Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

27- We Are Clueless

STEFAN mengeluh. Daripada tadi lagi Vanessa enggan untuk berkata-kata dengannya. Sudah dibawa kesana-kemari, tetap saja Vanessa mendiamkan diri. Biasanya kalau Vanessa keluar dengan Stefan, mulutnya memang tak akan berhenti bercakap. Duk pok pek, pok pek. Macam tiada hari esok.

Ini?

Diam aje...

Merajuk dengan Stefan lah tu kut.

Stefan tiba-tiba sahaja mendapat idea yang bernas. Dia mengeluarkan telefon miliknya daripada poket seluar yang dipakai sebelum aplikasi kamera dibuka. Dia halakan kamera ke arah Vanessa yang kelihatan sedang termenung jauh itu sebelum menekan butang tangkap.

Kecekak!

Satu gambar Vanessa yang sedang menyangkan muka cemberut itu berjaya ditangkap oleh Stefan. Vanessa yang mendengar bunyi denyaran kamera telefon Stefan itu segera menukarkan fokusnya ke arah si empunya telefon. Wajahnya semakin cemberut.

"Ish! Kenapa ambil gambar saya tak bagitahu?". Marah Vanessa.

"Finally... You talked to me. Kenapa diam? Saya ada buat salah ke?". Lembut sahaja suara Stefan bertanya. Kalau orang awam mendengar cara Stefan memujuk Vanessa setiap kali gadis itu merajuk, pasti mereka akan menyangkakan yang Stefan dan Vanessa sedang menjalinkan hubungan romantis.

" Tanya lah diri sendiri tu". Vanessa menerbalikkan bebola matanya. Kalau boleh, dia nak jeling Stefan sampai terkeluar bijik matanya. Geram sangat!

"I can't, Vanessa. Saya clueless, awak pun tahu kan? Saya prefer kalau awak terus terang saja dengan saya". Bingung Stefan dibuatnya apabila disuruh berteka-teki oleh Vanessa. Dia ni kan lelaki, memang lah susah faham sikit. Oops... Harap lelaki yang lain tak terasa.

"Ugh! Saya marahkan awak. Itupun tak tahu ke?". Ujar Vanessa dengan geram. Lelaki ni memang lambat pickup ke? Atau memang sengaja buat-buat tak faham?

"Kenapa?".

"Yakin nak dengar Vanessa Chua membebel?". Vanessa bertanya dan Stefan mengangguk laju. Lurus bendul juga ya dia ni? Ikut sahaja kata Vanessa. Takut kena marah lagi ler tu.

"Pertama sekali, Stefan Wong tak pernah sekali pun bagitahu kepada Vanessa Chua yang dia dah tak nak duduk di Jerman lagi. Sebabnya pun tidak diketahui! Adakah Stefan sudah tidak menganggap Vanessa sebagai teman baiknya lagi? Kedua... Kejutan apa yang mommy cakap awak nak bagitahu saya? Awak jangan buat saya tertanya-tanya eh, Stefan. Kalau saya tak boleh tidur malam sebab ke-curiosity-an ni, memang saya tarik-tarik telinga awak nanti".

Penat-penat Vanessa membebel, yang Stefan tahu hanya lah bergelak ketawa. Tak la ketawa terbahak-bahak namun cukup untuk membuatkan Vanessa yang sudah sedia ada geram itu semakin geram. Jantan ni faham ke tak apa Vanessa cakap ni?

"Awak dengar tak ni, Stefan?!". Marah Vanessa lagi.

Stefan menghentikan tawanya sebelum mengangguk beberapa kali. Tangan Vanessa yang ada di atas meja itu dicapai kedua-duanya oleh tangan Stefan. Diusap perlahan. Terus naik rona merah dia segenap pipi Vanessa. Apa yang lengchai ni sedang cuba untuk lakukan?

"Sorry sebab tak bagitahu. It was an out-of-sudden decision. Mama papa pun terkejut bila saya bagitahu mereka. Sebab kenapa saya pindah ke Malaysia terus... sebab Jerman tu bukan tempat saya. Saya rasa tak selesa tinggal di sana. Saya rasa rindu". Stefan memulakan sesi penjelasannya.

"Rindu apa? Malaysia?". Soal Vanessa. Marahnya sudah mulai reda. Dia sejujurnya mengharapkan Stefan untuk menuturkan kata rindu itu buat dirinya...

Stefan angguk.

"Rindu Malaysia. Rindu mama papa. Rindu my puppy, Scooby. Rindu makanan dekat sini". Sengaja Stefan tidak mahu menyebut yang dia merindui Vanessa. Kenyataan, ya. Dia sangat merindui gadis itu setiap kali mereka berjauhan.

Stefan kilas ke arah Vanessa untuk melihat wajah gadis itu dan dia tersenyum tatkala Vanessa kelihatan berjauh hati apabila namanya tidak disebut.

"Rindu juga dekat Vanessa Chua". Bisik Stefan perlahan. Dengan serta-merta, Vanessa mengangkat wajahnya kembali memandang Stefan.

"Awak rindu saya?".

Stefan mengangguk membuatkan Vanessa tersenyum lebar.

"Kalau macam tu, mana kejutannya? Mesti kejutan tu hadiah besar giler sebab awak rindukan saya kan? Kan kan kan?".

"Bigger than anything I could imagine". Kata Stefan. Tangannya yang memegang tangan Vanessa tadi dilepaskan buat seketika sebelum dia mengambil sesuatu daripada dalam beg kertas yang sedari tadi ada di sampingnya itu. Vanessa je yang tak perasan.

Sebuah kotak baldu panjang dikeluarkan daripada beg kertas itu. Kotak itu kemudiannya dibuka. Maka terlihat lah seutas rantai emas putih yang terletak elok di dalam kotak baldu itu.

"Untuk saya?".

Stefan angguk lagi.

"I designed it myself when I was in Germany. I picked the colour, the unique features, the material used to make this... All by myself. I made this special for you". Fun fact: Stefan Wong ialah anak tunggal kepada Yuanyun Wong; pemilik kepada syarikat pengusahaan barang kemas terbesar di Malaysia, Wong & Co. Stefan sekaligus memegang title sebagai pewaris tunggal kepada syarikat itu.

"Boleh saya tengok?".

"Go no. That's yours. Take a look at the locket". Stefan menyuruh Vanessa untuk melihat dengan teliti loket kecil yang berbentuk bulan sabit bertatahkan batu permata sapphire itu.

Vanessa mengeluarkan rantai daripada kotak baldu itu lalu mulai melihat dengan teliti ke dalam batu permata itu. Loket rantai yang dipegang didekatkan dengan mata kanannya manakala mata kirinya ditutup rapat.

"Awak nak suruh saya tengok ap--". Kata-kata Vanessa terhenti apabila dia terlihat sebaris ayat tanya yang tertulis di dalam loket itu.

'Will you be my girlfriend, Vanessa Chua?'.

🕊

HAIDAR perhatikan sahaja daripada jauh tindak-tanduk Dinda di dapur itu. Sejak daripada tadi, dia sibuk bersembang bersama Puan Chua. Sejak daripada Puan Chua mula-mula sampai lagi. Haidar bukannya nak cemburu atau apa tapi Dinda kelihatan sangat mengada-ngada di situ ya. Dia seolah cuba untuk mengalihkan perhatian Puan Chua daripada Haidar. Dia mahukan Puan Chua untuk memberikan perhatian kepada dirinya sahaja.

Berkerut-kerut wajah Haidar, sibuk mengintai kedua wanita yang berada di dapur itu. Betapa rapatnya Dinda dan Puan Chua sampaikan Haidar terasa malu untuk mencelah perbualan mereka atau bahkan menghampiri mereka.

Tengah Haidar duk sibuk-sibuk mengintai tu...

"Kau tengok apa? Kenapa tak pergi dapur?". Suara garau itu menegur Haidar. Suara siapa lagi kalau bukan suara Ivan. Terkejut Haidar dibuatnya.

"Boleh tak jangan terkejutkan saya macam tu? Awak sibuk sangat tanya saya ni kenapa? Yang awak tu, tak nak pergi kerja ke?". Haidar berpaling ke arah Ivan. Jaraknya dijauhkan beberapa langkah. Tidak mahu berdiri terlalu dekat dengan lelaki itu.

"I take a day off today".

"Kenapa pula?". Soal Haidar tidak puas hati. Seri pernah cakap dekat dia yang Ivan ni susahhhhh sangat nak cuti daripada bekerja. Terkadang, hujung minggu pun dia banyak meluangkan masa di pejabat. Itu apa yang Seri dengar daripada ibunya la; Mak Ti. Dan fakta itu sangat menggembirakan Haidar. Sekurang-kurangnya, selama lebih kurang 10 jam dalam waktu tiga bulan ini, tak perlu lah dia nak menghadap muka Ivan banyak kali sangat.

Tapi ini?

Lain pula jadinya.

"Why not? It's my company. I wanna take a rest for a day. Tak boleh ke? Lagipun, mommy's here". Ivan menyoal kembali dengan nada datarnya.

"Orang tu tak nak tengok muka dia". Haidar berkata-kata menggunakan suara paling perlahan di dunia. Nak mengutuk kena la slow-slow.

"Come again?".

"Nothing".

"Pergi lah ke dapur tu. I think mommy wants to meet you. She's excited because I have another maid". Kurang asam punya Ivan! Haidar cantik-cantik macam ni, boleh dia kenalkan kepada mak dia sebagai pembantu rumah???! Tapi tak mengapa, Haidar sudah redha...

"Awak nak suruh mommy awak tengok ada perlawanan gusti ke dekat dapur tu nanti?". Dengan nada sarkastik, Haidar bertanya. Terus ternaik sebelah kening Ivan. Dah kenapa pula nak ada perlawanan gusti? Tak faham nyah.

"I don't get it".

"Kan Dinda ada dekat dapur tu. Tengok la macam mana rapatnya dia dengan mommy awak. Kalau saya datang ke dapur nanti, macam ambil spotlight dia lah pula. Nanti dia marah. Itupun tak faham ke?". Jelas Haidar.

"Kau takutkan Dinda ke?".

"Dinda tu juga manusia biasa. Saya tak pernah takutkan manusia. Tapi, saya cuma tak mahu ada pergaduhan bodoh pula nanti. Perempuan ni, kalau dia mahukan sesuatu... Dia tak mahu orang lain rampas hak dia. Dia akan buat segala yang dia mampu". Makin banyak Haidar bercakap, makin tak faham Ivan dibuatnya. Banyak kiasan lah perempuan ni!

"Aku makin tak faham".

Tepuk dahi Haidar dibuatnya.

Haih... Susah betul nak memahamkan Ivan ni.

🕊️

Macam mana experience sayang-sayangku semua baca cerita ni setakat ni? Semua okay?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro