela nafas panjang.
"Sebenarnya macam ni..."
<><><>
Selepas mengharungi beberapa minit bebelan daripada mulut Gempa... *disepak*
"Oh, macam tu.." Kalau Ochobot ada mulut, mesti sudah dibentukkan kepada huruf 'O'.
"Wey, aku nak baliklah. Dah nak malam ni. Matahari pun nak tenggelam dah." Fang membetulkan cermin mata yang melorot di hidungnya, kemudian berjalan ke arah jendela yang Solar duduki tadi.
"Kau ni Fang, apa kegunaan pintu kalau kau melompat keluar dari tingkap?" Tanya Thorn, sedikit emosional.
Fang, yang sudah bersedia untuk melompat, mengalihkan kepalanya ke samping, "Suka hati aku lah. Helang Bayang!" Dengan itu, sebuah kelibat hitam bermata merah muncul di depan Fang. Tanpa membuang masa, Fang melompat ke atas kelibat hitam berbentuk burung itu, "Bye, esok aku datang lagi. Untuk jenguk Hali dan Tok Aba."
Selepas itu, Fang terus menghilang bersama helang bayangnya.
"Hm.. Ochobot, macam mana dengan atok? Demam atok makin menurun ke tak?" Gempa bertanya.
Ochobot menatap Gempa, "Last aku check, suhu badan atok menurun ke 38 dari 39.2 darjah celsius."
"Atok demam lagi tu. Suhu badan normal antara 36.1 hingga 37.8 darjah celsius. Lagipun suhu badan manusia boleh berubah setiap hari, bergantung pada cuaca. Bukannya boleh harap kat ubat sangat pun." Jelas Blaze panjang lebar.
"..."
Tiada sebuah suara pun menyahut ucapan Blaze, semua pecahannya kecuali Halilintar memandang Blaze dengan pandangan 'krik-krik'.
Yang dipandang hanya menjongketkan sebelah keningnya, "Apa? Salah ke percakapan aku?" Tanya Blaze dengan hairan.
"Bila masa kau jadi cerdik macam ni Blaze..?" Ucap Taufan.
"Entah. Setahu aku kau suka main-main je. Sekarang kau..." Sahut Thorn.
"DAH OVER-CERDIK!" Sambung kesemua Elemental itu.
Blaze menekup kedua telinganya, "Apa masalah korang ni? Tu fakta lah! Kalau korang tak tahu, jadi.. aku lagi cerdik daripada korang lah! Hahahahaha!" Tawanya.
"Shh~ Pelankan sikit gelakan kau tu Blaze. Nanti Hali bangun." Ice membuatkan isyarat supaya senyap.
"Hmnggg..."
Gempa menghela nafas berat, "Dah terlambat Ice, Hali baru je bangun."
"Hnn.. Eh? Korang.. Apa korang buat kat sini?" Dengan bantuan Taufan dan Solar, Halilintar berjaya bangun dari baringnya. Sekarang si pengendali petir ini berada dalam posisi duduk.
"Hng? Kau.. Tak ingat apa-apa ke?" Tanya Thorn.
Halilintar memegang kepalanya yang sedikit berdenyut, kepalanya ditundukkan, cuba mengingat apa yang terjadi setelah dia tak sedarkan diri, "Hmm.. Aku hanya ingat, Adu Du menembakku dengan pistol apa entah.. Lepastu aku lupa." Halilintar mengangkat kepalanya, melihat satu per satu pecahannya, "Lepastu apa yang berlaku?" Tanyanya.
Gempa memandang Solar. Solar memandang Blaze. Blaze memandang Taufan. Taufan memandang Thorn. Thorn memandang Ice. Ice memandang Ochobot. Ochobot memandang Gempa.
Akhirnya Taufan yang menghabiskan aktiviti pandang-memandang(?) itu, "Lepastu kau terus pengsan. Jadi, kami bawak kau ke sini." Katanya.
Halilintar hanya melihat kedua tangannya yang diletakkan di pangkuannya, "Oh.." Balasnya singkat.
'Oh..? Tu je?' Batin Elemental Boboiboy yang lain.
"Macam mana dengan keadaan kau Hali? Makin elok?" Ochobot bertanya. Risau jugak dengan keadaan salah satu daripada pecahan Boboiboy ni.
Halilintar mengangkat kepalanya semula, "Ah.. Aku, sihat je lah. Jangan la risau." Tangan kirinya diangkat, mengusap-ngusap kepala(?) Ochobot dengan pelan. Senyum kecil tertera di wajahnya.
Elemental yang lain hanya melihat Halilintar dengan pandangan hairan. Tak selalunya Halilintar yang serius dan agak pemarah menjadi.. lembut macam ni.
"Hey, kau ok ke tak?" Gempa meletakkan tangannya di dahi sang pecahan terdingin, "Kau ni biar betul Hali? Panas macam ni kau kata sihat?" Gempa menarik semula tangannya.
"Kau kena makan ubat Hali, baru boleh sihat." Kata Blaze (serius, Blaze dah makan apa la sampai jadi OOC camni XD)
Halilintar memucat, "A-Aku tak suka ubat! Pahit la!" Secepat kilat, Halilintar menyambar semula selimut dan menyelimuti dirinya dari kaki hingga ke kepala. Badannya sedikit bergetar.
"Kau kena jugak Hali. Kalau tak macam mana kau nak sihat?" Ice menarik selimut Halilintar, tapi nampaknya si kecil berfizikal 12 tahun tak nak mengalah.
"Aku tak nak lah!" Halilintar masih mempertahankan dirinya. Selimutnya sudah tersingkap hingga ke pinggangnya.
Secara mengejut, Thorn menaiki katil single itu dan menindih tubuh Halilintar. Tangannya memegang kedua pergelangan tangan Halilintar, menyebabkan Halilintar terkejut luar biasa dan pipi yang sudah merona menjadi semakin merah, "T-Thorn.. A-Apa kau nak buat ni..?"
Elemental yang lain hanya cengo melihat aksi itu, seolah-olah kaki mereka digam di tempat. Kesunyian melanda bilik itu.
Akhirnya Taufan yang memecahkan keheningan itu, "Thorn, apa kau nak buat?!" Tanyanya dengan nada suara yang sedikit tinggi, terkejut dengan scene di depannya.
"Thorn! Kau jangan nak buat senonoh kat Hali pulak!" Sahut Gempa, tak kurang tahap terkejutnya daripada pecahan Boboiboy yang lain.
Thorn, yang masih berada di atas tubuh Halilintar, mengalihkan kepalanya ke semua alter egonnya yang lain, "Korang ni otak kuning betullah. Aku pegang pergelangan tangan dia, korang paksalah dia makan ubat tu." Katanya dengan santai.
"Ouh..." Yang lain hanya sweatdrop di tempat, 'Ingatkan apalah tadi..?' Batin mereka.
"Ha! Korang mesti fikir yang bukan-bukan kan?! Memang dasar otak kuning! Hahaha!" Ucap Thorn kemudian ketawa terbahak-bahak.
'Yang kau pergi tindih badan Hali tu apasal..?' Batin Elemental lainnya, terasa annoying dengan sikap Thorn.
"Dah la. Nah Hali, ubat demam kau." Ochobot mengambil ubat dan segelas air kosong, kemudian diberikan pada Halilintar.
"Aku.. tak nak! Thorn! Turunlah! Kau.. berat tahu tak?! Ergh.." Halilintar merungut, cuba melepaskan tangannya yang dipegang oleh Thorn.
"Weh, dah-dah. Badan Hali tu dah la kecil, kang tak pasal-pasal dia mati sebab tak bernafas." Kata Ice.
Thorn melepaskan pegangannya pada pergelangan tangan Halilintar, lalu dia menurunkan dirinya dari atas badan Halilintar dan terus turun dari katil.
Solar mengambil ubat yang dipegang Ochobot, kemudian disodorkan depan mulut Halilintar, "Nah, bukak mulut kau." Katanya.
Halilintar menggigit bibirnya, kemudian menggelengkan kepalanya, "Tak nak!" Dia lalu kembali menarik selimutnya.
"Oh.. Please lah Hali. Kau ni macam budak-budak lah.." Ucap Gempa, menghela nafas panjang.
"Hali, kau nak minum ubat tu, atau kau nak salah sorang daripada kami yang minumkan untuk kau..?"
"..."
Sekali lagi, ucapan Blaze tidak mendapat balasan daripada pecahan yang lain. Mereka hanya memandangnya dengan pandangan 'what the heck?'.
"Kau ni biar betul Blaze? Kau dah tak innocent ke apa hah?!" Taufan menggoncangkan bahu Blaze dengan kuat.
Halilintar yang berada di sebalik selimut hanya membatu, tidak bergerak sama sekali.
"Aku tak main-mainlah. Tinggal cara tu je kan kalau orang demam tak nak makan atau minum ubat?" Blaze menurunkan tangan Taufan pada bahunya.
"Memanglah tapi..." Gempa melayangkan perhatiannya pada Halilintar yang masih tidak bergerak.
Selimut itu kemudian disingkapkan, mempamerkan sang pengendali petir dengan muka merahnya (entahlah memerah sebab demam atau malu XD)
Elemental yang lain dan Ochobot menatap Halilintar dengan hairan.
Halilintar merampas ubat yang berada pada Solar, kemudian ditelan ubat itu. Dia lalu mengambil gelas yang dipenuhi air kosong dan meneguknya hingga habis. Setelah itu, dia meletakkan gelas itu di meja kecil. Halilintar kembali bersembunyi di sebalik selimut, "Thanks Ocho, sudah bawak ubat tu ke sini." Gumamnya.
"Takde hal la." Balas Ochobot.
"Ok, jom kita keluar. Kasi Hali rehat jap." Ice berjalan keluar, diikuti alter egonya yang lain beserta Ochobot yang membawa dulang dan gelas. Taufan sempat mengambil hovedboard-nya di dinding. Kemudian pintu bilik itu ditutup oleh Solar selepas dia menutup jendela bilik.
Setelah memastikan tiada siapa yang masih ada, Halilintar membuka selimutnya, mukanya sangat merah. Kedua tangannya menepuk-nepuk pelan pipi yang sudah chubby, "Haih.. Apasal ngan aku hari ni? Pelik lah." Rengeknya pada diri sendiri, "Kau kena bangun dari mimpi ni Halilintar, bangun, bangun!" Halilintar akhirnya mencubit pipinya sendiri, menyebabkan pipinya semakin merah, "Aduh.. Ni bukan mimpi.." Katanya lagi, mengusap-ngusap pipinya.
"Argh! Aku tidur lagi bagus!" Si mata merah kemudian kembali baring, matanya ditutup, lalu dia terbawa oleh mimpi yang mendatanginya.
<><><>
Sementara itu...
"Hahahaha! Hali ni lawaklah!" Tawa Taufan.
"Wey, apa yang kau tengok? Aku suruh kau tengok Hali tidur ke tak, yang kau gelak sorang-sorang macam orang gila ni pehal?" Kata Gempa.
Selepas keluar dari bilik Boboiboy, kesemua Elemental itu berhenti di depan pintu. Untuk memastikan keadaan Halilintar, Taufan mengintip dari lubang tombol pintu, jadi dia melihat semua yang Halilintar buat. Dari menepuk pipi, mencubit pipi, mengusap pipi, sehinggalah kembali tidur.
Taufan masih tak berhenti gelak, "Haha! Hali baru tidur! Hahaha!"
Solar berkata, "Oi, sudah-sudahlah Taufan. Malam nanti kau mamai pulak. Gelak masa tidur macam si author, sampai orang sebelah terkejut tengok dia sengih-sengih dalam tidur."
Frost : Woy-woy. Pa ni mention-mention si author..
"Ok, jom ke depan." Gempa membuat isyarat tangan, menandakan supaya yang lain mengikutinya hingga tiba di ruang tamu.
Gempa, Ice dan Solar duduk di atas sofa, trio prankster pula berada di karpet.
"Jadi, kita nak tidur kat mana? Takkan nak tidur berhimpit kat dalam bilik?" Tanya Blaze, dia mendudukkan dirinya di atas karpet.
"Tak bolehlah. Katil tu single je kot. Kau ingat muat untuk kita bertujuh? Dah la kau tu tidur suka tendang-tendang." Balas Ice, yang dengan gembiranya memeluk bantal dakap yang entah dia dapat dari mana.
"Maksud Blaze kita tidur kat bawahlah. Aduh.. Lampi lah otak kau. Tahulah yang kau mula nak buat operasi hibernasi kau.."
Ucapan Thorn mendapat anugerah AJL yang berharga oleh Ice, iaitu dibaling bantal dakap yang si pengendali ais peluk.
Taufan berguling-guling di karpet, "Ala.. Kita tidur berjemaah kat sinilah. Baru best.." Ujarnya.
"Ha, betul jugak tu. Korang enam tidurlah di sini." Sahut Ochobot, mengiyakan ucapan Taufan.
"Habis, kau nak tidur kat mana pulak? Kat sini atau dalam bilik?" Tanya Gempa pada Ochobot.
"Aku tidur dalam bilik la, boleh tengok-tengokkan si Hali." Balas robot bulat berwarna kuning itu.
Kesemua Elemental menganggukkan kepala bertopi mereka.
"Sekarang pukul berapa hah?" Tanya Solar, mencari-cari jam dinding.
"Sekarang dah nak pukul 9." Jawab Ochobot.
"HAH?! Biar kebenaran?! Cepatnya masa berlalu!" Jerit keenam-enam Elemental itu.
"Hey, korang bising sana, bising sini, memanglah cepat. Dah lah. Korang tidur lah. Aku nak balik ke bilik." Dengan itu, Ochobot melayang ke bilik Boboiboy yang berada di tingkat kedua.
Ketujuh-tujuh Elemental itu menatap kepergian Ochobot dengan mulut yang sedikit terbuka. Kemudian sebuah tendangan membuatkan Gempa dan Solar terkejut.
GEDEBUKKK!
"Heh, aku cop sofa ni. Korang yang lain tidur kat bawah. Hooam~ Night.." Ice terus berlayar atas kapalnya /plakk Eh! Maksud author, berlayar atas sofanya.
"Woy! Berani kau tendang kami dari sofa?!" Ucap Solar, mengusap-ngusap bahunya.
Kali ini Gempa pula berkata, "Tak guna kau Ice! Sakit tulang belakang ak-"
"Grooohh.. Greeehh.."
Kesemua Elemental menatap Ice dengan pandangan menyampah.
"Bertuah punya polar bear. Dia tidur awal-awal lagi." Kata Thorn.
"Dah la. Aku pun nak tidur. Selamat malam~" Blaze berucap, kemudian menutup kedua matanya.
"Aku pun.." Taufan juga turut melelapkan dirinya.
"Weh, lampu tak nak tutup ke? Cerah kot." Rungut Solar, menaikkan sebelah keningnya.
Gempa memposisikan dirinya kepada yang lebih nyaman, "Ala.. Kau tolong la tutup.. Berkira betul.." Katanya, separuh nyawanya sudah melayang.
"Hoooamm~ Malam, guys.." Thorn juga menidurkan dirinya.
"Ish.. Aku jugak." Solar berjalan ke suis lampu, kemudian menutup lampu yang mencerahkan ruang tamu itu, lalu dia pun ikut ke alam mimpi bersama alter egonya yang lain.
<><><><><><><><><><><><><><>
.
..
...
TO BE CONTINUED
...
..
.
<><><><><><><><><><><><><><>
Hey minna!
Part 3 dah siap~ Saya ada rahsia di sebalik cerita ni *bisik* Nak tahu tak?
Sebenarnya... cerita ni.. TAKDE PLOT! Hehe.. Kalau nak tolong sang author otak lampi ni, silakan~ Bagilah scene-scene yang menarik~ Asalkan jangan keluar dari topik cerita ni. Kalau keluar dari topik/tajuk cerita, automatik tak diterima!
Hm.. Bila nak munculkan Neko!Hali ya? Wah~ Hali jadi neko! *mata bersinar*
Kalau ada masa, saya cuba lukis dan masukkan dalam ni. Tu pun kalau wattpad tak buat masalah -_-||
Ok, lastly, I want some stars~ Gimme vote~
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro