Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 11

WeDding Of The Year. Itu yang disebut-sebut oleh para tetamu yang datang meraikan majlis perkahwinan gilang-gemilang Faiq dan Delisha. Nenda Rosnah rasa mahu pecah kepala memikirkan bil-bil yang bakal dibayar. Cucunya ini memang betul-betul mengikis duit yang ada. Disuruh kahwin setuju tapi punyalah membazir majlisnya.

Serba mewah. Itu yang tergambar. Bukan sahaja majlisnya di hotel bertaraf lima bintang tapi persiapan dan sambutan majlisnya pun hebat. Lihat saja Faiq dan Delisha yang begitu gah bersanding di singahsana bagaikan berada di kayangan, lengkap dengan persalinan yang mewah dan bukan murah materialnya. Sudahlah, beberapa kali menyalin pakaian pengantin. Kek perkahwinan pun bukan main tinggi lagi. Mahunya berpuluh ribu harganya jika dilihat dari reka bentuknya yang serupa istana itu.

Band muzik yang begitu memukau, dengan jemputan artis-artis terkemuka di Malaysia dan Indonesia.Fuhhh! Membazir betul.

"Mak, kenapa mengeluh? Sepatutnya mak gembira cucu mak kahwin." Daud hairan melihat Nenda Rosnah yang tidak nampak gembira. Nyanyian artis jemputan yang popular bergema satu majlis pun tak mampu memaniskan muka orang tua itu.

"Kenapa kamu biarkan anak kamu buat majlis membazir sampai macam ni? Nak buktikan apa? Nak bagitau satu dunia kita kaya? Macam tu? Ini bukan majlis yang disarankan Rasulullah. Yang kamu jemput pun semua orang kenamaan, langsung tak ada kebajikan dalam majlis ni. Macam mana perkahwinan mereka nak berkat?" Nenda Rosnah membebel lagi. Manakan tidak, semua ikut nafsu. Dahlah dua orang anak tu bukan boleh harap sangat. Silap hari bulan tak sampai setahun kahwin dah bercerai. Tak ke rugi?

Dalina menyinggung bahu Daud. Mereka sudah agak Nenda Rosnah bakal membebel. Biar suami menjawab, kalau dijawab, kurang ajar pula memandangkan dia hanya menantu.

"Ala mak, tak apalah. Anak seorang aje, lagipun bukannya mak tak ada duit. Takkan nak buat majlis kahwin koboi aje. Mestilah gilang-gemilang. Sampai tua pun diingati. Jodoh budak-budak ni mesti berkat punyalah, dah banyak berhabis mesti mereka rasa rugi nak bercerai. Mak jangan risaulah." Daud begitu mudah membalasnya kerana bukan guna duit dia.

Yang pasti, dia benar-benar berbangga majlis perkahwinan ini mengunakan perunding yang terhebat di Malaysia yang telah mengaturkan majlis-majlis artis-artis ternama dan hartawan. Ramai yang kagum dan memuji-muji keseluruhan persiapan majlis perkahwinan ini.

Nenda Rosnah menggelengkan kepala. Cucunya nak rasa rugi? Jenis spesies yang tak tahu erti susahnya cari satu sen tu? Hesy, ini sudah melampau!

"Siapa kata mak banyak duit? Kamu senang cakaplah, mak yang keluar belanja. Kamu tak sedar ke company kamu pun hampir nak gulung tikar? Duit yang setakat ada tak kan nak habiskan? Kamu bukan tahu akaun mak ni ada banyak mana. Dengan belanja besar macam ni, akaun dah susut dan terjejas teruk," bebel Nenda Rosnah tak habis-habis. Mahunya tidak, semua bil menghala ke arah dia. Yang pihak lelaki pun sama, langsung tak ada kerjasama.

"Kenapa, mak? Syarikat ada masalah kewangan ke? Biar betul, mak? Kenapa mak tak cakap awal-awal?" Daud jadi cemas. Hah, baru dia ada akal fikir.

"Siapa kata mak tak pernah cakap? Selalu mak pesan, zaman ekonomi gawat ni dengan kejatuhan ringgit Malaysia, kita kena berjimat cermat, tapi kamu semua tak faham. Yang kamu tahu minta duit, minta duit. Kamu dengan anak kamu, sama saja perangai. Kerja melingkupkan aku. Lepas ni, tambah lagi pula. Keluarga besan kamu!" Nenda Rosnah naik muak bagi nasihat. Masing-masing hati dah hitam. Sekarang ni, bila keadaan makin teruk baru mereka ada akal.

"La, saya ingatkan mak nasihat aje, saya tak tau pula mak pun ada masalah kewangan juga! Saya ingatkan mak banyak duit! Maaflah mak, habis tu macam mana ni?" Daud dan Dalina pula naik risau. Nenda Rosnah menggelengkan kepalanya.

"Bertuah punya anak... Patutnya fikir macam mana nak tolong orang tua, tapi dia fikir nak susahkan orang tua ni lagi. Tak apalah perkahwinan mewah pun, asalkan lepas ni merempat kita semua." Dah terlambat untuk dikesalkan dan kini Nenda Rosnah perlu fikirkan bagaimana cara untuk menampung kewangan yang sudah bocor teruk.

Daud dan Dalina saling berpandangan. Oh, no...

Bertemankan langit kelam dan angin malam, diserikan kerdipan bintang-bintang dan bulan purnama menjadi saksi penyatuan cinta antara dua insan.

Faiq berasa lega, Delisha sah miliknya. Mereka tak bertunang, terus saja berkahwin seperti yang nenda mahu untuk mempercepatkan perkahwinan. Delisha memandang Faiq yang turut menikmati suasana malam bersama di balkoni hotel. Mereka sebenarnya dah masak benar dengan suasana malam kerana kehidupan mereka bermula di situ. Masa selalu dihabiskan dengan pelbagai aktiviti yang mereka suka. Siang hanya untuk tidur. Dah macam kelawar.

"Dear, I happy sangat akhirnya dapat jadi suami you. Dah lama I impikan. I selalu ingat yang jodoh kita tak akan sampai, sebab you selalu aje nak tinggalkan I, tapi I selalu pegang pada impian I. I tetap nak hidup bersama you dan pertahankan hubungan kita. Kalau I tak mampu petik bintang di langit untuk menyinari malam-malam you, cukuplah kalau I menjadi kunang-kunang yang menemani gelap malam you..." Faiq beromantis di malam pertama perkahwinan mereka. Dia mahu memulakan hubungan yang lebih mesra dan menghias malam pertama dengan kenangan terindah.

Delisha terasa tubuhnya dipeluk erat. Dagu Faiq disangkut di bahunya. Indah sungguh peraduan yang ditaja nenda. Gubahan itik yang sedang bercium berada di atas katil diperhatikan. Simbolik yang cukup tepat untuk meraikan malam pertama. Kelopak bunga mawar pula ditabur di atas katil. Sekitar bilik sungguh wangi dek lilin aroma terapi.

"Antara bintang dan kunang-kunang, yang mana satu you nak jadi?" soal Delisha.

"Of course kunang-kunang, sebab boleh terbang mendekati you. Bintang, walaupun bersinar hanya mampu you tatap daripada jauh..." Delisha rasa lega kerana akhirnya mereka berkahwin juga. Semoga hubungan mereka lebih baik lepas ni, tak ada gaduh-gaduh lagi.

"I harap perkahwinan kita kekal..."

"Mestilah. Tapi sayang, ingat, berpisah adalah perkataan yang tak wujud untuk kita lepas ni. Haram sebut. Faham?" Faiq minta jaminan, yalah Delisha ni bukan boleh percaya sangat. Datang angin dia, sebut saja apa dia nak tanpa fikir akibat.

"Yalah. I pun dah berjanji pada diri I. Tak akan sebut dah..."

Delisha menguap. Mengantuk. Bukan apa, penat sangat mengharung majlis kahwin seharian.

"Sayang, takkan nak tidur kut? Awal lagi ni." Risau pulak saat bahagia berlalu pergi.

"Entahlah you, baru pukul 10 tapi dah rasa mengantuk. Penat agaknya..." Faiq faham, majlis kahwin seharian pasti membuat mereka letih.

"Janganlah tidur, I jamin melalui malam bersama I lebih indah dari sebuah mimpi tau..." Pelukan Faiq mendamaikan perasaan.

"I mengantuk aje, tapi belum nak tidurlah. Apa pun I rasa lega sangat kita dah kahwin. Lepas ni, I dah tak dengar nenda bising-bising lagi dah. Tak serabut kepala fikir jodoh I dengan orang lain." Delisha menganggap perkahwinan menyelesaikan masalah, tapi kehidupan mereka sebenarnya baru saja bermula.

"Dahlah tu, yang penting kita dapat hidup bersama. I akan jaga you sampai bila-bila, I sentiasa menjadi bahu untuk you berkongsi sedih, memeluk you untuk bahagiakan you.."

"Mengayat aje kerja you ni. Jangan tahu cakap aje, kena tunaikan. Jangan jadi macam sesetengah kaum lelaki ni, belum dapat memanglah. Ayat manis. Tapi bila dah dapat, dah jemu, mulalah cari salah pasangan." Delisha beri peringatan. Dia masih berkira-kira untuk menyerahkan segalanya buat Faiq.

Faiq menyondol pipi Delisha dengan hidungnya, mesra. Kini tiada lagi batasan antara mereka. Halal. Inilah saat-saat indah yang Faiq inginkan selama ini.

"Dear, selama you kenal I, begini teruk you nilai I? Kita baru sehari jadi suami isteri, you dah fikir yang bukan-bukan. Janganlah... Kata-kata tu boleh jadi satu doa tau. I tahu, you susah nak percaya lelaki, kan? I tahu I bukannya sebaik Ustaz Azali pilihan nenda you tu."

"Apa pasal pula sebut pasal ustaz tu kat sini? I bukannya apa, you tu tak ada benda lain dalam kepala otak you, I risau kalau-kalau habis madu sepah dibuang..." Delisha berpeluk tubuh.

"Mestilah, dah lama I mampu tengok tapi tak dapat miliki. Dah sah, apa yang I mampu fikir selain dari..." Faiq menarikan jari-jemarinya ke lengan Delisha yang terdedah. Gaun tidur yang menyerlahkan tubuh isterinya yang gebu mendebarkan naluri lelakinya.

Delisha menolak tangan Faiq.

"Tunggu dulu. Sebelum apa-apa, I nak bincang sesuatu." Faiq mengeluh hampa. Dia bukan main semangat, dipatahkan pula.

"Hurm, apa sayang?" Menggesel sudah seperti kucing miang. Delisha membiarkan saja tangan Faiq meliar memeluk dirinya. Biar hangat kerana dia dah sejuk dek penghawa dingin.

"Cepatlah, sayang. I tak sabar nak ada anak dengan you." Romantis suara itu membuatkan Delisha menolak tubuh Faiq.

"Hah, inilah yang I nak bincang dengan you. Soal anak. I tak bersedia nak ada anak lagi. Kita rancang dulu, please..." Delisha belum bersedia lagi.

"La, kenapa pula? Kita pun dah 26 tahun, kan? Nak tunggu apa lagi?"

"I, I risaulah tubuh I rosak. You lain Faiq, you lelaki, kalau apa-apa kurang pada I, you boleh cari perempuan lain. Tapi I?" Faiq menggeleng kepala. Ni mesti takut sangat Faiq pun perangai sama macam Zainal tu.

"Isha, sekarang ni zaman moden tau. Boleh aje nak repair mana yang tak kena lepas bersalin. Tinggal sedia duit aje. Kenapalah you fikir sampai ke tahap ni? Macam I ni teruk sangat."

"Apa selama ni, I bertahan dengan you semata-mata nak tinggalkan you ke? Fikirlah positif sikit, Isha." Faiq mengeluh hampa.

"Entahlah, I takut. So, untuk mengelakkan kena tinggal, I tak nak beranak! Sekurang-kurangnya kalau ditinggalkan pun, badan I masih cantik." Faiq menepuk dahi. Serius betul Delisha membuatkan Faiq mahu mengusik. Isterinya ni suka memberatkan hal yang remeh.

"Kenapa tak cakap awal-awal tak mahu beranak? Senang I nak cari perut lain yang sudi kandungkan anak I. Yalah ada isteri, tapi tak nak bagi anak." Menyirap bahang cemburu Delisha.

"Okey, fine! Don't touch me!" Delisha mahu beransur pergi, tapi Faiq menarik pinggangnya. Geram sangat Faiq cium pipi Delisha, ditekan kuat-kuat.

"Eee, apa ni?" Delisha cuba tolak tapi semakin kuat Faiq merangkul tubuhnya.

"Dah jadi isteri I pun masih jual mahal. You tahu I ni puas telan liur sampai nak tergigit lidah tengok you tau, mana boleh sabar dah?" Delisha berdecit apabila pipinya ditekan kuat oleh bibir Faiq lagi sekali.

"You ni kasarlah! I kahwin dengan samseng Kampung Dusun ke apa ni?" Nada sedikit menurun apabila Faiq mula mengusap pipi Delisha lembut. Faiq tergelak kecil melihat wajah masam Delisha. Comel.

"I geram sangat. Isteri I ni dah tak nampak macam orang tapi bidadari! Walaupun garang macam harimau, tapi malam ni I nak jinakkan dia..." Delisha kian terbuai dek kasih sayang Faiq yang semakin mengunung.

Tiba-tiba Delisha ingatkan sesuatu.

"Opsss, kejap! Ingat, apa pun kita kena jaga. Jangan sampai terbabas. I tak bersedia lagi nak pregnant... "

Faiq menghembus nafas. Potong betullah.

"La, kalau dah rezeki nak buat macam mana?"

"You. Kita masih muda lagi nak kelek anak kecil. Diri sendiri pun bangun tengah hari buta, macam mana nak urus anak lagi? Please..." Jauh Delisha berfikir. Memang pun, kalau ada anak pun terabai buat apa. Mereka masih belum bersedia lagi.

"Yalah, kita hold dulu bab anak. Now, please no talk. I nak bawa you mimpi indah bersama I. I love you so much..." Bunga-bunga bahagia mula berkembang. Persengketaan mula menghilang.

"Me too." 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: #romance