Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Epilog

DI SAAT mereka berdua sedang asyik membuka satu persatu hadiah yang diberikan oleh tetamu yang hadir bersempena dengan majlis perkahwinan mereka, ada sebuah hadiah yang menarik perhatian Zafrul. Hadiah yang diletakkan di dalam beg kertas besar. Sangat besar sehinggakan Zafrul berfikir bahawa beg kertas itu boleh memuatkan sebuah kanvas lukisan.

Zafrul lalu mencuit bahu isterinya; Haidar.

"Sayang, cuba sayang tengok hadiah ni". Kata Zafrul seraya dia menghulurkan beg kertas itu kepada Haidar. Haidar berpaling lalu pandangannya diarahkan kepada beg kertas itu. Buat seketika, dia terpaku.

Haidar kenal.
Haidar ingat.

Haidar kenal dan Haidar ingat akan beg kertas itu. Beg kertas itu ialah pemberian Ivan. Ya, Ivan sempat menghulurkan sebuah beg kertas kepada Zafrul siang tadi.

"Kenapa, abang?". Haidar bertanya.

"Cuba sayang buka. Abang tertarik betul dengan hadiah yang satu ni. Besar semacam". Zafrul tersenyum di hujung katanya. Haidar memandang ke arah si suami sebelum tersenyum segaris.

Dia lalu membuka beg kertas yang sudah ditutup kemas dengan dawai pengokot itu.

Usai beg kertas dibuka, Haidar terus menjenguk ke dalam. Dia sendiri tertanya-tanya; hadiah apakah yang Ivan berikan kepadanya? Jenguk punya jenguk, lagi-lagi Haidar kembali terpana. Tangannya perlahan-lahan mencapai isi beg kertas.

Dibantu oleh Zafrul, Haidar mengeluarkan isi beg kertas itu dengan bersusah payah sebelum dia meletakkannya ke atas riba sendiri. Beg kertas yang kini sudah kosong ditolak ke tepi. Pandangannya kekal kepada hadiah yang dipegang.

Hadiah itu ialah...

"Lukisan? Kenapa kawan sayang bagi kita lukisan?". Zafrul mengerutkan dahinya. Apa yang dia lihat sekarang adalah sebuah lukisan cat air yang agak lusuh namun masih lagi cantik. Lukisan yang menggambarkan sebuah laman luar rumah yang dipenuhi dengan begitu banyak sekali bunga-bungaan.

"Abang...". Haidar menyeru suaminya. Bahagian hujung lukisan itu dilihat oleh Haidar. Di situ ada tertulis:

Zaheera's

Disertakan juga dengan tarikh lukisan itu dihasilkan dan tandatangan milik si pelukis yang sudah terang lagikan bersuluh ialah tandatangan kepunyaan Haidar. Ya, lukisan ini ialah lukisan yang pernah Haidar lukis sendiri sewaktu dia pergi ke Perancis bersama Ivan lima tahun lepas. Lukisan yang sama yang pernah dia berikan kepada Ivan. Lukisan yang pernah dia amanahkan kepada Ivan untuk diberikan kepada bakal isteri lelaki itu.

Tapi...

Mengapa lukisan ini sampai kembali ke tangannya? Apakah maksud di balik semua ini?

"Kenapa, sayang?". Soal Zafrul dengan dahinya yang berkerut.

"Abang tahu tak siapa yang lukis ni?". Tanya Haidar lalu Zafrul menggeleng perlahan.

"Saya yang lukis... Saya yang hasilkan lukisan ni. Saya pernah beri lukisan ini pada Ivan tapi saya tak tahu kenapa dia berikan kembali kepada saya".

"Mungkin dia nak sayang ingat tentang hobi sayang sendiri? Apa-apa pun, cantik lukisan tu. Pandai sayang abang ni lukis". Zafrul mencubit manja pipi Haidar membuatkan Haidar tertawa bahagia.

"Saya simpan ya?".

"Simpan la, sayang".

Dalam hatinya, Haidar bermonolog:

'Terima kasih untuk lukisan ini, Ivan. Saya harap awak dapat cari bahagia awak sendiri'.

🕊

Dua tahun kemudian...

IVAN baru sahaja ingin melangkah keluar daripada kawasan masjid usai menyelesaikan solat fardhu zohor apabila dia tiba-tiba sahaja disapa oleh seorang gadis.

"Encik...". Gadis itu memanggil lalu Ivan berpaling.

Mata Ivan memandang ke arah gadis yang berpakaian agak lusuh bersama sehelai selendang itu sebelum dia cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke arah lain.

"Encik, boleh saya masuk ke sini?".

Terkejut Ivan dibuatnya tatkala dia mendengar soalan itu keluar daripada mulut si gadis. Dia pelik mengapa gadis itu perlu bertanya sedangkan masjid ialah rumah Allah. Mana-mana sahaja hamba-Nya pasti boleh menjejakkan kaki ke dalamnya.

"Boleh. Sesiapa sahaja boleh masuk ke rumah Allah".

Mata Ivan secara tidak sengaja terjatuh pada kaki si gadis. Lagi-lagi lah Ivan terkejut tatkala melihat gadis itu rupa-rupanya berkaki ayam. Tiada selipar, tiada kasut. Sepasang kaki berhabuk, penuh dengan kotoran, luka, dan lebam itu menjejak tanah tanpa sebarang pelapik.

"Tapi saya kotor".

"Cik boleh basuh kaki cik dekat tempat ambil wudhuk dulu lepastu cik boleh masuk". Pesan Ivan.

"Terima kasih". Gadis itu tersenyum segaris sebelum berjalan terhincut-hincut ke arah tempat mengambil wudhuk wanita di masjid itu.

Ivan segera mahu berlalu daripada situ namun kakinya terhenti. Hatinya seolah dijentik secara tiba-tiba. Jentikan yang sudah dua tahun tidak dia rasakan.

Dia lalu berpaling kembali ke arah si gadis.

"Cik!". Ivan memanggil.

Gadis itu lalu menghentikan langkahnya.

"Cik okay?". Soal Ivan. Entah kenapa dia agak risau tentang kaki si gadis. Sudah lah luka, lebam pula tu. Apakah yang sudah terjadi?

Si gadis pula perasan akan tatapan mata Ivan yang terhala ke arah kakinya.

Gadis itu diam tidak menjawab persoalan Ivan.

"Cik nak saya bawa cik ke hospital?". Soal Ivan lagi dan tetap sahaja gadis itu berdiam diri.

"Cik, boleh saya bawa cik ke hospital? Kaki cik-".

"Saya cuma nak solat". Tegas gadis itu.

"Saya tahu tapi kaki cik tu luka teruk. Tak boleh dibiarkan. Nanti boleh terkena jangkitan".

Perlahan-lahan gadis itu melangkah kembali ke arah Ivan. Dia berhenti betul-betul di hadapan lelaki itu. Kepalanya tertunduk malu. Sungguh dia malu dengan Ivan. Dia malu dengan semua. Dia malu dengan Allah.

"Saya bawa cik ke hospital, ya?". Lembut Ivan bersuara.

"Lepas balik daripada hospital, encik ajar saya solat boleh?". Pinta si gadis membuatkan Ivan terdiam seketika. Ini ialah kali pertama ada insan yang memintanya untuk mengajar solat. Kecil pula dirinya terasa apabila dia mengingat bagaimana tekunnya dia meminta ustaz-ustaz untuk mengajarnya solat beberapa tahun yang lepas.

"Boleh, insyaallah". Ivan tersenyum manis.

"Terima kasih". Ucap si gadis.

"Jom?".

Si gadis mengangguk.

'Ya Allah, adakah ini tanda sudah tiba masanya untuk aku mencari bahagia ku sendiri? Jika benar, kau permudahkan lah segala urusan ku, Ya Allah'. Monolog Ivan tatkala dia sedar jentikan yang dirasakan sebentar tadi ialah perasaan yang pernah dia miliki terhadap Haidar dahulu. Ya, dahulu kerana kini tidak lagi. Dia sudah sepenuhnya melepaskan dan melupakan wanita itu.

Tapi mengapa jentikan itu hadir tatkala dia memandang gadis di hadapannya ini? Gadis asing yang dia temui di tangga masjid. Mengapa mesti gadis ini?

TAMAT 🕊️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro