Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

💋03💋

Di dalam sebuah dewan yang agak besar, dua kumpulan sedang bertarung bola keranjang. Kedua kumpulan itu sangat bersungguh sungguh untuk menang. Siapa yang menang akan bergelar Kingka di sekolah itu. Ramai pelajar yang sedang menonton. Termasuk team cheers yang paling popular di sekolah itu. Mereka turut bersaing. Twice Vs IOI. Kedua team itu sangat bersemangat.

IKON - 21
VICTON - 19

Itulah keputusan untuk masa sekarang ni. Kedua kumpulan itu tidak mudah menyerah kalah. Masing² mempunyai semangat untuk menang.

Tamat sahaja perlawanan, semua bertepuk tangan. Kemenangan berpihak kepada Victon. Mereka berpeluk sesama mereka.

"Terbaik lah hyung masukkan bola tadi" puji Hanse kepada Seungwoo.

"Hyung memang selalu terbaik" Seungwoo membanggakan dirinya. Yang lain hanya ketawa.

"Ingat. Ni baru permulaan!" kata Hanbin tidak puas hati. Dia selaku ketua Ikon sangat malu dikalahkan dengan Victon.

"Kau ingat aku takut? Ha..ha..ha..sikit pun aku tak heranlah!" kata Seungwoo.

"Fine! Kita tengok nanti siapa yang akan melutut pada siapa" Seungwoo mengangkat bahunya. Muka Hanbin bertukar merah. Belum sempat Hanbin mengangkat tangannya, Bobby menahan.

"Sabar. Aku tak nak disebabkan mereka, kita kena jalan macam itik oleh Mr Kim" Hanbin menarik kasar lengannya. Dia melangkah pergi dari situ diikuti dengan yang lain.

...

Victon berjalan menuju ke bilik khas mereka. Ramai perempuan tak lepas pandang tengok mereka. Ada yang menjerit dan ada juga yang menangis. Sampai di satu tempat, langkah mereka terhenti kerana terdapat satu kejadian di hadapan mereka. Mereka hanya memerhati dan tidak berniat untuk masuk campur.

"Kau tak patut sekolah sini! Kau tu dah lah miskin, tak cantik pula tu. Sedar diri sikit!" Lisa menolak seorang perempuan jatuh ke atas lantai.

"Saya minta maaf. Ibu saya yang suruh saya sekolah sini" kata perempuan yang bernama Sana itu.

"Aku peduli apa. Ibu kau ke, nenek kau ke suruh. Yang penting aku tak suka tengok kau sekolah sini. Kau tak layak!"

Lisa menolak kepala Sana. Manakala Jisoo, Rose dan Jenie hanya ketawa. Itu sudah menjadikan kewajiban mereka iaitu membuli budak baru. Tambahan pula budak miskin macam Sana. Memang makanan mereka lah.

Rose menarik rambut Sana dan menendang kaki Sana. Jenie pula memijak tangan Sana. Sejun tak tahan melihat semua tu. Apa yang BLACKPINK buat sudah melampaui batas. Mereka tidak patut mendera Sana. Lagi² Sana senior mereka.

Tanpa membuang masa, Sejun berjalan ke arah mereka dengan muka yang menahan marah. Ahli lain hanya melihat tanpa sebarang kata. Mereka tidak percaya Sejun bukan sahaja hati kering tapi dia juga seorang yang baik.

"Puas korang sakitkan dia? Kenapa tak bunuh je terus?"

"S-sunbae" mereka berempat terkejut dengan kehadiran Sejun.

"Mana ada kami sakitkan dia" Rose berpura pura memeluk Sana.

"Kau ingat aku buta? Aku berdiri di sana 15 minit yang lalu. Kau rasa apa yang aku tengok?"

"Emm..sunbae. Kami pergi dulu" kata Jenie. Mereka berempat terus beredar dari situ.

"Awak ok?" tanya Sejun.

"Saya okay. Terima kasih" Sana ingin melangkah pergi dari situ tapi dia terjatuh semula kerana kakinya tadi dipijak pijak oleh Rose. Sejun melihat kesan lebam di kaki Sana. Sana pula tidak lepas tangannya. Tangannya juga rasa sakit kerana dipijak Jenie tadi.

"Korang pergi lah dulu. Nanti dalam masa 30 minit Jun datang" mereka pergi meninggalkan Sejun dan Sana. Sana merasa bersalah kerana menyusahkan Sejun.

"Jom saya tolong awak pergi bilik rawatan" Sejun memapah Sana ke bilik rawatan yang agak jauh dari tempat mereka.

Bilik Rawatan

Dia orang pelajar yang ditugaskan di situ tersenyum melihat kehadiran mereka berdua. Tetapi senyuman hilang apabila melihat keadaan Sana.

"Joy, Yerin tolong letakkan ubat pada kaki dan tangan dia"

"Kenapa boleh jadi macam ni? tanya Hayoung yang baru masuk.

"Ni mesti tak ada kerja orang lain" kata Yerin pula.

"Maksud kau Blackpink?"

"Siapa lagi" kata Yerin lagi. Dia tidak suka dengan Blackpink yang suka membuli pelajar lain sesuka hati.

"Kau nak tahu tak-" belum sempat Joy bercakap, Sejun terlebih dahulu memotong percakapannya.

"Aku tak nak dengar korang punya gosip. Orang perempuan ni memang tak ada kerja lain ke? Bergosip je korang kan"

"Yang kau sibuk kenapa. Suka hati kami lah" Yerin tidak puas hati.

"Buat kerja korang dengan betul. Aku keluar dulu" Sejun melangkah pergi meninggalkan keempat rakan kelasnya itu.

...

Byungchan memasukkan tangannya di kocek seluarnya. Dia disuruh member nya ke cafe dan membeli makanan.

"Byungchan oppa. Kami nak bagi ni pada oppa"

Sekumpulan perempuan datang kepadanya dan menghulurkan beberapa beg kertas yang berisi makanan. Boleh dikatakan semua isi beg itu ialah makanan.

"Kami harap oppa makan dengan member oppa yang lain. Saranghae!" sekumpulan pelajar perempuan itu pergi tinggalkan Byungchan. Manakala Byungchan masih berfikir macam mana nak bawa semua makanan ni. Terlalu banyak.

"Saya tengok awak macam perlukan pertolongan" tegur seorang perempuan. Perempuan itu ialah Sana.

"As you see" Sana tersenyum. Dia mengambil sebahagian plastik beg dari Byungchan.

"Nak letak mana semua ni?"

"Jom ikut saya"

"Okay"

Victon sedang berbual rancak. Seronok mereka kenakan Byungchan. Mereka menunggu Byungchan membawa makanan. Tidak lama kemudian, pintu terbuka. Byungchan melangkah masuk dengan Sana. Semua terkejut melihat kehadiran Sana.

"Saya akan explain hyung"

"Jadi tunggu apa lagi. Explain lah and kenapa makanan banyak sangat"

"Okay macam ni. Masa Byung pergi beli makanan tadi, ada satu group yeoja datang and bagi semua ni for free. Byung ambil jelah. Dan Sana datang tolong bawa semua ni ke sini. Kalau Sana tak ada tadi, tak tahulah Byung nak bawa makanan ni macam mana"

"Hyung maafkan. Dah jom makan. Hyung lapar" mereka membuka satu persatu makanan.

"Emm..Byungchan. Saya pergi dulu" kata Sana.

"Eh! Noona. Jom lah makan sekali, banyak lagi makanan ni. Hyung tak marah kan?" tanya Subin.

"Kenapa hyung nak marah pula. Meh la makan sekali Sana" kata Seungwoo.

"Jangan malu. Buat macam rumah sendiri" kata Hanse.

"Betul tu" kata Chan pula.

"Kitaorang ok jerr. Jangan risau" tambah Seungsik pula.

Sana melihat Sejun yang tidak memandangnya sedikit pun sejak dia datang sini. Dia tak faham dengan perangai Sejun. Sekejap baik, sekejap lain. Hmm.

"Its ok. Saya dah makan tadi di cafe"

"Tak payah nak tipu sangatlah. Kita baru keluar kelas 15 minit yang lalu. Sempat ke awak makan" Sana menahan malu. Kenapa dia tak terfikir pasal tu. Nak tak nak dia kena makan juga.

«🌷»

"Weh! Aku dengar sekolah kita ada buat aktiviti perkhemahan. Kau nak ikut tak?

#MASHIE에이핑크

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro