18- Agreement
HAIDAR penat. Ya, dia sudah penat meronta-ronta sedari tadi. Menjerit minta dilepaskan. Namun, tetap tiada seorang pun manusia yang datang menjengah. Selepas sahaja Ivan keluar daripada bilik itu untuk pergi bekerja tadi, ada lah seorang pembantu rumah yang masuk untuk memberikan makanan tengahari yang baru. Itupun untuk itu saja la. Haidar yang merayu-rayu meminta tolong langsung tidak diendahkan.
Jadi sekarang, dia sudah lelah. Makanan yang ada juga masih tidak bersentuh. Jam di dinding bilik itu sudah jelas menunjukkan pukul 1.30 petang. Lelaki itu pasti akan pulang untuk menjenguk Haidar atau untuk makan tengahari sebentar lagi.
Kerana merasakan tekak yang sudah seumpama gurun kering itu, tangan kiri Haidar cuba untuk mencapai segelas air putih yang berada di atas meja solek bertempat di sisi kanan katil itu. Namun, gelas itu terlalu jauh untuk dia capai. Tangannya hanya dapat menyentuh sisi mulut gelas sahaja.
Tanpa dia sedar, ada tangan lain yang terlebih dahulu mencapai gelas itu. Tangan Ivan. Entah sejak bila dia masuk ke dalam bilik itu pun Haidar tidak sedar. Masuk diam-diam, bila dah ada di sisi, baru lah terbau haruman minyak wangi yang selalu dipakai olehnya itu.
Gelas yang diambil tadi lantas disuakan ke bibir Haidar membuatkan gadis itu berpaling ke arah lain.
"Minum, Zaheera". Kata-kata itu langsung tidak ada kelembutan di dalamnya. Kata-kata itu sudah seperti arahan pemimpin diktator! Mana lah Haidar nak minum kalau macam tu. Garang sangat!
"Saya boleh minum sendiri".
"You were struggling just a second ago".
Malas nak bergaduh lagi, Haidar minum juga air dengan gelas yang disua oleh Ivan. Tangan kirinya turut memegang si gelas. Takut juga jika Ivan tiba-tiba berniat mahu bunuh Haidar, terus dia tuang semua air dalam gelas itu ke dalam mulut si gadis. Lemas perempuan tu nanti.
Usai Haidar minum habis air di dalam gelas itu, Ivan sekali lagi menarik kerusi meja solek lalu duduk di samping katil Haidar. Matanya sempat dikerling ke arah nasi bersama lauk yang tidak bersentuh di atas meja itu lalu dia mengeluh perlahan.
"Kenapa kau tak makan?". Ivan bertanya kepada Haidar.
"Saya tak nak. Awak tak faham-faham lagi ke?! SAYA NAK AWAK LEPASKAN SAYA!".
"Aku pergi rumah kau tadi. I pretended to be your boyfriend and tell your parents that you are going for a vacation with me for a while. Mama dan papa kau tak kisah. Jadi, takkan ada orang yang akan cari kau". Ivan tahu, Puan Zulaikha dan Tengku Haiman itu mempunyai peraturan kehidupan sosial yang agak longgar untuk anak tunggalnya itu. Lagi-lagi Puan Zulaikha. Jadi dia tahu, mereka tak akan melarang pun.
Pam!
Tangan kiri Haidar yang bebas itu kuat menampar pipi Ivan sehingga terteleng lelaki itu ke sisi. Once for a while, Haidar menampar makhluk yang namanya lelaki. Rasa-rasanya orang yang terakhir ditampar olehnya pun ialah Edrian kut.
"Awak tipu mama papa saya...". Air matanya yang sudah kering tadi mulai merembes lagi. Dia betul-betul kecewa dengan lelaki di hadapannya ini. Sanggup Ivan menipu mama dan papa Haidar untuk kepentingannya sendiri.
"Awak jadikan saya ni buruk di mata mama dan papa. AWAK INGAT SAYA NI APA?! Awak ingat saya ni perempuan simpanan awak ke nak ikut awak ke sana sini?!". Sembur Haidar lagi membuatkan Ivan terdiam.
"Awak memang dah melampau kan, Ivan? Selfish! Apa yang awak boleh dapat daripada saya, Ivan? Duit?". Soal Haidar lemah di hujung katanya. Kalau Ivan mahukan duit, dia boleh bagi duit. Dia ada duit.
"You have everything I long for. You are the key to all of my questions. Kau takkan faham, Zaheera".
"Saya tak faham sebab awak tak fahamkan saya. We can talk, Ivan. Bukan dengan cara ni". Dengan cara dikurung dan digari di katil bilik mewah ini, bukan. Bukan dengan cara ni. Cara yang sangat salah.
Tindakan di luar jangkaan, Ivan tiba-tiba sahaja membuka kunci gari pada tangan kanan Haidar yang masih berbalut itu lalu menarik tangan kiri Haidar agar wanita itu bangun berdiri daripada katil. Dek kerana berada dalam keadaan keterpaksaan, dia ikuti juga kehendak Ivan tapi masih juga dia memberontak minta dilepaskan. Dia bukan perempuan murah untuk Ivan suka-suka hati pegang! Not anymore!
"Awak buat apa ni?! Lepas lah!". Haidar memberontak ketika tangannya ditarik memaksanya untuk menyeret langkah mengikuti langkah Ivan. Entah ke mana pula jejaka itu mahu membawa Haidar. Ruang bawah tanah? Bilik kurungan? Atau bagi makan pada buaya? Dengan memikirkan semua kemungkinan itu sahaja, Haidar menjadi semakin panik.
"Berhenti la, Ivan!". Jerit Haidar kuat di saat mereka sudah melangkah ke luar bilik; betul-betul di hadapan pintu bilik mewah itu.
"What now?". Tanya si jejaka.
"Awak nak bawa saya pergi mana?".
"You told me you want to talk. We will talk. Now, shut your mouth before I do something to that lips". Ugut Ivan membuatkan Haidar dengan serta-merta terdiam. Entah kenapa, dengan Edrian dia berani sangat tetapi kalau dengan Ivan tatkala ini, dia takut. Mungkin kerana dia tahu, Ivan ni orangnya sukar dijangka. Lihat sahaja lah perubahan pada diri jejaka itu dalam masa sebulan ini. Sebulan yang lepas untuk tiga minggu pertama, lelaki itu seperti sinaran matahari pagi yang ceria. Lalu dia menghilang seminggu. And when he came back, Ivan Tyler Grayson sudah menjadi seseram langit gelap yang menunggu masa untuk hujan.
Maka, Ivan pun menyambung untuk mengheret Haidar ke suatu tempat atau boleh disebut sebagai bilik kerjanya.
🕊
TIADA kata yang mampu keluar daripada mulut Haidar tatkala dia melihat apa yang tergantung pada dinding di belakang Ivan yang sedang terduduk itu. Di dinding itu ada sebuah...
"Aku tahu kau tak percaya bila aku bagitahu kau yang aku bukan seorang Muslim. That's the proof but don't worry, I'm gonna take it down soon". Tenang sahaja Ivan menjawab. Seolah dia tahu apa yang berlegar di minda Haidar tatkala itu.
"Saya tak pernah cakap yang saya tak percaya. Lagipun, itu agama dan kepercayaan awak. Tak perlu buang". Kan?
"You will be here for some time. I need to respect you".
Haidar sudah mulai naik angin kembali.
"Hormat? Ya, hormat. Tapi bukan dengan cara ni! Kalau awak hormatkan saya, you wouldn't even kidnap me in the first place! Apa kena-mengena saya dengan kehidupan awak ni sebenarnya, Ivan? Kenapa awak kena kurung saya dalam penjara buatan awak ni? Buat berapa lama?".
" Listen carefully. Aku culik kau bersebab. Aku jadi aku yang sekarang ni, bersebab. If you are wondering, this is the real Ivan Tyler Grayson. Not the one yang selalu bergaduh mulut dengan kau dulu tu. He's gone. Mulai daripada sekarang, aku ialah aku yang sekarang". Satu benda yang Ivan cakap pun Haidar tak faham. Apa yang lelaki ini cuba untuk sampaikan sebenarnya. Orang tanya lain, dia jawab lain. Dahtu bilanya nak selesai perbincangan mereka ini?
Haidar tidak menjawab. Sebab dia tak tahu nak jawab apa! Dah lah perut tengah lapar, dipaksa pula untuk merungkai kata-kata KBAT yang baru sahaja Ivan tuturkan itu. Sudah lah baru aje kena culik semalam. Dia penat!
"My mom suka datang melawat aku secara mengejut. Lagi-lagi lah rumah ni rumah baru. I bet she will come more often tanpa pengetahuan aku. So let say, I'm not home and she comes one day... Pembantu rumah akan bagitahu kau and I need you to not show yourself to her. Jauh lagi minta bantuan dia". Ivan memberi arahan umpama diktator kuku besi itu kepada Haidar. Dia ingat Haidar ni apa?! Dia ingat Haidar ni servant dia ke yang dia sesuka hati boleh bagi arahan?
"Awak ni keterlaluan, Ivan. Suka-suka hati awak nak bagi saya arahan kan?! Awak tu siapa? Ingat awak tu bos ke dalam rumah ni ha?!!". Tiada lagi Haidar yang lembut suaranya itu. Lupakan saja Haidar versi itu.
"Exactly, I'm indeed the boss in this house. Semua manusia dalam rumah ni, ikut telunjuk aku. Termasuk kau". Jarinya ditunding ke arah Haidar. Sedikitpun tidak tertampal senyuman pada wajahnya.
"Fou (crazy)".
"Je suis (I am). But of course, you get anything you want in return". Okay, kali ini dia senyum sedikit. Itupun senyuman sinis. TAPI, sekarang Ivan cuba untuk membuat perjanjian pula dengan Haidar? Plot twist apakah ini? Ivan ni tak waras agaknya.
"Lepaskan--".
"Except from that".
"Tadi awak cakap--".
"Kau hanya perlu duduk di sini untuk beberapa bulan. Perhaps, three months? Dengan syarat yang ditetapkan. Pertama, kau tak boleh sesekali pun cuba untuk melarikan diri selama tempoh itu. Kedua, kau tak boleh keluar daripada bilik kau kalau my family members come here. Bilik kau akan dikunci kalau mereka nak masuk and that's on you. Itu sahaja syaratnya". Ivan berhenti berbicara sebentar sebelum dia mengeluarkan sekeping kad daripada poket di bahagian dalam sut nya sebelum diletakkan secara kasar ke atas meja.
"Ni kad aku. Nombor pin, 311295". Atau secara panjangnya 31 Disember 1995. Itu merupakan...
"31...".
"Tarikh lahir kau. Maknanya, kad ni memang khas untuk kau yang guna sepanjang kau ada di bawah jagaan aku. There's no limit to it. Kalau kita keluar, kau boleh beli apa sahaja guna kad ni. I don't care. Kau boleh buat apa sahaja dalam rumah ni. Let's just say that in this few months, the house is yours. Kau duduk di sini untuk beberapa bulan, patuh dengan segala peraturan yang aku bagi dan tolong aku selesaikan masalah aku. Then, I will set you free".
"Apa masalah awak ni sebenarnya? Apa kuasa yang saya pegang untuk bantu awak? Tak boleh ke saya tolong awak kalau awak tak culik saya macam ni?". Bebel Haidar seraya dia merenung kad berwarna silver yang ada di atas meja itu. Kad yang Ivan baru sahaja buat khas untuk gadis bernama Haidar Zaheera itu.
" Then that scumbag... ". Ivan mahu bercakap mengenai sesuatu tetapi kata-katanya terhenti.
" Apa?".
" Nothing. Anyway, kalau kau tak setuju atau ingkar dengan perjanjian ni... Tengku Haiman dan seluruh keluarga dia termasuk kau, takkan hidup lama".
"Awak jangan berani-berani nak sentuh keluarga saya!". Haidar bangun daripada duduknya dan mencerlung tajam ke arah Ivan. Seteruk mana pun Tengku Haiman dan Puan Zulaikha, Haidar sayang akan mereka.
"Then, ikut cakap aku. Simple kan? Kalau kau berjaya, aku akan tunaikan semua permintaan kau setelah tamat sahaja waktu beberapa bulan itu. Anything you want, I will grant it. So, say it now".
Haidar menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Awak nak kita tinggal berdua dalam rumah ni. It's againts my religion, Ivan. Boleh tak kali ini sahaja awak cuba untuk faham saya?". Haidar sudah tidak tahu bagaimana dia harus berkata-kata lagi untuk membuatkan jejaka di hadapannya ini faham. Bukannya dia tak nak tolong Ivan, namun dengan cara ini? Ianya salah!
" Bukan berdua. Aku ada pembantu rumah. Three of them, semua perempuan. Aku ada pekerja kebun, lelaki. Most importantly, aku bukan akan tinggal sebilik dengan kau pun. I will be in my room upstairs while bilik kau dekat tingkat ni".
"Susah lah bercakap dengan orang tak faham bahasa macam awak ni". Haidar mengeluh kasar lalu kembali duduk di atas kerusi berhadapan dengan Ivan.
"Like I care. So, kau ada syarat? Kalau ada, bagitahu. Aku akan tunaikan semuanya".
🕊️
Nah, sambungan hehe...
Setakat ni macam mana?
Apa yang sayang-sayangku rasa?
Ivan ni sebenarnya baik ke tak?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro