Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

YAM | Chapter 05

"Maybe, we are just..
not meant to be together."

❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜

Dua bulan kemudian..

Dipagi yang cerah, burung-burung seronok menyanyi, tapi sayang, semuanya tak boleh membuat wajah tiada emosi Harraz tersenyum kembali.

Hidupnya seakan musnah.

Bukan kerana takut akan hasil peperiksaan terakhirnya, tapi kerana dia. Perempuan itu.

Ya, Harraz masih tidak dapat melupakan Shin Minyoung walaubagaimanapun Mikhael cuba untuk membantu, senyuman kotak lelaki itu seakan sudah hilang dan tidak boleh kembali lagi.

"Harraz!" Suara bingit seseorang memanggil dirinya dari jarak jauh. Ah, sudah pasti itu anak si Pak Jeman, pengawas kebanggaan sekolah yang selalu tertidur dalam kelas, Zhareef Hakimi.

"Kau dah dapat ke result paper semalam?" Sekilas saja Harraz memandangnya sebelum kepala terus menggeleng. Zhareef mengerutkan dahi.

"Kau.. Jangan kata kau masih tak okey. Weh, benda dah berlalu dekat dua bulan lebih. Lupakan sajalah. Apa jadi pun, kita tetap bernafas! Life goes on brader!"

Zhareef baru saja ingin menarik kerusi sebelah Harraz, mahu duduk disebelahnya, tapi pantas lelaki itu bangkit.

Zhareef tergelak, cukup tidak percaya. Serius lelaki ini selalu besar-besar kan hal yang kecil.

"Aku dah minta maaf, kan? Jangan lah layan aku macam ni. Kau tahu, aku terpaksa. Dia ugut aku!"

"Kawan tak menipu kawan dia, hanya untuk tutup penipuan sepupu dia." Ujar Harraz satu nafas, membuatkan Zhareef terus melepaskan keluhan panjang serta menggulingkan biji mata, tanda menyampah yang teramat.

Ah.. penipuan itu. Penipuan bahawa Raeyan dan Minyoung tiada apa-apa, dan semua itu dikatakannya sebelum Harraz membuat confession pada Minyoung.

Bukan ke ianya kelihatan jelas seperti a set up? Seakan dia sengaja mahu membuat Harraz malu selepas membuat pengakuan cinta matinya pada Minyoung, dihadapan Raeyan, teman lelaki perempuan itu, juga merupakan sepupu kepada Zhareef?

Iya, Zhareef dan Raeyan ialah sepupu.

Tetapi, mengikut kata Zhareef, dia tidak berkawan dengan Raeyan. Dia cuma terpaksa mengikut arahan lelaki itu atau dia terpaksa berhadapan dengan ayahnya atas semua kesalahan yang pernah dia buat dahulu.

That bastard Raeyan will freaking blurted out all his filthy doings. And Zhareef, for sure, won't let him do that.

"Kenapa kau tak boleh lupakan dia saja, Raz? Lupakan lah dia. For god's sake, banyak lagi bunga dalam dunia ni.." ucap Zhareef kali ini dengan nada pasrah. Penatlah setiap hari seperti ini. Asyik bermasam muka dengan kawannya sendiri, hanya kerana sepupunya.

Kalau lah boleh, dia mahu putar balik masa dan berharap dia tidak akan ada sepupu seperti Raeyan. Menyusahkan!

Harraz terdiam seketika. Tahu sangat dia sedang bercakap tentang siapa tapi.. ianya susah.

Kerana tidak akan pernah ada bunga yang seperti Shin Minyoung.

"Jangan menyibuk hal aku lagi." Beg sekolahnya diambil, kaki Harraz terus melangkah pergi keluar dari kelas ini, meninggalkan pengawas sekolah itu.

•••

"Aku dah jumpa bapa baru untuk kau. Lelaki yang mampu jaga kita berdua."

"Bro, kau dengar tak ni? Raz? Harraz?"

Lamunan remaja lelaki itu terus terhenti saat wajah kawan baiknya, Mikhael berada dihadapan mata, memetik jari berkali-kali.

"Sorry, aku tak dengar tadi. Tengah fokus tengok diorang," ujar Harraz memberi alasan, jarinya menunding ke arah gelanggang bola keranjang yang penuh dengan remaja seumuran mereka berdua.

Mikhael yang sedang berdiri sambil menjilat sebatang aiskrim terus melabuhkan punggung disebelah Harraz. Dia memandang bawah, tali kasutnya sudah terbuka, lalu kon aiskrimnya dihulurkan pada Harraz, menyuruh lelaki itu untuk pegangkan untuknya buat seketika.

"Tak, aku nampak kau merenung batu tadi macam kau nak makan batu, kau tak pandang pun gelanggang bola keranjang tu. Kenapa, Raz? Ada problem ke? Kebelakangan ni, kau macam tiba-tiba kena sampuk je. Asyik-asyik mengelamun. Masih fikirkan pasal movie Transformers tu ke?" Tanya Mikhael. Sebenarnya, dirinya yang masih lagi tidak boleh lupakan filem Transformers 10: Functional Powerbank yang mereka pergi menonton bersama tiga hari lepas. Katanya, Harraz dah lama terperap didalam rumah, atau biliknya untuk lebih tepat, seperti kubis yang diperam menjadi Kimchi.

Walaupun dia tahu sangat, Harraz tidak minat akan filem-filem robot, fantasi, tak masuk akal, pelik dan merapu ini, berbeza dari filem kesukaannya; senang kata, tapi dia masih lagi gunakan cara itu untuk keluarkan Harraz dari gua ciptaan lelaki itu.

Harraz tergelak kecil sebelum menggelengkan kepalanya. Tak, ini bukan tentang Transformers lagi, Mika. Ini lagi teruk.

"Oh, aku terlupa nak tanya kau," tali kasut sebelah kanan sudah siap diikat, kali ini dia menyambung mengikat tali sebelah kiri pula.

"Kau dah buat keputusan ke nak sambung belajar atau nak terus kerja nanti? Kalau kau nak kerja, kau tak payah pergi jauh-jauh. Restoran yang bapa aku baru buka tu pun perlukan ramai peker-"

"Omma aku ajak pindah."

Suasana diantara mereka terus berubah sunyi sepi. Mika yang masih berada didalam posisi membongkok sambil mengikat tali kasutnya terus berhenti, kaku, terdiam.

"Kenapa?" Akhirnya, Mikhael bertanya selepas melabuhkan punggung di sebelah Harraz. Wajah Harraz yang menunduk tadi terus mendongak, merenung muka Mikhael. Raut wajah tertanya Mikhael terus berubah. Dia tahu, dia sudah tersalah cakap. Harraz terus menarik senyuman senget.

"A-Aku tahu, aku tak patut tanya- like hell, aku tak patut tahu pun pasal kehidupan peribadi kau tapi aku cuma nak tahu kenapa sebab aku.."

Aku takut, kau lupakan aku.

Aku takut, kita dah tak bercakap lagi..

Aku takut... Aku rindukan kita..

Tapi bukan itu yang keluar dari mulut Mikhael.

"Kau tahu, tak ada siapa yang pernah bertahan dengan aku selama 4 minit, Raz. Kau tahu aku macam mana.. Jadi aku tak sanggup nak tengok kita pecah belah.. kau tahu lah kan?"

TAP!

Aiskrim yang sudah cair ditangan Harraz, diberi semula pada tuannya. Mikhael sudah terkebil-kebil.

"Rileks lah. Mama aku cuma ajak pindah. Tak tahu bila lagi. Mungkin akan pindah.. selepas kau punya hajat nak jadi batu termakbul nanti?" ujar Harraz bersama tawa besar sebelum menepuk kuat bahu kiri Mikhael, mahu naikkan sedikit semangat kawannya yang sudah jatuh merudum. Bersama senyuman misteri dibibir, dia bangkit dari bangku itu, tiba-tiba terasa mahu menyertai perlawanan bola keranjang itu pula tetapi..

PLET!

Mikhael yang berada dibelakangnya, terjatuhkan aiskrim yang dipegangnya saat Harraz menepuk bahu kirinya. Bahu yang baru beberapa minggu dia menjalani pembedahan. Habis jatuh ketepek seperti taik burung mendarat di atas cermin kereta orang, seperti itulah aiskrim itu jatuh di atas rumput hijau itu.

Sungguh.. slow motion. Dramatik.

"Ugh.. Harraz.. Kau tahu, bahu aku masih sakit.." Mikhael berdesis kesakitan, bahunya dipegang, sebelum wajahnya mendongak, hanya untuk melihat Harraz sudah terlebih dahulu melarikan diri jauh darinya. Tawa kecil terlepas dari mulut Muhammad Syafiq Mikhael.

Maafkan aku, Harraz.

Salah aku sebab kenalkan dia pada kau.

Salah aku.. sebab kau tak dapat lupakan dia.

Salah aku.. Kau sengsara.






to be continue ..

minor character

Zhareef Hakimi

ꗃ.. author notes !!

SIOT dah nak habis 2021, aku masih tak dapat menamatkan story ni lagi HAHAJAHAJAHAJAGAHA maafkan saya gais, aku agak selow bab update pastu aku banyak publish buku baru, sampai lupa story ni wujud HIHUHHUHU

Aku doakan, supaya 2022, aku dapat siapkan story ni sampai tamat HUWAA AKU NAK TENGOK HARRAZ DENGAN MINYOUNG 🥺💔

Apapun, happy holidays semua! Sayang korang sangat-sangat! ❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️ Semoga kita berjumpa lagi pada update seterusnya! JUMPA LAGI! PAPAI!

last update: 18 December 2021

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro