43- France I (The Arrival)
TURUN sahaja daripada pesawat udara peribadi milik Ivan, sudah ada yang menunggu mereka di darat. Kelihatan seperti seorang pemandu peribadi Ivan. Lelaki muda itu menunggu mereka berdua untuk turun daripada tangga pesawat sambil berdiri di hadapan kereta mewah berwarna hitam yang Haidar fikir juga milik lelaki kaya di hadapannya ini; Ivan.
Di saat kaki mereka berdua terjejak ke darat sepenuhnya, pemandu peribadi yang tadinya hanya berdiri di hadapan kereta hitam itu berjalan ke arah Haidar dan Ivan.
"Welcome to France! Well, more specifically, Normandy! Je m'appelle Louis (My name is Louis)". Si pemandu peribadi yang baru sahaja siap memperkenalkan namanya itu menghulurkan tangan kanannya untuk menyambut tangan Haidar untuk dicium lembut. Sebagai tanda pengenalan. Namun...
"She doesn't do that, Louis. And please... drop the casual act". Ivan menepis tangan Louis membuatkan lelaki muda itu tertawa manis.
"Kenapa buat macam tu? Kesian dia". Haidar membisikkan kata-kata itu kepada Ivan. Kasihan pula dia melihat Louis yang dilayan agak kasar oleh lelaki itu.
Ivan tidak membalas kata Haidar. Dia hanya mendiamkan diri.
"Comment vous appelez-vous, mademoiselle? (What is your name, miss?)". Dengan penuh sopan, lelaki muda bernama Louis itu bertanya. Ingin juga dia mengenali gadis yang berjaya 'membawa pulang' abang sepupunya ini semula ke tanah air.
Fakta menarik!
Louis Gabriel Grayson ialah anak saudara kepada Mr. Grayson (ayah Ivan) yang menjadikan Louis ini ialah sepupu Ivan. Itu lah sebabnya mengapa Ivan menyuruh Louis untuk tidak terlalu kasual sebentar tadi.
"Haidar Zaheera". Jawab Haidar.
"Well, Miss Haidar... Welcome to France and Mr. Ivan Tyler Grayson, welcome back!". Tanpa aba-aba lagi, terus Louis memeluk kemas badan Ivan yang berada tepat di hadapannya itu membuatkan Haidar yang tidak tahu apa-apa itu agak terpana. Masakan ada pemandu peribadi dan majikan yang sedekat ini?
"Je vous manque? (You miss me?)". Ivan tersenyum segaris seraya membalas pelukan sepupunya yang berumur lima tahun lebih muda daripadanya itu.
"Bien sûr! (Of course!) It has been years since you last came back. Missed you so much!". Louis semakin mengetatkan pelukannya. Louis ini memang antara sepupu yang paling rapat dengan Ivan kerana sejak daripada kecil lagi mereka berdua memang sering bermain bersama.
Ivan melepaskan pelukannya selepas beberapa ketika sebelum matanya dikerling ke arah beberapa orang pekerja yang sedang mengangkat barangan miliknya dan Haidar untuk dimasukkan ke dalam kereta hitam itu.
Ivan lantas berpaling semula ke arah Louis.
"Let's go. Bring me to La Ferme Saint Simeon". Permintaan Ivan yang satu itu membuatkan kening Louis terangkat. Dia pelik mengapa Ivan ingin menginap di hotel sedangkan rumah datuk dan nenek mereka sentiasa terbuka buat dirinya.
"You don't want to stay at grandpa's?". Soal Louis.
"I prefer the hotel".
"Sure. Let's go. I will send you there". Louis berjalan dahulu di hadapan, menantikan langkahnya untuk diikuti oleh Haidar dan Ivan.
🕊️
"KENAPA awak tak nak duduk di rumah atuk awak aje?". Perjalanan kereta menuju ke hotel yang sedari tadi senyap sunyi itu dipecahkan kesunyiannya oleh Haidar apabila dia menanyakan soalan itu kepada Ivan.
"Tiada sebab. Aku cuma tak nak".
"Nak menipu lagi ke, Ivan? Kerana bagi saya, di sebalik setiap alasan atau pilihan yang dicipta, pasti ada sebabnya. Mana mungkin kosong sebab. Mustahil".
Ivan mengeluh. Dia lupa, dengan Haidar ni tak boleh nak mengelat kerana perempuan itu akan dapat kesan. Kenapa? Sebab dia PEREMPUAN. Nak bantah Haidar? Cuba lah bantah. Kalau menang... ya, mana mungkin la.
"Mendiang ayah aku ada tiga orang adik beradik. Dia anak pertama, ayah Louis anak kedua and they have a sister. Little sister. My aunt. Long story short, I don't like my aunt".
"Apa kaitannya?". Berkerut dahi Haidar apabila dia mencuba untuk menyambung titik antara mengapa Ivan tidak mahu duduk di rumah datuknya dengan info terbaharu yang diterima olehnya tentang tiga adik beradik itu.
"They all live there. Keluarga aku pun pernah tinggal dekat situ dulu. It's a big house. So, my aunt is still there and I don't wanna see her. That's why I chose we stay at a hotel instead of my grandpa's".
"Kan saya dah cakap tak baik ada perasaan macam tu. Perasaan benci membenci. Lagipun, itu kan mak cik awak juga dan awak dah lama tak balik ke sini kan? Apa salahnya pergi melawat rumah tu kalini...". Haidar cuba untuk menasihati Ivan. Dia tak mahu angkara perasaan benci terhadap ahli keluarga sendiri ini, Ivan akan menyesal di kemudian hari.
"Aku tak benci. Aku cuma tak suka. I told you before it's different". Ivan masih cuba untuk mempertahankan hujahnya. Boleh menang ke tu, Ivan?
"Kenangan awak dan mendiang ayah awak mungkin masih ada di sana. Tak nak lepaskan rindu?".
Ivan terpaku kerana kata Haidar itu benar belaka. Banyak kenangannya bersama Mr. Grayson di rumah itu. Salah satunya ialah bilik mainan lamanya. Bilik di mana dia pertama kali diajar oleh Mr. Grayson untuk mengait. Bilik itu dipenuhi oleh patung-patung kait yang dihasilkan oleh Ivan dan mendiang ayahnya dahulu.
"Ivan?".
Seakan tersedar daripada lamunan siangnya itu, Ivan menepuk sedikit bahagian belakang kerusi pemandu untuk memanggil Louis.
"Oui? (Yes?)". Sahut Louis.
"Go to grandpa's".
"Change of mind. I see...". Ujar Louis lalu dengan serta-merta mengubah arah pemanduannya. Tidak jadi ke hotel mewah lima bintang itu. Mahu ke rumah atuk!
🕊️
"HAPPY now?".
"You are the one who should be happy". Haidar membalas soalan bernada sarkastik yang dilontarkan oleh Ivan.
Mereka berdua sekarang sedang berdiri di hadapan pintu utama rumah itu. Pintu yang sangat tinggi seakan pintu istana itu kemudiannya dibuka daripada dalam oleh dua orang pekerja rumah ataupun orang putih panggil butler.
"Bienvenue à la maison, monsieur (Welcome home, sir)". Ucap dua pekerja itu lalu mereka berdua menerima anggukan daripada Ivan. Lantas itu, kedua pekerja tersebut bergerak ke arah kereta yang dipandu Louis tadi untuk mengangkat kesemua barang milik Haidar dan Ivan untuk dibawa masuk ke dalam rumah.
"My aunt can be quite annoying. That's all I have to say". Pesan Ivan kepada Haidar lalu dia melangkah terlebih dahulu sebelum Haidar yang agak terpinga-pinga itu mengikuti langkahnya.
Jalan punya jalan, mereka sampai ke bahagian utama rumah agam itu. Seakan ruang tamu namun bukan ruang ramu biasa malahan ruang tamu sebuah istana. Cantik dan mewah!
Ruang tamu itu dihiasi dengan perabot-perabot klasik dengan sentuhan warna putih dan emas. Haidar terasa seakan dia berada di dalam sebuah istana di era mediaeval! Hampir sahaja mulutnya ternganga. Rumah itu dua kali lebih besar daripada rumah Haidar yang sudah sedia ada besar itu.
"Bienvenue-- (Welcome--)". Baru sahaja pembantu rumah yang tiba-tiba sahaja muncul itu ingin menyapa mereka berdua, Ivan terlebih dahulu memotong.
"Speak English with me and her". Arah Ivan dan pembantu rumah wanita itu mengangguk akur.
"Welcome home, monsieur. Welcome, mademoiselle. May I show you your room, now?".
Kedua-dua Ivan dan Haidar mengangguk sebelum mereka mahu mengikuti langkah pembantu rumah itu namun...
"Qui as-tu amené cette fois, Ivan? (Who did you bring this time, Ivan?)".
Haidar dan Ivan serta-merta berpaling ke bahagian kanan ruang tamu itu dan terlihat lah seorang wanita dalam lingkungan umur 45 tahun keluar daripada lif. Gayanya sangat intimidating. Sekali pandang sahaja Haidar sudah dapat merasakan aura pelik yang datang daripada wanita itu. Namun, Haura tepis ke tepi semua perasaannya. Dia tak mahu berburuk sangka.
"Ça ne vous concerne pas (None of your business)". Balas Ivan dingin.
"Really? Ivan... You brought a girl to our house. How is that none of my business?". Wanita itu kini sudah berdiri di hadapan mereka berdua.
"This house is under my name. There's no 'our' in this. It's mine and I can bring whoever I want here". Ivan yang masih mengekalkan suara dingin dan riak wajah tenang itu membalas.
"Don't be so cocky, Ivan. I'm your aunty, remember?". Wanita itu menepuk lembut dada Ivan sambil ketawa kecil. Kehadiran Haidar si samping anak saudaranya hanya dijeling sahaja. Dia langsung tidak berminat untuk mengambil tahu tentang si gadis.
"I can be whatever I want".
"Ivan, sudah lah". Larang Haidar lembut. Dia, sekali lagi, tidak mahu tercetusnya apa-apa pergaduhan di antara keluarga Grayson ini.
"It can only be over if she's dead".
🕊️
Sorry sayang-sayangku sebab dua hari tak update hehe...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro