15- Feeling Weird About This
MAKIN hari, makin teruk pula perangai stalker Haidar ini. Hari ini genap sebulan Haidar diganggu oleh si stalker. Setiap hari selama sebulan ini, ada sahaja bermacam jenis crocheted dessert bersama sehelai nota yang bakal ditinggalkan oleh si stalker berhampiran dengan Haidar. Puan Zulaikha dan Tengku Haiman sudah menegaskan Haidar untuk membuat laporan polis tetapi gadis itu tidak mahu. Dengan alasan bahawa perkara ini ialah perkara remeh sedangkan perkara ini perkara yang cukup besar. Dia cuma tidak mahu menyusahkan ibu bapanya... lagi.
Tetapi, hari ini si stalker memang sudah melampau. Dia meninggalkan sebuah kotak yang penuh dengan semua jenis dessert yang pernah Haidar perolehi sejak daripada hari pertama dia diintip. Semua jenis pencuci mulut termasuk pastri. Di dalam kotak itu juga sehelai nota yang tertulis,
Last day.
Enjoy.
-C.
Dahi Haidar berkerut seribu tatkala dia membaca nota itu. Apa yang dimaksudkan oleh si stalker?
"Last day?". Bicara Haidar sendiri. Apa yang hari terakhirnya? Hari terakhir Haidar diintip ke? Kalau macam tu, allhamdulillah. Tak perlu lah Haidar merisaui hal ini lagi. Kalau tidak...
"Haidar?". Panggil Tengku Haiman tatkala dia melihat Haidar masih berdiri di hadapan pintu pagar rumah sedangkan gadis itu meminta izin untuk pergi ke bakerinya sedikit awal pada hari ini. Ini yang berdiri macam tiang dekat depan ni kenapa? Maka, segera lah dia menghampiri si anak gadis.
"Ya, pa? Papa belum masuk office?". Haidar tersenyum manis seolah yang ada di tangannya itu bukan lah apa-apa.
"Nak pergi dah ni. Haidar buat apa dekat luar ni lagi? Bukan tadi cakap nak pergi bakeri awal sikit?".
Lama Haidar membiarkan soalan Tengku Haiman tergantung tanpa jawapan. Lelaki separuh abad itu kemudiannya menjatuhkan pandangannya ke arah sebuah kotak sederhana besar yang berada di tangan anak gadisnya. Dengan serta-merta dia mengeluh perlahan.
" Dia hantar lagi?". Tengku Haiman mengajukan soalan itu lalu Haidar mengangguk.
"Papa dah cakap, Haidar... Buat report polis. Haidar sedar tak yang nyawa Haidar boleh berada dalam bahaya sekarang ni?". Kalau boleh, Tengku Haiman memang betul-betul tidak mahu memarahi anak gadis lemah lembutnya ini tapi tulah... Haidar ni degil sangat!
"Haidar tahu. Tapi apa gunanya, papa? Kita langsung tiada bukti tentang siapa yang hantar ni. Kita kan dah tengok CCTV, semua tak dapat kesan apa-apa". Ya, itu yang menjadi misteri terbesar saat ini. Semua CCTV yang berada di kawasan rumah agam Tengku Haiman itu akan mengalami beberapa minit masa yang imej yang ditunjukkan akan kabur teruk. Tidak tahu la apa masalahnya.
"Well at least, kalau Haidar buat laporan polis, they will help. Tolong papa, Haidar. Haidar pergi buat laporan". Tengku Haiman sudah seakan merayu pada detik ini.
Haidar mengeluh perlahan dan dia akhirnya mengangguk beberapa kali.
"Esok Haidar buat laporan ya, papa? Harini tak boleh. Haidar ada event dekat kafe. Haidar minta maaf kalau Haidar dah buat papa dan mama susah hati".
"Haidar tu anak papa dan mama, sayang. Tak pernah sekalipun papa dan mama nak berkira dengan Haidar dalam apa jua hal sekalipun. Tak perlu minta maaf. Haidar tu tanggungjawab kami". Tengku Haiman tersenyum manis sebelum menggosok lembut kepala anak gadisnya yang berlapik tudung itu.
🕊
SEJAK kebelakangan ini, tepatnya satu minggu yang terakhir ini, Haidar sudah jarang melihat batang hidung Ivan mengunjungi bakerinya. Biasanya, hari-hari Ivan datang. Ini sudah masuk seminggu lelaki itu tidak memunculkan diri. Sibuk sangatkah dia?
Patutnya hari ini Haidar berasa seronok la kerana event yang dilakukan di kafe kecilnya ini sedang berjalan dengan lancar... tetapi hatinya tidak senang. Dia seakan tercari-cari bayangan jejaka Perancis yang bernama Ivan Tyler Grayson itu.
"Kak, jangan lah termenung aje. Jom la makan". Ajak Yana selaku salah seorang daripada pekerja Haidar. Daneen hari ini tidak dapat hadir kerana tepat pada tarikh ulang tahun kafe ini harini, Daneen perlu menghadiri temu janji berkenaan kandungannya di hospital. Jadinya, hanya ada Yana, Haidar dan tiga orang lagi pekerjanya. Alah, event kecil-kecil aje pun. Haidar turut memberi makanan secara percuma untuk beberapa orang pelanggan pada hari ini.
"Yana dan yang lain makan aje la dulu. Akak kenyang lagi". Alasan! Padahal dia sedang menunggu seseorang.
"Okay lah kak. Yana simpan makanan untuk akak ya?". Ujar pekerja muda itu dan Haidar hanya sekadar mengangguk sambil tersenyum segaris. Fikirannya masih penuh dengan kejanggalan yang berlaku.
1. Kotak dan nota yang diterima olehnya daripada si stalker pada hari ini.
2. Ivan yang tidak muncul lagi di kafenya untuk seminggu yang terakhir ini.
3. Edrian yang sudah seakan menghilang daripada permukaan bumi ini sejak gangguan terakhir yang diterima olehnya daripada jejaka itu sebulan yang lepas.
Apa yang sudah atau sedang berlaku sebenarnya? Ada kaitan kah tiga perkara ini antara satu sama lain?
Tiba-tiba telefon pintarnya yang ada berdekatan dengannya berdenting menandakan ada mesej yang masuk. Dan apabila dia menilik nama pemilik daripada skrin kunci telefon itu, dia ternampak nama samaran yang diberikan olehnya kepada Ivan.
*1 message from Encik Patung Beruang*
Cepat-cepat Haidar mengambil telefonnya itu lalu membuka aplikasi WhatsApp. Ruang mesejnya bersama Ivan ditekan. Maka terpapar lah hanya sebaris mesej daripada lelaki itu. Mesej yang pada Haidar, kelihatan agak janggal.
Encik Patung Beruang
-Saya minta maaf, Cik Zaheera.
Ya. Itu sahaja mesejnya. Dahi Haidar menjadi berkedut seribu. Apa yang lelaki ini maksudkan? Mengapa dia meminta maaf? Rasa-rasanya tiada pula salah Ivan kepada Haidar beberapa hari ini melainkan yang Ivan suka sangat menyakat Haidar dengan ayat-ayat flirty nya itu.
Haidar tidak membalas mesej itu sebaliknya dia terus menutup telefonnya. Dibiarkan begitu sahaja. Dia yakin, kalau lah betul ada sebab yang mustahak di sebalik permohonan maaf itu, Ivan pasti akan datang bersemuka dengannya. Jikalau tidak, maka permohonan maaf itu hanya lah mainan sahaja. Tak penting pun kut.
Malas nak terus memikirkan tentang kejanggalan-kejanggalan yang telah atau sedang berlaku sejak kebelakangan ini, Haidar bangun dan menuju ke arah para pekerjanya dengan wajah yang dimaniskan walaupun kepalanya sedang kusut. Dia mahu menyertai mereka menyambut ulang tahun kafe ini. Jika tidak, terasa kurang sopan lah pula. Dia yang anjurkan selaku pemilik kafe, dia pula yang malas nak join.
Sempat Haidar memberi sepatah dua kata penghargaan buat para pekerjanya sebelum menghadiahi setiap seorang daripada mereka dengan seutas gelang atau jam tangan berjenama. Yang perempuan dapat gelang dan yang lelaki dapat jam tangan.
"Terima kasih, Kak Haidar!". Ucap Imran. Salah seorang pekerja lelaki sama umur dengan Yana. Muda. Dengar kata, mereka ni kawan satu sekolah.
"Baik betul lah bos saya ni, itu sebab saya sayang!". Yana dan seorang lagi pekerja wanita yang lain memeluk badan Haidar dengan penuh mesra. Mereka semua sangat bersyukur kerana dapat bekerja di bawah bos yang sangat baik dan prihatin seperti Haidar.
"Sama-sama semua. Terima kasih juga sebab sanggup bekerja dengan saya".
Haidar pun turut bersyukur mempunyai lima orang pekerja yang sangat patuh seperti mereka. Yana, Imran, Taha, Anis dan yang paling rapat dengannya a.k.a yang paling tua di antara mereka, Daneen Isabella. Untuk wanita itu, tidak lupa juga Haidar sediakan hadiah. Tapi hadiah yang disediakan buat Daneen lebih istimewa daripada yang lainnya. Untuk Daneen, Haidar berikan dua utas gelas emas. Satu untuk Daneen sendiri. Satu untuk si bayi kecil!
Dalam erti kata lain, Haidar menghargai setiap seorang pekerjanya. Allhamdulillah.
🕊️
Double update for today kerana ini mungkin update yang terakhir untuk minggu ini. Minggu depan, hari Isnin (8/7/2024), saya akan update chapter yang seterusnya.
TW ⚠️: Chapter yang seterusnya adalah merupakan chapter untuk konflik pertama cerita ini. Bersiap sedia lah ya? Hehe...
Okay, enjoy reading!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro