☆~[13]~☆
Me: Ucapan terima kasih kepada ikafazl aka Iyane atas bantuan ideanya pada part kali ni! ^^ Oh, dan part depan jugak xD
Blaze: Wuu!! Thnx ya author Iyane!!
Halilintar: Tak sangka ada jugak author baik hati bagi idea kat author pengemis idea macam kau..
Me: Sampai ati kata kat titew macam tuw... T▽T *nangis di penjuru bilik*
<><><><><><><><><><><><<><><><>
.
..
...
☆~[13]~☆
...
..
.
<><><><><><><><><><><><><><><><>
"Ok, jom pergi Sunway Rintis!" Ucap Ice, disambut jeritan semangat daripada persona Boboiboy yang lain dan Fang, tetapi jeritan si kecil Halilintar paling jelas terdengar.
<><><><><><><><><><><><><><><><>
"JOM!!" Jerit si neko hybrid dengan semangat membara. Senyumannya semakin lebar pada setiap minit.
Thorn yang merasa gemas melihat 'adiknya' terus mencubit pipi chubby si Halilintar, "Aw.. Kau comel~"
Halilintar hanya tersengih, semburat merah pudar(?) kelihatan di kedua pipinya. Dengan pantas, tangan kirinya terus mencapai tangan 'abang' yang terdekat dengannya, iaitu tangan si topi senget, Taufan. Tangan sebelahnya lagi mencapai tangan Gempa, menyebabkan Taufan dan Gempa sedikit terkejut kerana
"Jomlah! Hali dah tak sabar!!" Halilintar terus menarik kedua tangan 'abang'nya. Walaupun fizikalnya dikategorikan sebagai 'lemah', tetapi tenaganya sama naik dengan tenaga 'abang trio'nya.
"E-Eh! Pelan-pelan Hali!!" Protes Gempa dalam keadaan panik.
"Woah! Hali! Stop!!" Ucap Taufan.
Ice, Thorn, Solar dan Fang hanya tersenyum tipis melihat tingkah Halilintar yang menarik tangan sang pengendali angin dan tanah.
Halilintar ketawa girang, "Ahahaha! Eh!!"
SCREECHH..
BRUUKK!!
"Adaw! Terpenyek hidung aku kang!!"
"Aduh.. Sakitnya muka aku.."
Si pengendali petir terus memberhentikan langkahnya secara tiba-tiba, mencipta bunyi yang mirip dengan kereta yang berhenti secara mengejut. Secara automatik kedua 'abang'nya terus tercium tanah, menyebabkan muka mereka sedikit memerah kerana sakit.
"AHAHAHA! Korang dua dah macam badut circus aku tengok!! Hahaha!!" Tawa Thorn dengan kuat. Di sebelahnya, terdapat Ice yang menutup mulut dan merendahkan lagi topinya. Kelihatan jelas sekali bahawa si pengendali ais itu sedang menahan tawa.
Solar pula hanya mengembungkan pipinya, "Aish.. Kalaulah aku sempat rakam tadi, mesti terbaik." Keluhnya.
Fang sudah pun ketawa terbahak-bahak bersama Thorn, "Hahahaha! Habis la muka korang. Lepas ni, akulah yang paling hensem! Hahaha!!" Tawanya, lalu dipotong oleh Solar, "Eh, tolong sikit ea? Siapa yang tak kenal aku? Solar! Superhero ter-macho yang wujud dalam dunia ni!" Katanya sambil membuat gaya swag.
"Eish.. Akulah!" Protes Fang.
"Aku!!" Balas Solar.
"Heh, kau? Buat aku nak muntah je."
"Habistu engkau? Heh, kau minta makan kaki ke apa?"
Kini kedua-dua manusia dan alien itu berlaga dahi, mulut masih melontarkan kata-kata yang membuat lawan bicara merasa 'panas'.
"Eish.. Alien mata empat perasan hensem!"
"Memanglah aku hensem! Tak macam kau! Mata empat!!"
"Kau yang mata empat!!"
"Kau!"
"KAU!"
"KAU!!"
"Ka-"
"Weyh, sudah-sudahlah tu! Korang dua-dua mata empat!!"
"Hmph!"
Gempa, sebagai pecahan Boboiboy yang berperwatakan bertanggungjawab, meleraikan pertengkaran tak masuk akal itu, menyebabkan Solar dan Fang mengalihkan belakang badan mereka kepadanya sambil mendengus.
Taufan masih menggaru-garu hidungnya. Dia berjongkok depan Halilintar yang melihat pertengkaran antara 'abang alien' dan 'abang manusia'.
Halilintar berpaling ke Taufan dengan muka 'innocent', "Kenapa diorang gaduh?" Tanyanya dengan mata merah besar penuh tanda tanya.
Taufan menghela nafas, tangannya memegang kedua bahu 'adik'nya, "Yang tu Hali tak payah tahu. Yang abang nak tahu, apasal Hali berhenti tiba-tiba tadi?" Tanyanya ke neko hybrid semula.
"Hm?" Halilintar menyengetkan sedikit kepalanya, "Hali tak tahu jalan ke sana." Jawabnya dengan nada tak bersalah, menyebabkan Taufan dan Gempa jatuh anime style, serta Thorn yang tawanya semakin kuat, "Hahahaha!! Wajarlah kalau dia berhenti tetiba tadi! Haha!!" Katanya.
Solar dan Fang masih lagi dalam mode merajuk. Ice pula hanya menggelengkan kepalanya, "Hish.. Dahlah tu. Hali tengok perangai korang yang.. gaduh tak kena tempat." Tegur si pengendali ais.
"Kita dah banyak buang masalah. Jomlah." Gempa bangun dari tanah dan terus mecengkam lengan Halilintar dengan lembut.
Tanpa banyak soal, Halilintar hanya tersenyum sambil melompat girang.
Ice menghela nafas panjang, kemudian melangkah kakinya, mengikut jejak Gempa dan Halilintar.
"Hahaha- Eh!? Gempa! Hali! Ice! Tunggu aku!" Jerit Thorn setelah menyedari bahawa Gempa, Halilintar dan Ice sudah berjalan ke depan. Dengan pantas si Boboiboy kuasa alam semulajadi itu berlari ke arah mereka.
"Weyh! Tunggulah!!" Taufan juga berlari ke arah pecahan-pecahannya yang lain. (hoverboard tinggal kat rumah)
Solar dan Fang melempar jelingan tajam pada satu sama lain, kemudian terus berjalan mengikut pecahan dan kawan mereka.
<><><
Sesampainya di Sunway Rintis...
"Hwah! Ramainya orang!!" Ucap Halilintar.
"Kan? Nampak tu? Tu kedai jual baju," Thorn menunjukkan kedai menjual pakaian kepada Halilintar dengan jari telunjuknya, "Tapi tu baju orang dewasa.."
Taufan ikut menyampuk dalam perbincangan itu, "Kat sana tu pulak kedai jual handphone dan aksesori phone!"
Di belakang mereka, Gempa, Ice, Solar dan Fang hanya sweatdrop melihat gelagat Taufan dan Thorn yang mengalahkan gelagat Halilintar.
Ice melangkah ke depan dan menepuk bahu Taufan dan Thorn, "Jangan buat macam tu dah." Tegurnya dengan nada suara rendah.
"Apasal? Kitorang tunjuk kat Hali ni." Protes Thorn.
Solar juga maju ke depan, "Orang ramai tengok koranglah. Buat malu je." Sahutnya. Kepalanya ditundukkan, mukanya pula sedikit merah kerana menahan malu. Walaupun si 'biru terang' dan si 'hijau' yang dipandang orang ramai, dia berasa seperti dirinya yang diperhatikan. Maklumlah, mereka kan dirinya juga.
Taufan dan Thorn memandang sekeliling mereka. Memang betul apa yang dikatakan Solar kepada mereka, orang ramai (khususnya perempuan) memandang mereka. Bukan pandangan hairan atau pelik yang ditujukan, tetapi pandangan kagum(?).
"Aw.. Cute-nya diorang!"
"Diorang kembar ke?"
"Tak kisahlah tu! Tapi diorang memang cute!!"
"Eh, si kecil di tengah tu.. Kyaa!! Kawaiinya!"
"Hah? Mana? Wah!! Kyeopta! Dia pakai kostum neko-lah!"
"Kena tangkap gambar ni!"
Begitulah kata-kata yang keluar dari mulut gadis-gadis remaja itu. Ada juga yang mengambil gambar superhero Pulau Rintis untuk diabadikan. Kemudian mereka berlalu pergi sambil ketawa kecil seraya melihat-lihat gambar yang telah ditangkap mereka.
Gempa menghela nafas lega. Dia lupa bahawa telinga dan ekor kucing Halilintar masih terdedah kepada dunia(?) walaupun si pengendali petir sudah memakai topi dan hoodie, 'Nasib baik para gadis tadi fikir telinga dan ekor kucing Hali tu kostum,' Batin Boboiboy bertopi terbalik tersebut.
"Huh, sudahlah. Jom cari pakaian Hali. Cepat kita cari, cepat kita jumpa, cepat kita bayar, cepat kita balik." Si pemanipulasi bayang berkata sambil melangkahkan kakinya, berjalan di depan kawan-kawannya.
Solar memutarkan matanya, "Ceh, kuat cemburu." Gumamnya. Dia kemudian mengedarkan perhatiannya kepada Gempa, "Gempa, aku nak ke kedai phone jap. Korang pergilah dulu. Nanti lepas dah habis 'shopping', jumpa kat pintu masuk ni." Ujarnya kemudian berjalan entah ke mana.
Gempa menganggukkan kepalanya, "Ok. Jom Hali." Sekali lagi, si pengendali tanah itu menarik lengan Halilintar untuk berjalan bersamanya, mengikut langkah Fang yang sudah jalan beberapa meter dari mereka.
Halilintar hanya melihat Gempa dengan pandangan hairan, "Nak pergi mana ni Abang Gempa?" Tanyanya.
Gempa melemparkan senyuman kepada 'adik'nya, "Cari baju untuk Hali-lah." Katanya.
Raut wajah Halilintar semakin ceria, "Yeah!" Jeritnya.
Ice tersenyum tipis, kemudian berjalan mengikut Gempa, Halilintar dan Fang. Sebelum itu, dia sempat mengalihkan kepalanya ke belakang, memanggil Taufan dan Thorn untuk jalan bersama, "Fan, Thorn, korang tak na- Eh?"
Dua orang Boboiboy yang dicarinya sudah tiada di tempat mereka berdiri, 'Ke mana diorang pergi?' Fikir Ice, kemudian menjongketkan bahunya, 'Lantaklah. Pepandai dioranglah.' Selepas puas bermonolog, pemuda berpakaian biru turqoise itu berjalan ke arah Gempa, Halilintar dan Fang.
<><><>
Bersama Solar di kedai jual handphone...
Solar melihat pelbagai jenis handphone yang berada di sebalik kaca transparent. Dari handphone Nokia, Samsung, Alcatel, Oppo, sehingga ke tablet, Ipod, Ipad dan banyak lagi. Tetapi hanya satu jenis yang berjaya menarik perhatiannya, iaitu iPhone 8.
(Author: Uish.. Tahun ni baru keluar phone tu! Belanja aku satu Solar!! *gigit bantal*)
(Solar: Boleh je.. Ni Solar la! *buat gaya swag*)
(Author: Hah!? Hontou ni!? Tak main² kan!?)
(Solar: Boleh. Boleh blah :p)
(Author: Hiks.. Tertipu aku. Tak guna punya mata empat.. T▽T)
Solar memerhatikan iPhone itu dengan teliti, kemudian dia meminta orang yang menjaga kedai itu untuk keluarkan benda nipis tersebut daripada kaca pameran(?). Dia kemudian berbincang-bincang dengan orang tersebut tentang iPhone yang diidamnya.
(Author: Idaman aku jugak tu.. T.T)
Beberapa minit selepas berbincang, Solar membuat keputusan untuk membeli iPhone itu dengan cash.
(Author: Kaya kau. Bukan nak belanja author miskin ni -_-||)
Setelah membeli iPhone idamannya, Solar berjalan ke kedai aksesori phone. Semasa dia hendak memilih cover phone mengikut cita rasanya...
"BOO!!"
"Oi mak!!"
"Hahahahaha! Macam tu pun kau terkejut!"
"Hahaha! Ekspresi kau dah macam nampak pontianak depan mata!!"
Solar memberikan tatapan maut pada Taufan dan Thorn yang berjaya membuatnya melatah.
"Sejak bila korang ke sini?" Tanya Solar, masih mengekalkan tatapan mautnya pada Taufan dan Thorn.
(Author: If look could kill, dah lama duo topi senget tu masuk alam bawah tanah :v Eh, Solar pun topi senget jugak xD)
Thorn membuat muka innocent, "Dari kau beli iPhone 8 tu..."
"... Sampai la ke sini." Sambung Taufan.
"Ceh, jadi korang tahu huh? Eh, korang tahu pun apa masalahnya. Dah, pergi main jejauh. Kacau je aku nak pilih aksesori untuk phone baru aku tu." Kata Solar sambil menekankan perkataan 'phone baru'. Sungguh, gelagat mereka seperti dua orang anak yang mengganggu ibu mereka yang sedang memasak.
Kakak yang menjaga kedai aksesori itu hanya tersenyum melihat gelagat tiga orang superhero di depannya. Ya, dia sudah tahu siapa mereka tetapi dia hanya buat tak endah, kerana.. Tak mungkin orang sepertinya menjerit seperti fangirl yang jumpa OTP baru kan?
"Ha, Solar. Apa boleh saya bantu?" Tanyanya.
Ketiga-tiga Elemental Boboiboy itu terus memandang orang yang menyebut nama Solar.
"Eh, abang kenal saya ke?" Solar bertanya ke kakak itu balik.
"Abang? Sorry ea, tapi ini kakak." Ujar kakak itu.
"Eh!? Perempuan ke!? Kitorang ingatkan lelaki!?" Jerit Taufan dan Thorn serentak.
"Mestilah. Dengan suara dan penampilan macam ni, ramai ingat kakak ni laki. Btw, Nama Khairun." Ucap Khairun dengan santai.
"Uish.. Nama kemain sedap, tapi sifat tu.. Perh.. Terbaik.." Bisik Taufan ke Thorn, membuatkan yang dibisik menganggukkan kepalanya.
"Ok! Saya Solar, dua orang badut tu mesti Kak Khairun dah tahu kan?" Ucap Solar, mendapat deathglare daripada Taufan dan Thorn.
Khairun hanya menjongketkan bahu, terlihat tidak peduli, "Hm.. Tahu sikit je.." Katanya, "Cepatlah pilih aksesori mana yang korang suka." Sambungnya lagi.
Solar menganggukkan kepalanya, kemudian memilih cover kesukaannya, iaitu gambar Boboiboy Solar aka dirinya.
(Author: Ceh.. Dalam banyak² cover, pilih gambar dia jugak tu -_-||)
Setelah puas membeli barang yang diingininya, Solar berjalan meninggalkan Taufan dan Thorn, menyebabkan dua persona Boboiboy itu protes.
"Tunggulah kitorang!!"
"Solar tak berhati perut jantung pankreas esofagus!!"
Solar hanya sweatdrop mendengar perkataan Thorn.
<><><><><><><><><><><><><><><><>
.
..
...
TO BE CONTINUED
...
..
.
<><><><><><><><><><><><><><><><>
Yeah! Diorang dah sampai Sunway Rintis!! xD
Btw, Sorry khai_nissa, dah pinjam nama dan karakter kau xD Harap tak tersinggung la.
Hm.. Macam mana dengan keadaan Gempa, Ice dan Fang dalam menangani masalah pakaian si neko hybrid? Oh, tak lupa juga, Blaze yang alone di rumah.
Nantikan part seterusnya ya! xD
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro