39- "Kau Kotor"
USAI sahaja Dinda mengunci pintu rumah sewa barunya itu, terus dia berpusing ke belakang. Terkejutnya bukan kepalang apabila dia melihat figura Ivan berdiri tegak dengan ekspresi wajah beku ditayangkan buat dirinya.
Tangannya naik menggosok dada sendiri. Cukup terkejut dengan kehadiran lelaki itu di hadapannya.
"Ivan? You buat apa dekat sini?". Tanya Dinda dengan suaranya yang agak kedengaran seperti gadis itu sedang cuak. Dia risau jika perbuatannya yang meracun makanan Haidar sudah terbongkar dan diketahui oleh lelaki di hadapannya ini.
"How much of my money did you steal and which hand did you use to put the poison in her food?". Sedikit pun Ivan tidak berdolak-dalih. Lelaki itu tidak gemar untuk membuang masa. Dia lebih memilih untuk terus bertanya. Wajah Dinda yang semakin cuak di hadapannya itu tidak diendahkan.
"A-apa you cakap ni, Ivan?". Makin panik dan terkejut Dinda apabila dia betul-betul tidak menyangka bahawa Ivan akan dapat menangkap perbuatannya. Bukan sahaja perbuatan meracun makanan Haidar, malahan juga perbuatannya mencuri duit lelaki itu. Duit yang bernilai RM5000 yang ada di dalam bilik Ivan. Ya, kedua-dua perbuatannya itu sudah diketahui oleh Ivan dan fakta itu membuatkan Dinda berasa panik dan ingin lari sahaja pada masa ini.
But of course, she played it cool.
"My house is surrounded by hidden CCTVs. Do you still wanna act dumb and lie to my face?". Ivan bertanya sambil dirinya melangkah lebih dekat dengan Dinda. Sampaikan gadis itu sendiri perlu melangkah ke belakang sehingga bahagian badannya berlanggar dengan pintu rumahnya yang sudah dikunci tadi.
"I tak tahu. Bukan--".
Dush!
Badan Dinda semakin ditolak merapat dengan pintu rumahnya sendiri lalu pipinya dicekup kasar oleh Ivan. Muka bengis lelaki itu semakin jelas untuk deria penglihatannya. Dinda mula menggigil ketakutan.
"How much and which hand?". Ivan mengulangi soalan yang sama.
"Lim-lima. I ambil lima ribu je". Dengan takut-takut, Dinda menjawab. Sungguh, dia sekarang faham mengapa ramai orang tidak berani untuk melawan Ivan. Benar. Lelaki ini memang benar-benar menyeramkan.
"Which hand?".
"Ap-apa? I tak fah-".
"Tangan mana yang kau guna untuk kau racun makanan Zaheera dua hari lepas?". Cengkaman tangannya di pipi Dinda semakin dikuatkan membuatkan gadis itu meringis kesakitan. Sungguh rahangnya terasa seperti ingin tercabut sahaja apabila dicengkam sebegitu kuat oleh Ivan.
"Bukan I yang racun dia!". Enggan menjawab soalan Ivan, Dinda tiba-tiba sahaja menengking lelaki itu. Dia cuba untuk melepaskan dirinya daripada cengkaman Ivan akan tetapi, dia langsung tidak boleh bergerak. Lelaki itu terlalu kuat.
"Kau masih nak tipu aku?!". Kepala Dinda dibawa ke hadapan beberapa inci sebelum ianya dihempaskan dengan agak kuat ke pintu rumah itu. Dinda mengaduh dan menjerit kesakitan.
"ARGH!".
Sumpah, kepalanya terasa pusing dek kerana hentakan yang agak kuat itu. Tangan Dinda automatik naik memegang kawasan yang terasa sakit. Matanya terpejam seketika. Segala katanya terjeda. Dia belum pernah mendapatkan layanan seteruk ini daripada Ivan.
"Tangan kanan... I guna tangan kanan...". Kerana takut jika dirinya diapa-apakan lagi oleh lelaki kejam itu, Dinda akhirnya mengakui perbuatannya. Lantas pipinya dilepas kasar oleh Ivan sehingga kepala gadis itu terteleng ke tepi.
Tangan kanan Dinda dicapai kasar sebelum Ivan mengeluarkan sebilah pisau kecil daripada poket seluarnya.
"A-apa... Apa yang you nak buat ni?". Tanya Dinda dengan panik. Dia sedaya upaya cuba untuk membuang tangan kanannya daripada pegangan Ivan namun gagal.
Ivan hanya berdiam diri. Pisau tadi dibawa ke telapak tangan Dinda sebelum perlahan-lahan dia mencucuk hujungnya pada permukaan kulit itu membuatkan darah mulai terkecur-kecur keluar.
Dinda menjerit histeris.
"ARGH!!!! SAKIT!!! IVAN, SAKIT!!!!!! TOLONG! TOLONG!!!". Semakin kuat Dinda menjerit, semakin dalam Ivan menikam telapak tangan kanan gadis itu. Dia tidak kisah jika gadis itu meronta-ronta sekalipun. Dia. Tak. Kisah.
Setelah seminit menyiksa gadis yang sudah mulai mengeluarkan air mata itu, Ivan akhirnya berhenti. Kain kecil dibawa keluar daripada poket yang sama lalu dia mengelap pisau kecil itu. Pisau itu lalu dibungkus dengan kain tersebut lalu dimasukkan semula ke dalam poketnya.
Semua tindakan tenang Ivan itu diperhatikan oleh Dinda yang sudah jatuh terduduk ke lantai. Gadis itu menangis teresak-esak sambil memegang tangan kanannya yang masih berdarah itu.
"KAU TAK TAKUT KE, IVAN?!! KAU--". Niatnya untuk mengugut Ivan terhenti apabila Dinda mendengar lelaki itu tertawa sinis.
"Takut? Non (Tak). Les femmes comme vous méritent d’être traitées ainsi (Wanita seperti kamu layak diperlakukan sebegini). One more time you did the same thing, I'll do even more. Perempuan kotor tak sedar diri". Kata hinaan dilemparkan oleh Ivan pada hujung ayatnya buat Dinda.
"Kau panggil aku perempuan kotor? Ivan! Perempuan kotor ni la yang kau sentuh dulu!".
Ivan tertawa sinis lagi sebelum duduk bercangkung di hadapan Dinda.
"Did I ever ask you to? Dinda... You came to me. I'm just a normal man". Kata-kata Ivan itu cukup untuk membuatkan Dinda mati kata.
Semua yang Ivan katakan itu fakta. Lelaki itu tidak pernah memintanya untuk datang kepadanya. Dinda sendiri yang menghampiri Ivan. Dinda sendiri yang menawarkan badannya buat Ivan.
Malas mahu bercakap lebih lama dengan Dinda, Ivan lalu bangun berdiri dan mulai melangkah pergi daripada situ.
Namun...
"Ya, aku bukan orang yang baik. Aku kotor. Tapi, kau? Kau apa, Ivan? Apa beza kau dengan aku? Kau pun sama-sama kotor, Ivan. Kau pun kotor tapi kau ada hati nak dapat perempuan sesuci Haidar tu? Jangan mimpi, Ivan. Sejauh mana pun kau cuba untuk lindungi dia, kau tak akan dapat dia. Aku tahu... Dia tak akan pandang lelaki kotor macam kau".
Kata-kata panjang Dinda itu menghentikan langkahnya.
🕊️
"BETUL ni Cik Haidar tak nak makan?". Tanya Firash buat kali kesepuluh. Risau juga dia apabila daripada tadi huluran mangkuk buburnya tidak disambut oleh Haidar.
Haidar mengangguk sambil tersenyum nipis.
"Ke Cik Haidar nak saya suapkan?". Gurau Firash.
"Tak apa. Saya--".
"Cuba la suap kalau kau nak cari pasal dengan bos kau tu". Arash yang duduk bersebelahan dengan adik kembarnya di samping katil Haidar itu menyampuk.
"Arash ni sibuk kenapa? Biar aku aje yang uruskan". Firash sememangnya melarang Arash kalau bab-bab menyuruh Haidar untuk berbuat sesuatu kerana Arash tu kasar orangnya! Takut karang dia tengking si gadis itu, bergaduh pula dua orang tu nanti. Iya la, Arash suka menengking jika ada yang berdegil. Haidar pula pantang ditengking dan suka berdegil.
"Kau ni baik sangat. Nak tanya-tanya, pujuk-pujuk bagai. Letak je la bubur tu dekat situ. Nanti pandai-pandai la perempuan tu makan". Kata Arash. Sedikit lari topik daripada apa yang dikatakannya tadi.
"Saya ada nama ya, Encik Arash". Bidas Haidar. Tidak suka dipanggil dengan panggilan 'perempuan itu' seperti yang digunakan oleh Arash sebentar tadi.
"Tak payah lah hiraukan dia, Cik Haidar. Sekarang ni... Cik Haidar nak apa-apa tak? Teh? Kopi? Nasi lemak? Nasi minyak? Saya boleh tolong belikan dekat kafe bawah ni". Tawar Firash, mengalihkan perhatian Haidar daripada Arash. Macam dikatakan tadi, kalau dibiarkan, mungkin akan terjadi perang dunia di dalam wad ini nanti. Perang dunia di antara Haidar dan Arash.
"Tak apa, Firash. Saya tak ada selera. Awak tak payah susah-susahkan diri awak".
"Betul ni?". Firash bertanya untuk kepastian.
"Betul. Seratus peratus".
"Kalau macam tu, okay lah. Saya tinggal je bubur ni dekat atas meja ni, okay? Kalau Cik Haidar nak makan nanti, bagitahu aje. Saya boleh tolong".
"Terima kasih, Firash".
🕊️
Maap, lewat sikit update harini hehe :D
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro