Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

☆~[10]~☆

Erm.. Tak tau nak cakap pa O.o LOL!! Haih.. Mengarut karut toi aku ni -_-|| Aish.. Just start reading this part~

Enjoy~~

<><><><><><><><><><><><><><><>

.

..

...

☆~[10]~☆

...

..

.


<><><><><><><><><><><><><><><>

"Kitorang diserang, tapi takde siapapun yang tahu siapa pelakunya."

"Ok, aku dan yang lain akan ke sana secepat mungkin. Kau dan alter ego kau yang lain jangan ke mana-mana."

Dengan itu, Fang membatalkan hubungan tersebut, 'Macam mana ni? Ujian ni belum tamat. Masih ada setengah jam lagi.' Fikir Fang.

<><><><><><><><><><><><><><><>

"Aduh.. Kau beraaat la Blaaaaze!" Keluhan panjang keluar daripada mulut Ice.

"Woy! Kau dan aku sama je! Aku berat, kau pun berat jugak." Blaze membalas.

"Ala.. Tu baru papah, tak suruh kau gendong si Blaze tu lagi! Hahahaha!!" Taufan yang sedang terbang dengan hoverboard-nya menjelirkan lidahnya pada Ice.

"Patutnya kau bagi Blaze naik hoverboard kau tu." Solar berujar.

"Werk! Tak nak! Mana boleh! Limited edition kot hoverboard ni!" Kata Taufan sambil menggelengkan kepalanya.

Sekarang, keenam-enam Elemental Boboiboy itu dalam perjalan ke rumah atok kesayangan mereka. Mereka sempat berperang mulut untuk naik hoverboard Taufan.

"Taufan kedekut! Kaki kau dah habis kebas, bagi la aku naik hoverboard tu! Aku pun nak try naik hoverboard!" Thorn merengek.

"Eleh.. Kaki kau terseliuh sikit je, mengada! Kaki aku ni patah, tak rungut macam kau pun.." Balas Blaze.

"Haih.. Sehari tak gaduh tak boleh ke? Aku penat la layan perangai korang yang pelbagai ragam.." Gempa yang sedang memapah Thorn mengeluh.

Solar menghela nafas berat, "Kita kena bawak kau ke hospital Blaze."

Yang sedang dipapah Gempa mulai panik, "Hah!? No way! Tak nak! Aku tak nak ke sana! Bau ubat! Busuk!!" Si pengendali api itu membuat muka jijik seraya menutup hidungnya.

"Habis tu siapa nak jaga kau? Jangan nak mengada. Kau kena jugak ke sana. WAJIB!" Ice memarahi Blaze, membuatkan Blaze menghela nafas pasrah yang terdengar 'pasrah-je-lah'.

"Ala.. Pergi je la. Bukannya doktor tu nak bedah kaki kau ke apa ke. Baik dia bedah kaki orang lain daripada bedah kaki kau yang bau macam stokin tak basuh 5 tahun." Ucap Taufan dengan nada malas.

"Eish.. Kalau bukan sebab kaki aku patah, dah lama aku lempar kau dengan Cakera Api." Blaze membalas dengan sebelah tangan yang dikepalkan.

"Orang 'lempar' dengan tangan, mana ada orang 'lempar' dengan kaki. Tu tendang kot. Hahaha! Teruknya kau! Lempar ngan tendang pun tak tahu beza!!" Tawa Solar sambil memegang perutnya.

"Aish.. Kaki berbau stokin ni jugak terjulur depan muka kau." Blaze berujar.

"Hahaha! S-Sorry. Pftt-" Solar menekup mulutnya, cuba menghentikan tawa yang menyebabkan perutnya sakit.

"Eh, Gempa. Kau call siapa tadi?" Tanya Ice pada sang pengendali tanah.

"Aku call Fang. Dia suruh kita tunggu kat kedai atok, tapi lantaklah. Pandai-pandai dia dan yang lain cari kita." Balas Gempa dengan cuak, tanpa sedar mereka sudah sampai di perkarangan rumah antik(sesuka hati kau je -,-)

Taufan memutarkan tombol pintu, kemudian pergerakannya terhenti setelah melihat pemandangan di hadapannya, begitu juga dengan alter ego-nya yang lain.

"O-OCHOBOT!? KAU KAT SINI RUPANYA!! KITORANG INGAT KAU DAH DICULIK!?" Keenam-enam Boboiboy itu menjerit serentak, menyebabkan Halilintar dan Tok Aba yang sedang menonton televisyen menutup telinga mereka, serta Ochobot yang hampir menjatuhkan dulang berisi beberapa gelas.

"La.. Memang Ochobot ikut atok balik rumah. Korang tak perasan ke?" Tanya Tok Aba pada cucu-cucunya, kemudian mendapat gelengan kepala daripada mereka.

"Gempa dan Ice tak nampak pun Ochobot. Kan Ice?" Gempa berpaling ke arah sang pengendali ais, "Ha'ah." Jawab Ice.

"Aku ke dapur, buang 'hajat'." Ochobot berkata lantas meletakkan dulung tersebut ke atas meja di ruang tamu.

"Aik? Robot pun boleh buang 'hajat' ke?" Tanya Thorn dengan hairan.

"Mana ada la. Aku bersihkan dapur atok masa tu." Ujar Ochobot.

"Oh.." Taufan, Gempa, Blaze, Ice, Thorn dan Solar mulai melangkah masuk ke dalam rumah. Gempa dan Ice kemudian mendudukkan Blaze dan Thorn di atas sofa.

"Ha, apasal dengan korang ni? Luka sana-sini?" Soal Tok Aba.

"Musuh tu la yang buat kitorang jadi macam ni." Thorn membalas.

"Hm. Kitorang sampai je, diorang dah terbaring kat tanah." Jelas Ice. Dia melihat Halilintar berjalan ke arah Blaze yang sedang merehatkan dirinya. Kemudian si neko hybrid itu menekan bekas lebam Blaze, membuatkan si topi terangkat menjerit kesakitan, "ADOOOIIIIIIIIII!!"

Halilintar menyengetkan kepalanya ke kanan, "Sakit ke?" Tanyanya dengan nada tak bersalah, telinga kucingnya menurun.

"Hahahahaha! Kesian kau Blaze!" Tawa Taufan, hoverboard-nya disandarkan pada dinding.

"Bwahahaha! Terbaiklah!!" Sambung Thorn.

"Apasal dengan Abang Blaze?" Soal Halilintar. Persoalan terlihat dalam sepasang mata yang berwarna merah delima berkilat itu.

"Kaki Blaze lebam dan patah. Kitorang ingat nak bawak dia ke hospital." Kata si kacamata kuning.

"Hah!? Kaki Boboiboy patah!? Mana!?" Tok Aba diserang panik selepas mendengar ucapan Solar.

"Tu. Atok tengoklah si keras kepala Blaze tu." Taufan menunjukkan jarinya ke arah Blaze.

Ochobot melihat kaki Blaze, kemudian berkata, "Kau kena ke hospital la Blaze."

"Iyelah, iyelah! Aku dengarlah!" Bebola api muncul di tangan Blaze, matanya sudah berapi.

"E-Eh! Rileks Blaze! Kau nak rumah atok ni terbakar ke!?" Gempa cuba menenangkan Blaze.

Tanpa buang masa Ice menyejukkan bebola api milik Blaze dengan kuasanya.

"Atok, atok tak boleh panggil diorang Boboiboy, sebab diorang semua ni Boboiboy." Ucap Ochobot kepada Tok Aba.

"Ha, habis tu?" Tanya sang pembuat coklat.

"Ala.. Atok tengok dari segi pakaian, sifat dan yang paling senang, tengok logo diorang." Balas sfera kuasa kuning itu.

"Oh.. Ok." Tok Aba menganggukkan kepalanya.

"Haus la. Gempa, tolong ambilkan air koko yang Ochobot buat tu. Menggoda iman aku betullah~" Thorn berpura-pura sakit.

"Haih.. Aku bukannya pembantu kau." Gempa berucap, tetapi dia mengambil juga segelas air koko untuk Thorn. Thorn tersenyum, "Hehe.. Thanks. Sayang kau!" Kemudian dia terus meneguk air kokonya.

"Abang. Abang kata nak ke Sunway Rintis. Bila? Hali dah tak sabar ni!!" Halilintar menarik hujung jaket Ice, membuatkan Ice menyamai ketinggian mereka, "Kita pergi petang la. Lagipun Abang Fang tak balik sekolah lagi.." Ice memalingkan kepalanya ke tepi sambil membuat muka jijik, kemudian dia melihat Halilintar semula, "Hali mesti rindu.. Ehem! Abang Fang kan?" Tanyanya sambil mengelus ubun-ubun Halilintar yang tak ditutup topi.

"Ha'ah! Hali rindu Abang Fang!" Halilintar berkata dengan gembira.

"Ahahahaha! Sebegitu jijiknya kau dengan Fang, Ice!? Hahaha!" Blaze ketawa berdekah-dekah, tangannya tanpa sengaja menampar bahu Thorn yang sedang meneguk minumannya, menyebabkan air koko tersebut tersembur ke orang di hadapan Thorn, iaitu Solar.

"Euww! Jijik! Apasal kau sembur air koko tu kat aku Thorn!? Kau memang sengaja an!?" Marah Solar, jaket berwarna putihnya sudah kotor.

"S-Sorry! Blaze tampar bahu aku tadi! Tapi, pftt- Hahaha! Lawaklah kau!" Kali ini Thorn pula ketawa.

"Ergh.. Aku habis mandi lepas ni, siap korang. Aku selekeh kepala korang sekor-sekor." Solar mengancam, lantas berjalan ke bilik mandi dengan kaki yang dihentakkan ke lantai.

"Dia datang bulan ke?" Soal Taufan dengan wajah penuh tanda tanya, lalu mendapat hadiah berupa buku lima di kepalanya daripada Gempa.

"Woy! Jangan nak buat karut kat sini!" Kata Gempa.

Ting.. Tong..

Ochobot yang berdiri paling dekat dengan pintu, membuka pintu rumah tersebut. Dilihatnya empat orang(minus Fang) berdiri dengan muka terkejut setelah melihatnya.

"OCHOBOT!!" Jerit Fang, Gopal, Yaya dan Ying bersama.

"Kenapa dengan korang ni? Terkejut sangat tengok aku?" Tanya si robot kecil itu.

"GEMPA KATA KAU DICULIK!!" Jerit Fang.

"Mana ada. Aku ok la." Jawab sfera kuasa generasi ke-9.

Pemuda berambut cacak landak itu lalu melayangkan tatapan membunuhnya pada Gempa, yang ditatap pula hanya mampu tersenyum canggung seraya menggaru pipinya, "Ehehe.. Sorry Fang. Kitorang pun tak tahu yang Ochobot ada kat dalam rumah ni." Ujarnya.

"Haiya! Lain kali tu jangan cuai ma.." Ying menegur.

"Entah. Kalau kitorang salah jawab ujian tadi, siap korang!" Si gadis merah jambu mengepalkan tangannya, membuatkan kesemua Boboiboy(kec Hali & Solar) meneguk ludah mereka.

"Huhuhu! Habislah aku! Appa aku mesti dah siapkan rotan kalau aku fail ujian kali ni!" Teriak Gopal.

"Aik? Korang ujian ke tadi?" Tanya Taufan.

"Ya lorh. Cikgu Papa pun satu, suka buat ujian secara mengejut ma.." Sahut si gadis pemanipulasi masa.

"Habis, korang keluar awal ke tadi?" Soal Thorn pula.

"Ye lah! 20 minit awal! Gempa punya pasal, kitorang kena ceramah 10 minit dengan Cikgu Papa!" Marah pemanipulasi bayang.

"Kena ceramah?" Ice bertanya, mendapat anggukan daripada empat kawannya yang lain.

<><><>


••• Flashback •••

'Macam mana ni? Ujian ni belum tamat. Masih ada setengah jam lagi.' Desis hati Fang. Dia dilanda kebingungan.

'ARGHH! Lantaklah! Ochobot lagi penting!'
Fang mengangkat tangannya, kemudian dia didatangi oleh Cikgu Kebenaran, iaitu Cikgu Papa Zola.

"Iye? Ada apakah kamu memanggil kebenaran, wahai murid kebenaranku?" Tanya Cikgu Papa dengan gaya lebaynya xD

"Cikgu, Boboiboy dalam masalah. Saya, Gopal, Yaya, dan Ying kena tolong diorang." Katanya.

"Oh.. Boboiboy dalam masalah ea? Hm.."

BRAKK!

"ADA SAYA KESAH!? SEKARANG WAKTU UJIAN, JAWABLAH DENGAN AMANAH WAHAI MURID 3 AMANAH KEBENARAAANNNN!!" Jerit Cikgu Papa, sehinggakan air liurnya tersembur ke muka Fang.

Fang mengelap bekas semburan itu, "Cikgu, ni masalah besar la." Katanya.

"Psst.. Dey, asal ni Fang?" Panggil Gopal dengan nada rendah.

"Gempa call aku, dia kata Ochobot diculik!" Balas Fang.

"Hah!? Betul ke ni Fang!?" Yaya yang terdengar bisikan antara manusia dan alien itu terus menyampuk.

"Aiyo! Jangan main-main la!" Ying juga menyahut.

"Betullah! Gempa call! Takkan si Boboiboy tu nak mainkan kita!" Bisik Fang pada mereka.

"Kalau macam tu.." Yaya mengangkat tangannya, kemudian Cikgu Papa mendatanginya, "Ada apa wahai kebenaran?"

"Cikgu, kitorang kena keluar sekarang. Urgent ni!" Ucap pemanipulasi graviti tersebut.

"Ha'ah! Kasi kitorang keluar la cikgu!" Sokong Ying.

"TAK BOLEH! Ujian ni tak habis lagi, korang tak boleh tinggalkan satu soalan kebenaran pun!" Cikgu Papa menjerit untuk kesekian kalinya.

"Boleh la cikgu.." Mohon Gopal sambil berlutut di depan Cikgu Papa Zola dengan kedua tangan yang dikatup di depan muka.

"Cikgu takkan benarkan korang keluar dari kelas ni.. Dengar sini wahai murid kebenaran.. Belajar matematik adalah...."

••• End of Flashback •••

<><><>

"Lepas tu Cikgu Papa ceramah kami pasal keseronokan belajar Matematik." Kata Fang.

"Entahnya. Tapi kitorang berjaya juga pujuk cikgu." Sambung Gopal.

"Hah? Korang berjaya pujuk cikgu? Macam mana tu? Ceciter sikit." Ucap Thorn dengan tak sabar.

<><><>


••• Flashback •••

Sudah beberapa minit superhero Pulau Rintis bersama para murid 3 Amanah lainnya mendengar ceramah yang keluar daripada mulut sang Guru Kebenaran. Akhirnya Fang berkata, "Cikgu, Ochobot dah hilang!"

"Ya lorh! Ochobot dah diculik ma.." Sahut Ying pula.

Cikgu Papa terus menghentikan ucapannya, "HAH!? OCHOBOT HILANG!? KENAPA KORANG TAK BAGITAHU AWAL-AWAL!? KORANG BOLEH KELUAR SEKARANG!!" Ucapnya dengan nada tinggi, menyebabkan kesemua murid kelas 3 Amanah itu jatuh anime style.

"Aish.. Kalau tahu macam ni, baik bagitahu awal-awal motif kita nak keluar." Ujar Gopal dengan malas.

Yaya dan Ying terus berjalan ke arah pintu kelas, diikuti Fang dan Gopal, tetapi mereka dihalang oleh Cikgu Papa.

"Op! Op! Op! Ke mana korang nak pergi hah!?"

"La.. Kitorang nak tolong Boboiboy cari Ochobot la." Jawab Yaya.

"Memang la.. Tapi! Nak keluar kelas tu pakai la pas kebenaran keluar kelas ni dulu!!" Kata Cikgu Papa sambil menunjukkan pas keluar kelas ke superhero Pulau Rintis itu.

Sekali lagi, murid-murid kelas itu jatuh dengan tak elitnya, "Aish.. Cikgu jangan main-main la! Terima kasih kerana kasi kitorang keluar cikgu! Larian Laju!" Dengan itu, Ying meleset, menghilang daripada pandangan Cikgu Papa.

Yaya pula mengenakan graviti ke atas badannya supaya dia boleh terbang, meninggalkan kelas itu, diikuti Fang yang menghilang dengan bantuan kuasa bayangnya.

Cikgu Papa melihat anak muridnya menghilang dengan mulut ternganga, lalu dia melihat Gopal yang masih tak bergerak di tempatnya berdiri, "Ha, nah. Kamu pakai pas ni."

••• End of Flashback •••

<><><>

"Hm.. Aku jugak kena pakai pas ni.." Kata Gopal sambil memegang pas keluar kelas yang tergantung di lehernya.

<><><><><><><><><><><><><><><>

.

..

...

TO BE CONTINUED

...

..

.

<><><><><><><><><><><><><><><>

Hi korang! Sorry, part ni tergantung.. Dah sakit jari type 0.o

Sorry jugak kalau cerita/part ni hambar dan terlihat 'memaksa'. Haha! Jarang dah boleh bukak wattpad.. Homework berlungguk macam longgokan durian. Biasa la.. Busy prepare untuk tahun depan, SPM -_-||

"Tahun depan. Lambat lagi kot."

Maaf, tapi takde istilah tu dalam hidup saya. Hidup sentiasa hectic.. LOL! Boleh pulak bagi ceramah! Haha! Dah kena virus ceramah Cikgu Kebenaran xD

Ok, no more talking, see y'all in the next part~ Mind to drop your comment? Atau tinggalkan vote? Kedua-duanya!? I'm the most happiest person on earth! Haha! Kidding!







Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro