Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

☆~[1]~☆

Halilintar : Si Frost ni memang nak kena.

Frost : Apa salah aku? ::>_<::

Halilintar : Apasal kau buat cerita baru hah?! Dah lah aku jadi- REBUTAN?!

Frost : Hehe, nak buat cenna.. Cerita ni hanya nak lepaskan penat lelah dan frust aku je. Lagipun kau kawaii ≧﹏≦ Siapa antara para readers setuju, raise your hand and say 'ME'!

Halilintar : Banyaklah kau kawaii! Ni ha kawaii-nya! Pedang Halilintar!

Frost : Ok, sebelum saya pengsan, saya ada beberapa nasihat. Nasihat saya.. Boboiboy bukan milik saya. Dan hati-hati ngan cerita ni. Oh, saya ada gitau untuk sedia baldi kat sebelah kan? Bye.. *pengsan*

<><><><><><><><><><><><><><><>

.

..

...

~[1]~

...

..

.

<><><><><><><><><><><><><><><>


Hari ini merupakan hari yang tenang. Awan berarak di langit biru bersama sekawan burung yang berkicau, memecah keheningan pada petang ini. Angin membelai lembut rambut seorang budak lelaki berumur 15 tahun bersama kawan-kawan superheronya yang lain.

"Dey, Boboiboy. Kau tahu jawapan untuk soalan 35 tak?" Gopal membuka suara, digarunya kepala berambut screw-cut.

"Eish.. Manalah aku tahu." Jawab budak lelaki bertopi oren terbalik sambil menggaru pipinya yang tidak gatal.

"Kau ni Gopal, cuba la buat sendiri." Seorang budak perempuan berhijab merah muda menyahut.

"Ya lho! Baru boleh bijak ma.." Sambung si gadis Chinese.

"Ehehehe.." Yang dikecam(?) hanya tersengih-sengih tak bersalah.

Boboiboy, budak lelaki memakai pakaian serba oren, mengedarkan pandangannya pada kawan berambut cacaknya, "Fang, kau dah siap ke? Rileks je aku tengok." Tanyanya dengan hairan.

Fang hanya duduk dengan santai sambil meminum Special Ice Chocolate Tok Aba, "Dah. Tulah korang, sekarang baru kalut. Lain kali contohi aku." Fang bercekak pinggang, kepalanya didongakkan.

Boboiboy dan Gopal menatap datar kawan mereka, "Ceh, belagak betul." Kata mereka secara bersamaan.

Lain dengan kawan perempuannya, Yaya dan Ying pula memberikan pandangan tajam pada kawan berambut landak mereka, api berkobar-kobar menjadi latar belakang, "Hish.. Berani kau kata macam tu?! Aku nak balik! Lepas ni aku akan pastikan markah ujian Matematik aku yang paling tinggi!" Ucap mereka serentak, kemudian menghilang daripada pandangan tiga orang lelaki yang masih duduk di kerusi kedai Tok Aba.

Boboiboy dan Gopal hanya melihat gelagat kedua kawan perempuan mereka dengan sweatdrop, kemudian memandang Fang dengan muka menyampah.

"Hm.. Mana Ochobot ni? Tak sampai-sampai lagi." Boboiboy mengeluh. Lalu perhatiannya tertuju pada jam dinding di kedai atoknya, "Sekarang dah pukul 5.30"

"Ala.. Tengah jaga Tok Aba la. Nak harapkan kau, tak pasal-pasal Tok Aba masuk hospital." Fang berkata, tak lupa senyuman sinis di bibirnya.

"Eh? Jaga Tok Aba? Kenapa dengan Tok Aba?" Tanya Gopal.

"Badan Tok Aba panas sikit hari ni. Jadi aku suruh atok rehat kat rumah, kalau atok buat kerja juga, aku takut suhu badan makin bertambah." Jelas Boboiboy.

"Oh.. Patutlah kau tak pergi sekolah tadi." Sahut Gopal.

"Hm. Aku kena tolong Ochobot jaga kedai ni. Kesian pulak kat dia. Sejak kebelakangan ni, Ochobot asyik pengsan sebab letih buat kerja." Boboiboy menundukkan kepalanya.

"Heh, kenapa tak berpecah je? Seorang jaga kedai, seorang pergi sekolah, satu lagi.. tengok TV kat rumah. Biar korang pecah lama-lama, lepastu semua hilang ingatan. Lalu aku lah yang akan populer kat sekolah! Hahahaha!" Fang tertawa, membayangkan dirinya menjadi populer di kalangan para gadis dan lelaki di sekolah.

"Er..." Sekali lagi, Boboiboy dan Gopal melayangkan tatapan 'menyampahnya' pada si rambut cacak.

"Apa tengok-tengok? Aku tahu lah aku ni hensem.." Fang memegang dagunya sambil tersenyum menawan.

Si topi dino dan si badan gempal memucat, kemudian berpura-pura muntah, "Hoerkk- Werkkk-" (author pun nak join sekali XD)

"Geli aku." Kata Boboiboy.

SHIIIIINGGG! DHOOOMMMMM!!

"ARGGHHHH!!"

Ketiga-tiga pemuda itu menjerit setelah sebuah peluru bersaiz agak besar mengenai kawasan berdekatan dengan mereka tanpa amaran. Badan mereka terpelanting  beberapa meter dari tempat duduk di kedai Tok Aba itu.

"Ergh.. A-Apa tadi tu? Uhuh-uhuk!" Boboiboy mengangkat kepalanya, matanya dikecilkan kerana asap yang berkepul-kepul di sekelilingnya.

"Muahahahahaha! Aku kembali Boboiboy!!"

"Hah? S-Suara siapa tu? Waaaa!!" Gopal terus melarikan diri selepas jatuh terbaring.

"Gopal! Kau nak ke mana?!" Jerit Boboiboy.

"Uwaaaaa!! Aku nak balik rumah, Boboiboy! Kerja sekolah aku tak siap lagi!! Kalau tak appa akan sebat aku dengan rotan!! Bye! Waaa!" Sambil berlari, Gopal menjawab pertanyaan kawannya.

"Ck, tak guna Gopal! Siaplah kau nanti." Fang cuba berdiri, kemudian dia mengelap sedikit darah yang mengalir di sudut bibirnya, "Hoy! Keluarlah kau, Adu Du!" Panggilnya.

"Hah? Adu Du?" Boboiboy yang sudah berdiri, memutarkan kepalanya, mencari musuh kepala kotak hijaunya, "Mana dia?"

"Dia bersembunyi!" Balas Fang. Seperti Boboiboy, Fang juga mencari musuh mereka.

"Keluarlah Adu Du! Pengecut!!" Jerit Fang dengan lantang. Asap yang berkepul-kepul sudah dibawa oleh angin yang lalu. Tapi panggilan si kacamata tidak terbalas, begitu juga dengan Boboiboy.

<><><>

"Hehehehe.. Bersedialah Boboiboy. Habislah kau kali ni."

Terlihatlah seorang(?) alien bersembunyi di sebalik pokok bersama dengan robot ungu kesayangannya, "Probe, bagi aku pistol gas tu."

"Nah Incik Bos." Probe, si robot ungu yang setia itu mengambil sebuah pistol yang diletakkan dalam kepalanya dan menghulurkan pistol itu kepada bosnya.

"Ehehehehe. Sekarang, kita tunggu sampai tiba masanya.." Senyum sinis tercetak diwajah sang alien bernama Adu Du itu.

"Heheheh.. Incik Bos ni jahat juga ye?" Ucap si robot ungu, menahan tawanya.

"Mestilah! Aku akan membalas dendam atas apa yang sudah dia lakukan pada aku! Tengoklah kau, Boboiboy.. Aku akan buat hidup kau merana!"

<><><>

"Mana kau Adu Du?!"

Sudah beberapa kali Boboiboy dan Fang memanggil nama si musuh, tapi masih tidak terbalas.

"Sudah lah Boboiboy, mungkin dia dah lari." Akhirnya Fang berucap. Dia sudah tak larat memanggil nama alien kepala kotak itu.

"Tak. Aku yakin dia masih di sini. Boboiboy Kuasa Tujuh!" Selepas berkata begitu, Boboiboy memecahkan dirinya.

"Oke, kita berpecah. Cari si Adu Du di kawasan ni." Boboiboy Gempa mengarahkan pada para pecahannya yang lain. Enam Elemental Boboiboy hanya menganggukan kepala mereka sambil berkata, "Baik!"

Dengan itu, keenam Boboiboy terus berlari, mencari si musuh di mana-mana.

<><><>


"Cepatlah tembak Incik Bos! Dah tak sabar ni!" Gesa robot bernama Probe pada tuannya.

"Eish sabar la. Aku tunggu masa yang sesuai untuk tembak diorang semua." Jawab Adu Du, "Dan... Masa yang sesuai tu... SEKARANG!!"

CKLEKK! DUSSSHHHHH!!

<><><>

Selepas puas mencari, keenam-enam Boboiboy itu terus berkumpul dengan Boboiboy Gempa dan Fang.

"Amacam? Korang ada nampak si Adu Du ke tak?" Tanpa buang masa, Boboiboy Gempa langsung bertanya ke para pecahannya.

"Tak." Boboiboy Taufan, Boboiboy Blaze dan Boboiboy Thorn menyahut. Boboiboy Ice dan Boboiboy Solar hanya menggelengkan kepala mereka.

Menyedari ketidakberadaan seorang lagi pecahannya, Boboiboy Gempa bertanya, "Eh? Mana Halilintar?"

Serentak, para pecahan Boboiboy itu, beserta Fang, memutarkan badan dan kepala mereka, mencari pecahan yang serius, dingin dan agak pemarah.

"Entahlah. Mungkin dia tak habis cari lagi." Ujar Boboiboy Ice dengan santai.

"Hm.. Kalau macam tu, kita kena cari dia. Kalau Adu Du dapat tangkap dia, habislah kita."

Mendengar arahan daripada Boboiboy Gempa, mereka semua mulai beranjak dari tempat mereka berdiri, tapi belum selangkah mereka pergi..

CKLEKK! DUSSSHHHHH!!

Sebuah peluru menuju ke arah mereka dengan cepat.

"HAH?!" Kata para Boboiboy bersama.

"Elak semua!" Jerit Fang, dia hendak mengeluarkan kukun bayangnya, tapi tak sempat kerana peluru yang ditembak ke arah mereka itu meletup di udara. Kemudian gas berwarna hijau keluar selepas letupan itu.

Asap berwarna pelik itu dibuat tanya oleh mereka, "Gas apa ni? Hachi!" Boboiboy Blaze bertanya, lalu bersin.

"Ap-Apa yan- Hachi!" Kali ini giliran Boboiboy Solar pula.

Fang dan para pecahan Boboiboy mulai bersin tak tentu arah. Beberapa minit kemudian, ketujuh-tujuh mereka terus terjatuh ke tanah, dikawal oleh bersin yang tak henti-henti keluar. Air mata mulai timbul di kelopak mata mereka.

"Hehehehe.. Rasakan Boboiboy! Akhirnya! Akhirnya! Aku dapat balas dendam aku! Yeah! Yeah! Yeah!!"

Ketujuh-tujuh manusia, minus Fang, mengedarkan pandangan mereka ke arah suara tersebut, mendapati Adu Du menari-nari tak waras, topeng hidung dan mulut dipakainya (entahlah dia ada hidung ke tak XD)

Tapi malangnya Probe bernasib sama dengan mereka, bersin tak menentu, "Te- Hachi! Terbaiklah- Hachi! Inc- Hachi! Incik Bos! Hachi!"

Para pecahan Boboiboy dan Fang melayangkan tatapan kesian pada Probe. Si bos selamat, tapi anak buah tak.

"Adu D- Hachi! Apa- Hachi! Yang ka- Hachi! Tembakkan ke ka- Hachi! Kami hah?! Hachi!" Thorn bertanya, jari telunjuknya ditujukan ke alien kepala kotak di hadapannya dan pecahan serta kawannya.

"Muahahahahaha! Akhirnya! Kau merana Boboiboy! Hidulah gas ni banyak-banyak! Makin lama korang hidu, makin teruklah kesannya! Hahahaha!!" Adu Du tertawa jahat.

"Apa?!" Para pecahan Boboiboy menjerit/bertanya serentak.

"Hachi! Woy Adu- Hachi! Aku mac- Hachi! Macam man- Hachi! Mana hah?!" Fang menggeram marah. Sebelah tangan menutup hidung dan mulutnya, sebelah lagi dikepal erat.

"Huahahahaha! Korang akan tahu kesannya dalam masa 2 hari! Hahahaha!" Gelak Adu Du lagi.

Gas berwarna hijau itu sudah reda akibat dibawa arus angin semula jadi, bukan daripada Boboiboy Taufan. Mulanya Boboiboy Taufan memang ingin menggunakan kuasanya untuk menolak gas-gas pelik itu, tapi dia tidak kuasa menahan bersin yang asyik keluar dari mulutnya.

Gas mereda, tapi mereka yang menjadi korban masih tetap bersin.

Adu Du membuka topeng hidung dan mulutnya, "Hah.. Leganya! Habislah kau kali ni Boboiboy! Probe! Jom pergi dari sini!"

"Bai- Hachi! Baik In- Hachi! Incik Bos! Hachi! Mode : Mega- Hachi! Probe!" Probe menukarkan dirinya ke robot tempur. Baru sahaja dia ingin terbang, tapi dihalang oleh kelibat hitam-merah yang muncul dengan tiba-tiba di hadapannya bersama dua bilah pedang merah menyala.

"Hali- Hachi! Lintar!" Kesemua pasang mata terbuka lebar, terkejut dengan kemunculan secara mengejut Boboiboy Halilintar.

"Alamak! Cepat cabut Probe!" Adu Du memerintah ke robot setianya dengan panik.

"Mana kau nak lari hah?! Tetakan Dua Halilintar!"

Belum sempat melarikan diri, kedua konco pembuat masalah itu sudah menerima serangan elektrik bervoltan tinggi(?) dari Boboiboy Halilintar.

"Ergh.. Mana pistol tu?" Adu Du kalut-kalut selongkar kepala robot Probe, mencari sesuatu. Sesudah mendapat benda yang dimahunya, iaitu sebuah pistol yang bersaiz sedang , dia terus mengarahkan ke Boboiboy Halilintar, "Rasakan ni! Tembakan Pistol Penyakit!"

Mata berwarna merah itu melebar setelah sebuah peluru menuju ke arahnya, dia tidak sempat untuk menggunakan Gerakan Kilat-nya kerana dia masih berada di udara. Mahu tidak mahu, badannya menerima tembakan itu, membuatnya terlempar beberapa meter dari para pecahan dan kawannya.

"Halilintar!" Jerit para pecahan Boboiboy dan Fang.

"Sekarang Probe, cabut!" Arah Adu Du pada robotnya lagi.

Kali ini Probe berjaya melarikan diri daripada Boboiboy Halilintar, yang terbaring tak bergerak di tempatnya terjatuh.

Boboiboy Halilintar langsung tak beri respons ketika namanya dipanggil, dan itu membuatkan para pecahannya dan Fang semakin risau dengan keadaannya. Mereka mulai mendekatinya.

"Hey, Halilintar. Kau okay ke tak?" Tanya Boboiboy Gempa, dia mengalihkan tubuh Boboiboy Halilintar untuk menghadapnya dan pecahan lain serta Fang.

"Eh, kita dah tak bersin lah! Yeah!!" Boboiboy Blaze melompat gembira, dia kemudian hi-five bersama Boboiboy Taufan dan Boboiboy Thorn.

"Wey, diri korang yang serius ni dalam bahaya, korang boleh melompat-lompat macam tu." Tegur Boboiboy Solar, kedua tangannya dilipat di depan dada.

Mendapat teguran daripada sang pecahan bungsu, ketiga Boboiboy ceria itu langsung menghentikan gelagat mereka dan terus mendekati pecahan yang lain dan Fang.

Mata berwarna merah itu terpejam rapat, tapi..

"Gempa, apasal pipi dia merah semacam je?" Tanya Boboiboy Ice.

"Hah? Hey, Halilintar, kau boleh buka mata ke tak?" Boboiboy Gempa menggoncangkan bahu Boboiboy Halilintar dengan perlahan dan lembut.

Akhirnya kedua mata berwarna ruby itu terbuka dengan pelan, kemudian dia tersenyum pada mereka, mengejutkan Fang dan para pecahan Boboiboy yang lain.

"Weh, kau demam ke? Lain macam je perangai kau." Untuk memastikan keadaan pecahannya, Boboiboy Thorn meletakkan tangannya pada dahi Boboiboy Halilintar. Dengan cepat pula, dia menarik semula tangannya, "Panasnya! Gila! Patutlah senyum semacam je!" Katanya histeris.

Sekali lagi, ketujuh-tujuh pasang mata itu tertuju pada Boboiboy Halilintar yang masih tersenyum.

Kemudian, buat pertama kalinya, mereka mendengar perkataan yang tidak betul keluar dari mulut Boboiboy Halilintar, bersama perlakuan tak betulnya.

Kedua tangan Boboiboy Halilintar diangkat ke atas, senyumannya masih ada di bibirnya, "Dukung!"

<><><><><><><><><><><><><><><>

.

..

...

TO BE CONTINUED

...

..

.

<><><><><><><><><><><><><><><>

Maafkan saya sebab buat cerita baru! Maaf! Gomenasai! Ampun! I'm sorry! Mianhae! *tunduk*

Ok, apa-apa pun, jangan lupa tinggalkan bintang-bintang untuk saya~ I need some stars~ Kalau nak beri comment dan saran, jangan malu, jangan segan! Silakan! ^^







Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro