44- France II (The Difference)
HAIDAR menunggu di luar kawasan perkuburan Kristian itu sementara Ivan pergi melawat kubur mendiang ayahnya. Sudah 15 minit berlalu semenjak Ivan pergi dan Haidar masih setia menunggu di situ. Meskipun daripada jauh, dia dapat melihat lelaki itu berdiri dengan kepala yang tertunduk di hadapan sebuah kubur yang ada tertulis sebaris nama; 'Marius Léon Grayson'.
Sudah 15 minit juga lah Haidar perasan bahawa bahu Ivan kelihatan terhenjut-henjut. Barangkali lelaki itu sedang menangis. Jarang sekali buat dirinya untuk melihat Ivan menangis dek kerana sifat dingin dan tegas yang selalu ditonjolkan oleh lelaki tersebut.
Tak sampai beberapa saat kemudian, Haidar melihat lagi tindakan Ivan yang meletakkan sejambang bunga yang dibawa olehnya tadi ke atas kubur si ayah. Dia lalu berpusing dan berjalan pergi dengan hati yang berat daripada situ.
Pergi dan mungkin tak akan pernah kembali lagi.
Ralit memerhati, sampai Haidar tak perasan yang Ivan sudahpun berada di hadapannya.
"Zaheera?".
"Ya? Maaf. Saya tengok...". Air mata yang bertakung di tubirnya itu dilap perlahan. Entah sejak bila Haidar menangis pun, gadis itu tidak tahu. Mungkin terasa sebak akan pemandangannya sebentar tadi.
"... saya tengok awak".
"It's fine. Jangan la menangis. Cukup aku sahaja la yang menangis hari ini. Hari ini bukan hari untuk kau bersedih". Pesan Ivan seraya dia mengeluarkan sehelai sapu tangan daripada poket seluarnya lalu dihulurkan kepada Haidar.
"Tak apa. Saya okay". Haidar menolak lalu segera masuk ke dalam kereta.
Ivan mengeluh kecil sebelum masuk ke tempat duduk pemandu. Hari ini, dia yang memandu sendiri tanpa bantuan Louis. Katanya, mahu membawa Haidar ke suatu tempat. Semacam dating lah... tapi versi kawan. Bukannya versi pasangan kekasih bahagia. Jadi, dia tak mahu Louis mengikuti mereka berdua pada hari ini.
Ivan dan Haidar lalu memakai tali pinggang keledar dan terus dia menghidupkan enjin dan kereta itu untuk mulai berjalan meninggalkan kawasan perkuburan.
"Kau pernah datang sini?". Ivan menyoal. Dia cuba untuk berbual dengan Haidar dengan harapan bahawa perjalanan dalam kereta itu tidak sunyi dan juga dia ingin melupakan rasa sedihnya yang bermula tadi.
"France?".
Ivan mengangguk.
"Pernah. Tapi bukan di Normandy. Saya belajar di Perancis dulu but specifically not here in Normandy". Soalan Ivan itu mengembalikan semula memori-memori hitam yang pernah berlaku di masa lampau Haidar. Memori-memori yang membuatkan dia jijik dengan dirinya sendiri.
"Then, where? The classic; Paris?".
Haidar menggelengkan kepalanya sebagai jawapan kepada persoalan Ivan yang kedua itu.
"Somewhere near that. I already forgot about it. Kalau boleh, saya tak nak ingat apa-apa pasal masa lalu saya". Haidar berkata jujur. Dirinya di masa lalu sangat jauh berbeza dengan dirinya di masa sekarang.
"Is it too bad?".
"Very bad".
"Aku ada kalau kau mahu bercerita. Aku tahu kau cakap kau dah tak nak ingat tentang masa lalu kau but I'm intrigued to know. Kalau kau selesa, cerita lah. Lagipun, kita tak akan jumpa lagi lepasni kan?". Ivan berkata sambil memandu dengan tenang. Haidar di sampingnya itu pula hanya melemparkan pandangan ke luar tingkap.
Haidar berdiam diri dalam waktu yang agak lama. Ivan fikir, gadis itu memang tidak mahu membuka mana-mana kisah lampaunya. Tetapi...
"Selepas sahaja saya tamat sekolah menengah, my parents sent me to France. Mereka minta saya untuk ceburi bidang yang saya minat. Bakery and pastry. And I did... I was a really good kid in the past. Walaupun pengetahuan agama saya tak kuat mana, I was a good kid before I came here. Tahun pertama belajar di sini, saya masih baik-baik saja. Masuk sahaja tahun kedua, saya sudah pandai merokok. Entah daripada mana saya belajar". Haidar tertawa pahit di hujung katanya.
Ivan pula hanya diam membisu. Membiarkan gadis itu meluahkan segala rasa yang terbuku.
"Mungkin kerana pengaruh rakan sebaya. Saya merokok, saya sudah pandai minum arak walaupun di masa itu, saya masih bawah umur. I went clubbing. Saya jadi liar. The only thing I didn't do is drug. Makin lama, saya makin teruk. Sampaikan saya ponteng banyak sangat kelas hanya untuk berparti. And of course because of that, saya dibuang kolej".
Ivan terpana. Dia tidak percaya wanita muslimah bertutup likup di sampingnya ini pernah melakukan benda-benda yang sama yang pernah dia lakukan dulu.
"Jadi, saya balik semula ke Malaysia. Saya tipu mama papa. Saya cakap, saya tak mahu belajar di Perancis lagi. Saya nak sambung belajar di Malaysia. Mereka percaya. Lebih teruk lagi, mereka tahu tabiat liar saya dan mereka biarkan sahaja. Tak marah malahan mereka gembira. Saya pelik tapi dalam masa yang sama saya suka. Saya suka bila mama papa tak larang saya buat semua tu. Saya teruskan buat semua benda tu di Malaysia. Dalam masa yang sama, saya dimasukkan ke kolej di Malaysia. Di maasa itu lah saya jumpa satu-satunya kawan baik saya; Vanessa Chua". Teringat pula Haidar kepada Vanessa.
"Vanessa Chua?". Ivan terpaksa mencelah. Dia pelik apabila Haidar menyebut nama adik tirinya itu. Haidar berpaling semula ke arah Ivan apabila telinganya menangkap soalan itu.
"Ya. Kenapa?".
"Vanessa Chua. Kalau aku tak silap orang, Vanessa yang kau sebut ni... adik tiri aku". Ivan menghamburkan sebuah fakta.
"Betul ke?".
"I think so. Adik tiri aku pernah cerita tentang kawan dia yang ciri-cirinya sama dengan kau tapi dia tak pernah sebut nama. Aku rasa, ya, kau berkawan dengan adik tiri aku".
"Kecilnya dunia kan?". Haidar tertawa kecil. Tak sangka pula dia bahawa sahabat lamanya; Vanessa itu, ialah adik tiri kepada penculiknya sendiri.
"Apa jadi dengan kau dan Vanessa?". Ivan mencuba untuk memancing Haidar agar menyambung ceritanya yang tergantung tadi.
"We turned into best friends. We hate the same guy; Edrian Dato' Zahar. We love to go to the same places. Pantang berpisah. Beza saya dengan Vanessa ialah, dia rajin sangat belajar. Bukan macam saya. Jadi, ada masa dia tak boleh ikut saya nak berparti, saya akan pergi sendiri. Dan... waktu itu lah semuanya jadi makin teruk. Saya makin liar apabila Vanessa tiada. Hampir setiap malam saya ke kelab. Saya menari, menyanyi, minum arak sampai tak ingat dunia. Tapi... Tapi saya tak pernah ikut lelaki masuk ke bilik. Saya masih waras. Saya masih tahu menjaga harga diri saya".
Ivan pelik mengapa tiga ayat terakhir itu disebut juga oleh Haidar apabila kelihatan seperti tiada perkaitan pun antara cerita itu. Namun, Ivan biarkan sahaja.
"Ivan...".
"Ya, Zaheera?". Sahut Ivan dengan lembut.
"Ayah tiri awak pernah cakap apa-apa ke tentang saya kepada awak?". Keluar sahaja perkataan 'ayah tiri' itu daripada mulut Haidar, terus ketat pegangan tangan Ivan pada stereng keretanya.
Ivan lalu menggeleng sekali.
"Bukan dekat aku tapi dekat Arash. Waktu kau keluar untuk beli barangan melukis kau tu. Kau orang jumpa dia kan?".
Haidar mengangguk.
"Dia ada cakap benda bukan-bukan tentang kau waktu dia bertegang urat dengan Arash. Arash cerita dekat aku tentang semua tu". Makin lama, makin besar amarah Ivan terhadap Uncle Raymond.
"Awak... awak percayakan dia?".
"Why the hell should I?". Suara Ivan menjadi tegang. Dia cukup tidak suka membicarakan perihal ayah tirinya itu. Sebut namanya sahaja dia sudah benci.
"Dia... dia pernah ajak saya buat benda-benda tu". Haidar akhirnya jujur.
Suasana di dalam kereta itu bertukar sunyi sepi.
"Tapi saya tak pernah ikut. Setiap kali dia ajak, setiap kali tu saya tolak".
"Did he force you? Did he hurt you while forcing you?". Dua soalan itu ditanyakan oleh Ivan.
Perlahan-lahan Haidar mengangguk.
"He didn't get what he want so he hurt me. Saya minta maaf. Bukan niat saya nak buruk-burukkan dia. Saya minta maaf". Haidar menggeleng-geleng. Dia bimbang jika Ivan berfikir bahawa dia hanya lah perempuan kotor yang sibuk mahu menyebarkan fitnah terhadap ayah tiri lelaki itu.
Ivan menggeleng.
"No need to apologise, Zaheera. Terima kasih sebab sudi bercerita dekat aku". Telinga Ivan sudah tidak sanggup lagi mendengar apa yang lelaki jijik itu pernah lakukan terhadap Haidar. Di kepalanya sekarang mahu sahaja dia pulang ke Malaysia dan mengerjakan jantan tua itu sehingga lunyai.
"Sampaikan terima kasih saya juga pada Vanessa".
"Kenapa?".
"Dia salah seorang manusia yang bantu saya berubah".
🕊️
Terkejut tak yang Haidar pernah jadi macam tu dulu?
Atau sayang-sayangku semua dah expect?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro