Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

22- Light & Shine

"TAK. Dia bukan perempuan simpanan aku". Tersentak Haidar tatkala dia mendengar Ivan menjelaskan perkara yang langsung tidak dia pinta untuk dijelaskan itu. Haidar malas nak ambil tahu hal orang, dia dah cakap tadi. Jadi dia tak minta pun Ivan menjelaskan tentang hubungan lelaki itu dan Dinda.

"Saya percaya tak pernah sekali pun saya tanya perihal hubungan awak dengan Dinda. Saya tak kisah dan saya tak nak ambil tahu". Haidar menegaskan perkara itu buat kali kedua. Ivan masih tak faham-faham lagi ke? Dia bukan nak tahu sangat tentang Dinda tu. Dia cuma meluat melihat aksi manja perempuan tu dengan Ivan.

"Dia pembantu rumah dekat sini. Sekali dengan Seri dan Mak Ti. Tapi dia tu--".

"SAYA TAK NAK TAHU! AWAK TAK FAHAM BAHASA KE, IVAN?! Dia pembantu rumah ke, perempuan simpanan awak ke, saya tak kisah. Boleh tak awak jangan semakkan otak saya dengan perkara tak berfaedah macam tu? Saya dekat sini hanya untuk keluarga saya. Sedikit pun tentang awak dan kehidupan awak saya tak nak ambil tahu. Tolong lah faham!". Haidar memotong kata-kata Ivan dengan menengking lelaki itu lalu beredar daripada biliknya sendiri. Tangannya yang masih belum siap dibalut oleh Ivan itu direntap kasar.

Kaki Haidar melangkah secara menonong menuruni tangga rumah ini. Ingin dia ke tingkat bawah walaupun tidak tahu ke mana. Yang penting, dia tak nak tengok muka Ivan buat masa ini. Dia nak larikan diri, sudah semestinya lah tak boleh. Arh! Haidar serabut!

Jalan punya jalan, kakinya terhenti di hadapan pintu sebuah bilik. Di pintu itu ada sebaris tulisan yang menjadi penyebab dia tidak menyambung langkahnya. Tulisan itu berbunyi,

"Zaheera's Light & Shine". Haidar menuturkan kata itu sendiri. Di samping papan tanda yang tertulis kata itu ada juga gambar matahari dan juga gambar sebuah palette mewarna. Terpaku Haidar dibuatnya. Stres yang muncul di kepalanya tadi ditolak ke tepi dahulu. Sekarang, rasa ingin tahu yang menguasai minda.

Haidar melihat kiri dan kanan. Takut-takut ada orang nampak dia nak menceroboh masuk bilik asing ini. Nasib menyebelahinya apabila tiada manusia yang lalu lalang. Tambah pula bilik itu berada betul-betul di tepi ruang tamu rumah agam itu. Di tingkat paling bawah.

Tombol pintu itu dipegang lalu dipulas sedikit. Namun, langkahnya untuk masuk ke dalam terhenti. Dia berfikir buat seketika.

'Takpe ke aku masuk ni? Kalau dia marah macam mana?'.

'Tapi bilik ni ada nama aku. Kira boleh lah kan?'.

Dan Haidar membuat keputusan untuk terus melangkah ke dalam bilik itu. Pintu dibuka dengan sedikit luas, muat-muat badan dia sahaja lalu dia masuk ke dalam. Pintu ditutup kembali dan dibiarkan tidak berkunci.

Apabila dia berpaling ke hadapan, terlihat sebuah pemandangan yang sangat menggembirakan hatinya.

Bilik itu mempunyai satu canvas stand yang mempunyai kanvas putih di atasnya. Di bahagian kanan bilik itu ada sebuah rak yang tersusun elok di atasnya beberapa lagi kanvas putih yang lain serta beberapa medium melukis seperti sketchbook pelbagai saiz, papan hitam dan sebagainya. Di sebelah kiri bilik itu pula ada rak kaca dan apabila Haidar menghampiri rak itu...

Gadis itu menekup mulut seolah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

Di dalam rak kaca itu, tersusun elok segala jenis berus lukisan pelbagai saiz daripada yang kecil hingga yang besar. Ada juga pelbagai jenis cat air, cat minyak, dan sebagainya. Senang cerita, semua jenis barang yang digunakan untuk melukis dan mewarna ada di situ.

Haidar toleh ke arah canvas stand itu dan di samping benda alah itu ada sebuah meja kecil yang di atasnya ada sebuah palette mewarna dan...

"Allhamdulillah". Segera Haidar mengucapkan kata syukur itu tatkala melihat sebuah Al Quran berwarna merah jambu yang diletakkan di atas meja itu bersama dengan sepasang telekung putih kosong yang terlipat kemas dan sehelai sejadah yang juga berwarna putih. Semuanya tersusun kemas di atas meja itu.

Haidar datang mendekat dengan meja itu untuk menyentuh kesemua barang-barang yang ada di situ tetapi tangannya terhenti tatkala di atas palette mewarna itu, ada sebuah nota kecil. Haidar ambil nota kecil itu untuk dibaca olehnya.

"Aku beli ni untuk kau. Sesuai dengan syarat kedua kau. I asked you to come but you don't want to. Jadi, aku ajak Mak Ti pilihkan telekung, sejadah dan Al Quran yang sesuai untuk kau. Bilik ni, aku yang siapkan untuk kau sesuai dengan syarat pertama kau. Use it as you wish. Melukis lah, aku tahu kau suka tu". Sungguh. Ivan seakan tahu semua benda tentang Haidar.

Kenyataannya, Haidar memang suka melukis. Selain daripada membuat kek dan pastri, Haidar juga turut gemar melukis. Pada zaman kolej dulu, dia ambil kelas seni sebagai course tambahan. Selepas 'kejadian itu' juga, kerjanya hanya lah melukis sahaja untuk memulihkan mentalnya yang hancur lebur tatkala itu.

Tapi sejak dua menjak ini, dia sudah jarang melukis. Terlalu sibuk dengan kafenya itu. Maka, Puan Zulaikha menasihatinya untuk menjual sahaja kesemua peralatan melukisnya yang pernah dia ada dan menukarkan bilik melukis Haidar di rumah Tengku Haiman itu sebagai bilik stor. Sebagai anak yang baik, Haidar turuti sahaja. Tak pernah dia mengeluh kesah tentang hal itu.

"Terima kasih awak". Haidar mengucapkan kata berharga itu secara diam-diam sahaja.

Di sisi lain, Ivan melihat Haidar yang sedang tersenyum manis. Dia hanya mampu berdiri di belakang pintu itu sahaja. Nak masuk dan kacau Haidar, tidak mungkin. Dia tak nak melanggar peraturan yang ditetapkan oleh gadis itu.

"Sama-sama, Zaheera". Balas Ivan perlahan sebelum dia menutup pintu itu dan berlalu pergi dengan perlahan-lahan. Tidak mahu dia merosakkan mood Haidar jikalau gadis itu tahu yang Ivan sedang mengintainya.

🕊

"ZAHEERA mana, Seri?". Tanya Ivan dengan suara datarnya itu. Seri nak jawab pun takut kalau macam ni! Cuba lah berlembut sedikit.

"Cik Haidar ada di dalam bilik melukis dia, Tuan. Saya dah ajak dia sarapan tadi tapi dia tak nak. Tapi jangan risau, saya dah hantar makanan untuk dia dalam bilik tu tadi. Tuan nak saya panggilkan dia ke?". Jelas Seri dengan jujur. Tak berani dia nak belok-belokkan cerita di hadapan Ivan. Dinda je kut yang berani buat macam tu.

" No need. Nanti saya pergi sendiri dekat dia". Bicara Ivan seraya membetulkan tali lehernya dan menghirup kopi panas yang telah disediakan oleh Mak Ti itu. Makanan dan minuman dekat rumah ni, semua Mak Ti yang akan masak. Seri hanya tolong hidangkan dan kemas mengemas sahaja.

"Baik, Tuan. Ada apa-apa lagi yang Tuan nak? Saya boleh pergi ambilkan di dapur".

"Dinda mana?". Dengar sahaja Ivan bertanyakan soalan itu, terus mati emosi Seri. Dia tak suka topik berkaitan Dinda itu dibuka oleh Ivan. Sama juga dengan Haidar, bukan cemburu tapi meluat!

"Tengah menggatal dengan Pak Mal...". Seri menjawab dengan suara paling perlahan.

"Come again?".

"Dinda ada je kat luar tu, Tuan. Tengah sidai kain. Kenapa?". Seri tersenyum manis serupa tidak bersalah. Padahal dia baru sahaja mengata Dinda tadi. Tapi, betul lah. Dinda tu bukan pergi sidai kain sangat. Sibuk nak menggoda semua jantan di kawasan ini. Sidai kain apa kalau pakai baju nak nampak pusat tanpa lengan dengan kain batik macam tu. Tak serupa bibik langsung!

"Suruh dia masuk bilik kerja saya bila saya balik makan tengahari nanti".

"Tuan... Nak balik makan tengahari?". Terkejut Seri dibuatnya. Berdasarkan apa yang Seri dengar daripada mama Ivan, lelaki ini tak pernah nak lekat dekat rumah. Setakat makan tengahari tu, memang tak la dia nak balik.

"Ya, kenapa? Ada masalah ke?".

Cepat-cepat Seri menggeleng.

"Hehe takdela Tuan. Saya tanya aje. Tapi kenapa Tuan nak jumpa Dinda?". Saja lah Seri nak tanya kan. Dia kan jenis banyak mulut. Ivan pun nampak okay aje mood dia harini, jadi Seri tanya lah.

"Saya nak--".

Belum sempat Seri nak dengar jawapan Ivan, Haidar yang tiba-tiba sahaja muncul itu menyentuh bahu Seri membuatkan Seri berpaling ke belakang.

"Eh, selamat pagi Cik Haidar. Cik Haidar nak sarapan sekali dengan Tuan?". Tanya Seri dan Haidar menggeleng laju. Sarapan sekali dengan Ivan? Huh, memang lambat lagi!

"Saya nak minta tolong awak tukarkan air ni boleh?". Bekas air cat mewarna itu dihulurkan ke arah Seri lalu laju sahaja disambut oleh gadis muda itu. Bukan niat Haidar nak susahkan Seri namun dia malas nak ke dapur apabila dia nampak kelibat Dinda di situ. Nanti tak pasal-pasal ada yang bergaduh tarik rambut dekat sana nanti.

"Boleh boleh! Cik Haidar tunggu dekat sini sekejap". Lalu Seri pun membawa bekas itu ke dapur untuk ditukar airnya. Tinggal lah Ivan dan Haidar berdua di ruang makan itu.

"Kau suka bilik tu?". Tanya Ivan.

"Hm".

"Tangan kau sakit lagi?".

"Hm".

"Dah makan makanan yang Seri hantar?".

"Hm".

Ivan mengeluh perlahan. Orang tanya banyak patah, dia jawab sepatah. Kalau tak diikutkan dia mahu berlembut dengan Haidar, dah lama Ivan humban aje perempuan tu ke luar. Stres betul dia bercakap dengan Haidar Zaheera ini. Bukan main payah nak buka mulut.

"Can you answer me properly?".

Giliran Haidar pula mengeluh.

"Baik lah, Encik Ivan Tyler Grayson. Saya suka sangat bilik tu, terima kasih. Tangan saya juga masih sakit, terima kasih kerana bertanya. Saya juga sudah makan separuh daripada porsi makanan yang dihantar oleh Seri tadi, terima kasih kepada Seri". Bahasa baku 2.0.

"Good then. Aku balik makan tengah-- sorry, I forgot. Kau tak kisah pun kan?".

"Betul dan tepat sekali. Balik lah nak balik, tak nak balik lagi saya suka. Kalau nak balik sekalipun, jangan masuk bilik melukis saya. Itu sahaja. Terima kasih". Haidar membuat gaya menzip mulutnya lalu Seri pun datang. Cepat betul ya budak ni.

"Nah, Cik Haidar". Seri menghulurkan bekas yang sudah berisi dengan air bersih dan jernih itu.

"Terima kasih, Seri. Maaf tau selalu menyusahkan awak".

"Tak apa, Cik Haidar".

🕊️

Update for today!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro