13- Sugar
HAIDAR membuat keputusan untuk pergi ke tandas sebelum mereka pulang ke rumah masing-masing.
Hajatnya, dia mahu pulang bersama pemandu peribadi saja. Namun, Vanessa bertegah untuk menyuruh Haidar ikut pulang bersama dengannya dan Ivan. Haidar pun ikutkan sahaja la walaupun hatinya berat. Tak suka juga dia duduk bersama Ivan di satu ruangan walaupun ada Vanessa.
Keluar sahaja Haidar daripada tandas mall itu, matanya menjamah pemandangan yang langsung tak menyenangkan. Pemandangan yang cukup jijik baginya.
"Awak nak apa lagi ni, Edrian?".
Ya, Edrian berdiri bersandarkan dinding di luar tandas itu dengan kedua tangannya yang dimasukkan ke dalam poket. Apabila jantan itu mendengar suara Haidar sahaja, terus dia berdiri tegak. Matanya memandang ke arah si gadis. Langkahnya semakin mendekat membuatkan Haidar berundur ke belakang.
"I dengar you potong rambut you. Kenapa? Sebab you jijik I pegang ke?".
Haidar terdiam mendengar kata-kata Edrian itu. Macam mana lelaki itu boleh tahu dia memotong rambutnya? Mama ke yang bagitahu? Untuk apa?
"Saya rasa awak tiada hak untuk ambil tahu sedikitpun tentang perihal hidup saya. Saya nak potong rambut atau tidak, itu bukan urusan awak. Dan ya, saya jijik bila awak pegang rambut saya haritu walaupun berlapik. Saya. Jijik". Tekan Haidar. Dia betul-betul tidak suka tindakan Edrian yang sesuka hati memegangnya beberapa hari lepas. Biadap!
"Wo wo wo, chill. Dulu bukan you suka ke orang tarik rambut you sambil you menjerit-jerit atas katil?". Edrian tersenyum sinis sambil menabur fitnah mengenai perihal masa lalu Haidar.
"Berhenti membawa perihal masa silam saya dalam setiap pergaduhan kita. It's unnecessary and childish. Dan, semua yang awak katakan itu ialah fitnah semata". Makin marah Haidar, makin Edrian suka.
"Tapi sayang kan bila I tak sempat nak tidur dengan you, nak dengar you menjerit nama I atas katil sebab...". Edrian menilik badan Haidar daripada atas ke bawah.
"... you have changed now. But I'm still craving though". Biadap dan sungguh tidak bermoral kata-kata Edrian itu. Ingin sahaja dia melempang wajah lelaki itu di situ jika situasi mengizinkan. Namun, tidak. Haidar menarik nafas panjang dan bersabar. Dia lalu membuka langkahnya untuk pergi daripada situ.
Tak sampai beberapa langkah menjauh, tangannya ditarik oleh Edrian.
"Apa ni Edrian?! Lepas lah!".
"Kalau aku tak nak lepas, kau nak buat apa? Potong tangan kau? Eh jangan nak berlagak suci sangat lah, Haidar. Kau tu tak ubah macam pelacur tau dulu. Sekarang pun apa bezanya?". Sekali kali Edrian melontarkan kata-kata yang meminta penampar sulong Haidar.
" Lepas lah, Edrian!!".
" Bagi aku rasa badan kau dulu, lepastu aku janji aku lepaskan kau. Ikut aku balik hotel, we spend a night together then I won't disturb you anymore. As simple as that".
"Awak memang dah melampau kan, Edrian?!". Seraya dengan itu, Haidar menampar pipi Edrian menggunakan tangannya yang satu lagi sebelum wanita itu meludah wajah si jantan keparat. Diletakkan logik akal ke tepi dahulu kerana Haidar terlalu geram pada saat ini.
Dan perbuatannya itu berjaya membuatkan pegangan Edrian pada tangannya terlepas lalu dengan cepat-cepat, dia pergi daripada situ.
Di sisi lain, buat kali kedua, ada yang memerhatikan mereka bergaduh daripada balik dinding mall itu.
"Reply to my letter for once saying that you want me to punish him, then I will cut his hand for you to make sure that he won't touch you ever again, sugar". Kata lelaki misteri itu lalu berlalu pergi.
🕊
"MANA Vanessa?". Soal Haidar ketika dia sampai di tempat Vanessa dan Ivan menunggunya tetapi si Vanessa pula yang tidak kelihatan.
"Her guy friend came. Buat kejutan untuk dia. Jadi Ven ikut lelaki tu. Dia dah mesej awak masa awak pergi tandas tadi tapi awak tak balas". Jujur Ivan berkata.
Sungguh. Tadi kawan lelaki (bukan boyfriend ya) Vanessa yang baru sahaja pulang daripada luar negara bernama Stefan Wong itu datang membuat kejutan untuk Vanessa. Gadis itu pun serba-salah juga mahu mengikut Stefan tadi tetapi kesian pula Stefan datang daripada jauh mahu bertemu dengannya. Jadi, dia amanahkan Ivan untuk membawa Haidar pulang dengan selamat. Berat hati juga Vanessa mahu meninggalkan sahabatnya bersama Ivan sebenarnya. Tapi nak buat macam mana kan? Sebab tu dia dah mesej Haidar panjang lebar, meminta maaf tadi.
"Oh...". Haidar mulai resah. Jadi... Sekarang apa patut dia buat? Ikut plan asal dan balik berdua dengan Ivan atau telefon aje si pemandu peribadi?
"Kenapa? Awak takut nak balik dengan saya ke?". Seakan Ivan dapat membaca isi hati Haidar, dia bertanya.
"Jangan salah sangka. Saya bukan takut, cuma tak manis kalau kita duduk berdua saja. Tak apa, saya balik dengan pemandu saya aje la". Haidar tersenyum macam tak senyum.
"Tapi...".
Ivan tiba-tiba sahaja teringat 'amaran' daripada Vanessa.
"Abang kena pastikan yang Haidar balik dengan abang tau! Kalau dia degil, abang ajak juga. Haidar tu bahaya kalau balik sorang-sorang waima dengan pemandu peribadi dia sekalipun sebab ada orang gila tu sibuk nak ikut dia ke sana ke mari. Jadi, abang kena hantar dia balik. Ven percayakan abang tau, jadi Ven amanahkan satu-satunya kawan baik perempuan Ven kepada abang. Don't dissapoint me, Ivan!".
"... Vanessa...".
"Vanessa suruh saya balik dengan awak juga ya?". Haidar pandai meneka kerana memang sejak daripada zaman mereka berdua di kolej lagi, Vanessa melarang Haidar pulang seorang diri kerana bimbang terserempak dengan lelaki gila a.k.a Edrian.
Ivan mengangguk; jawapan kepada persoalan Haidar.
" Macam ni, saya boleh balik dengan awak tapi saya bagitahu mama saya dulu. Saya minta maaf kalau saya semacam menyusahkan awak pula". Ayat terakhir dituturkan dengan suara paling perlahan.
"It's alright, Zaheera. Saya faham. Awak nak balik dengan saya ni, saya dah cukup senang hati dah. At least, I know you will be safe and Vanessa won't be mad at me for making you go home all alone. Mesej la mama awak dulu".
🕊
SETELAH kereta Ivan hilang daripada pandangannya, dia mulai melangkah ke arah pintu pagar rumah banglo milik Tengku Haiman itu. Dia mahu masuk ke dalam rumah dan rehat. Fikirannya sudah cukup berserabut dengan perjumpaannya yang secara tidak sengaja bersama Edrian pada hari ini.
Tidak sempat dia mahu menekan loceng di tiang pagar rumah itu, tangannya terhenti daripada terus maju ke depan.
Di atas tiang pagar yang tertanam loceng rumahnya itu, terletak dengan elok setangkai ceri yang dikait (crocheted cherry) dengan sehelai sticky note di bawahnya. Hati Haidar sudah mulai berdegup kencang. Tangannya yang menggeletar itu merubah arah daripada ingin menekan loceng kepada mengambil ceri dan kertas itu.
Apabila dia amati kertas itu, ada sebuah tulisan.
Sugar.
Sweet as the cherry.
This is yours.
Leave me a note if you want me to destroy him.
-C.
Initial yang sama dengan nota yang sebelum ini. Sah! Ini daripada orang yang sama. Stalker Haidar! Tapi, apakah maksud di sebalik nota yang satu ini? Apakah maksud buah ceri ini? Gula? Semanis ceri? Apakah maksud semua ini?! Haidar bingung!
Dia membuang keduanya ke dalam tong sampah di luar pagar itu sebelum tangannya laju menekan loceng rumah itu.
Beberapa saat kemudian, pintu pagar terbuka lalu Haidar melajukan langkahnya untuk masuk ke dalam kawasan rumah. Makin lama dia berada di luar rumah, makin seram! Boleh jadi, stalker itu masih ada di sekitar kediaman Haidar ini.
🕊️
Sayang-sayangku cuba la teka siapa stalker tu hehe...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro