Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2- "Lelaki Gila"

TAB mandi yang berisi air itu perlahan-lahan dimasuki Ivan. Sebaik sahaja air sejuk itu menyentuh kulit hangatnya, memberikan sensasi melegakan untuk dirinya setelah penat seharian menguruskan hal di pejabat, dia berasa sangat nyaman. Hari ini memang hari yang sangat memenatkan. Bermacam urusan tentang pengeluaran model kereta yang baru Steer X keluarkan yang perlu dia uruskan. Kadang rasa mahu sahaja dia berhenti dan jadi buruh binaan. Kerahkan tenaga fizikal daripada tenaga mental. Dia rela.

Kepalanya disandarkan di birai tab mandi. Tangannya juga begitu. Mindanya menerawang memikirkan segala hal. Termasuklah hal gadis itu.

Haidar Zaheera.

Gadis yang baru sahaja dia temui namun sudah menjadi igauan buatnya. Parah sungguh kes Ivan kali ini. Baru bertatap mata sebanyak dua kali, dah tak senang duduk. Perempuan-perempuan yang sebelum ini tidak pula sampai ke tahap angau siang macam ni.

"Haih...". Tanpa sedar, dia mengeluh panjang. Kepalanya diselam selama dua saat di dalam air tab itu sebelum diangkat semula.

Sesaat dia membuka semula matanya, retina Ivan disapa oleh bayangan si ibu yang berdiri sedikit menjauh daripada bilik air. Haih, mama ni buat terkejut je. Entah bila mamanya itu sampai. Nasib lah badannya masih bersarungkan seluar pendek.

"Ivan...". Panggil mamanya lembut.

"Ya, mommy. I am in the bathroom".

"Keluar sekejap, mommy nak cakap sesuatu".

Nak cakap apa sampai tak sempat nak tunggu Ivan keluar daripada bilik air? Penting sangat kah?

"Can you wait until dinner, my?". Bukan niat Ivan nak berkurang ajar dengan satu-satunya ahli keluarga kandungnya itu, tapi sekarang Ivan betul-betul perlukan istirehat. Dia malas nak dengar topik sama yang bakal dibuka oleh mommynya itu. Ianya samaada menyuruhnya untuk berkahwin ataupun...

"I can't. Come out now before mommy merajuk dengan Ivan". Puan Chua yang sudah kenal dengan perangai keras kepala Ivan itu terpaksa menggunakan cara terakhir itu; mengugut untuk merajuk. Selalunya akan menjadi.

Ivan mengeluh panjang sebelum akhirnya melangkah keluar daripada tab mandi itu dan mencapai jubah mandinya. Sempat dia menutup pintu bilik air itu untuk menyalin seluar pendeknya yang sudah kebasahan dek kerana berendam tadi.

Seluar pendek dibuang lalu digantikan dengan jubah berfabrik seperti tuala itu. Jubah itu dia ikat di bahagian pinggang sebelum dia membuka kembali pintu bilik air itu dan matanya sekali lagi menangkap figura ibunya yang kini sudah duduk di birai katilnya.

"So, whats the topic for today? Apa penyebab mommy datang rumah Ivan ni? You want to persuade me to get married or you want to ask me to go to the church with you tomorrow?". Esok hari Ahad, sudah menjadi rutin bagi orang beragama Kristian untuk pergi ke gereja. Termasuk dirinya... sepatutnya lah.

"Both".

Ivan menggeleng berkali-kali. Sudah dia jangka, yang dua topik ini yang bakal dibualkan oleh mamanya. Tiada yang lain.

"Ivan... Sampai bila Ivan nak jadi macam ni? Pasal kahwin tu, mommy masih boleh bertolak ansur. But...".

Kata-kata Puan Chua terjeda seketika.

"About your faith... sampai bila nak jadi macam ni? Nanti daddy--".

"Dia bukan daddy Ivan. I never take his last name. You did, mommy. Bukan Ivan. Pada Ivan, Uncle Raymond tak ubah macam orang asing dalam diri dan hidup Ivan. Ivan masih belum boleh terima dia selagi papa masih ada di hati Ivan". Tegas Ivan berbicara. Dia cukup sebal sekarang ini tapi dia tahan. Tidak mahu melepaskan amarah kepada ibunya.

"Dah sepuluh tahun, Ivan...". Benar. Sudah sepuluh tahun anak-beranak berbangsa Perancis itu berpindah ke Malaysia dek kerana Puan Chua berkahwin dengan lelaki berbangsa cina yang merupakan warganegara Malaysia bernama Raymond Chua setelah kematian Mr Grayson; ayah kandung Ivan.

"Ivan tak nak bercakap tentang hal ni lagi. You can ask Vanessa to come with you to the church tomorrow. Ivan ada hal". Fikirannya terus menerawang ke arah bayangan Haidar dan kedai kek comelnya itu. Ya, itu lah 'hal' Ivan.

Ivan terus berlalu ke arah almarinya dan mengeluarkan sehelai oversize shirt rekaan Yves Saint Laurent lalu ditunjukkan kepada mamanya.

"What do you think?".

"Pakai handsome-handsome ni nak pergi jumpa perempuan mana pula?". Sindir Puan Chua.

"Biasa je Ivan tengok".

"Biasa apanya That's literally the shirt that cost almost the same price as the television. Mommy tahu bukan biasa-biasa. Ivan nak impresskan perempuan mana pula malam ni?". Puan Chua menyoal lagi, kalini keningnya terangkat.

"Mommy bercakap macam nak kata Ivan ni masih lagi playboy je? I have already stopped okay...".

"Mommy tanya aje".

Malas nak melayan mommynya yang suka menyakat itu, Ivan kembali ke almarinya dan mengeluarkan sehelai lagi pakaian. Kalini berupa sehelai tuxedo silk pants in beige berjenama yang sama lalu ditunjukkan ke arah mamanya.

"This?". Soal Ivan lagi.

Puan Chua tergelak sebelum mula untuk mengusik Ivan lagi,

"Cantik tak dia? Nama apa?".

"Mommy...".

🕊️

BARU sahaja Haidar mahu mengunci pintu kaca kedai bakerinya itu, dia merasakan seperti ada seseorang yang sedang berdiri tepat di belakangnya. Bukan apa lah, keadaan malam itu agak sunyi. Jadi, dia dapat dengar deruan nafas tenang seseorang. Lagi pula, haruman minyak wangi lelaki berjenama Bleu De Chanel itu kuat menerpa rongga hidung Haidar.

Haidar nak berpaling tapi dia takut.

Itu lah, Haidar! Mama suruh balik dengan driver tadi, kau degil juga nak balik sendiri. Kan dah kena kacau dengan 'hantu' tu.

Nafas Haidar mula tak teratur sekarang apabila dia terdengar derapan tapak kaki figura yang berdiri di belakangnya itu melangkah semakin menghampiri dirinya.

"Encik-".
"Cik Zaheera-".

Dua suara itu bergabung. Suara Haidar dan suara figura di belakangnya itu. Masing-masing sedang memanggil satu sama lain. Bezanya, Haidar tidak tahu menahu nama lelaki di belakangnya ini dan lelaki ini tahu namanya. Nama keduanya pula tu. Tidakkah menyeramkan tu? Makin membuatkan Haidar ketakutan.

"Ini saya, Ivan". Walaupun lelaki itu sudah menyebut namanya, Haidar masih lagi kaku. Dia tidak pernah kenal mana-mana lelaki bernama Ivan sepanjang hidupnya. Jadinya, dia tetap tidak berpaling. Tetap kaku di tempatnya.

Pasti sekejap nanti, Haidar akan lupakan nama ini.

"Patung beruang".

Bila Haidar dah dengar dua perkataan tu, Haidar terkejut campur dengan lega sedikit. Sekurang-kurangnya dia tahu, yang di belakangnya ini bukan mana-mana serial killer atau orang jahat. Eh tapi, macam mana kalau Encik Patung Beruang ni jahat sebenarnya?

Perlahan-lahan, Haidar berpaling ke arah lelaki itu.

Dia tarik nafas lega.

Betul lah. Encik Patung Beruang.

Suasana hening seketika sebelum Ivan yang berpakaian kemeja hitam dan seluar beige yang dipilihnya bersama Puan Chua tadi kembali bersuara,

"Maaf, saya dah terkejutkan Cik Zaheera". Ivan berkata. Suaranya sedingin ais. Badannya kaku. Seolah kata maaf itu langsung tidak ikhlas dituturkan.

"Tak apa". Haidar mengundurkan dirinya beberapa tapak ke belakang. Encik Patung Beruang ini lelaki, suasana sekarang ini sunyi. Tak elok duduk berdua-duaan dekat-dekat macam ni.

"Encik Patung Beruang datang ke sini nak apa? Croissant saya dah habis". Haidar menundukkan kepalanya. Dia tidak tahu lagi ingin membahasakan diri lelaki di hadapannya ini dengan nama apa. Dia tidak pernah tahu nama lelaki ini. Jadi, dia panggil aje dengan nama panggilan 'Encik Patung Beruang'.

Ivan menahan tawanya yang hampir letus. Haih, gadis ayu di hadapannya ini lawak juga rupanya.

"Saya bukan datang cari croissant. Saya datang nak bagitahu nama saya". Ivan berkata jujur.

"Kenapa nak kena bagitahu nama encik? Saya tak nak kenal pun dengan encik. Dan kalau betul pun saya nak kenal dengan encik, mungkin ini bukan waktu yang paling sesuai untuk encik perkenalkan diri. Encik boleh datang lagi esok. Assalamualaikum". Haidar dah habis bercakap panjang dan ingin berlalu pergi tapi...

Kata-kata Ivan membuatkan langkahnya terhenti.

"Esok saya boleh datang lagi? Maknanya, esok saya masih ada peluang untuk kenal dengan Cik Zaheera?". Ivan berjalan semakin dekat dengan Haidar. Matanya terpejam dek kerana bau haruman minyak wangi Haidar yang menerpa hidung. Tidak lah kuat namun masih dapat dihidu.

Wangi.

" Saya tak halang sesiapa untuk kenal dengan saya. Tapi kalau gayanya macam Encik Patung Beruang ni, mungkin saya tak nak dekati". Haidar jujur sangat!

"Kenapa?".

"Tak ada apa. Saya balik dulu". Dan sejurus selepas itu terus Haidar melangkah pergi.

Sayup-sayup sahaja dia mendengar lelaki itu menyebut sebaris nombor yang dipercayai nombor telefon miliknya. Nombor telefon Ivan.

"Lelaki gila". Bisik Haidar perlahan.

Namun, cepat-cepat Haidar menarik kembali katanya dan beristighfar kerana sedar dia sudah terlanjur. Penciptanya tidak suka akan perbuatan mencela. Dia lupa buat seketika. Dek kerana itu dia terus beristighfar.

🕊️

Update for today!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro