❝ ybr » lima ❞
25 votes + 50 comments!
—————
Yoongi yang tiba dahulu berbanding pelumba-pelumba lain terus berlari mendapatkan Alia, kekasih kesayangannya.
" Mungkin disebabkan Alia, papa ada luck malam ni. Terima kasih mama sayang. Harap hubungan kita ni dipermudahkan Allah dan kita kekal till jannah ya " tangan kanan Yoongi merangkul pinggang Alia sekaligus hidungnya menggesel hidung bidadari syurga itu.
Senyuman lebar jelas terukir pada wajah pasangan bahagia ini tanpa menghiraukan orang sekeliling termasuklah seseorang yang tak lepas merenung mereka tajam.
" Walaupun kau cuma crush aku Firash, tapi aku takkan senang-senang biar orang rampas kau daripada aku dan kau Alia, kau akan menyesal sebab dah merampas hak aku "
Syazwani merenyukkan tin menggunakan tangan kanan sehingga tin itu memuntahkan air milo dengan sendirinya. Dia bangun dari tempat duduknya walaupun mata Syazwani masih memandang pasangan itu dengan penuh benci.
Tin tadi dilempar ke permukaan jalan tar dan Syazwani seraya memusingkan tubuh badannya. Bahunya terhinjut dek kerana terkejut dengan figura bertubuh tegap yang tiba-tiba muncul.
Matanya membuntang dengan kehadiran lelaki tak dikenali yang berdiri rapat dengannya serta-merta membuatkan seorang Aina Syazwani terkaku.
Rambut berwarna merah terang Wani diselak ke belakang telinga. Dia dapat merasakan deruan nafas hangat lelaki ini sambil membisikkan sesuatu.
" Aku tahu kau bencikan dorang, same goes to me dear. I fucking hate them too. So, what's your plan? "
Aplikasi Tiktok di skrin telefon milik Yoongi ditekan. Lagu 'Kasih slow' yang sedang trending di tiktok dipilih olehnya.
LET'S GO BABEHHHH!!!
♪♪♪
Jangan terlalu laju, mace we pace we
Tahan-tahan tenaga kita goyang sante
Ikuti tempo biar keringat sampe
Sengaja bikin plan kasih minyak--
♪♪♪
Tarian Yoongi terkaku untuk beberapa minit apabila merasakan seperti ada cecair basah dan berbau di kaki kanannya.
Dia perlahan-lahan menundukkan kepala merenung kakinya sekaligus gerangan yang melakukan jenayah itu.
Kucing itu hanya menayangkan muka tak bersalah sekaligus menjelirkan lidah kepada Yoongi.
" Ini kucing jiran sebelah ni! HOIIII JIRAN SEBELAHHH!!! " teriak Yoongi sambil memukul kuali menggunakan spatula selepas mencuci tahi itu terlebih dahulu.
Selagi Dina tak menyahut, selagi itulah Yoongi rancak memukul kuali.
Pensil kayu di tangan terpatah dua dek kerana rasa berang dan geram terhadap Yoongi lalu menyarung apa yang sepatutnya.
Pukulan Yoongi terhenti bila Dina sudahpun keluar...
" WAALAIKUMUSSALAM! SALAM TAK BAGI, IKUT SEDAP MULUT KAU JE HOI HOI! KAU NAK KENA TARBIAH LAGI SEKALI?! " jerit Dina tanpa membalas semula renungan tajam Yoongi.
" LANTAK KAULA! SEKARANG NI MASALAHNYA IS KUCING KAU! KUCING KAU BERAK DEKAT KAKI AKU! KAU JAGALAH SIKIT KUCING KAU NI! TAK PASAL-PASAL KAKI AKU BERBAU BUSUK MACAM KAU!!! "
Dina terdiam.
" Maafkanlah kucing, dia binatang yang innocent heheh. Beralah sikit dengan kucing, jangan marah dia. Tak baik! Lagipun kita kena sayang kucing ni sebab Nabi Muhammad SAW pun sayang kucing. Tak begitu jiran sebelah? Meowww sini meh alololo anak mummy ni kena marah yer "
Laju sahaja Dina mengambil kucingnya dan masuk ke dalam rumah meninggalkan Yoongi terkedu di situ ya gais.
" Kalau aku buat salah, bukan main berleter macam mak nenek tapi kalau dia, macam tu je dia hilang? Lesap dengan kucing sekali, hm yalah lelaki jela yang salah. Perempuan je yang betul. Cium baru tau " bebel Yoongi sambil menghentakkan kaki geram.
7 hari berlalu...
" Aduh aduh nak ter terKENCINGGG ARRRRR " Dina membiarkan air yang dibancuhnya tadi tak tertutup untuk berlari pergi ke tandas sebelum seluarnya basah kuyup.
Zakaria tiba di rumah tanpa disedari oleh Dina lalu menapak laju mencari anaknya.
" Dina! Mana anak ayah ni~ " pekik Zakaria sementara tangan kanan menyeluk poket seluar dan segera meletakkan sesuatu ke dalam air bancuhan Dina sehinggalah ia terlarut dengan sendiri.
Dina menarik nafas lega.
" Pergh lega " Dia mengatur langkah ke dapur semula dan kaku melihat ayahnya yang tiba-tiba ada di dapur.
" Ayah tak kerja ke balik awal ni? " soal Dina tanpa memandang sedikitpun mata lelaki itu. Takut pula...
" Hari ni kan hari minggu sayang, takkanlah sayang lupa "
Dia berjalan ke arah gelas berisi air bancuhan tersebut untuk mengambilnya dan Dina ditarik duduk di atas riba Zakaria.
Dia sempat menghidu bau badan Dina penuh ghairah sebelum sebuah tamparan hinggap di pipi Zakaria.
" Orang tua tua yang dah nak temui ajal ni sepatutnya insaf. Tak sedar diri kubur dah memanggil-manggil! Kau bernasib baik tau sebab aku tak buat laporan polis! Sebab aku fikir kau ayah aku je! "
Zakaria hanya tersenum sinis sambil memerhatikan Dina yang membawa gelas tadi bersamanya masuk ke dalam bilik.
" Dan sekarang aku hanya perlu tunggu kau eh eh samenah menah sanggalewa it's time for Africa " asap rokok dihembus melalui hidung serta mulut busuk Zakaria.
korang yang baca book ni rata-rata umur berapa eh?
seyyaa mau tau hehehe senang ain nak menulis nnt 😂
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro