Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

💋04💋

Semua member Victon berkumpul di dalam bilik Seungwoo, Sejun dan Subin. Entah apa yang mereka bualkan sampai jam menunjukkan pukul 12 malam pun mereka tak sedar.

"Hyung rasa kita patut tak pergi aktiviti perkhemahan tu?" tanya Subin.

"Kalau ikutkan hati, memang hyung tak nak pergi sebab Ikon semestinya pergi. Tapi tulah. Kalau tak pergi, leader dorm kita yang bajet hot tu nanti bising pulak" kata Seungwoo.

"Jadi, kita confirm pergi lah ni? tanya Chan. Seungwoo mengangguk.

"Kita kena masuk hutan ke?" tanya Hanse. Dia paling tidak suka masuk hutan. Nyamuk banyak.

"Dah nama pun aktiviti perkhemahan. Mestilah masuk hutan. Tak kan nak masuk rumah kau yang macam istana tu pulak" Byungchan mengetuk kepala Hanse.

"Kalau ye pun, tak payahlah nak ketuk kepala aku bagai. Kau ingat kepala aku ni tong drum. Suka hati nak ketuk²" Byungchan tersengih.

"Sorry bro"

"Korang rasa Blackpink pergi tak? Mereka kan jaga kulit muka mereka semua" tanya Sejun pula. Makin menyampah tengok muka Blackpink di sana nanti.

"Aku dengar mommy Lisa yang menaja pakaian untuk kita semua sebab mommy dia ada buka butik pakaian untuk orang yang ternama di Korea ni" Seungsik memulakan gosip yang tidak berbayar itu.

"Hyung tak ubah seperti Hayoung, Yerin dan Joy. Bergosip 24 jam" Sejun menggelengkan kepalanya.

"Ni bukan gosip. This is the fact Im Sejun. Memang betul mommy Lisa yang menaja semua pakaian untuk kita semua. Hyung dengar ibu Jun pun ada taja kasut sukan" Sejun hanya membuat muka biasa. Ibunya memang suka menunjuk nunjuk.

"Kalau macam tu, kita siapkan diri kita jelah nanti" kata Hanse.

"Lebih kurang macam tulah" kata Seungsik.

Tiba tiba pintu terbuka dengan sendiri. Mereka tengok sesama sendiri. Hanse merapatkan diri dengan Byungchan. Sejun bangun untuk melihat siapa yang buka pintu. Dia melihat ke kiri dan ke kanan tetapi tiada siapa. Dia menutup pintu dan duduk di tempat dia semula.

"Aku rasa aku tahu siapa yang buat" semua melihat Chan dengan muka nakkan jawapan.

"Siapa?" tanya mereka semua serentak.

"Shh!! Korang ni. Slow sikit korang punya suara" marah Chan.

"Siapa?" tanya Seungwoo lagi.

"Twice" jawab Chan.

"Maksud kau team cheers sekolah kita tu" tanya Seungsik pula.

"Yelah siapa lagi. Setiap malam aku nampak dorang berkeliaran di dorm lelaki. Entah apa yang dorang buat. Tapi malam ni baru aku tahu kenapa mereka selalu datang sini. Macam sekarang ni. Mereka takut takutkan kita" terang Chan.

"Patutlah aku selalu dengar Jungkook cerita pasal mereka kena ganggu setiap malam" kata Byungchan.

"Aku ada idea" kata Sejun tiba tiba.

....

Mereka bertujuh bergerak ke dorm perempuan. Bilik yang dituju mereka ialah bilik nombor 9,10,11, dan 12. Seungwoo dan Sejun pergi ke bilik no 9 iaitu bilik Jihyo dan Nayeon. Seungsik pergi ke bilik no 10 iaitu bilik Momo dan Mina. Hanse dan Byungchan ke bilik no 11 iaitu bilik Jungyeon dan Chaeyoung. Chan dan Subin pula ke bilik no 12 iaitu bilik Dahyun dan Tzuyu. Mereka melepaskan tiga ekor lipas di setiap bilik.

Selepas membuat kerja jahat itu, mereka terus berlari ke dorm lelaki semula. Semasa berlari, mereka ada dengar jeritan perempuan.

...

Pukul 2 pagi, loceng di dalam dorm lelaki berbunyi. Semua yang sedang nyenyak tidur terpaksa bangun dan bergegas ke dewan utama. Sehun dan Hayoung sudah berdiri di atas pentas. Di satu sudut lain 8 orang perempuan sedang berdiri.

"Korang semua tahu sebab apa saya suruh korang semua berkumpul pada pukul 2 pagi ni" mereka semua hanya diam dan menggeleng.

"Saya nak 7 orang lelaki ni mengaku perbuatan jahat mereka dan dengan sukarela naik atas pentas ni" kata Sehun. Tiada siapa yang bergerak.

"Hyung. Mana Twice?" tanya Hanse.

"Tak tahu tapi kenapa Blackpink, Seulgi dan Wendy yang ada?" Seungwoo juga pelik.

"Its ok kalau tak nak mengaku. Jadi, saya terpaksa tunjukkan gambar 7 orang hantu yang datang dorm perempuan tadi" kata Hayoung pula.

Hayoung menunjukkan gambar Ikon yang diambil sebelum perlawanan bola keranjang hari tu. Semua terkejut temasuk Victon. Semua ahli Victon pelik kecuali Sejun. Mereka melihat Sejun dan tersenyum bangga.

"Mana kami ada pergi dorm perempuan sunbae. Kami tengah tidur. Sunbae ada bukti ke? Hanbin tidak puas hati.

"Kami ada bukti" kata Seulgi. Dia mengeluarkan telefon pintar.

"Tu telefon saya sunbae" kata Jinhwan tiba tiba.

"See. Dah ada bukti pun tak nak mengaku lagi" kata Wendy.

"Mengaku jelah korang yang letakkan lipas di bilik kami" kata Rose sambil membuang gulungan pada rambut.

"Bukan kami yang buat sunbae" Hanbin masih tidak puas hati. Dia tahu Jinhwan tak kan buat semua tu tanpa arahannya.

"Ni mesti kerja Victon" kata Bobby. Victon membuat muka tidak bersalah.

"Oit..asal tuduh kitaorang pula. Mengaku jelah korang yang buat" kata Seungwoo dengan suara mengejek.

"Sudah sudah. Jangan nak bergaduh. Sekarang ni saya nak 7 orang kamu pergi padang. Lari 10 round. Jangan tipu sebab saya dan Hayoung akan perhatikan korang" kata Sehun.

"Yang lain boleh balik ke bilik masing²" kata Sehun lagi. Dengan malas mereka berjalan je bilik mereka.

Selepas berlari 10 kali keliling padang sekolah yang besar itu, semua ahli Ikon berkumpul di bilik Bobby dan Jinhwan. Semua tidak puas hati dengan Victon.

"Tak guna mereka semua. Berani mereka buat semua ni pada kita. Tunggulah nasib mereka nanti. Mereka belum kenal siapa Ikon yang sebenarnya" kata Hanbin.

Bilik Seungwoo, Sejun dan Subin.

Mereka bertiga juga tidak tidur lagi. Selepas balik dari dewan, mata terus cerah.

"Terbaik lah hyung" Subin membuat thumbs up kepada Sejun.

"Macam mana Jun sempat buat semua ni?" tanya Seungwoo pula.

"Sebelum kita pergi dorm perempuan, Jun ada nampak Jinhwan keluar dari bilik dia. Mungkin dia pergi toilet. Jadi Jun ambil kesempatan untuk masuk ke dalam bilik dia dan cari apa apa barang² untuk dijadikan bahan bukti. Jun cuma nampak telefon dia je. So, Jun ambillah" terang Sejun.

"Tak sangka. Pandai juga kan Jun"

«🌷»

"Aku dengar ibu Sana yang menaja semua keperluan kita untuk aktiviti perkhemahan nanti"

#MASHIE에이핑크

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro