Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 10

"Apa nak jadi ni, Isha? Belum ada apa-apa ikatan dah berani pergi bercuti bersama Faiq? Dahlah pergi senyap-senyap, langsung tak bagi tahu nenda, mama, papa? Kami ni siapa bagi kamu? Ingat kami ni hamba kamu yang kamu kerah setiap hari untuk bagi kamu duit? Kamu langsung tak reti nak hormat kami, kamu nak buat apa suka hati kamu aje. Kalau nenda tahu kamu nak buat perangai lagi, nenda tak ingin settlekan kad kredit kamu!" Nenda Rosnah betul-betul hilang sabar. Delisha makin melampau.

Delisha baru saja nak keluarkan oleh-oleh dari Pulau Maldives untuk nenda, mama dan papa, terus saja dimarahi nenda. Dia tak rasa apa yang dia buat ni satu kesalahan tapi kenapa di mata nenda seolah-olah dia buat dosa yang besar?

Sebelum ni, dia belajar di Itali pun dilepaskan bebas, sekarang ni nak dikongkong pula? Apa sebenarnya yang mengubah nenda ni?

"La, Isha dah bagi tahu bibik, kan? Pak Mus pun tahu. Nenda kan sibuk, Isha tak naklah kacau nenda, mama, papa. Lagipun, salah ke Isha nak pergi bercuti?" Selamba saja Delisha menjawab.

Nenda Rosnah menggelengkan kepala. Kali ni dia hilang sabar betul dengan cucunya yang seorang ni.

"Tak payah buat-buat tanya, Isha. Kamu takut nak minta izin sebab kamu tahu kami tak akan benarkan kamu pergi. Sebab apa kamu takut, sebab niat kamu tak betul. Kamu pergi nak buat maksiat, kan? Patutlah tak mahu kat Ustaz Azali tu, rupa-rupanya Isha ni memang tak layak dengan ustaz tu, sebab dah rosak kat tangan Faiq! Nenda pula yang malu, pandai-pandai aje nak jodohkan Isha dengan ustaz tu! Patutlah nak sangat kat Faiq tu, walaupun perangai serupa hantu rupa-rupanya dah terlanjur..."

Delisha tak sangka betul nenda tuduhnya begini. Sentapnya! Sampai hati nenda.

"Nenda, Isha pergi sana bukan berdua-duaan dengan Faiq. Ada kawan perempuan ikut sekali. Isha bukan jenis perempuan macam itulah, Isha tau jaga diri Isha. Dan Faiq bukan seburuk yang nenda sangka. Tolonglah nenda, jangan ukur seseorang tu daripada luaran boleh tak? Kita ni kalau rasa orang lain jahat sangat, itu bermakna kita tak cukup baik!" Delisha membalas geram. Nenda Rosnah melepas keluhan. Dia tahu, dia cakap ikut sedap hati tapi dia sakit hati sangat dengan Delisha. Dia susah hati fikirkan cucunya yang semakin hari semakin membimbangkan hati tuanya.

"Baik, kalau Isha rasa Faiq tu pilihan Isha yang terbaik, nenda nak Isha dan Faiq kahwin secepat mungkin. Kalau tak, hati nenda tak tenang. Nenda dah cuba carikan Isha jodoh yang baik, Isha tolak. Sekarang ni nenda akur, mungkin jodoh Isha memang dengan Faiq. Tapi ingat, kalau terjadi apa pada rumah tangga Isha, jangan nak salahkan nenda sebab Isha sendiri yang pilih pasangan Isha!"

Nenda Rosnah yang masih marah meninggalkan Delisha di situ. Pertama kali nenda betul-betul bertegas dengan Delisha. Delisha mengeluh. Walaupun gembira kerana nenda bersetuju, tapi semua ni kerana terpaksa. Ini yang tak seronok jadinya.

Suasana hingar-bingar di kelab malam Zouk tak mampu tenangkan hati Isha. Dia harus bincangkan dengan Faiq malam ini juga.

Delisha menolak minumannya ke tepi dan menghampiri Faiq yang sedang berseronok tak ingat dunia itu.

"You, I nak bincang sikit dengan you." Delisha menarik tangan Faiq yang sedang ligat menari dikelilingi perempuan.

Faiq terpinga-pinga dengan tindakan Delisha. Faiq dibawa ke satu sudut yang aman sedikit.

"You ni kenapa? I tengah syok menari ni. Dah datang sini, tinggalkanlah masalah you sekejap. Enjoy, please..." Faiq sedikit tak puas hati. Delisha merenung Faiq, geram. Langsung tak faham yang dia tengah serabut. Nenda Rosnah tak habis-habis paksa dia percepatkan perkahwinan kalau tak, Ustaz Azali akan jadi suaminya. Nenda anggap Faiq tak serius langsung kerana tiada langsung tindakan susulan selepas nenda bersetuju.

"Faiq, sekejaplah. I nak bincang pasal kita." Delisha dah tahap merayu ni dia masih boleh sabar apabila Faiq main-main lagi.

"You ke sana dulu, bagi I menari sekejap. Tunggu sampai lagu ni habis. Nanti kita bincanglah, I bukan nak lari mana." Faiq main tarik tali lagi membuatkan Delisha hilang sabar. Dia merentap tangannya dari Faiq.

"Okey, fine! Kalau you nak sangat menari, you pergi sana balik. Tak payah pedulikan I. Pergilah menggedik dengan perempuan cantik kat atas tu. Lepas ni, you jangan cari I lagi dan kita tak akan jumpa lagi. Kita putus!" Delisha hilang sabar. Dia memusingkan badannya mahu berlalu.

Tergamam Faiq. Biar betul Delisha ni, apa pasal tiba-tiba sentap sampai minta putus pula ni? Segera dikejar Delisha.

"Isha sayang... Sayang! Apa ni sampai nak clash lagi? You ni macam budak-budaklah, jangan ikut emosi boleh tak? Hal kecil pun nak besarkan." Faiq tak puas hati betul akan perangai Delisha yang satu ni. Suka ambil jalan mudah.

"You kata I ni matlamat hidup you. Tapi I nampak you lebih pentingkan benda lain daripada I. You ni tak matang langsung. Yang you tahu mengayat I aje..." Delisha memeluk tubuh, air mukanya mencuka selepas marah Faiq.

"Okey, I minta maaf. I tak tahu you ada masalah, kenapa ni? Share dengan I..." Faiq memegang bahu Delisha, memujuk.

"Tak payahlah, Faiq. Mulai hari ni, you jangan cari I lagi. I akan kahwin dengan orang lain..." Langkah Delisha terhenti apabila Faiq merangkul lengannya.

"Isha, you jangan buat I macam ni tau. You buat perasaan I ni macam tak ada harga. You tahu kan, I cintakan you setengah mati, senang-senang saja you nak kahwin dengan orang lain? You langsung tak fikirkan I ke?" Faiq sudah tercalar hati, ditolak sebegitu rupa. Mudahnya Delisha mengungkapkan.

"Setakat ucap I love you tapi tak ada kesungguhan tak guna juga. I pula dah buat kerja gila percaya orang macam you. You kata nak berubah, tapi you masih nak main-main lagi. Ni, cincin lamaran you dah lama I pakai tapi you masih tak buat apa-apa. Nenda dah bising-bising dengan I, I tak larat dengarlah. Dia asyik suruh I terima Ustaz Azali tu, I stress la."

Faiq menghampiri Delisha dan memeluk bahunya. Dia tahu Delisha cepat naik angin tapi mudah dipujuk.

"Okey, I akan balik bincang dengan papa dan mama supaya masuk meminang you. Kita percepatkan majlis kahwin kita, ya? I janji akan mula kerja lusa, sebab esok mesti I bangun lewat sebab I masih kat sini, kan? Sorry sayang, I lambat bertindak."

"Betul ni?"

"Gila tak betul..." Delisha rasa lega. Terasa masalahnya yang berat terlerai akhirnya. Rasa bersalah pula ikutkan emosi tadi.

Delisha benar-benar tak sangka, lelaki yang tercongok depan mata dia adalah Zainal. Bekas teman lelaki yang sudah dianggap mati. Berani lelaki ini muncul lagi depan mata dia. Tak tau malu ke dah beberapa kali kena siram dengan air? Tak cukup dengan itu, Delisha pernah bagi penampar. Delisha pernah juga tendang 'anu' dia, yalah suka hati nak pegang Delisha ketika memujuk rayu. Tapi langsung tak serik-serik.

"Isha, I dapat tahu yang you nak kahwin. I ada dapat kad jemputan, Faiq bagi." Delisha berdecit. Tadi perutnya lapar nak makan, alih-alih pembantut selera datang. Faiq pun satu, rakyat Malaysia punyalah ramai, dia ni juga yang dijemput.

Mana Faiq ni? Apa pasal tak balik-balik lagi? Kata pergi tandas tapi lama bukan main. Berak batu ke apa? Kalau dia ada, bolehlah dia melayan Zainal ni. Siapa suruh jemput Zainal?

"Isha, I tengah cakap dengan you ni. Please, jangan buat I macam tak wujud. You masih berdendam dengan I lagi ke padahal I dah puas minta maaf?" Delisha menjeling lelaki itu seiring muka ketatnya.

"So? Apa kena-mengena dendam aku dengan aku nak kahwin? Dah Faiq jemput, datang ajelah. Tak faham-faham lagi?" balas Delisha, dingin.

"Isha, I tahu you masih cintakan I. Kita bercinta bukan sekejap tau? I tahu I dah lukakan hati you dengan teruk. I menyesal, I dah buat salah besar. Tapi jangan sebab nak balas sakit hati I tu, you sanggup terima Faiq begitu saja. Faiq tu tak sesuai dengan you. Dia nak jaga diri sendiri pun tak lepas, apatah lagi nak jaga you? Anak manja macam dia asyik harapkan duit mak bapak aje nak hidup. Dia tak layak lagi nak kahwin."

"Sejak kenal Faiq, you sendiri pun dah makin teruk perangai. Ni belum lagi kahwin, kalau dah kahwin mesti lagi hanyut. Jangan pertaruhkan masa depan you, boleh tak?"

Zainal memujuk. Dia rasa bersalah kerana tinggalkan Delisha. Delisha terlepas ke tangan orang yang tak guna macam Faiq. Menyesal sebab Delisha makin berubah berbanding dulu.

Delisha renung Zainal, tajam. Suka hati dia saja tuduh Faiq macam tu. Tak kesahlah betul atau salah, tapi Zainal tak berhak campur. Dia pun lebih kurang nenda juga, tak pernah yakin dengan pilihan Delisha.

"You bukan siapa-siapa yang I perlu dengar cakap you. Soal Faiq, jangan berani sebut dengan mulut you yang suka menipu tu. Kalau tak, mendapat lagi..." Berubah muka Zainal ditempelak begitu.

"Isha, I tak kesah you tampar I, belasah I, tapi ini melibatkan masa depan orang yang I sayang, I tak sanggup biarkan. Sanggup you kutip lelaki tak guna tu buat suami demi nak sakitkan hati I? Boleh tak you fikir sikit, Isha? You tak akan bahagia, Isha. You akan dapat masalah aje nanti. You akan menyesal pilih Faiq lepas you tahu siapa sebenarnya dia." Zainal tak habis-habis nak burukkan Faiq. Kenapa semua nampak yang buruk aje pada Faiq? Sama macam nenda.

"Tak kesahlah siapapun Faiq tu di mata you, tapi sepanjang I kenal dia, dia tak pernah khianati I. Dia tak pernah curang dan dia selalu bersabar dengan I. Dia tak tinggalkan I atas apa jua kelemahan macam you dan inilah lelaki yang akan hidup bersama I sampai bila-bila kerana dia terima I seadanya." Ungkapan itu menenggelamkan terus kepetahan Zainal.

Zainal memegang kepalanya.

"Isha, please. I still love you. I tahu I dah tak ada dalam hati you, tapi kenapa hati I sakit sangat fikirkan semua ni? Please, try to think. Don't love the person who enjoy with you, love the person who really suffers without you, because the pain of real love can never defined." Delisha tersenyum senget, mengejek kata-kata Zainal.

"Orang macam you tak akan pernah bahagia, Zainal. Sebab you sendiri tak tahu apa yang you nak," sindir Delisha tanpa tersentuh langsung akan ayat Zainal tu.

Faiq yang baru keluar dari tandas terkedu sekejap melihat Zainal bersama Delisha. Dari mana datangnya Zainal ni?

"Zainal, kau buat apa kat sini?" Zainal tersentak. Muncul juga Faiq, lelaki yang dia rasa mahu dihenyak-henyak saja.

"Saja, cuba nasib sebelum dia jadi milik kau. Rasa kelakar pula, Isha pilih lelaki tak guna macam kau buat suami." Zainal senyum sinis. Biar Faiq sedar diri tu sikit.

Faiq tergelak. Berani betul dia muncul depan Delisha, ya?

"Gelak ajelah, dah kalau kelakar. Yang pastinya lepas ni kau akan menangis. Kerana Delisha jatuh kat tangan aku, kan?" Faiq gelak mengejek. Zainal jadi geram.

"Sekurang-kurangnya aku cuba ingatkan Delisha, lelaki jenis apa yang dia cuba jadikan suami ni. Tapi nak buat macam mana, sebab nak balas dendam kat aku, dia sanggup pilih lelaki macam kau buat suami..." Delisha berangin betul mendengar itu. Faiq menyabarkan Delisha. Diangkat tangan.

"Sebelum kau cakap aku ni lelaki tak guna, lebih baik kau pergi bertanggungjawab atas Salima. Barulah gentleman, beb. Tak guna aku pun, tak ada perempuan pernah rosak kat tangan aku..." Zainal rasa mahu saja tumbuk Faiq tapi ramai pula orang kat sini.

"Kau orang tak akan bahagialah sebab Isha belum kenal siapa kau, Faiq. Kalau dia kenal, aku jamin jodoh kau orang tak akan kekal." Zainal masih belum puas menyakitkan hati Faiq dan Delisha.

"Suka hati kaulah, Zainal. Apa pun jemputlah datang majlis perkahwinan kami. Untuk kawan-kawan pun aku ada buat party khas..." Faiq selamba saja membalas. Tak mahu cari gaduh.

Zainal dengan muka bengang terus berlalu. Sakit betul hatinya.

"Zainal selalu ganggu you ke?" soal Faiq curiga. Delisha mengeluh. Zainal bukan saja tak reti bahasa, tak sedar diri pula tu. Memujuk rayu tanpa jemu. Menderita sangat ke dia dengan Salima tu, padahal Salima tu gadis yang dia pilih sampai sanggup tinggalkan Delisha.

"Entah, dah macam orang gila talak..." Delisha angkat bahu dan tak anggap Zainal penting. Dia terus saja makan. Lapar sangat dari tadi.

"Mahunya tak gila talak, terlepas gadis tercantik di dunia ni..." usik Faiq.

"Yang penting, I terlepas dari hidup dengan lelaki tak guna tu."

Berbunga-bunga hati Faiq biarpun wajah bengang Delisha belum habis.

"I tak sabar nak jadi suami you yang berguna. Banyak perkara I nak buat dengan you..." Faiq merenung sayang wajah Delisha. Sempurna kecantikan gadis ini di matanya.

"Salah satu?"

"Kiss your lip..." Lain macam sudah pandangan Faiq. Delisha dah agak, orang lelaki memang tak ada benda lain fikir.

"Then?" Saja nak uji Faiq, Delisha bertanya lagi.

"Jangan tanya sekaranglah, tak pasal-pasal hari ni juga I seret you nikah kat pejabat agama." Faiq cepat-cepat cantas keinginan dirinya. Dia kena sabar kalau tak, senasib la dia dengan Zainal sebab Delisha cukup pantang lelaki macam tu.

Delisha ketawa kecil. Faiq menyuapkan ais krim ke mulut Delisha. Delisha bahagia dilayan begitu. Kemesraan pasangan itu dipandang Zainal dari jauh. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: #romance