BAB 2
Lapangan Dermaga Biru menjadi saksi bermulanya perlumbaan kereta sebentar saja lagi. Ramai penonton dan anak-anak muda yang berkumpul di sini memeriahkan suasana. Masing-masing turut mempamerkan kereta yang telah diubah suai dari segala segi. Baik enjin, reka bentuk, warna cat kereta, sound speaker dan sebagainya. Megah tersusun bagai pertunjukan untuk ditontoni ramai.
Menarik perhatian, di suatu sudut beberapa buah kereta tersusun menaikkan bonet kereta untuk tontonan dan penilaian. Mereka menayangkan kehebatan speaker masing-masing. Siapa paling hebat dari segi penataan bunyi. Bunyi speaker dari kereta di situ begitu membingitkan telinga manakala muzik pop dance yang dipasang membuatkan suasana jadi meriah. Ada sekumpulan lagi anak-anak muda sedang menari hip hop dan shuffle.
Faiq memeluk bahu Delisha sambil melangkah ke arah rakan-rakan seperjuangan malam ini. Mereka bakal berlumba sebentar saja lagi dengan pertaruhan yang cukup besar.
Delisha suka sangat ikut Faiq ke sini. Enjoy gila. Beban masalah pun boleh melayang. Pelbagai hiburan ada di sini dan dia tak menyesal menemani Faiq.
Kakinya sedikit tergedik mahu mengikut step shuffle yang ditontonnya dari persembahan anak-anak muda di situ. Tak tahanlah macam ni, apa guna tahu bershuffle tapi hanya tengok saja?
"Wow, step apa tu sayang? So cool." Faiq sedikit kagum melihat Delisha berbakat menari shuffle. Delisha tidak kekok.
Sebelah kaki Delisha bagaikan disangkutkan ke arah luar dan disandarkan ke arah yang berlawanan. Unik apabila nampak kakinya seolah-olah tersangkut. Setelah beberapa detik, Delisha memindahkan kaki itu ke sisi lain dan ulang gerakan dengan kaki yang lain.
"Stanky leg ajelah. Ni basic shuffle aje. Tengok ni, hah ini baru la step klasik, the real shuffle step..." Delisha menukar step shuffle. Sekali pandang, sudah seperti penari shuffle profesional. Kemudian Delisha membuat gerakan Twerk dengan menggoyangkan pinggulnya.
Terbeliak mata Faiq melihatnya. Hohoho, yang ni dia tak tahan tengok. Delisha nampak menggiurkan. Yang tak berkenannya, bukan Faiq saja yang tengok, ramai pula penontonnya. Orang cantik, biasalah.
"Isha, stop it... I say stop it!" Tinggi sedikit nada suara Faiq. Tak puas hati air muka dia.
Hairan Delisha apabila Faiq suruh berhenti. Padahal dia bukan main seronok menari mengasah bakat shufflenya.
"You ni, kenapa? Tiba-tiba suruh stop. I tengah enjoy shuffle ni..." Muncung mulut Delisha. Faiq ni, kadang-kadang datang anginnya tak menentu. Semua nak dikongkong. Tak open minded langsung.
"Kenapa, you tanya I? Kalau step sebelum ni, I boleh terima lagi. Tapi yang ini, I tak suka orang lain tengok, menggoda tau?" Faiq tak dapat tahan cemburu. Dia tak suka orang menikmati keindahan Delisha.
Delisha lihat sekeliling. Biasa aje, mana ada yang perhati? Semua mata tengok arah lain. Ni tak lain tak bukan, kes cemburu punya pasal, kan? Tahu sangatlah.
"Ini shuffle, okey? Semua orang tahu apa? Tu you nampak kan, orang tengah join group shuffle kat sana? Yang perempuan tu pun menari macam I! Tak ada masalah pun. Hesy, sejak bila pulak you tak sporting macam ni?" Delisha memeluk tubuhnya tak puas hati.
"I tak larang you shuffle, tak ada masalah. Tapi step ni, you simpan. I tak kesahlah seribu perempuan buat step tadi depan mata I, tapi you I tak boleh. Sebab I ni bernafsu dengan you aje. Iman I ni bukan kuat sangat tau, jangan sampai I hilang sabar nanti, sebilik kita malam ni. Dah dapat you, sebulan I kurung tau?" Delisha menolak bahu Faiq. Dasar lelaki gatal, itu yang dia fikir.
Faiq mengelak sambil tersengih.
Delisha menyembur.
"Jangan nak sembang kotor dengan I. Kalau you gatal sangat, tu ramai aje perempuan nak bagi free. You kan handsome? Ramai peminat kan, pergilah!" Delisha menjeling tajam dan tayang muka bengangnya.
"Hesy, you ni. I memang nakal tapi bukan nakal yang macam tu. I nak simpan teruna I untuk you aje. I rela tahan nafsu daripada hilang you..." Delisha tersentuh. Satu hal yang dia suka tentang Faiq, Faiq hormat dia sebagai seorang perempuan walaupun dia mudah mendapat mana-mana perempuan.
Mahu sambung berbalah tapi nama Faiq sudah dipanggil oleh urus setia perlumbaan pada malam ini. Peserta pilihan ramai ni, untung tauke-tauke judi pada malam ini kalau Faiq pemenangnya. Ramai yang bertaruh atas nama Faiq dan nombor plat kereta Faiq.
Tapi kalau Faiq kalah, mahu lagi untung bagi penjudi yang mempertaruhkan peserta lain.
Faiq dan Delisha berkumpul bersama para peserta lumba kereta pada malam ini. Ada lima buah kereta kesemuanya yang bakal bertanding. Trek litar adalah jalan raya. Itu yang menjadi cabaran besar kerana terpaksa berdepan dengan situasi jalan raya yang tak dijangka.
"Hai Faiq, ingatkan tak datang. Lama kita orang tunggu," tegur Zamri salah seorang pelumba yang turut aktif.
Faiq tersenyum.
"Mana boleh tak datang. Besar taruhan malam ni. Rugi la. Aku dah ketar kaki ni nak rasmi 'baby' baru."
Zamri dan Faiq sama-sama gelak. Mereka mempunyai minat yang sama, iaitu kereta. Sanggup berhabis demi kereta. 'Baby' baru yang dimaksudkan adalah enjin kereta yang baru ditukar supaya lebih hebat dan laju.
"Tak apa. Malam ni kita tengok siapa yang paling hebat. Ni perempuan kau, ikut sekali ke?" Faiq kerap benar membawa kekasihnya. Mereka memang dah terbiasa dengan Delisha.
"Ya. Seperti biasa." Pinggang Delisha dirangkul mesra. Delisha membalas senyum itu.
"Tak takut ke dia? Orang perempuan aku, kalau aku bawa, mahunya boleh terbabas sebab dengar dia jerit aje. Susah l, bro." Zamri menambah lagi.
"Kalau kau nak tahu, sebab Isha la aku selalu menang. Dia ni tuah aku." Faiq memuji membuatkan Delisha rasa dihargai kekasihnya itu. Zamri gelak dalam angguknya.
"Okey, kita tunggu dan lihat kalau malam ni, dia bawa tuah lagi. Jomlah kita ke sana? Semua dah standby tu..."
Faiq, Delisha dan Zamri ke bahagian urus setia perlumbaan. Masing-masing mengeluarkan wang taruhan. Andai berjaya, wang sejumlah RM50 ribu akan menjadi milik juara. Pertaruhan yang cukup besar pada malam ini. Menang atau tidak bukan persoalan utama, yang penting keseronokan kerana kebanyakan yang menyertai anak-anak hartawan belaka.
Selesai mendaftar, Faiq dan Delisha masuk ke dalam kereta yang telah tersusun di garisan permulaan. Faiq menekan pedal minyaknya agar bunyi enjin memeriahkan suasana. Bunyi ngauman enjin daripada lima buah kereta bergema mendapat tepukan dan sorak gemuruh penonton yang hadir, turut sama bertaruh wang untuk perlumbaan ini.
Delisha yang berada dalam kereta milik Faiq bersorak kegirangan kerana sangat teruja. Walaupun bunyi enjin membingitkan telinga namun Delisha rasa terhibur.
"Faiq? Ni kereta you yang mana? I tak pernah nampak pun?" soal Delisha kuat melawan segala bunyi.
"I baru aje beli ni. Tergoda tengok member I perform dalam video yang dia share dengan I, so I nak cubalah. Honda Integra enjin Vtec Type R. I baru saja upgrade kat bengkel tadi, biar CCnya sama besar dengan yang lain. Bab kelajuan enjin, memang superb!"
"I tak faham bab-bab enjin kereta ni, you ceritalah macam mana pun, I tak tahu apa-apa. I cuma nak you menang sahaja malam ni. Okey?" Faiq tergelak mendengarnya.
"Dah ada you, I akan menang selalu, sayang. Menjadi pemenang dalam hati you, apa lagi yang lebih penting untuk I?" Faiq bicara manis. Delisha menarik pipi kekasihnya.
"Isy, sempat lagi you ni, kan? Okey, dah nak mula. Ready, one, two, three... Go!"
Tersentak Delisha di seat kereta apabila Faiq memasukkan gear dan menekan pedal minyak. Maka bermulalah perlumbaan tidak bertauliah ini, membelah kegelapan malam.
"Wah... You! Argh, bestnya. I'm so excited. Whooo... Lajunya kereta you ni, walaupun enjin bising tapi macam kilat."
Delisha tergerak badan ke kiri ke kanan setiap kali Faiq memintas dan memotong kenderaan. Sangat laju berdesup enjin bagaikan pelesit. Hebat sekali Faiq mencelah.
"You, kereta kat depan... You! You! You!" Delisha menutup mata namun tak sangka, terlepas daripada bahaya. Padahal nyawa sudah di hujung tanduk tadi. Bunyi hon kedengaran sana sini. Agaknya pemandu lain memarahi Faiq dengan cara begitu. Yalah, pemanduannya membahayakan pemandu lain.
Faiq terus memacu keretanya untuk berada di hadapan. Dia mahu digelar pemenang lagi pada malam ini kerana itu satu kepuasan untuknya.
"Wow, hebatnya you, Faiq. Macam mana you mengelak tadi? I tak sangka betul..." Delisha mengurut dadanya, meredakan debaran.
"Selagi you ada, I akan selalu melindungi puteri I ni! Don't worry, dear."
Kehebatan Faiq mengagumkan Delisha. Agaknya Faiq memang dilahirkan sebagai seorang pelumba. Sayangnya, dia hanya hebat di litar haram seperti ini.
Delisha senyum bahagia.
"You dah nak sampai ke garisan penamat ni. Macam biasa, I akan menjadi pengulas untuk you. Boleh?"
"Hahaha, boleh sayang. Bagi I semangat sikit!" Delisha menepuk tangan dan bersorak.
"Faiq telah berjaya memintas pelumba-pelumba lain satu per satu, kini sudah berada di depan dan tidak mampu lagi dipintas oleh mana-mana pelumba lain lagi. Semakin jauh meninggalkan pelumba-pelumba lain yang kini berputih mata di belakangnya. Nampaknya dia memintas kenderaan yang bersimpang-siur. Mengelak dari buntut lori, menyusup di celah kereta Vios dan Myvi. Wow, sungguh hebat pemanduannya. Maka tak hairanlah beliau digelar pelumba yang paling digeruni di jalan raya."
"Semakin mendekati garisan penamat akhirnya Faiq berjaya mempertahankan kejuaraannya dan tiada siapa mampu menandingi kehebatannya. Faiq berjaya menamatkan perlumbaan di tempat yang pertama! Yeay! You menang. Tahniah, sayang. I'm so happy!" Faiq turut bersorak kegembiraan kerana bergelar juara lagi pada malam ini.
"Ya, sayang. Kita menang lagi. Yahooo!"
Mereka sama-sama berkongsi kegembiraan. Sebaik saja keluar dari kereta, tepukan gemuruh dan sorakan bergema daripada para penonton yang meraikan kejayaan Faiq pada malam ini. Faiq melambai-lambai pada mereka yang turut sama berbangga dan kagum akan kehebatannya mempertahankan kejuaraan.
Tauke-tauke judi mulalah mengagihkan kemenangan pada yang bertaruh malam ini. Suasana menjadi riuh-rendah.
Keluar dari kereta, Delisha yang teruja memeluk Faiq. Faiq membalas pelukan itu kerana Delisha sumber inspirasinya. Pelukan dileraikan apabila ramai yang datang mengerumuni Faiq berkongsi kegembiraan. Sampul berisi wang kemenangan dihulur buat Faiq. Faiq menciumnya dan bersorak gembira untuk diri sendiri.
"Congrats, Faiq. Well, rezeki kau lagi malam ni. Macam biasa, atas semangat setia kawan, aku sengaja kalahkan diri. Tapi, next time maybe dah tak ada rasa simpati dalam diri aku. So, beware. Aku pasti akan kalahkan kau juga." Zamri berseloroh sambil bersalam dengan Faiq. Dia sememangnya kagum dengan kehandalan Faiq di atas litar lumba haram.
"Zamri, Zamri. Rugilah jadi baik sangat. Sesekali jadilah kawan makan kawan. Macam aku ni hah, tak kasi can langsung. Hahahaha!" Mereka ketawa.
"Aku rasa aku kena tukar awek barulah. Mana tahu bawa tuah macam kau ni." Delisha yang cantik itu dikerling dengan ekor mata. Nak mati tengok lama-lama, mahunya benjol biji mata. Faiq pernah bergaduh apabila seorang lelaki cuba sentuh Delisha. Habis lebam orang tu dibelasahnya. Sampai jadi kes polis.
"Hahaha, kau ni. Terpulanglah, tapi kalau kena makan tapak kasut, jangan tuduh aku yang suruh." Berderai tawa mereka.
Delisha hanya mengikuti perbualan dan ikut ketawa.
"Apa pun kau memang hebat dan berbakat besar, Faiq. Kan bagus, kalau kau jadi pelumba yang profesional. Berlumba di litar yang sepatutnya." Zamri memberikan cadangan.
"Kalau aku nak, dah lama aku join. Aku belum bersedia lagi. Aku suka cabaran macam ni." Faiq suka kebebasan seperti ini. Tidak terikat dengan apa-apa.
"Hurm, dah kau cakap macam tu. Apa aku boleh buat? Tapi nanti kalau kau dah bersedia, kau maklumkan pada aku. So, amacam? Kat mana nak celebrate?"
"Karaoke jom? Lepas tu lepak disko, sampai pagi."
"Okey, jom." Faiq memeluk bahu Delisha bersama senyuman.
Tiba-tiba saja seorang lelaki menegur mereka. Selamba pula menepuk bahu Faiq. Faiq lantas menolak tangan lelaki itu. Suka hati aje nak sentuh. Dah la tak kenal langsung.
"Tahniah, bro. Hebatlah kau malam ni. Errr, mahu barang tak? Sambut raya malam ni dengan ini barang. Banyak syok ooo..." Delisha dan Faiq saling pandang. Mesti syabu la ni.
"Sorry, aku tak ambil barang ni."
"Ala bro, barang baik ni. Gua kasi diskaun 30%."
Lelaki itu pandang kiri kanan sambil menghulurkan beberapa paket yang mengandungi syabu.
"Lu blah boleh tak? Gua kata gua tak nak, gua tak naklah! Lu nak gua tumbuk muka lu baru lu faham?" Lelaki itu kecut perut digertak begitu.
Faiq sudah naik angin. Memang part lain jahanam, tapi dadah tetap menjadi musuh. Tak mahu terjebak, nanti susah.
"Okey, bro. Maaf, bro. Gua chow..." Faiq merengus. Tak faham-faham bahasa nak kena marah dulu baru blah.
Delisha agak kagum juga, Faiq tak merokok dan ambil barang terlarang. Jadi dia bukanlah teruk sangat pun.
"Jom sayang, kita celebrate malam ni. Kawan-kawan I dah tunggu tu..."
Delisha akur. Sehingga subuh, mereka menghabiskan masa di kelab karaoke bersambung di kelab malam Zouk.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro