Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

☆~[2]~☆

Here's the second part of He's Mine~ Thanks for support this story~ ^^

WARNING : OOC OVER-GILER!!

<><><><><><><><><><><><><><><>

.

..

...

~[2]~

...

..

.

<><><><><><><><><><><><><><><>


Kedua tangan Boboiboy Halilintar diangkat ke atas, senyumannya masih ada di bibirnya, "Dukung!"

<><><><><><><><><><><><><><><>

JEDARRRR!!

Hanya satu perkataan yang terucapkan, tapi besar dampaknya. Sehinggakan ketujuh-tujuh makhluk itu seperti merasakan kejutan elektrik yang tinggi. Kilat sambar-menyambar menjadi background situasi ini.

"What the-" Fang memotong kalimatnya sendiri. Dia betul-betul terkejut mendengar pernyataan yang keluar daripada mulut Boboiboy Halilintar.

"Apakah?!" Keenam-enam Elemental Boboiboy yang lain membatu.

"Hehehe.. Dukung la~" Halilintar tertawa kecil. Kedua tangannya masih terangkat, minta untuk didukung. Pipinya memerah, menandakan bahawa suhu badannya panas.

"..." Tanpa sepatah kata, Gempa mulai memundurkan dirinya kebelakang, membuatkan semua yang berada di situ memerhatikan dirinya dengan hairan.

"G-Gempa.. Apasal ngan kau..?" Tanya Ice, sebelah keningnya dijongketkan.

"T-Tidak.. TIDAAAKKKK!!" Gempa jatuh terduduk, wajahnya ditutupi oleh kedua tangannya.

"Kenapa ni Gempa?" Taufan, bersama hoverboard-nya, mendekati Gempa yang shock dengan kejadian itu.

"Hihihihi.. Abang Gempa, dukung la Hali~"

JEDARRRR!!

Sekali lagi, para makhluk itu merasakan seperti kilat menyambar mereka.

"W-Woy.. Ni semua.. hanyalah lawakkan?" Dengan perasaan cemas, Solar mendekati Halilintar yang tersenyum layaknya seorang kanak-kanak.

Halilintar merasakan seseorang mendekatinya. Dia kemudian mengalihkan kepalanya ke orang itu, senyuman yang menghias bibirnya menjadi cengiran, "Abang Solar! Dukung!"

Solar berjongkok di sebelah Halilintar.

"Apa yang kau nak buat Solar?" Tanya Fang.

Solar memegang dahi Halilintar dan menyentuh lehernya, "Kau demam Hali. Tapi apa puncanya?" Gumam Solar.

Blaze memegang dagunya, berfikir, "Hm.. Ha! Aku tahu! Tadi Adu Du menembak dia dengan.."

"PISTOL PENYAKIT!!" Jerit semua makhluk itu, kecuali Halilintar. Kemudian mereka mengalihkan semula perhatian mereka pada Halilintar yang masih terbaring.

"Tapi, kenapa dia panggil Gempa dan Solar abang?" Thorn bertanya.

"Kalau dia panggil Gempa dan Solar abang, mesti dia akan panggil kita benda yang sama.." Ice menyahut.

"Tapi macam mana ngan ak-" Perkataan Fang terputus.

"Hiks.. Abang Fang.. Abang Gempa ngan Abang Solar tak nak dukung Hali.. Hiks.. Abang Fang dukung la Hali~" Halilintar menangis, tangan kecilnya menutup kedua mata merah delimanya yang mengalirkan air mata. Tunggu- Tangan kecil?!

"BILA MASA PULAK KAU JADI BUDAK, HALI?!" Buat kesekian kalinya, ketujuh-tujuh makhluk itu menjerit.

Tubuh Halilintar, daripada fizikal berumur 15 tahun, menjadi tubuh fizikal kanak-kanak berumur 12 tahun.

"Hm.. Peliklah. Fizikal dia macam berumur 12 tahun, tapi mental dia macam.. er.. budak tadika.." Taufan menggaru pipi kanannya, kemudian dia melayangkan perhatiannya pada Gempa, "Wey Gempa, apasal ngan kau. Macam kena rasuk dengan hantu Kak Limah je." Canda Taufan.

"Haduh.. Habislah. Kita kena tunggu Hali sampai demam dia sembuh.. Baru la boleh bercantum." Gempa mengusap dahinya.

"Ha'ah la.. Kalau camtu, kita tak boleh berjauhan." Ucap Blaze (bila masa Blaze jadi cerdik camni XD)

Gempa menghela nafas berat, kemudian dia bangkit untuk berdiri, membuat Ice tertanya-tanya, "Lepastu, macam mana ni?" Ice lalu melihat Halilintar yang masih menangis.

"Hiks.. Abang Ice..."

"Erk-" Ice terkejut bukan main ketika melihat Halilintar yang memandangnya dengan muka memelas. Pipi memerah yang dikembung dan mata yang berkaca-kaca diarahkan kepadanya, "A-Apa yang kau nak Hali?" Tanyanya dengan nada hati-hati.

Halilintar mengangkat tangannya ke arah Ice, "Dukung~"

"Hehehe.. Abang Ice, dukung je la si Hali tu. Kesian dia asyik minta untuk didukung~" Usik Thorn.

"Ish.. Napa aku lak? Gempa yang first dia minta kan!" Ice mengarahkan jari telunjuk ke Gempa.

"Eh! Aku pulak! Apasal aku?!" Gempa mempertahankan dirinya.

"Ala korang ni.. Dukung je la.. Bukannya virus 'manja' dia nak berjangkit kat korang pun." Kata Blaze santai.

"Betul, betul, betul." Sahut Taufan.

"Sheesh.. Banyak cakap pulak. Korang dua dukung la Hali!" Jerit Gempa dan Ice pada dua orang prankster, yang menutup telinga untuk mengelakkan telinga mereka daripada menjadi tuli.

"Hey, chill la bro.. Kita kan kembar tak langsung.. Jangan la gaduh camtu. Kesian si Hali ni.." Solar, yang masih duduk berjongkok di sebelah Halilintar, mulai menggelitik badan si manik merah, membuatkan si 'pemuda' tertawa gembira, "Hahaha, tengok? Korang tak rasa yang dia ni comel ke?"

Semua yang ada di situ memandang Solar dan Halilintar yang seronok 'bermain'.

"Solar." Panggil Thorn dengan nada pelan.

"Hm?" Yang dipanggil hanya berdehem, senyuman masih terpapar pada wajahnya.

"Kau.. sebijik dah macam abang la.." Sambung Blaze.

"Hahahaha! Apa korang merepek ni? Aku biasa je la.." Solar menghentikan aktiviti gelitiknya pada Halilintar. Dia mulai bangun dari jongkoknya.

"Hm.. Mungkin ini efek dari pistol tu kot?" Tanya Fang.

"Tapi Adu Du kata 2 hari lagi baru kita tau." Sahut Taufan.

"Dah la. Jom kita bawak Hali balik. Badan dia pun nampak panas dan tak larat." Gempa berujar, menyebabkan semua makhluk itu melihatnya sekali lagi, "Hampa jangan usha aku camtu boleh dak? Rimas aku."

Mendengar kalimat Gempa, semakin membuatkan mereka memandangnya dengan hairan.

"Bila masa pulak kau pandai cakap bahasa orang utara ni Gempa?" Fang ber-sweatdrop.

"Tahun lepas malam raya." Kata Gempa santai.

"Okay, aku rasa ni memang efek dari pistol tu." Ucap Ice, turut sweatdrop.

"Ye ke? Aku rasa dia dah kena rasuk ngan hantu raya, tu yang perangai dia lain macam je." Blaze memegang dagunya.

"Kan? Dah nama pun malam raya, mesti dah kena rasuk ngan 'benda' tu." Sahut Thorn.

"Dah, dah. Daripada kita fikir orang utara, hantu raya semua kejadah tu, baik kita bawak Hali ni balik. Kesian pulak aku tengok dia, terlentang macam tu." Balas Solar menghentikan percakapan tak bermanfaat itu.

"Siapa pulak nak dukung dia?" Tanya Taufan, yang, dengan berjayanya, menyebabkan semua yang berkumpul di situ senyap sementara.

"Er..." Kesemua Boboiboy Elemental itu hanya menggaru pipi masing-masing.

Fang yang melihat para pecahan Boboiboy di hadapannya, hanya menghela nafas berat, "Korang ni biar betul? Dengan pecahan sendiri pun berkira ke? Haish.. Biar aku je la yang dukung dia." Selepas menghabiskan kalimatnya, Fang terus melangkahkan kakinya mendekat ke Halilintar. Dia mulai mengangkat badan Halilintar dan mendukung Halilintar secara piggyback.

"Hihihihi.. Badan Abang Fang, berbau wangi lah~ Hali suka~" Kata Halilintar dengan nada manja, kepalanya disandarkan ke bahu Fang, senyuman masih tertera pada wajahnya yang sekarang sudah sedikit chubby daripada dulu, matanya terpejam rapat.

"Uhuk-uhuk!" Fang terbatuk mendengar perkataan Halilintar, semburat merah menjalar ke wajahnya, "A-Apa yang kau merapu ni?"

"Ahahahahaha! Untung la kau~" Taufan, Blaze dan Thorn ketawa.

"Hahahaha!" Tawaan Gempa, Ice dan Solar pun tak kalah daripada trio prankster.

"Ergh.. Diamlah korang! Kalau bukan sebab aku dukung si Hali, dah lama aku serang korang dengan Naga Bayang!" Seru Fang, mukanya semakin memerah.

"Eh?" Halilintar, dengan lemah mengangkat kepalanya dan membuka kedua matanya, "Hiks.. Abang Fang.. Marah Hali ke..? Hiks.." Air mata timbul di kelopak mata Halilintar, sebelum sempat air mata itu jatuh, ia sudah diusap oleh sebuah jari, "Hish.. Janganlah nangis.. Macam budak-budah tahu tak?" Fang berkata dengan lembut beserta senyuman sambil mengusap air mata Halilintar.

Tawaan daripada enam Elemental Boboiboy terus terhenti setelah melihat scene di hadapan mereka.

"Kenapa aku rasa sakit hati?" Tanya Blaze.

"Sakit hati? Kalau hati kau dah sakit, dah lama kau tak pijakkan kaki kau kat bumi ni Blaze." Balas Thorn, matanya tidak lepas dari Halilintar dan Fang.

"Rileks Blaze.. Aku pun rasa macam tu." Ucap Taufan.

"Ada sesuatu perasaan asing yang timbul dalam hati aku." Ujar Ice.

"Aku pun." Gempa bergumam pelan.

"Aku pun sama. Jangan-jangan perasaan ni..." Solar berkata.

"CEMBURU?!" Jerit keenam-enam Elemental Boboiboy itu sambil memandang satu sama lain.

Fang yang masih tersenyum pada Halilintar, mengalihkan perhatiannya pada Elemental Boboiboy yang terlihat histeris, "Woy, apasal ngan korang? Jerit-jerit macam tu? Dah kena rasuk ngan langsuir ke?" Tanyanya dengan hairan.

Taufan, Gempa, Blaze, Ice, Thorn dan Solar melihat Fang dengan pandangan tajam.

Gempa menudingkan jari telunjuknya pada Fang, "Kau!" Katanya dengan nada yang agak tinggi.

"Aku?" Dengan sebelah kening yang dijongketkan, Fang bertanya.

"Ya kau!" Balas Gempa.

Fang semakin hairan dengan sikap pecahan Boboiboy, "Kenapa dengan aku?" Tanyanya lagi.

Kali ini Ice pula berkata, "Berani kau ambil kesempatan atas Hali?!"

"Kesempatan..? Apa korang cakap ni?" Mulut Fang sedikit terbuka. Kenapa dengan semua pecahan Boboiboy ini?

"Ya! Kau ambil kesempatan!" Seru Taufan.

"Korang dah gila ke apa?" Setitis air jatuh di sisi kepala si rambut cacak.

Di sisi lain, Halilintar hanya melihat adegan di hadapannya dengan mata yang terkebil-kebil. Apa yang terjadi sekarang ini? Kalimat inilah yang berada dalam kepalanya.

"Tak! Kami masih waraslah!" Sahut Solar.

"Ha'ah! Kau yang tak waras!" Blaze bersuara.

"Dasar si rambut cacak landak durian!" Thorn ikut menudingkan jari ke arah Fang.

Fang semakin dibuat hairan. Rasa-rasanya para pecahan Boboiboy yang tak waras di sini. Begitulah isi hati Fang.

Pemuda berambut spike itu mengabaikan kalimat para Elemental Boboiboy yang lain. Kakinya mulai melangkah menjauh daripada mereka.

"Woy! Mana kau nak pergi?!" Tanya Blaze sedikit kuat.

Langkahnya dihentikan, Fang berbalik menghadap pecahan Boboiboy, "Tandas. Apasal? Korang nak ikut ke?" Tanyanya dengan nada malas.

"Euw.. Orang gila mana nak ikut kau? Hantu Kak Limah kot la." Balas Thorn.

"Bukan kitorang, tapi.. APASAL KAU NAK BAWAK HALI SEKALI?!" Jerit Taufan di akhir ucapan.

"Otak korang ni lampi* lah. Aku nak ke rumah Tok Aba lah! Aduh.." Dengan langkah pelan, Fang mulai berjalan lagi, menuju ke rumah antik.

"Ceh.. Mentang-mentang Hali suka dia, belagak sungguh." Solar melipatkan tangan di depan dada.

"Sudah la. Jom ikut dia dan Hali. Kita kena beritahu ni ke Ochobot." Gempa baru saja hendak melangkahkan kakinya, tapi terpotong oleh ucapan Ice, "Macam mana dengan atok?"

Gempa menggaru pipi, "Er.. Nanti-nantilah aku fikir. Sekarang ni jom balik rumah atok!"

"Hm!"

<><><><><><><><><><><><><><><>

.

..

...

TO BE CONTINUED

...

..

.

<><><><><><><><><><><><><><><>

*lampi : Lambat pick-up. Budak-budak di sekolah saya suka cakap perkataan ni.. Hehehe..

Sorry chapter ni pendek.. Huhuhu.. T.T


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro