☆~[11]~☆
Me: Pftt- Pou, ramai setuju ngan aku yang kau kawaii~
Hali: Ergh.. Berhenti panggil aku tu! Dan siapa yang berani-beraninya setuju dengan kau!?
Me: Em.. Jap, ha! Lynx_Nightmares, ikafazl, AYUMI_HIKARI, SakoNeko, SM_artandgame, CatLovers910, misuto379 dan Nurul_Izzah02
Hali: Eish.. Aku serang korang dengan Hujan Halilintar!
Me: Oit! Mana boleh! Siapa yang nak sambung citer kalau kau serang aku? *cubit pipi Hali*
Hali: *pout*
<><><><><><><><><><><><><><><><>
.
..
...
☆~[11]~☆
...
..
.
<><><><><><><><><><><><><><><><>
"Hm.. Aku jugak kena pakai pas ni.." Kata Gopal sambil memegang pas keluar kelas yang tergantung di lehernya.
<><><><><><><><><><><><><><><><>
"Ala.. Leks ar Gopal. Setakat pas kebenaran.." Ujar Fang sambil memutarkan matanya.
"Haiya! Sudah, sudah!" Ying menghentikan pergaduhan itu setelah melihat Gopal memandang sinis si alien berambut cacak.
"ABANG FAAANGG!!"
"E-Eh!?"
"Hm~ Hali rindu abang!"
Fang terkejut kerana Halilintar yang muncul entah dari mana terus memeluk pinggangnya. Yaya dan Ying pula terlihat terpesona(?) dengan kecomelan Halilintar, "Wuish.. Comelnya!!"
"Hi Hali!" Fang menyamai ketinggiannya dengan Halilintar, "Macam mana dengan adik abang? Makan tak gi?" Tanyanya diiringi dengan sebuah senyuman. Tangan berbalut sarung tangan fingerless-nya mengelus ubun-ubun si neko hybrid.
"Hali ok! Dan Hali belum makan.. Abang ke mana tadi? Hali cari abang!" Balas si pengendali petir, ekor kucingnya dikibas-kibas dibelakangnya, membuatkan Yaya dan Ying semakin gemas(?) melihat Halilintar.
"Aw.. Kau comel sekali!" Yaya mengusap kepala Halilintar, Ying pula bermain dagunya, menyebabkan si neko hybrid itu membuat bunyi seperti kucing.
"Purr..."
"Aku tak percaya ini si Hali! Perangainya sangat berbeza dengan Halilintar yang dulu ma.. Hihihi.." Tawa Ying, semakin seronok bermain dengan Halilintar.
"Ni ke kesan yang kau ceritakan tu Fang?" Tanya Gopal, sebelah tangan memegang dagunya, ala detektif.
"Ha'ah." Jawab Fang seraya menganggukkan kepalanya.
"Lelaki ni abang Hali ke? Diorang ni pun?" Yaya bertanya ke Halilintar yang masih memeluk Fang. Matanya melirik si pemanipulasi bayang dan Boboiboy Elemental yang lainnya.
Halilintar tersenyum, "Iya! Dan Hali sayang Abang Fang!" Katanya, semakin mengeratkan pelukannya pada Fang.
"Ala.. Habistu? Abang Thorn ni Hali tak sayang ke? Sampai hati.." Thorn membuat muka sedih.
"Hihihi.. Abang Thorn pun Hali sayang~" Halilintar melepaskan pelukannya pada Fang. Dia menghampiri Thorn lantas memeluknya.
"Abang Thorn je? Kitorang ni tak sayang?" Taufan mewakili alter-egonya yang lain bertanya.
Senyuman Halilintar semakin lebar, "Mestilah Hali sayang! Hali sayang semua abang Hali!! Tok Aba dan Ochobot pun!!" Katanya, kemudian dia memeluk kesemua Elemental yang lain, Tok Aba dan Ochobot.
Solar yang baru sahaja menapakkan kakinya di ruang tamu terus terkejut kerana Halilintar menerjahnya, "Eh? Kenapa ni Hali?" Tanyanya dengan sebelah kening terangkat.
Halilintar mendongakkan kepalanya, kemudian memberikan senyumannya pada Solar, "Takde apa. Hali sayang Abang Solar!" Ujarnya dengan nada gembira.
Solar mengukir sebuah senyuman, "Apasal tetiba ni?" Tanyanya sambil mencubit pipi Halilintar.
Yang dicubit hanya tersenyum tak bersalah, "Hehe.. Kakak tu tanya Hali abang-abang ni abang Hali ke.. Jadi Hali buktikan jelah." Kata Halilintar sambil menunjuk Yaya dengan jari telunjuknya.
"Oh.. Hehehe.." Tawa Solar.
'Hm... Tadi kata nak selekeh kepala la apa la.. Cakap tak serupa bikin..' Fikir kelima-lima Elemental yang lain.
"Tapi apasal dia panggil korang 'abang'? Aku tak pun." Gopal memprotes.
"Jeles la tu.." Fang tersenyum sinis sambil memeluk Halilintar dari belakang, yang dipeluk pula hanya memasang wajah hairan.
"Haih.. Aku tanya je." Jawab si budak India sambil memutarkan matanya.
"Hali! Hali panggil kitorang kakak ya? Ini Kak Ying, sana tu pulak Kak Yaya." Tanya Ying sambil melepaskan pelukan Fang pada Halilintar.
"Hm.." Kepala Halilintar disengetkan, telinga kucingnya pula menurun, "Ok Kak Ying, Kak Yaya!" Halilintar terus memeluk kedua 'kakak'nya itu.
"Dey, kita kena balik ke sekolah la. Kalau hilang pas kebenaran ni, habislah aku!" Jerit Gopal.
"Habis? Kenapa pulak?" Tanya Ochobot pelik.
Gopal mengeluh, "Aish.. Kau tahu kan macam mana perangai Cikgu Papa?"
"Oh.." Balas si robot kuning.
"Gempa, nak bagitahu diorang pasal Sunway ke tak?" Ice memanggil Gempa dengan suara perlahan.
"Em.. Ok. Hey korang." Panggil si pengendali tanah. Selepas semua perhatian tertuju padanya, dia berkata lain, "Petang ni kitorang nak pergi Sunway Rintis, korang nak ikut tak?"
"Sunway? Buat apa?" Tanya Fang.
"Untuk-"
"Untuk beli baju Hali!"
Ucapan Blaze terpotong oleh Halilintar.
"Hm.. Tengoklah macam mana. Ok, korang. Kitorang ke sekolah dulu. Nanti terlepas pembelajaran seterusnya. Bye!" Selepas berkata sedemikian, Yaya terus terbang keluar daripada tingkap.
"Bye korang!" Pamit Ying kemudian berlari keluar.
"Ok.. Aku pun nak ciao dulu. Jumpa korang petang ni!" Kata Fang lantas menghilang daripada pandangan penghuni-penghuni rumah antik tersebut.
"Dey! Huhuhu! Apasal korang suka sangat tinggal aku!? Tahulah badan aku ni susah nak lari!" Gopal mengejar kawan-kawannya yang lain.
"Hahahahaha!!" Yang lain hanya tertawa melihat tingkah si pemanipulasi molekul.
<><><><><><><><><><><><><><><>
.
..
...
TO BE CONTINUED
...
..
.
<><><><><><><><><><><><><><><>
Sorry minna-san~ Saya tahu part ni pendek, maaf sesangat. Sekarang ni saya ada kat rumah abang saya di Selangor, jadi takde masa sangat nak sambung citer~
Ok, jumpa di part seterusnya~~
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro