33- Daddy Issues
"YOU cari ni ya, Haidar?". Soal lelaki itu. Di tangannya ada satu tiub cat air besar yang berwarna lilac. Warna yang dicari-cari oleh Haidar. Tapi, macam mana pakcik ni tahu yang Haidar sedang mencari warna itu? Lebih penting lagi, macam mana dia tahu nama Haidar?
Haidar tidak melayan lelaki yang cukup asing baginya itu.
Sekejap...
Sebenarnya lelaki tua itu tidak lah terlalu asing bagi Haidar. Sedikit demi sedikit, memori kelam masa silamnya mulai memenuhi minda Haidar. Lelaki tua ini...
Apabila Haidar sudah mulai mengingati segalanya kembali, dia cepat-cepat ingin beredar daripada situ namun langkahnya dihentikan oleh si pakcik tua apabila dia mulai menyekat dan menghalang jalan Haidar.
"You dah tak ingat ke I, Haidar?". Lelaki tua itu bertanya. Senyuman pakcik-pakcik gatal tertampal di wajahnya. Ini kalau tiada hukum yang menghalang, memang Haidar dah lempang lelaki gatal ini.
"Saya dah tak nak ingat encik lagi".
"Seriously? Aww, sweetheart... I still ingat you tau. Patut lah haritu I datang rumah anak tiri I, I macam kenal je siapa gadis manis yang ada di taman rumah dia tu. Turned out it was you. Wow, you changed! Seratus peratus berubah!". Lelaki tua itu ketawa besar di hadapan Haidar membuatkan gadis itu berasa semakin tidak selesa.
Dalam masa yang sama, Haidar mulai mencantumkan semua maklumat. 'Rumah anak tiri'? 'Bermain di taman'? Maknanya... Lelaki tua yang sedang berdiri di hadapannya ini ialah ayah tiri Ivan? Uncle Raymond! Beberapa hari lepas, Ivan ada memberinya amaran tentang lelaki ini!
"Jangan ganggu saya, encik". Haidar sebolehnya ingin menjauhkan dirinya daripada lelaki ini. Satu, kerana ini salah satu pesanan Ivan kepada dirinya sebelum dia diizinkan keluar tadi; jangan bercakap dengan mana-mana lelaki selain Arash dan Firash. Kedua, dia tidak ingin mengingati lagi masa silam gelapnya dengan melihat lelaki tua ini. Haidar benci!
"Tunggu la sekejap, Haidar". Lelaki itu memujuk seraya ingin mencapai pergelangan tangan Haidar namun entah daripada mana datangnya, Arash menepis kasar tangan lelaki tua itu. Arash lalu berdiri di hadapan Haidar. Melindungi wanita itu adalah salah satu daripada skop kerjanya.
"I don't give a damn who you are but keep your hand off her". Arash memberi amaran. Dia tidak suka Haidar tapi dia lagi tidak suka akan Uncle Raymond. Arash sangat setia orangnya dengan Ivan. Jadi, semua orang yang Ivan benci, Arash akan benci juga. Uncle Raymond lah salah satu daripada orangnya.
"So aggressive for what? One thing that you have to know, this woman... dirty dirty woman... used to be--".
"Aku tak kisah. Aku tak kisah siapa dia yang dulunya. Yang aku tahu, dia seorang perempuan yang perlu kau hormati. Bukan untuk kau sentuh sesuka hati. Also, 'Used to be' means 'not anymore'. Apa pun hubungan kau dengan dia dulu, sekarang tidak lagi. Kau dah tiada hak ke atas dia. Oh and I bet, you never had any". Penerangan Arash yang dianggap sebagai 'acah-acah baik' oleh Uncle Raymond itu cukup menaikkan darah tuanya.
"Who are you to talk to me like that, young man? Kau tu cuma pekerja bawahan anak tiri aku". Uncle Raymond membidas.
"I bet he doesn't even consider himself as your step son sebab lelaki macam kau ni langsung tak layak nak pegang title 'ayah' tu. Sedar sikit yang kau tak akan pernah ganti tempat Uncle Grayson". Cukup pedas Arash menyembur Uncle Raymond. He had to let this old guy know his place.
"Kurang ajar!".
Buk!
Pipi Arash ditumbuk sekali sehingga terjatuh lelaki itu ke lantai kedai menjual alatan melukis itu. Serta-merta menbuatkan Haidar panik.
"Apa yang encik dah buat ni?!". Marah Haidar. Arash kelihatan sedang mengesat hujung bibirnya yang terkoyak dan mengeluarkan darah itu sambil tersenyum sinis.
"Weak as heck". Arash semakin mencurah petrol ke amarah Uncle Raymond yang sedang membara itu.
"Kau memang--".
"Memang apa, pakcik?". Firash tiba-tiba muncul daripada belakang Uncle Raymond. Dia macam... Cak! Ha gituew.
Firash perlahan-lahan berjalan ke bahagian hadapan Uncle Raymond.
"Kenapa gaduh-gaduh ni? Tak baik la". Firash tersenyum manis sebelum mengeluarkan sebilah pisau kecil daripada poketnya tanpa disedari oleh Haidar mahupun Arash. Badannya semakin merapat dengan Uncle Raymond membuatkan lelaki tua itu ketakutan.
"Pakcik pukul abang saya ke tadi?". Tanya Firash dengan baik. Terketar-ketar Uncle Raymond dibuatnya. Dia kenal siapa Firash Muammar yang sebenarnya. Firash Muammar dikatakan lelaki yang sangat baik hati berbanding Arash Muammar. Namun... Tidak jika ada yang berani menyentuh abang atau ibunya. Firash boleh menjadi...
Firash merapatkan mulutnya ke telinga Uncle Raymond lalu dia berbisik sambil pisau yang dipegang dialukan dengan perlahan-lahan di bahagian perut Uncle Raymond.
"Once again you touch my brother or this woman... Aku tikam kau dengan pisau ni. Kau jangan ingat bila semua orang cakap aku baik macam malaikat, I will be one. I am not and I am not going to be like one. I can be worse than Arash if I want to. Even worse than Ivan. So, don't fucking lay your finger on my brother or this woman again if you want to live longer". Firash lalu menjauhkan dirinya daripada Uncle Raymond usai memberi amaran. Pisau disimpan semula ke dalam poket. Menggeletar Uncle Raymond dibuatnya.
"Pakcik faham tak? Kalau tak faham, saya boleh ulang sekali lagi". Senyuman manis ditayangkan oleh Firash.
Uncle Raymond terangguk-angguk seperti burung belatuk.
"Kalau faham, boleh lah kut beredar".
Lelaki tua itu lalu melarikan diri daripada situasi itu dan dia juga berharap bahawa dia tidak akan lagi dipertemukan dengan manusia yang bernama Firash Muammar itu. Dia trauma!
🕊
"KENAPA dengan awak ni?! Lepas lah!". Haidar memarahi Ivan apabila lelaki itu bertindak menggarinya ke kepala katil. Persis seperti hari pertama kali dia diculik dahulu.
"I told you, Zaheera. He wants you". Bicara Haidar dengan suara tegangnya.
"Ya Allah, Ivan! Saya tak buat apa-apa pun dengan dia. Saya tak tengok pun dia. Saya ikut semua cakap awak. Apa lagi yang awak nak?! Apa lagi yang awak nak risaukan?! Semua yang terjadi ni bukan salah saya! Ayah tiri awak yang hampiri saya dulu, saya tak boleh nak elak!". Marah Haidar.
Setelah Ivan tahu akan hal yang terjadi di kedai alatan melukis tadi, dia tidak habis-habis seperti ingin menyalahi Haidar. Perasaan takut yang berlebihan itu membuatkan dia menyalahi wanita yang langsung tidak bersalah itu. Takut akan apa?
Takut kehilangan Haidar Zaheera. Ya, Ivan takut akan terjadinya hal itu.
"DON'T USE THAT TERM EVER AGAIN, ZAHEERA! Dia bukan ayah aku! Perkataan tu tak layak untuk dia gunakan!". Tengking Ivan dengan kuat. Pasu kaca yang ada di atas meja lampu bilik itu diambil lalu dilempar kasar ke dinding sehingga pecah berderai.
Terdiam Haidar dibuatnya.
Teruk betul amukan Ivan untuk kali ini.
Ivan berjalan ke hulur ke hilir, mencuba untuk menenangkan dirinya. Rambutnya diraup kasar sebelum dia akhirnya keluar daripada bilik itu tanpa berkata apa-apa. Pintu bilik dikunci daripada luar.
🕊
PINTU utama rumah banglo itu dirempuh masuk begitu sahaja oleh Ivan sebaik sahaja dibuka kuncinya oleh salah seorang pembantu rumah Puan Chua. Laju sahaja langkahnya dibawa ke arah ruang tamu rumah itu apabila terdengar gelak tawa lelaki tua itu bersama ibu kandungnya.
He dared to laugh after touching Ivan's?
Terkejut Puan Chua apabila melihat kemunculan Ivan secara tiba-tiba di rumahnya namun wanita itu tetap tersenyum. Gembira dia melihat Ivan pulang.
"Ivan? Kenapa balik tak bagitahu mommy?". Puan Chua bangun untuk memeluk figura yang baru sahaja tiba itu namun ditepis lembut oleh Ivan.
"Je ne peux plus être ton bon fils, mère. Je suis désolé. (I can't be your good son anymore, mother. I am sorry.)". Kata Ivan sebelum dia menghampiri Uncle Raymond lalu melepaskan tumbukan padu ke muka lelaki tua itu.
"Ivan!". Terkejut besar Puan Chua dibuatnya. Dia cuba untuk menghentikan Ivan namun lelaki itu terus-terusan mencengkam kolar Uncle Raymond. Mukanya dipenuhi urat dan memerah teruk. Dia begitu marah tatkala ini.
"Ivan buat apa ni?!!". Marah Uncle Raymond.
"Don't act like you don't know! I told you to get her the fuck out of your fucking head! She's mine!".
Buk!
Sekali lagi Ivan menumbuk Uncle Raymond sehingga berdarah hidung lelaki tua itu. Baru lah dia puas. Kalini, Puan Chua berusaha keras juga untuk meleraikan pergaduhan itu dan dia berjaya. Dia menarik lengan Ivan agar anak terunanya berdiri di sampingnya.
"Ivan buat apa ni?! Kenapa Ivan pukul daddy?!". Puan Chua yang panik itu tidak henti-henti menyoal tentang perkara yang sama.
"Maybe you should send him to the church more often, Carrisa. He's getting to be a bit like his father now". Niat Uncle Raymond ingin menyindir Ivan sambil tersenyum sinis itu betul-betul membakar hati si lelaki muda. Dia masih boleh terima jika Uncle Raymond berhenti di ayat pertamanya itu. Namun, sebaik sahaja perihal ayah kandungnya disentuh, amarahnya sudah tidak dapat tertahan lagi.
"I dare you to say that again about my father, Raymond". Ivan kembali ingin memukul Uncle Raymond namun lengannya dipeluk kemas oleh Puan Chua.
"Sudah lah tu, Ivan...". Puan Chua merayu sambil menangis. Dia tidak sanggup melihat keadaan ini. Hatinya sebagai seorang ibu dan isteri menjadi sakit.
Ivan menepis tangan Puan Chua sebelum dia beredar mengambil pasu kaca hiasan di ruang tamu itu. Ivan yang seolah orang tidak waras itu menghempaskan pasu kaca berdekatan dengan kepala Uncle Raymond yang sedang terbaring di atas lantai. Pecah berderai pasu yang dilempar.
Ivan kemudiannya berjalan ke arah pintu utama untuk keluar.
"Eh abang?". Vanessa yang baru sahaja pulang daripada keluar bersama Stefan itu menghentikan langkahnya. Dia memandang Ivan dan Puan Chua serta ayahnya bersilih ganti.
"Kenapa ni?". Tanya Vanessa lagi.
"I'm sorry, Ven". Ucap Ivan sebelum berlalu pergi.
🕊️
Ivan: 🔴🔴🔴
Me: "I can't see, I'm blind~" 😋
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro