Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Half Dead ✓

Happy reading <3

Perut budak lelaki itu mula mengeluarkan darah yang banyak, makin teruja wanita dihadapannya.

'Cepatlah mati, cepatlah mati...' ulangnya berkali-kali didalam hati.

"T-tolong.. s-sakit—"

"Shhh.. sekejap je ni. Lepas tu, kau dah boleh rehat untuk selamanya," tidak berhenti meleleh airmata budak lelaki yang baru berumur 19 tahun itu, tidak mampu lagi menahan sakit tikaman diperutnya.

Dia cuba untuk merangkak jauh dari wanita itu, tetapi wanita itu lebih pantas menahan dirinya. Tikaman diperut lelaki itu dipijak kuat. Rambut hitamnya juga ditarik kasar sebelum kepalanya ditunjal beberapa kali serta cacian dan hinaan tidak berhenti keluar dari mulut busuk wanita itu.

Kreak... Pintu hadapan dibuka, muncul lah wajah seorang lelaki yang agak berumur dan berpakaian segak.

"Hey, appa dah— Y-YAH! PARK SEONGHWA!" dia terus berlari ke arah Seonghwa yang sedang terbaring lemah didalam lopak darahnya sendiri. Wanita itu terus berlari ke belakang. Otak terus menjadi kosong.

"Macam mana dia boleh balik awal? Sedangkan pagi tadi, dia sendiri kata dia takkan balik hari ni— Aish, shibal! Rosak plan aku!" marah wanita itu didalam hati.

"Hwa! Park Seonghwa, bangun! Apa yang- Macam mana semua ni boleh terjadi?! Aku suruh kau jaga dia sekejap je!" Iris mata helang lelaki itu tajam menikam wajah ketakutan isteri barunya.

"I-i minta maaf! I tak tahu apa-apa! M-mungkin, ada pencuri masuk dan dan d-dia terus tikam Hwa! I baru bangun tidur! I-" Tidak menunggu wanita itu memberi alasannya lagi, lelaki yang merupakan ayah kandung kepada Seonghwa terus mengangkat tubuh lemah anak lelakinya dan memecut masuk ke dalam kereta.

###

SeonghwaPark's

Tangan terus naik menahan cahaya terang yang menyilaukan mataku.

Saat pertama kali aku membuka mata, penglihatan aku terus disapa dengan seorang lelaki berbaju hitam pudar.

Dia melontarkan pandangan malas padaku saat aku mula bertanya, "A-Aku dekat mana ni?"

"Stop with the clichè lines, Park Seonghwa. Jangan tanya benda yang kau sudah tahu. Kau hanya akan menambah kemarahan aku,"

Dahiku berkerut. Aku hanya bertanya. Takkan bertanya pun salah?

"Salah. Semua benda kau buat pun salah. Kehadiran kau disini pun salah. Ish, bagaimana lah aku nak berkerja dengan kau kalau perangai kau macam ni?" Lelaki itu mendengus geram.

Aku terkedu. Eo? Dia dengar aku? Aku bercakap dalam hati pun dia boleh dengar— Jakkaman, jangan kata dia puntianak?! Biarkah betik ini semua?!

"Tsk. Puntianak apa barang. Aku punya level lebih tinggi—"

Mata aku terus membulat besar tatkala seorang lelaki yang serupa seakan seorang albino dan bersayap putih pula tiba-tiba muncul di sebelah aku dan menyandarkan tangannya pada bahuku.

"Tinggi apa kalau kerja asyik nak tarik nyawa manusia je? Tiada class langsung. Lainlah aku ni, kerja menyedarkan manusia dari kesalahan diorang, lagi extreme. Ha berani, masuk!"

Lelaki berjubah hitam pudar itu sudah bersedia untuk baling tangannya pada lelaki disebelahku ini, manakala lelaki bersayap putih ini pula makin banyak memprovok si dia.

"Aku tak tahu macam mana kau boleh terpilih jadi penolong kanan Dia, Mingi. Perangai serupa—" jari telunjuk lelaki albino yang digelar Mingi itu, diletak dibibir lelaki berjubah hitam, menahan dia daripada terus berbicara.

"Shh, shh, Joong. Aku tahu aku hebat, tak payah cakap dah tahu muahahahahaha!"

"EY! KAU NI MEMANG MEMINTA—"

"M-macam mana korang boleh... S-Saya dah mati ke?"

Serentak mereka ketawa apabila buat pertama kalinya mendengar aku mula bersuara.

"Mati? Heol. Kau tak mati. Kau hanya separuh mati. Manusia gelar apa benda eh? Komen? Komando? Kopiah—" Joong terus mengetuk kepala Mingi.

"Koma, koma! Ish kau ni, duduk dekat dunia atas tapi bebal mengalahkan manusia,"

Koma? Sejak bila pula?

"Kau tak nampak ke diri kau tengah dikerumuni manusia manusia tu? Ke, kau buta? Aduh, kalau kau betul betul buta, memang teruklah nasib aku." Joong menggelengkan kepalanya, tidak faham mengapa manusia dungu seperti Park Seonghwa ditakdirkan untuk berkerjasama dengan mereka. Manakala Mingi hanya menongkat dagu merenung wajah polos ku sambil tersenyum suka.

"Kau tak nampak?" Soal Mingi perlahan.

Aku menggeleng perlahan. Sekarang ni apa yang aku nampak hanyalah dinding putih dan lelaki-lelaki ini sahaja.

"Sekejap," aku mendengar derapan kaki seseorang datang mendekati aku sebelum kedua belah mataku ditiup lembut.

Sejuk. Sejuk sangat.

Kepalaku terasa berpusing, sebelum aku jatuh terjelepuk diatas lantai bercorak petak yang berwarna biru laut.

Mataku membulat apabila melihat appa sedang memeluk erat tubuh seseorang yang sedang terbaring diatas tilam hospital sambil menangis teresak-esak.

Cincin perkahwinan dia bersama isteri barunya yang dia jadikan seumpama rantai, kini sudah tiada dilehernya.

Perlahan-lahan, aku membangunkan diri dari lantai itu. Aku melepaskan keluhan berat tika melihat siapa yang sedang terbaring itu.

Aku yang sudah koma.

Sekarang, bagaimana? Bagaimana kalau aku sudah ditakdirkan untuk tiada didunia ini? Adakah appa akan menerima itu semua? Adakah appa akan teruskan hidup yang sempurna seperti mana yang dia sudah rancang?

"Jangan bersedih. Kau belum mati lagi.."

Mingi yang tiba-tiba sudah berada disebelah katil wad itu mula berpaling melihatku.

".. kalau kau tak ikut kami."

Dahiku berkerut seribu. "Apa maksudnya?"

"Maksudnya, kita dah ditakdirkan untuk menjadi kumpulan. Kau, aku dan Hongjoong." Ujar Mingi penuh semangat, jarinya menunjuk ke arah aku, dirinya dan lelaki berjubah hitam itu, Hongjoong.

Aku terkebil-kebil memandang mereka, tidak faham apa pun yang dikatakannya.

"Haih. Kau tak boleh bercakap baik-baik dengan manusia bodoh seperti dia ni, Mingi. Kau kena cakap macam ni. Hei, budak bodoh, kau kena ikut kami untuk terus hidup. Kalau tidak, kau mati."

"Eh, tapi dah kenapa?"

"Sebab kau, Seonghwa, sangat sapesial. Kau boleh nampak benda yang manusia biasa tak boleh!" Aku merenung wajah bangga Mingi sebelum memandang Hongjoong pula, menanti penjelasan yang lebih teliti.

Lelaki berjubah hitam itu mendengus kasar.

"Kau boleh nampak kematian seseorang tu berlaku bagaimana. Itu yang kau dipaksa ikut kami. Selepas tugasan kau selesai, kau boleh teruskan hidup seperti biasa. Memori kau tentang semua ini akan dipadam seakan semuanya hanyalah sebuah mimpi ngeri. Tapi kalau kau membantah, kau akan terus mati. Faham ke tidak?" Panjang dan lebar penjelasan dari Hongjoong buatkan aku mula mengganguk faham.

Tiba-tiba, lelaki berjubah hitam itu membuka jubahnya. PUFF!  Kepak besar berwarna hitamnya buatkan mataku terbuntang luas.

BUF!

Automatik kepalaku menoleh ke sebelah, memandang Mingi yang sudah terbang melepasi siling hospital ini tanpa meninggalkan apa-apa kesan terhadap siling itu.

Seakan dia hanyalah bayang-bayang.

Apabila aku berpaling kehadapan, Hongjoong sudah menghulurkan tangannya padaku.

"Cepat pegang tangan aku. Dia dah panggil."



-the end-

Weh makin lama makin merepek kerepek kentang cerita aku DENGAN HONGJOONG JADI ANGEL OF DEATH PASTU MINGI JADI ANGEL JAHSJAGAJABAJAHAJAHAHA CAPEK LAH GINI 😭😭😭😭😭😭😭😭

Apapun, aku harap korang takkan ambik cerita ni serius sebab semua ini hanyalah imaginasi merepek aku dan tiada kena mengena dengan kehidupan nyata. Semua ini hanya fiksyen. Maaf kalau tak best seperti yang korang harapkan :(( aku akan try buat yang terbaik untuk oneshot yang seterusnya ! Thank you for the endless loves and supports I LOVE YOUUUUU MUAH MUAH MUAH AAAAAAAAAAAAAAA CRINGE SEKEJAP AHAHAJVAJAHAJAHSHA BYEBYEEEE 😭❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

•••

Please take note, bahawa cerita ini langsung tiada kena mengena dengan kehidupan sebenar watak-watak didalam cerita ini. This is pure fanfiction with a lot of merapu content.

Dilarang sama sekali untuk mencuri atau menciplak sebarang bahagian didalam oneshots/twoshots ini.

Idea asal dan hak milik terpelihara
©pottaetto 2021

Start : 17 August 2021
End : 17 August 2021

Word counts : 1206 words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro