YAM | Chapter 02
“Our first encounter.”
❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜
HARRAZ'S POV
24 MAY 2005. Hari raya sudah pun tiba tapi aku tidak rasa mahu menyambutnya. Aku cuma mahu duduk dirumah sambil makan kuih raya..
Lagipun, raya kali ini sudah tidak akan lengkap seperti dahulu lagi.
"Assalamualaikum! Harraz! Oooooh Harraz! Keluarlah! Kata nak raya sama - sama!" Telinga ditekup. Aish! Aku tak patut setuju nak sambut hari raya bersama dia.
Ugh! Biar aje lah dia duduk diluar rumah. Bukannya eomma-
"Eo? Kamu ni siapa? Buat apa dekat sini?" Jelas kedengaran suara eomma diluar. Eh? Awal pula eomma balik..
Alamak! Mikhael pula ada diluar. Mikhael tu bukan boleh percaya. Cakap pun asyik lepas. Kau bayangkan, budak yang baru berumur 12 tahun dah pandai mencarut pada orang tua!
M-Macam mana kalau dia terlepas cakap pada eomma juga? Matilah aku kena kurung dalam rumah lagi!
Dengan sepantas kilat aku memasuki bilik tidurku sebelum baju tidur yang tersarung dibadan ditukarkan kepada sepasang T-shirt putih dan seluar jeans berwarna hitam.
TAMAT HARRAZ'S POV
▪▪▪
AUTHOR'S POV
Mata Mikhael melihat tubuh Puan Hawa atas dan bawah sebelum melepaskan ketawa sinisnya.
Gaun singkat dan ketat yang dipakai ibu Harraz sangat menjolok mata. Tidak sesuai sangat dipakai oleh seseorang yang sudah bergelar janda anak seorang.
"Jadi, inilah mak yang tak pandai menghargai anak dia tu, ya?"
Muhammad Syafiq Mikhael. Namanya serupa bidadara. Siapa saja yang mendengar namanya, pasti akan fikir bahawa dia ialah seorang budak lelaki yang baik dan berbudi bahasa.
Tetapi hakikatnya, tidak. Dia ialah maharaja kepada carutan dan seorang yang sombong. Dia langsung tidak takut dengan manusia ataupun hantu. Dia hanya takut pada yang satu. Tuhan yang memberi dia kehidupan walaupun kehidupan itu tidak sempurna, dia tetap sayang padaNya.
Tapi itulah, mulut dia tu. Tak ada insurance.
"Makcik, makcik sedar tak? Makcik ni dah tua. Kulit dah berkedut. Anak pun dah besar panjang. Makcik tak rasa malu ke bila lelaki dekat luar sana tengok badan makcik atas bawah? Euw euw makcik ni- ish jijiks lah ai!"
Mata Puan Hawa Kim Anais membulat besar. Mulutnya langsung tidak boleh mengeluarkan sebarang suara. Mukanya mula memerah. Perasaannya bercampur baur.
Adakah dia baru saja diceramah oleh seorang budak?
"Macam ni lah makcik. Kubur dah kata mari, rumah dah kata pergi. Kalau makcik tak tahu nak bertaubat, saya boleh bagi free sebatan—"
"M-Mikhael! Jom pergi!"
Wajah si ibu langsung tidak dipandang, sebaliknya Harraz terus berlari keluar dari rumah itu sambil menarik lengan Mikhael bersamanya.
▪▪▪
"Raz, kau ingat lagi tak tentang kawan aku dari South Korea yang aku pernah cerita tu?"
"Hm."
"Dia dah datang Malaysia semalam! Dia kata, dia tak sabar nak jumpa aku. Aku pun tak sabar! Aku dah lama tunggu dia! Aku harap dia bagi aku banyak - banyak coklat! Bolehlah aku kongsi dengan kau nanti muehehehehe!" sungguh rancak sekali Mikhael bercerita.
Dia mengharapkan Harraz akan beri reaksi yang teruja juga tetapi tidak. Bukan hari ini.
Muka Harraz langsung tidak tercalit sebuah senyuman gembira. Wajah dia hanya kelihatan suram dan emotionless.
Lengan Harraz terus dipegang, serta merta kaki Harraz berhenti daripada berjalan.
"Kau kenapa ni weh? Macam takde mood—"
"Macam mana aku nak ada mood kalau ibu kandung aku dihina oleh kawan baik aku sendiri? Depan mata aku pula tu.." cantas Harraz pantas.
Bebola mata digulingkan. Bosan sudah dia dengan perangai Harraz ni. Suka sangat menyebelahkan ibunya walaupun dia tahu semua perbuatan ibunya itu salah. Tetapi nak buat macam mana, Harraz memang anak lelaki yang patut diberi gelaran 'anak yang soleh'.
"Harraz, aku cakap semua perkara sebenar. Lagipun, kau dah lama menderita weh. Kau suka ke tengok mak kau keluar dengan baju singkat macam tu? Kau suka biar orang tengok mak kau macam dia—"
"Mikhael! Dochaghaessseubnida- oh? Geuge ne chingu ya?" ( Mikhael! Aku dah sampai- Oh? Itu kawan ke? )
Mikhael dan Harraz tercengang melihat seorang budak perempuan berpakaian baju kurung labuh dan rambutnya pula diikat gaya ponytail.
Pada Harraz, dia kelihatan sangat comel apabila dia tersenyum. Lesung pipitnya sangat dalam. Membuatkan jantung Harraz mula berdegup laju.
Tetapi tidak pula pada Mikhael. Ekspresi wajah muka dia mula berubah 100% bila melihat budak perempuan dihadapannya itu.
"Yah! I already tell you to bring your shawl ha! Why didn't you wear it?!" Mata Harraz membulat. Tidak sangka kawannya yang kelihatan lembab itu tahu berbahasa Inggeris.
"Beolsseo gajyeo wass-eoyo! ibneun geol ij-eoss eo-" ( Aku dah bawa! Cuma aku terlupa nak pakai- )
"Aish, you stob it lah. You first day come here ha dah bery bery menyusahkan i lah. Kau tunggu sini dengan dia sekejap, Raz. Aku nak pergi ambik tudung mak aku jap," dengan itu, Mikhael terus berlari meninggalkan Harraz bersama wanita berbangsa Korea itu.
Suasana diantara mereka mula menjadi sunyi tetapi tidak lama apabila perempuan berbangsa Korea itu mula mendekati tubuh Harraz.
"Em.. Awak kawan Mikhael eh?" Wajah Harraz berkerut sebelum kepalanya mula menggangguk perlahan. Hairan dia apabila tiba - tiba saja perempuan berbangsa Korea itu boleh berbahasa melayu.
"Nama saya Minyoung. Shin Minyoung. Selamat berkenalan!" Tangan dihulurkan.
Teragak-agak Harraz mahu berjabat tangan dengan perempuan itu. Entah kenapa, tetapi dia mula teringat peringatan bapanya,
"Kita lelaki, tak boleh terus je bersalaman dengan perempuan yang bukan mahram."
Tetapi semua itu bukan lagi penghalang buatnya.
Bapa dia sudah tiada. Jadi, buat apa dia perlu ikut cakap orang yang dah mati?
Tangan yang sudah lama dihulur, lantas disambut lembut.
"Aku Harraz. Harraz Kim Daniel."
to be continue ..
ꗃ.. author notes !!
Translation yang aku tulis tu berkemungkinan ada salahnya HAHAHAHAHAHAHA kalau ada typo tu, ashila la tegurrrr 💘
Jadi, story ni akan jadi sloooooowww update selagi aku tak tamatkan Antagonist sebab Antagonist siyes lagi sikit je dah nak tamat so aku rasa aku nak fokus dekat situ dulu. Tamat je cite tu, aku terus fokus kat sini :D siyes aku rasa gembira ada orang baca KSNSMSNSKNSKAJSKS
Thank you sangat sangat kepada korang yang sudi menunggu cerita ni. SKSJKSJS TERHARU LA AYE ❤❤❤❤❤❤❤❤
DORAHAE ! 💜💜💜💜💜💜💜💜💜💜
⌗ main characters
Muhammad Syafiq Mikhael
Shin Minyoung
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro