YAM | Chapter 03
“I wrote something.. about you.”
❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜
HARRAZ KIM'S POV
Aku berjalan memasuki kelas tiada siapa pun yang berada didalam kelas. Aku datang terlalu awal atau cikgu yang datang lambat?
Zip beg sekolah dibuka, sebuah buku berwarna coklat dibawa keluar. Tidak lupa juga, sebatang pen diambil bersama.
Kiri kanan dipandang, takut juga kalau orang tiba - tiba masuk kelas. Terasa seperti sudah selamat, pen mula bergerak, menulis sesuatu diatas buku itu.
Harraz Diary.
15 Februari 2012, 7:34 pagi.
Tahun ini adalah tahun terakhir aku bersekolah. Tahun terakhir juga aku melihat Minyoung sebagai seorang kawan.
Aku sudah berfikir masak-masak, selepas umur aku meningkat 25 dan aku sudah ada kerja yang stabil, aku mahu masuk meminang dia.
Pada kali pertama aku berjabat tangan dengan dia, aku sudah tahu, dia ialah bidadari aku.
Petang nanti, aku akan bawa dia keluar pergi makan, tengok wayang, dan berkemungkinan akan meluahkan perasaan aku pada dia.
Tapi itu semua angan-angan je.. Hahaha aku mana ada duit nak bawa dia pergi makan di restoran mewah ataupun tengok wayang.
Aku ni, makanan barat pun aku tak pernah sentuh. Setiap hari, roti canai saja yang akan memenuhi perut aku.
Kadang - kala, aku terpaksa makan maggi dibawah tiang lampu dihadapan rumah, kerana eomma selalu menghalau aku keluar apabila dia bersama dengan lelaki asing. Sedih. Aku memang sedih.
Satu lagi sebab juga kenapa aku nak kahwin dengan Minyoung adalah dia selalu kuatkan semangat aku. Dan, aku pernah cerita pada dia tentang kisah hidup aku. Paling aku terkejut, dia.. langsung tak judge aku. Sebaliknya, dia memahami aku.
Tentang Mikhael pula.. Aku tak tahu nak terangkan bagaimana.. Kehidupan aku dan Mikhael sangat berbeza. Ibu bapa dia kaya, setiap hari dia dapat makan makanan mewah. Tapi ada satu benda yang baik pada dia, dia tak pernah riak. Jikalau dia dapat sesuatu, dia pasti akan berkongsi dengan aku.
Walaupun begitu, didalam sudut hati aku, ada sekelumit perasaan benci pada dia. Dia.. dia asyik suruh aku jangan rapat dengan Minyoung!
Kenapa? Adakah sebab aku tidak layak? Adakah sebab kami berbeza bangsa, agama dan harta? Ataupun sebab-
"Oi Raz. Kau buat apa tu? Syoknya," serta merta aku menutup buku itu.
Kepala naik melihat si pemilik suara. "T-Takde apa. A-Aku tengah--"
"Kenapa kau gagap? Kau tengah lukis gambar lucah ke?" mata aku terus membulat besar. Tahi jenis 2012 ke ini?
"H-huh? Sejak bila? Aku tengah tulis--"
"Aigoo! Kau tak payah sorok lah weh. Aku tahu budak - budak macam kau memang selalu terbayang benda - benda macam tu. Pelik juga aku dengan budak jaman now. Dulu, aku tak pernah terbayang benda macam tu.. Aku asyik tengok kartun je. Kau kenal Wonderpet? Yang ada itik, kura kura dengan hamster- eh? Hamster ke goblin? Aku lupa tapi dia ketua--"
"Mikhael, kau cakap jela kau nak apa. Kenapa kau datang sini? Bukan ke kau dah habis sekolah?" pantas saja aku mencantas.
Tidak mahu dia lebih banyak mengarut. Memalukan diri dia sendiri saja. Nasib baik hanya kami berdua saja didalam kelas sekarang ni.
Mikhael terus melepaskan ketawa besar. "Garunks nya ai laik HAHAHAHAHA!" gelaknya lagi. Aku hanya membuat muka cemberut.
"Rilek lah, aku memain je. Kau ni, mestilah aku dah habis sekolah. Aku datang sebab nak hantar adik sepupu aku je. Tapi sebelum tu aku nak jumpa kau dulu, nak bagitahu sesuatu pasal Minyoung," ujar Mikhael seraya melabuhkan punggungnya ke atas meja sekolahku.
Kening aku bertaut. "Minyoung? Kenapa dengan dia?"
"Takdelah. Tadi, aku nampak dia dengan seorang budak lelaki ni. Aku pergi lah tegur dia, tup tup budak lelaki tu tiba gelabah lepas tu mula marah - marah aku. Dia cakap, jangan dekat dengan girlfriend dia, blah blah blah... Ceh, nak je aku tumbuk muka tak matang dia tu. Sebelum blah, aku sempat baca nametag dia. Nama dia lebih kurang macam.. Rambutan? Ramlah? Rafila--"
"R-Rafael.. Raeyan Rafael.."
END OF HARRAZ KIM'S POV
******
AUTHOR'S POV
"Assalamualaikum! Eomma! Eomma! Eomma! Raz dah balik!" Harraz menjerit kegirangan, tidak tahu apa punca yang membuatkan dia sangat gembira tika ini.
"Dekat belakang!" Harraz terus berlari ke laman belakang, hanya untuk melihat eomma nya sedang menanam biji benih dari cili merah.
"Ha, dah kenapa kau terjerit - jerit tadi? Buat aku tak—"
"Raz nak kahwin!"
TUCK!
Alat tanaman yang dipegang Puan Kim terus dicampak ke tanah. Mata Puan Kim tajam merenung wajah confident Harraz.
"Harraz, kau dengar tak apa yang kau tengah cakap?" Harraz menggangguk laju, perbuatannya itu lagi membuatkan Puan Kim naik angin.
"Kau gila dah ke? Kau tu dah lah masih bersekolah, makan dari duit aku, spender kau pun, aku yang beli. Macam mana kau nak tanggung anak dara orang kalau kau tak boleh tanggung diri sendiri?"
Harraz langsung terdiam. Walaupun kata - kata eomma nya ada betulnya, tapi itu langsung tidak mematahkan semangatnya untuk bersama dengan Minyoung.
Dia tetap mahu berkahwin dengan Minyoung sebelum Rafael merampas Minyoung darinya!
"Kau nak kahwin dengan siapa?" soal Puan Kim secara tiba-tiba.
Harraz tersenyum lebar, mungkin kalau bagitahu eomma nya tentang Minyoung, eomma nya akan jadi gembira. Sebab, iyalah, perempuan tu kan sama bangsa dengan ibunya.
"Dia kawan Mikhael. Dia pun datang dari Korea tapi dia dah lama menatap kat sini sebab mak dia kerja sini. Raz dah lama suka dia, ma.. Jadi, Raz fikir nak ka.."
"Tch, tak sangka, aku lahirkan orang paling bodoh dalam dunia ni," cantas Puan Kim dengan nada suara menyampah seraya menggulingkan biji matanya.
"E-Eomma! Raz tak bodoh lah! Iya lah, mungkin Raz bodoh sikit tapi bagilah Raz peluang untuk tunjukkan yang Raz.."
"Andwae. Aku kenal sangat perempuan dari Korea semua perangai macam mana. Kau, jangan jumpa atau dekat dengan dia lagi kalau kau taknak pergi sekolah dengan mata lebam." Sekali lagi, percakapan Harraz dicantas.
Puan Kim mula melangkah masuk dalam rumahnya, bergerak ke arah singki untuk mencuci tanah yang terkena ditangannya.
Ugutan yang diberi langsung tidak menakutkan Harraz. Sebaliknya, Harraz mula menjerit kuat pada ibunya.
"Eomma, boleh tak eomma jangan jadi racist macam makcik makcik dekat luar sana?! Dia sama bangsa dengan eomma kut! Takkanlah eomma— argh! Forget it! Eomma takkan pernah faham Harraz! Harraz takkan pernah dapat buat keputusan untuk diri sendiri! Harraz ni dah macam lembu kena cucuk hidung! Asyik kena ikut saja cakap eomma! Tsk.. Patutnya eomma je yang mati dan bukannya appa.."
PAP!
Harraz memegang pipinya yang masih terasa perit dek akibat tamparan padu Puan Kim.
"Oh, aku harap sangat aku mati daripada jaga beban macam kau ni tapi nak buat macam mana, kan? Bapa kau memang sial. Suka sangat bagi aku beban. Sepatutnya aku cekik je kau masa kau baru lahir,"
to be continue ..
ꗃ.. author notes !!
WELP that is quite tragic HSGSJAAHHAVAJABAHA btw heyyyy babes 🥰 Maaf tau lambat update :(( harap korang bersabar dengan update kali ni HEHE terima kasih yang sudi membaca, vote dan komen! :3❤️ Stream LGO tau! ❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro