YAM | Chapter 04
“Why must you do this to me?”
❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜
HARRAZ KIM'S POV
JERITAN omma yang suruh aku makan pagi sebelum gerak ke sekolah, hanya diabaikan. Aku teruskan berlari sampai dirumah Mikhael.
TOK! TOK! TOK!
"Assalamualaikum! Mika!" Terpekik-pekik aku dihadapan pagar depan rumah banglo nya.
Apa yang aku jangkakan, memang betul. Malam semalam, dia lah yang paling hyper active bila aku kata yang aku mahu confess pada Minyoung hari ini. Siap buat plan lagi, nak tolong belikan aku bunga untuk beri pada Minyoung.
Tapi sekarang ni, dapat aku lihat wajah baru bangun tidurnya. Dengan rambut serabai, air liur basi masih berbekas dipipi, matanya yang merah seperti orang tidak tidur malam, aku hanya mampu mengeluh kecil.
"Oooh, Raz. Kau rupanya.. Nak apa? Pagi-pagi buta kacau aku, takde life ke?" Mata aku terbuntang.
Fuh, baru bangun pun mulut masih boleh tahan pedas.
Baru saja mahu membuka mulut, dia terus mencantas laju. "Ha, kalau dah takde apa-apa, aku nak sambung ti—"
"Mika, kau kata semalam nak tolong aku confess dekat Minyoung? Mana bunganya? Mana semua benda yang kau dah pelan semalam?" Mikhael mengeluh kasar, wajahnya menunjukkan reaksi negatif terhadap soalan aku.
"Buat apa aku nak membazir duit untuk orang yang aku pun tak tahu sama ada dia sukakan kau atau tak. Kalaulah dia tak suka kau? Ha, macam mana? Haih.. Susah-susah sangat Raz, kau petik jelah bunga taik ayam dekat tepi jalan tu—"
"Alaaaaaa.. pleaseee mikaaaaaa pleaseeee! Ini pengalaman sekali seumur hidup aku ni. Kau tak nak tengok member kau bahagia ke?" pantas aku mencantas percakapannya pula. Mata dikerdip beberapa kali, bibir dimuncungkan, membuat gaya puppy eyes.
Dia memandang aku sebelum menggelengkan kepalanya.
Puppy eyes Harraz Kim Daniel memang tak boleh dilawan.
Lelaki pemalas itu mulai masuk ke dalam rumahnya, mahu bersiap sedia keluar untuk mencari kedai bunga yang terdekat.
Aku tertawa kecil, sengihan kemenangan itu masih kekal terukir dibibir.
Minyoung, walau apapun yang terjadi, hanya awak yang akan bertakhta dihati ini!
******
Pintu rumah utama ku dibuka luas, sebelum dihempas kuat. Tiada salam, tiada hai, aku terus berlari masuk ke dalam kamar tidurku.
"Yah! Siapa ajar kau main hempas-hempas pintu, ha?! Kalaulah pintu tu tercabut, siapa nak bayar ganti rugi?! Kau ingat aku kerja cop duit ke nak kena bayar setiap benda yang kau rosakkan?! Yah! Harraz Kim Daniel!....."
Bebelan dan makian omma bagaikan angin. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.
Langsung tidak terkesan pada diriku. Lagi-lagi bila hati ini sudah dipecahkan seribu.
Minyoung.. apa sebenarnya salah aku?
:
:
:
"Minyoung.." senyuman yang terukir dibibirku saat melihat wajah si penculik hati terus pudar ketika pandangan ku jatuh, memerhati lengan kekar Raeyan dengan smoothlikebutter merangkul pinggang ramping Minyoung.
Perempuan itu langsung tidak menolak lagikan berasa janggal dengan situasi itu. Seakan dia sudah terbiasa.
Iris matanya menangkap keberadaan aku yang sekaki jauh dari mereka. Pantas, lengan kekar Raeyan ditolak.
"H-Harraz.. Awak buat apa dekat sini-- Mika ikut sekali ke?"
"Mika kata dia ada hal.." Perlahan saja aku menjawab. Padahal, Mika ada saja ditepi pokok sana. Memerhati keberhasilan pelan yang kami sudah rancang.
Terlepas helaan nafas lega dari perempuan itu. Nasib Mika tiada. Kalau dia ada, pasti dia sudah bertumbuk dengan Raeyan. Lelaki itu bukan boleh dipercayai. Protective sangat.
Buat kali terakhir aku melepaskan segala benda yang mengganggu aku sekarang ini. Kau boleh, Raz! Kau boleh!
JAB!
Aku menutup mata rapat sebelum mengeluarkan sejambak bunga yang telah dibeli tadi.
"Minyoung, s-saya dah lama sukakan awak! S-Sudi ke awak keluar dengan saya esok pagi?"
Reaksi yang diharapkan tidak kesampaian. Sebaliknya, reaksi yang tidak dijangkakan yang aku dapat. Dia ketawakan aku. Minyoung dan lelaki itu, Raeyan Rafael.
Perlahan-lahan, mataku terbuka. Jambangan bunga yang dihulurkan tadi juga mula jatuh kebawah. Apa yang lawak?
"You dengar tak dia cakap apa? Hahaha lawak apa dia cuba buat ni!" Lagi kuat tawa mereka berdua.
"Harraz, i'm sorry but saya tak suka awak. And to be honest, saya annoying dengan awak. Awak ni.. clingy sangat. Sudahlah clingy, emo boy, anak mak pulak tu. Maaflah, tapi taste saya tinggi hahahahhaha," kata Minyoung sebelum menyambung ketawa.
Aku terkebil-kebil. Jambangan bunga itu terus terjatuh ke atas tanah.
"Sampai hati awak, Minyoung.. K-Kalau awak tak suka saya, awak boleh je kata tapi tak perlu lah sampai menghina. Saya tahu saya siapa," perlahan aku bersuara, menahan esakan aku dari terlepas. Oh tuhan, aku nampak sangat menyedihkan.
"Harraz Kim Daniel. Awak kena faham. Saya ni limited edition. Saya taknak bersama dengan s-sampah seperti awak. Ah dan lagi satu, saya tak pernah suka berkawan dengan awak. Kalau boleh, kita tak payah langsung jumpa satu sama lain lagi. Iyalah, mana tahu nanti, saya akan terjadi seperti mak awak. Seorang pelacur—"
"WOI!"
Jeritan kuat seseorang dari hujung pokok itu mengejutkan mereka semua. Harraz sudah menunduk. Sungguh dia tidak sangka. Perempuan yang dia sudah lama menyimpan perasaan, kini berubah sepenuhnya menjadi seorang perempuan yang sangat lain.
Setapak saja kaki Mikhael berhadapan dengan mereka semua, dua tapak terus mereka mengundur.
Wajahnya sudah memerah panas, tidak tahan mendengar lagi hinaan dan cacian yang mereka lemparkan kepada Harraz, kawan baiknya sendiri.
"Shin Minyoung.. I pity you. Kau nak tahu tak, siapa yang nampak sangat seperti pelacur sekarang ni? Kau."
"Kesian, kan? Ibu dekat luar sana berkerja separuh mati, anak dekat sini, seronok berzina membusukkan nama keluarga. Hahahahahaha!"
"Shin Minyoung.. Did you forget the quote? 'What you give, you get back?' Hm. Aku harap, itu sudah cukup untuk buat kau berfikiran secara waras kembali. Sudah, jom balik Harraz." Tanganku terus ditarik Mikhael kuat, memaksa aku untuk pergi meninggalkan mereka yang sudah terkaku dengan ayat Mikhael.
Mungkin.. Mungkin sebab ini Mikhael selalu menyuruh aku untuk tidak terlalu rapat dengan Minyoung.
Mungkin dia sudah tahu, bahawasanya wanita itu tidak layak untuk aku.
T-Tapi kenapa hati aku masih lagi sakit.. melihat Minyoung melepaskan tangisannya diatas bahu Raeyan dan bukannya aku..?
to be continue ..
ꗃ.. author notes !!
Astaghfirullahalazim, berapa lama dah aku tak update cerita ni :((
Maaf kepada readers semua :( bet dah takde siapa dah baca cerita ni :(( salah aku lah sebab asyik terlupa nak update hm. Miannnnn 😭💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜 semoga korang suka dengan chapter kali ni :3❤️❤️❤️❤️❤️ enjoy EHEHEHHE !
⌗ side character
Raeyan Rafael
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro