☆~[14]~☆
Me: Yow. Wazzup wattpaders~ *buat gaya swag*
Thorn: Tak yah belagak swag la =_=
Me: Hm? Kau sesat mana pulak ni? -_-||
Thorn: Aku sesat kat Sunway Rintis xD
<><><><><><><><><><><><><><><><>
.
..
...
☆~[14]~☆
...
..
.
<><><><><><><><><><><><><><><><>
Setelah puas membeli barang yang diingininya, Solar berjalan meninggalkan Taufan dan Thorn, menyebabkan dua persona Boboiboy itu protes.
"Tunggulah kitorang!!"
"Solar tak berhati perut jantung pankreas esofagus!!"
Solar hanya sweatdrop mendengar perkataan Thorn.
<><><><><><><><><><><><><><><><>
Bersama Gempa, Ice, Fang dan Halilintar...
Setelah ketiadaan Taufan, Blaze, Thorn dan Solar, Gempa, Ice, Fang dan semestinya si neko hybrid, meneruskan perjalanan mereka beberapa meter ke depan, mencari kedai pakaian kanak-kanak.
Setelah menjumpai kedai pakaian tersebut, Ice disuruh oleh Gempa dan Fang untuk membawa Halilintar melawat(?) shopping mall yang besar itu. Dan yang disuruh, semestinya akan protes.
"Tak nak ah. Aku tak larat nak jalan."
Begitulah kata sang pemanipulasi ais. Tetapi selepas dibentak dengan combo golem naga tanah bayang, (wujud ke? lol) akhirnya si pecahan Boboiboy yang -agak- malas itu mengalah dan bersetuju untuk membawa Halilintar berjalan-jalan kelilingi Sunway Rintis.
Tetapi bukan Ice-lah namanya kalau dia betul-betul mendengar arahan Gempa dan Fang. Dia malah menarik tangan Halilintar untuk berehat di sebuah kerusi panjang di sebalik tiang, bertentangan dengan kedai yang Gempa dan Fang masuk.
(ck, ck, ck.. bertuah punya budak -,-)
"Abang Ice.."
Ice dikejutkan dengan sedikit tarikan pada tangannya. Dia tertidur rupanya. Dan Halilintar yang bangunkan dia.
Dengan sedikit lenguhan malas, dia melihat 'adik'nya sambil bertanya, "Kenapa Hali?"
"Hali hauslah..."
Ice menjongketkan kedua keningnya selepas mendengar jawapan singkat itu, kemudian dia mengalihkan pendangannya pada Gempa dan Fang yang sedang memilih pakaian yang sesuai dengan 'adik' mereka bersama seorang gadis remaja yang merupakan pekerja di kedai tesebut.
Ice bangkit dari duduknya, "Hali tunggu sini ya, abang nak ke sana jap. Duduk sini, jangan kemana-mana, faham?" Arahnya pada si neko yang hanya melihatnya dengan pandangan 'blur'. Beberapa saat kemudian bibir Halilintar merekah(?) ke bentuk 'U', "Ok, abang!" Balasnya dengan nada gembira.
Ice, tanpa buang masa terus berjalan ke tempat yang menjadi niat utamanya(?)
Selepas bincang beberapa minit dengan Gempa, (sebenarnya bergaduh pasal duit untuk beli minuman untuk Hali) Ice kembali ke tempat duduknya, mendapati tiada orang yang duduk di situ. Ice menggaru kepalanya, "Aku salah kerusi ke apa?" Gumamnya. Kemudian dia melayangkan tatapannya pada sekelilingnya, mencari kanak-kanak ber'kostum' neko.
Selepas menyedari bahawa si 'adik' telah menghilang, Ice mulai panik dan berlari ke Gempa dan Fang semula.
<><><>
Gempa dan Fang...
"Ish.. Ambil baju merah ni lah!"
"Asyik merah je, ambil warna lain pulak! Hitam ke.. Macam tak bertukar baju pulak si Hali tu!"
"Tak nak! Hali sesuai dengan warna merah!"
"Keras kepala betul. Patutlah kau yang pegang kuasa tanah tu.."
"Apa!?"
"Eh, bertenang dik. Nanti customer lain tengok korang, malu kang."
Sudah beberapa minit si pengendali tanah dan si pemanipulasi bayang bertengkar tentang warna baju untuk Halilintar. Suara mereka juga menarik perhatian pelanggan lain. Akhirnya pertengkaran kecil itu dihentikan oleh pekerja perempuan di kedai itu.
"Janganlah gaduh. Korang sesama superhero takkan nak gaduh kat sini. Runtuh shopping mall ni karang." Tegur remaja perempuan itu seraya memegang bahu Gempa dan Fang sambil tersenyum nipis.
"Kak, kak rasa kan, adik kitorang sesuai pakai baju warna apa? Warna merah or hitam?" Tanya Gempa, sedikit.. kebudak-budakan..
Pekerja perempuan yang bertag-nama Iyane, (sorry not sorry Iyane~ xD) memegang dagunya, kemudian memetik jarinya, "Aha! Akak ada warna yang sesuai dengan adik korang tu. Jap.." Dia kemudian mengalih ke arah berlainan, mencari pakaian untuk menghentikan pergaduhan kecil Gempa dan Fang.
"Ha, yang ini! Macam mana?" Tanyanya seraya memegang jaket hitam-merah bercorak kilat bersama hood dan telinga kucing(macam jaket Hali).
Gempa dan Fang langsung melayangkan tatapan bosan pada Iyane, 'Baik beli jaket sebiji macam Hali punya.. Sama je pun mot--'
Fikiran mereka dipotong oleh si pemanipulasi ais yang berlari ke arah mereka dengan muka sedikit panik, "Gempa! Fang!" Ice kemudian berhenti tepat di hadapan Gempa dan Fang sambil mengambil nafas.
"Apasal dengan kau? Selalu muka rileks je, ni dah macam nampak hantu kak limah gali kubur tengah malam apasal?" Tanya Gempa, berasa hairan dengan sifat salah satu pecahannya. Sebelah keningnya dinaikkan, begitu juga dengan si pemanipulasi bayang, " Buang tabiat ke?" Soal Fang pula.
"H-Hali! Hali dah hilang!!" Seru Ice selepas merasa dirinya mendapat oksigen yang cukup untuk berucap.
"APAA!? HALI HILANG!!?"
Ice terpaksa menahan dirinya untuk membekukan Gempa dan Fang kerana air liur yang mencurah ke wajahnya bagai air hujan yang jatuh menyiram bumi. Tetapi dia hanya mengusap mukanya dengan wajah menyampah, "Kot ye pun tak payah la siram aku dengan air liur korang tu. Betul kata pepatah Melayu, 'sediakan payung sebelum hujan', sayangnya aku tak bawa payung." Keluh Ice.
Gempa dengan pantas mencekam kedua bahu Ice, "Betul ke Hali hilang!?" Tanyanya dengan panik.
Ice membuat muka serius, "Ada muka aku ni nampak macam bohong?" Tanpa menjawab soalan pecahannya, Ice bertanya ke Gempa balik.
"Muka kau tu nyaris tak berekspresi setiap masa. Manalah kitorang tahu kau bohong ke tak." Kata Fang, sedikit 'annoyed' dengan Ice.
"Haih.. Habistu tadi kata ekspresi muka aku ni macam dah nampak hantu kak limah la apa lah.." Rungut Ice.
"Ok, ok. Kat mana last kau nampak dia?" Tanya Gempa.
"Kat bench yang aku dengan Hali duduklah, apa lagi? Duh.." Jawab Ice.
"Jom cari Hali!" Tanpa lengahkan masa, Fang terus berlari keluar kedai, diikuti Ice dan Gempa.
"Takpelah kak! Nanti kitorang datang balik kedai ni!!" Jerit Gempa sebelum keluar kedai.
Pekerja perempuan yang bernama Iyane tadi terus menggigit pakaian yang dipegangnya, "Nak ikut cari pikachu juga~" Ucapnya kemudian disambut dengan teguran daripada rakan sekerjanya yang lain, "Jangan gigit jaket tu!!"
<><><>
Bersama Taufan, Thorn dan Solar...
Setelah men-stalk Solar yang baru membeli smartphone, kini ketiga-tiga pecahan Boboiboy tersebut berjalan bersama. Mereka sempat membeli 'cool blog' dan waffles sebagai alas perut.
"Weyh, tu arcade! Jom masuk!" Ucap Thorn, teruja selepas terlihat arcade yang terletak bersebelahan dengan panggung wayang.
"Duit tak cukuplah~ Kalau dari tadi jumpa arcade ni, tak payah dah kita beli waffles ni.." Keluh Taufan.
"Kau mengeluh depan makanan? Tak baik tahu tak?" Tegur Solar pada Taufan, menyebabkan yang ditegur hanya tersenyum 'nervous' sambil menggaru kepala.
"Nak tengok wayang pun duit tak cukup~" Kali ini Thorn pula bersuara.
Duo Boboiboy itu kemudian jatuh terduduk dengan aura muram yang mengelilingi mereka. Orang-orang yang lalu-lalang di situ hanya menatap mereka dengan pandangan hairan dan iba, kecuali untuk pecahan mereka sendiri, Solar.
Si Boboiboy berkacamata kuning itu hanya 'sweatdrop' dan semakin menjauhkan diri daripada dua pecahan dirinya, seperti mengatakan, 'aku-tak-kenal-siapa-dua-badut-ni'.
Sebuah suara menginterupsi adegan tak bermutu mereka, ternyata yang memanggil mereka merupakan kembar- ehem! Maksud author pecahan mereka sendiri dan sahabat(rival) mereka. Tetapi daripada apa yang dilihat mereka bertiga, ada sesuatu yang kurang.
"Korang! Ada nampak Hali tak? Hali dah hilang!!" Gempa menyeru selepas dia bersama Ice dan Fang sampai ke tempat Taufan, Thorn dan Solar berdiri.
Ketiga-tiga Boboiboy tersebut hanya menganggukkan kepala sambil membulatkan mulut, "Oh.. Hali rupanya yang kurang tu... Tunggu- APAA!!? HALI HILANG!!?" Jerit mereka serentak.
"Otak slow la korang ni!!" Fang langsung memukul kepala ketiga-tiga Boboiboy itu.
"Masalah besar...." Gumam Ice.
<><><><><><><><><><><><><><><><>
.
..
...
TO BE CONTINUED
...
..
.
<><><><><><><><><><><><><><><><>
NOO!! Hali's gone! Macam mana diorang nak selamatkan Hali? Siapa penculik Hali ni?
Well, baca next part la kalau nak tau ╰( ̄▽ ̄)╭ *ditendang readers*
Oh, sorry ikafazl~ Dah guna nama Iyane~ Ehehehe~ *senyum nervous ala Thorn*
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro