Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 7

Hampir seminggu terperuk di dalam bilik, Delisha kembali menikmati kebebasan yang dirindui. Memang rezekinya hari ini. Nenda, mama dan papa out station. Kebetulan, percutian Delisha dan Faiq ke Pulau Maldives yang dirancang minggu lepas akan terlaksana hari ini.

Tak sabar rasanya. Mujurlah Nenda Rosnah dah settlekan bil kad kredit dan masukkan elaun bulanan. Kalau tak, jenuh juga nak harapkan Faiq semata-mata.

Kamar beradu bercirikan moden berlatarkan warna hitam kuning merah memberikan Delisha semangat yang membara. Baru saja ditukar Sunarti.

Delisha tatap wajah di dalam cermin. Solekannya sempurna. Delisha melangkah ke wardrobenya yang berada di sebalik dinding bermuralkan belang.

Tersusun panjang koleksi pakaiannya. Kalah pakaian di butik kerana terlalu banyak. Kebanyakannya dia cuma pakai sekali sahaja. Kalah artis. Artis pun tak berlagak macam dia.

Delisha meletakkan jari di tepi bibir tanda memikir mahu memakai pakaian apa. Dia mula kusut walaupun di hadapannya terdapat pelbagai jenama. Ada Versace, Prada, Marc Jacobs, Gucci, Chanel dan sebagainya. Banyak sangat kalau nak disebut tak habis.

"Hesy, baju mana nak pakai ni? Rasanya semua ni aku dah pernah pakai. Takkan nak pakai baju yang sama lagi? Malu la depan Faiq..." Kepala tak bersalah digaru. Delisha cukup menjaga penampilan agar selalu tampil anggun.Maklumlah, bakal pereka fesyen suatu hari nanti.

Tok, tok, tok!

Delisha berdecit.

"Siapa?"

"Narti, Non Isha!"

Apa hal pula Sunarti ni menyibuk. Kan aku dah letak kat luar tu, No Disturb? Ke dia faham bahasa Indon aje?

"Ada apa?"

"Ada barang Non Isha, nyampei..."

Cerah biji mata Delisha. Jangan-jangan? Hati Delisha melonjak gembira. Dia segera menuju ke pintu lalu dibukanya.

"Arghhh!" Menjerit Delisha keseronokan. Baju-baju yang dioder secara online sudah sampai. Tingginya kotak sampai terlindung kepala bibik Sunarti.

"Sunarti, sampai juga barang saya ni. Saya dah tak tahu nak pakai apa. Masuk cepat, letak atas katil!" Girang sekali Delisha.

Terhuyung-hayang bibik Sunarti membawa kotak-kotak yang menimbun itu.

"Hati-hati, jangan sampai jatuh. Barang dalam ni mahal tau, kalau rosak saya potong gaji bibik!" Kecut perut Sunarti diperas ugut begitu.

"Ya, non. Udah sampai. Saya letak di sini, ya?"

"Ya. Di atas katil saya." Sebaik saja kotak-kotak itu diletakkan, Delisha terus mengoyakkan kertas yang membaluti bungkusan, teruja.

"Bibik, apa tengok saja. Bukalah! Tapi jangan sampai rosak. Faham?" Bibik Sunarti mengangguk-angguk dalam takut.

"Ya, non. Saya buka. Non Isha siap-siap ni mahu ke mana?" Sunarti mula bimbang. Nenda Rosnah sudahlah tak ada, nanti Sunarti kena marah pula biarkan Delisha keluar.

"Holiday, 4 hari 3 malam. Nanti nenda balik, kau bagi tahu aku ke Pulau Maldives." Terkejut Sunarti. Kerana takut dia jadi tergagap-gagap. Ingatkan Delisha nak keluar dekat-dekat sini saja, rupa-rupanya ke luar negara.

"Udah minta izin sama nenda?" Delisha terhenti tindakanya.

"Kau tak payah sibuk boleh tak? Ikut ajelah apa aku suruh. Hah, tunggu apa lagi? Terhegeh-hegeh nak buka kotak! Cepatlah!" Arah Delisha meninggikan suara.

Delisha dah rambang mata.

"Wow, cantiknya top Gucci ni! Wah, dress Versace. In real, cantiknya." Kotak demi kotak dibuka.

"Oh my God, kasut Marc Jacobs ni cantiknya..." Delisha mencuba di kakinya yang gebu itu. Sesuai sangat-sangat.

"Handbag LV latest design? Wow, love it! Love it! Love it!" Melompat Delisha sambil menggayakannya.

Bibik Sunarti hanya mampu menelan air liur. Untungnya jadi orang kaya. Boleh beli apa saja tanpa fikirkan wang ada atau tidak.

"Hah, dah sudah buka kotak tu. Keluarlah. Tunggu apa lagi?" Delisha bertegas. Diperhatikan bibik Sunarti asyik memerhati hasil beliannya sambil menelan air liur. Teringinlah tu, tapi bermimpi sajalah. Gajinya saja tak sampai suku pun harga satu barang-barang ni.

"Cantik bangat, non. Kena pula pada non yang cantik, berganda cantiknya bila makei," puji bibik Sunarti.

Delisha tersenyum sindir. Dah agak, teringinlah tu tapi manalah mampu.

"So bibik, baju mana yang cantik untuk saya?" Delisha menunjukkan sebahagian dress yang dibelinya. Pelbagai jenama antarabangsa.

"Kok seksi bangat non? Nampak habis ketiaknya. Nanti bulunya keluar. Enggak cocok!" Delisha menghembus nafas kasar. Komen ikut sedap mulut.

"Ketiak saya tak berbulu macam bibik la. Lagipun, saya pakai top Gucci kat luar." Bibik Sunarti tersengih. Saja dia bergurau.

"Errr, yang warnanya oren pink itu cantik," cadang Sunarti. Delisha membelek baju tersebut dan berfikir.

"Hurm, okeylah. Dah, keluar!" Bibik Sunarti patuh arahan. Begitulah layanan anak majikannya ini. Kasar saja walaupun tak pernah maki. Suka bentak-bentak kalau ada yang tidak kena.

"Dress oren pink? Hesy, apa ni? Aku boleh ikut pula taste bibik yang tak habis sekolah tu. Dress ni paling murah aku beli. RM2 ribu aje, buat pakai main-main bolehlah." Delisha menepuk dahi. Dia pening sudah nak pilih yang mana satu.

Akhirnya, Versace berwarna peach dipilih dan disarungkan jaket kulit berwarna maroon di luar. Kasut Hermes berwarna coklat gelap dipilihnya.

Kalau tak cantik, bukan Delisha namanya, puji Delisha dalam hati.

Iphone 5 berbunyi. Siapa? Mujur Faiq, kalau nenda, jenuh cover line.

"Helo sayang. You kat mana? Dah bertolak ke?" Faiq bukan apa, risau Delisha tak jadi datang. Mereka hampir seminggu tak jumpa, Faiq langsung tak senang duduk. Rindu sangat. Hanya telefon penghubung mereka.

Delisha pandang jam. Alamak, dah pukul 2.00 petang.

"I kat rumah lagi. Tengah bersiaplah..." Beritahu Delisha, bersiap pantas. Takut stuck dalam jem. Perfume Christian Dior disembur demi kesegaran. Wanginya memukau. Siap!

"Cepatlah, tak sabarnya nak jumpa you. Rindulah, rindu sangat-sangat..." Menggoda suara Faiq, menguntum senyum Delisha.

"Sabarlah, seminggu boleh aje sabar..." Delisha mencapai handbag Pradanya, lantas menarik bagasi keluar bilik.

Faiq ketawa.

"Seminggu ke? Apa pasal I rasa seribu tahun ni?" Faiq bergurau mengundang gelak Delisha.

"Seribu tahun akan berakhir. Wait for me, muah!" bisik Delisha menggoda lalu meletakkan telefonnya.

"Hantar saya ke airport," arah Delisha.

Kereta Porsche Cayenne berwarna grey itu hanya pernah dipandu uji selebihnya driver saja yang membawa Delisha ke mana-mana kerana itu dia tak pernah ingat dan tahu jalan-jalan di KL. Ala, zaman sekarang ni guna Google Map aje kan, apa susah. Delisha sebenarnya yang malas memandu.

Pak Mus memasukkan bagasi Delisha ke dalam but kereta. Kemudian masuk ke tempat pemandu. Arahan cucu majikannya terpaksa diturutkan.

"Cik Isha dah beritahu Datuk ke Cik Isha nak ke mana?" Ni lagi seorang, sibuk aje nak ambil tahu hal Delisha. Sama aje macam bibik.

"Saya beritahu atau tak, suka hati sayalah, Pak Mus. Tak ada kena-mengena dengan Pak Mus. So, boleh bertolak sekarang? Flight saya petang ni, ya? Dah lewat ni." Delisha mengarah tegas.

Pak Mus patuh pada arahan cucu majikannya. Dia menuju ke destinasi yang nak dituju. Apa boleh buat, jadi kuli orang saja. Terpaksa ikut.

"Datuk tentu tanya saya nanti..." Delisha berdecit. Terlebih risau lebih dari papa. Papa pun tak kesah. Takut sangatlah dengan nenda tu.

"Dah nenda tanya, bagi tahu ajelah. Apa masalahnya? Bukan saya buat salah, saya pergi holiday aje, kan? Sekarang ni, Pak Mus memandu aje, tak payah nak sibuk hal saya. Sedar sikit diri tu siapa. Kalau tak kerana kerja dengan nenda, sampai bila-bila pun Pak Mus tak akan bermimpi bawa kereta mewah ni. Faham?" Tegas Delisha.

Pak Mus menghela nafas.

"Faham, cik. Maaf, cik." Sudah terbiasa dihina begitu, jadi sabar sajalah. Pak Mus mula mengerakkan kereta menuju ke KLIA. Kereta terpaksa diperlahankan ekoran jam. Hesy, bab ini yang malas sangat nak hadap. Delisha membetulkan kaca matanya.

"Tak ada jalan lain ke, Pak Mus? Flight saya pukul 6 petang ni. Boleh cepat tak?"

"Baik cik, saya cuba..."

Brek terpaksa ditekan kerana kereta di depannya berhenti. Delisha memegang dahi. Jam lagi. Boringnya. Ini yang terpaksa dihadap sementara nak sampai. Delisha memerhatikan pemandangan di bawah jejantas. Matanya dibesarkan.

"Pak Mus, tu reban ayam, kan? Ada orang bela ayam ke tengah-tengah bandar ni?" Sempat bertanya apa dia nampak. Pak Mus turut sama perhati.

"Reban ayam? Taklah, Cik Isha. Tu rumah," jawapan itu membuatkan Delisha ternganga. Terkejut. Kemudian Delisha ketawa bagai nak rak.

"Rumah? Biar betul? Wujud lagi ke rumah buruk macam ni? Ada ke orang duduk?" Mimik muka Delisha tak senang tengok. Jijik pun ada. Agaknya mesti pemiliknya jenis pemalas dan pengotor.

"Ya Cik Isha, rumah. Walaupun Malaysia ni dah maju, tapi masih ada rakyat yang hidup dalam kesusahan walaupun di bandar. Yang tak ada rumah pun ada, cik. Tidur tepi jalan, jadi gelandangan. Sekarang ni kos hidup tinggi, semua barang naik harga, yang berpendapatan rendah memang terjejas, cik. Yang kaya bertambah kaya, yang susah bertambah susah. Itulah realiti di Malaysia ni..."

Pak Mus meneruskan pemanduan apabila kereta di hadapan bergerak.

"Huh! Dah tak mampu, berusahalah. Ubah hidup tu. Buat malu aje kalau pelancong datang ke Malaysia ni, nampak rumah buruk ni. Patut kena robohkan aje. Tak ada rupa rumah dah. Ni mesti jenis yang harapkan bantuan dan derma orang aje, kan? Hesy, tak sukalah orang yang suka meminta-minta ni," bebel Delisha yang belum kenal erti hidup. Lahir saja sudah berada dalam lubuk emas.

Pak Mus menggelengkan kepala. Dia faham sangat dengan sikap Delisha. Delisha masih terlalu mentah akan erti hidup ini.

Jalan masih lagi sesak, sekejap lancar sekejap perlahan balik.

"Semak betullah jam ni." Delisha membukakan tingkap sekejap. Namun dia terkejut apabila muncul seorang perempuan tua berbaju lusuh. Bau badannya busuk.

"Nak, mak cik nak minta sedekah. Mak cik tak ada duit nak makan. Mak cik lapar sangat ni. Tolong, nak..." Wajah simpati itu langsung tak buat Delisha kasihan.

"Tak malu ke minta sedekah kat orang? Ingat senang ke orang cari duit, suka hati dia aje minta macam tu saja. Dah, pergi sana. Bau dahlah busuk. Nak muntahlah!" Delisha segera menaikkan cermin kereta. Dia tak peduli wajah simpati yang mengharap ihsan darinya.

Pak Mus menghulurkan RM10 untuk mak cik itu. Delisha mencebik. Tak padan dengan kerja drebar, nak bantu orang. Sedangkan diri sendiri tu pun perlu dibantu.

"Kaya benar, Pak Mus? Sampai boleh bagi duit kat orang? Nanti tak cukup nak belanja, jangan minta advance gaji pula kat nenda," sindir Delisha.

Pak Mus tenang saja.

"Saya kena sedekah dulu, barulah saya akan kaya. Bukan tunggu kaya, baru saya sedekah..." Delisha tergelak sinis.

"Kayalah sangat Pak Mus, sampai terpaksa jadi drebar. Tapi tak apalah, menumpang senang harta orang pun boleh dikategorikan kaya juga. Pak Mus tahu tak, kerana wujudnya orang macam Pak Mus inilah, pengemis-pengemis ni makin berleluasa. Tak payah kerja, tak payah usaha, tadah aje tangan, buat muka kesian, orang akan bagi duit. Silap hari bulan, income dia orang lagi tinggi daripada Pak Mus tau? Manusia jenis macam ni tak patut dikasihankan. Kasihankan diri sendiri dulu."

Delisha suarakan rasa tak puas hati.

"Cik Isha, kita tak duduk kat tempat mereka, kita tak tahu apa masalah mereka. Tak ada manusia yang nak jadi pengemis. Apa salahnya kalau kita tolong, manalah tahu mereka benar-benar dalam kesusahan? Hidup ni, jangan selalu menongkat dagu ke langit, sesekali pandanglah ke bumi, Cik Isha."

Delisha naik angin disindir begitu.

"Pak Mus nak cakap saya ni sombonglah, ya? Habis tu, spesies menyusahkan orang macam pengemis tu, Pak Mus puji melambung pula. Minda Pak Mus ni memang kelas ketigalah, dasar Melayu pemalas!" Pak Mus menggelengkan kepala, malas dia nak membalas. Delisha masih muda dan belum kaya pengalaman hidup. Belum kenal erti sebenar kehidupan di luar sana. Tak payahlah dia nak ambil hati sangat.

Lega sangat apabila trafik kembali lancar. Tak perlulah dia berlama-lama dengan cucu majikan yang kepala angin dan banyak songeh ini. Mahu segera hantar dan segera pulang. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: #romance