Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 12

"Sayang, you cantik sangat malam ni. Kalau kawan-kawan kita tak buat parti untuk kita malam ni, dah lama I kunci pintu tak bagi you keluar," usik Faiq yang matanya tak lepas memandang Delisha.

Delisha senyum dan menghantar jelingan menggoda. Dia sedang menyarungkan kalung mutiara di leher jinjangnya yang putih.

Cukup sepadan dengan dress beropol yang dipakai menyerlahkan tubuhnya yang langsing. Rambutnya dibiarkan lepas. Sempurna, itu perkataan selayaknya untuk Delisha.

Faiq pun sudah siap mengenakan tuksedo. Tidak kurang kacaknya dia. Mereka pasangan yang sama cantik, sama padan.

"You ni tak jemu-jemu ke? Dah dua hari you kurung I, okey? Makan minum pun semua dalam bilik ni, pleaselah. Bukan you sorang ada bini tau!" Delisha menjawab manja.

Cermin ditatap sekali lagi. Tak puas hati, dia menyapu bedak Mac untuk memastikan solekannya rapi. Akhirnya puas hati.

Tersentak Delisha tiba-tiba Faiq memeluk pinggangnya kemudian mencium bahu Delisha lembut.

"Memanglah bukan I seorang yang ada bini, tapi isteri I ni isteri yang luar biasa tau. Dia dah lengkapkan hidup I yang selama ni kosong. Kalau I tahu berkahwin ni,seronok, dah lama I ajak you kahwin tau." Faiq seakan-akan tak mahu melepaskan Delisha. Delisha tersenyum bahagia. Harap bahagia ini berpanjangan.

"Sebab tu I tak nak beranak. Nanti tubuh I berubah, hati you pun akan berubah. You kan cintakan I sebab I cantik, seksi, gebu, vogue!" Delisha mengangkat bahu. Perfume Acqua Di Gio disembur di nadi dan lehernya. Menebarkan bau yang begitu wangi.

Faiq menggelengkan kepala.

"Makna cinta I pada you luas. Bukan tertumpu pada kecantikan you aje. Sukar I nak pilih kata apa yang sesuai. Yang I tahu, celik aje mata ni, I nak tengok you. Pejam aje mata, I nak mimpikan you. I nak you 24 jam di sisi I..."

Bunga senyum Delisha mekar.

"I harap, kita akan bahagia sampai bila-bila. I tak nak detik bahagia ni berlalu... Please, untuk setiap saat beri bahagia yang sama agar I tak bergantung bahagia pada kenangan..." ungkap Delisha sudah bersiap manakala Faiq sudah berdiri di sisinya. Mereka sama-sama memandang cermin. Ya, mereka pasangan yang secocok namun perjalanan jodoh mereka masih panjang.

Ini hobi Faiq. Suka mendamaikan Delisha dengan pelukan. Angin monsun yang hinggap pun, boleh beralih kedudukan. Faiq kadang-kadang suka mencabar dan membalas kata Delisha kerana bagi mereka itu sesuatu yang memuaskan hati serta hiburan. Bagi yang tak mengerti akan anggap mereka bergaduh.

"Kerana hidup tanpa you, I hanya akan mensia-siakan segala waktu I mengejar yang lain kerana you berharga."

Delisha gembira mendengarnya. Sebelah tangan Faiq memeluk pinggang Delisha, sebelah lagi mencapai perfume Hugo Boss kegemarannya.

"You ni suka sangat pakai perfume Hugo Boss ni. I lebih suka you guna perfume Chanel. Baunya buat karisma you menyerlah!" Delisha menegur dalam masa yang sama menatap wajahnya di cermin.

"Minat kita tak sama, janganlah paksa I. I tak perlukan perfume tu untuk serlahkan karisma I yang sedia ada ni!" Faiq bertentangan pendapat.

"I hadiahkan untuk you pakai, bukan simpan. You ni langsung tak hargai pemberian I. Apa perasaan you kalau I tak pakai perfume Acqua ni? Ni you yang hadiahkan tau?" Delisha tak puas hati betul. Faiq adakala menurut Delisha tapi bila datang degilnya pujuk macam mana pun tak akan ikut kehendak Delisha.

"You pakai sebab you suka bau tu. Dah jadi sikap you suka kumpul banyak perfume dan bertukar-tukar perfume. Tapi I bukan macam tu. I hanya suka perfume ni aje." Faiq menunjukkan botol perfume Hugo Boss pada Delisha.

Delisha tak puas hati.

"Kalau macam tu, baik you buang aje hadiah I. Tak guna you simpan, you langsung tak hargai I!"

"Isha, I tak guna sebab I sayanglah. I nak simpan baik-baik. Kalau I guna, then habis lepas tu I buang botol tu. So, dah tak ada kenangan!" Faiq mengangkat bahu.

"Sekurang-kurangnya, pakailah walaupun sekali!" Degil betul Delisha ni.

"Ya. Tapi bukan sekarang!" Sakit hati betul dengar jawapan tu.

Kalau diikutkan mahu saja Delisha sembunyikan saja perfume tu. Bila hilang, tentu Faiq pakai perfume Chanel pula. Good idea!

"Kalaupun hilang, I rela badan I berbau hangit dari pakai perfume lain." Bagaikan dapat membaca akal Delisha sehingga Delisha terkejut. Hesy, baru saja nak perdajal dah dapat jawapannya.

"Susahlah nak cakap dengan you ni! Apa yang you suka sangat perfume ni? Apa hebatnya perfume ni? Cakap orang langsung tak terima. Bukannya susah pun nak ikut." Mula dah bertengkar hal yang remeh. Muncung mulut Delisha panjang jadinya.

"I suka bau ni dan akan setia dengan perfume ni macam mana I setia dengan you. Kalau suatu hari nanti I tukar perfume, bermakna cinta I pun berubah. Perfume ni, simbolik cinta kita tau. Kalau you paksa I juga pakai perfume Chanel tu, bermakna you bersedia terima madu dan izinkan I kahwin lagi satu!" Luahan Faiq itu membuatkan Delisha tersentuh. Tapi tak bertahan jiwangnya tu kerana di hujung tu, kelakar sangat.

"Oh, nak madu ya? I cari sarang lebah, baling atas kepala you. Biar bengkak kena sengat lebah tu. Hah, tu baru madu yang betul!" Delisha mencekak pinggang. Marah. Faiq tergelak, dalam bergaduh sebenarnya Delisha sangat kelakar. Ayat-ayatnya tu tak menyakitkan hati. Mulut kecil itu, pot pet pot pet. Rasa mahu disenyapkan saja dengan ciuman. Geram.

"Madu tu tak nak. Nak madu yang ikut sunah nabi tu..." Sengaja Faiq menduga kesabaran Delisha. Bila Delisha cemburu terserlah sayangnya yang mendalam.

"Boleh. I sanggup dimadukan kalau you sanggup diracun." Geram betul Delisha. Lagi mahu bangkitkan isu ini. Faiq mendengarnya tergelak lalu menarik Delisha dalam pelukan.

"Amboi, garangnya rimau jagaan I ni. Dua malam ni kan, dia jinak aje dengan I. Tapi bab cemburu, jadi ganas balik..." Faiq menegur isterinya yang masih mencuka. Perempuan memang pantang sungguh diusik soal poligami ni. Bagai punggung dicucuk jarum, melatah terus.

"You tu, sengaja buat I marah! You kan tahu, pantang I apa?" Faiq ketawa lagi dan mengemaskan pelukan.

"Sajalah nak test you masih sayangkan I ke tak. Manalah tahu, baru kahwin dah jemu." Delisha yang marah akhirnya tergelak.

"Hesy, mana ada jemu. I lagi tambah sayang adalah. You, dah lewat ni, jom. Kawan-kawan kita dah tunggu kat bawah. Tapi you kena ingat, I tak nak you main mata dengan mana-mana perempuan. Mana-mana perempuan nak berbual dengan you, jangan tengok. Mulut menjawab tapi mata mesti tengok I!" ugut Delisha macam budak-budak. Faiq tergelak lucu.

"You pun sama, pakai macam ni tentulah ramai gigit jari tak dapat you. Terutama Zainal tu. Kalaulah muka dia tak tahu malu boleh datang party kita, pastikan 24 jam berkepit dengan I dan kalau Si Zainal tegur, jangan jawab. Biar I akan tolong jawabkan!" Faiq pula menyampai pesan.

"Eleh, Zainal pun nak cemburu? Apa kelas? Dia tu I anggap macam halimunan tau kalau muncul depan I. I langsung tak nampak dan dengar apa-apa. Dia tu seolah-olah habuk yang I hembus aje." Delisha meniup telinga Faiq dengan gaya menggoda. Faiq sudah kalah.

"Sayang... Kalaulah kita tak kena keluar." Faiq merenung ke dalam bola mata Delisha lalu disangkutnya kepalanya di bahu Delisha.

"Dah jangan nak mengada-ada. Jom!" Tangan Faiq ditarik dan mereka keluar dari situ. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: #romance