50- The Only Exception (END)
Author's note: Untuk full experience, sayang-sayangku boleh pasang lagu The Only Exception by Paramore!
🕊️
USAI majlis akad nikah dia dan suaminya, Haidar melangkah ke luar rumah apabila dia diberitahu oleh Vanessa bahawa Ivan ada kemari. Dia melangkah keluar daripada pintu utama rumah sambil tangannya menggenggam erat tangan suami tercinta.
Hancur lebur hati Ivan tatkala matanya menyaksikan hal itu. Namun, tetap sahaja lelaki itu memaksakan segaris senyuman manis buat Haidar.
"Assalamualaikum, Zaheera". Indah nama itu disebut di bibir Ivan setelah sekian lama. Lima tahun dia menahan dirinya daripada ingin menyebut sebaris nama cantik milik wanita cantik di hadapannya ini.
"Waalaikumussalam, Ivan".
"Aku datang untuk ucapkan tahniah dekat kau". Tipu. Ivan menipu. Ini bukan lah niat sebenar dia kemari. Terpaksa dia sembunyikan niat sebenarnya. Sekurang-kurangnya bukan untuk dia luahkan sekarang.
"Awak tahu daripada Vanessa, ya?".
Haidar bertanya lalu Ivan mengangguk dengan payah. Sekali lagi menipu. Kenyataannya, dia tidak pernah tahu bahawa hari ini ialah hari perkahwinan Haidar. Adik tirinya; Vanessa, langsung tidak ada memberitahu apa-apa kepadanya.
"Tahniah, Zaheera. A-aku tak sangka kau dah kahwin. Terkejut juga aku". Ivan tertawa di hujung katanya. Tawa yang jika didengari oleh orang gila sekalipun, orang gila itu akan tahu bahawa ini ialah tawa yang menyedihkan. Tawa yang seakan digunakan untuk menyembunyikan rasa hati dirobek.
"Maaf, saya tak jemput awak. Saya jemput Vanessa saja". Haidar mengucapkan hal itu sembari tersenyum manis. Oh, jikalau Ivan ditakdirkan gila di saat itu juga maka dia pasti akan gila di saat itu juga. Senyuman manis itu kini milik lelaki lain. Bukan dirinya. Bahkan senyuman itu tidak pernah menjadi miliknya walau untuk sesaat.
"Tahniah, bro". Ivan menghulurkan tangannya untuk menyalami tangan lelaki bernama Zafrul yang berjaya menawan hati si wanita.
"Terima kasih". Zafrul tersenyum manis. Senyuman yang sangat ikhlas namun dirasakan seperti sebuah ejekan yang dilontarkan buat Ivan.
"Ini... Ini aku ada hadiah untuk kau berdua. Hadiah kahwin". Dengan kata yang agak tersekat-sekat, Ivan berkata sambil menghulurkan beg kertas bersaiz agak besar yang dipegang olehnya kepada Zafrul. Beg kertas yang mengandungi...
"Susah-susah je. Tak ada hadiah pun tak apa". Ucap Zafrul.
"Eh, kena bagi juga. Aku datang sudah lah tak dijemput. Ambil lah. Ikhlas aku beri untuk kau berdua. Tahniah sekali lagi". Jelas suara Ivan bergetar. Jelas tangisannya masih belum reda namun dia dengan sedaya upaya cuba menahan air matanya daripada terus jatuh. Masakan dia ingin menangis di hadapan pasangan pengantin baru ini?
"Thanks, bro".
"Terima kasih, Ivan". Haidar tersenyum lagi seraya kata penghargaan itu ditutur keluar daripada mulutnya.
Jangan seksa Ivan sebegitu, Haidar...
"Sama-sama. Aku balik dulu lah ya?".
"Awak tak nak makan dulu?". Haidar menjemput Ivan untuk makan terlebih dahulu sebelum pulang.
"Makan dulu, bro". Zafrul menyokong.
"Aku minta maaf sangat-sangat sebab aku dah lambat sebenarnya ni. Aku ada meeting. Aku pergi dulu lah". Pinta Ivan sekali lagi. Dia sangat berharap agar tiada lagi pelawaan yang keluar daripada mulut Haidar mahupun suaminya. Dia mahu segera beredar daripada situ.
Setelah mendapat anggukan daripada Haidar dan Zafrul, Ivan segera melangkah keluar daripada halaman rumah banglo itu. Pusing sahaja dia ke belakang, terus jatuh air matanya. Dadanya terasa sesak. Berat sungguh rasa ini buat dirinya.
Kotak baldu kecil di tangan digenggam erat. Tidak kesampaian cincin itu untuk diberikan kepada si gadis yang dicintai. Begitu juga sekeping surat yang turut ada di tangannya.
Surat luahan perasaannya.
🕊️
SETELAH Ivan selesai menunaikan solat Isyak, dia melipat kakinya dan duduk melutut di atas sejadahnya. Tangannya diangkat tinggi ke udara sebelum dia berdoa. Dia berdoa seperti selalunya namun kali ini, ada yang berbeza. Ada doa yang ditambah.
"Ya Allah Ya Tuhanku, kau tabahkan lah hati aku dalam menjalani semua ujian mu, Ya Allah. Kau kuat kan lah imanku, Ya Allah. Ya Allah, kau kurniakanlah kebahagiaan buat Haidar dan suaminya, Ya Allah. Sesungguhnya dia layak mendapat segala kebahagiaan yang dia ingini, Ya Allah. Kau kekalkan lah perkahwinan mereka sehingga ke syurga-Mu, Ya Allah. Amin". Kedua telapak tangannya kemudian disapu ke wajah sendiri.
Ivan lalu bangun daripada duduknya. Sejadah yang ada di atas lantai biliknya itu diambil lalu dilipat dua untuk disangkut pada rak penyangkut.
Dia berjalan menghampiri rak penyangkut sejadah yang kedudukannya hampir dengan dressing table yang ada di ruangan sebelah kiri biliknya.
Sejadah yang ada di tangan disangkutkan ke tempat penyangkut. Kopiah yang dipakai dibuang lalu diletakkan ke atas meja yang ada di situ. Baru sahaja dia ingin berjalan ke katil semula, matanya menangkap apa yang ada di atas meja itu.
Ada sekeping surat dan sebentuk cincin di atasnya.
Surat dan cincin yang sepatutnya menjadi milik Haidar.
Ivan tarik kerusi yang ada pada dressing table mewah itu sebelum dia duduk di situ. Cincin diambil dan ditilik olehnya.
Usai cincin ditilik, surat pula diambil. Sampul surat dibuka lalu surat tulisan tangan Ivan itu dibuka kembali daripada lipatannya oleh si penulis.
Ivan membaca tulisan tangannya itu buat kesekian kalinya. Kali ini dengan emosi yang lebih memberat.
The letter:
Assalamualaikum, Zaheera. Hai. Aku harap aku masih ada di ingatan kau di waktu kau membaca surat ini. Aku harap kau masih ingat siapa Ivan Tyler Grayson. Bukan, bukan Ivan Tyler Grayson tapi Thariq Ivan. Zaheera... Aku dah peluk Islam. Aku dah jumpa ketenangan abadi aku. Terima kasih kepada kau. Terima kasih kerana kau sudi kenalkan aku pada Yang Maha Esa. Terima kasih kerana kau sudi untuk bantu aku walaupun aku dah buat macam-macam untuk lukakan kau. Aku mohon maaf untuk itu, Zaheera. Aku mohon maaf atas segala kesalahan aku, Zaheera. Aku menyesal. Sungguh, aku menyesal. Aku menyesal kerana aku pernah sakiti kau. Aku menyesal kerana aku pernah buat kau macam patung marrionatte seperti yang kau pernah katakan dahulu. Aku keliru pada waktu itu, Zaheera. Aku tak tahu mana yang betul, mana yang salah. Aku bahkan tak tahu perasaan sebenar aku pada kau.
Zaheera...
Aku tak pernah percayakan cinta selepas aku nampak betapa cepatnya untuk ibu aku sendiri gantikan tempat mendiang ayah aku dekat hati dia dengan orang lain. Aku tak pernah mahu untuk cintakan sesiapa semenjak daripada itu tapi...
Kau terkecuali, Zaheera. Kau satu-satunya yang terkecuali. Aku cintakan kau, Zaheeera. Aku sangat cintakan kau. Aku tak pernah jatuh cinta tapi sekarang aku tahu rasanya bagaimana. Indah. Mencintai manusia itu indah dan aku sangat bahagia kerana aku dapat jatuh cinta dan mencintai manusia seindah kau.
-Thariq Ivan.
Surat itu dilipat semula oleh Ivan usai dia membacanya. Dadanya dipegang kemas sampaikan fabrik baju T di kawasan dadanya itu bergumpal. Kepalanya tertunduk. Tangan yang tadi memegang surat itu kini sudah berpegang pada meja. Surat itu dibiar jatuh ke lantai.
"Ya Allah... Sakitnya...".
Air matanya jatuh menitis lagi.
"Astagfirullahalazim...".
Hati Ivan yang sudah sedia ada terluka itu seakan kembali disiat-siat di waktu dia membaca kembali surat yang ditulis sendiri olehnya itu. Surat yang tak dan tak akan pernah sampai kepada Haidar.
"Aku cintakan kau, Haidar Zaheera". Dia menepuk-nepuk dadanya sendiri.
Walaupun menyakitkan... kini Ivan sedar bahawa tidak semua kemahuannya itu akan dituruti. Mungkin sahaja ianya akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik pada masa yang akan datang. Oleh kerana itu, dia tidak pernah menyalahkan takdir dalam hal ini. Dia tidak menyalahkan Allah. Dia tahu ini adalah sebahagian daripada ujian buat dirinya. Dia juga percaya akan kekuasaan Allah dalam menunaikan segala permintaan hamba-Nya.
Daripada Abi Said al-Khudri RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ، وَلَا قَطِيعَةُ رَحِمٍ، إِلَّا أَعْطَاهُ اللهُ بِهَا إِحْدَى ثَلَاثٍ: إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ، وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ، وَإِمَّا أَنْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنَ السُّوءِ مِثْلَهَا
Maksudnya: “Tidaklah seorang Muslim berdoa yang tidak mengandung dosa dan tidak bertujuan memutus silaturahmi, melainkan Allah SWT akan mengabulkannya dengan tiga cara: Allah akan mengabulkan doanya sesegera mungkin, Allah akan menyimpan (menjadikannya pahala) baginya di akhirat kelak, dan Allah akan menjauhkan darinya kejelekan.”
[Riwayat Ahmad (11133)][Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan sanad hadith ini adalah baik]
TAMAT
28.JUN.2024
01:28 A.M.
🕊️
Jangan risau, epilog masih ada.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro