Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

💋02💋

Selepas kelas berakhir, Sejun keluar sekolah tanpa pengetahuan guru disiplin. Dia sudah biasa melakukan kerja seperti itu semasa di sekolah lamanya. Ibu bapanya selalu dipanggil oleh guru disiplin datang ke sekolah kerana sikapnya yang kurang baik. Dia suka menghabiskan masanya di kedai ramen berdekatan dengan Maque High School.

Setelah perutnya diisi penuh, dia berjalan dengan santai ke sekolah semula. Tangan diletakkan dalam kocek seluarnya agar terlihat lebih macho. Ramai perempuan memandangnya tapi dia tidak memperdulikan semua itu. Sampai di sekolah, dia melihat sekelilingnya dan memanjat pagar yang tidak seberapa tingginya. Dia terus berlari ke biliknya.

IM SEJUN!

Kuat betul suara ketua asrama yang digeruni para pelajar tetapi tidak bagi Sejun. Sehun mendekati Sejun yang sedang berdiri dengan muka tidak bersalah.

"Kau pergi mana? Pukul 7 malam baru nampak batang hidung. Kau ingat sekolah ni rumah kau" marah Sehun.

"Suka hati aku lah nak balik pukul berapa sekalipun. Yang kau nak membebel apahal" Sejun ialah orang pertama yang berani melawan cakap Sehun.

"Kau cakap aku membebel? Kau dah langgar peraturan sekolah ni kau tahu tak. Kau perlu balik asrama sebelum pukul 5 petang. Ni dah pukul 7 baru kau balik. Kau ingat sekolah ni bapak kau punya!"

"Kau ingat aku nak sangat sekolah di sini? Daripada aku sekolah di sini bercampur dengan orang kaya yang sombong, lebih baik aku sekolah dengan budak miskin. Dorang jauh lebih baik daripada orang kaya di sini. Ok lah senior yang terhormat, saya masuk bilik dulu, penat" Sejun menepuk perlahan bahu Sehun. Sehun menahan marahnya. Orang macam ni memang tak kan terlepas dari Sehun. Bukan Oh Sehun namanya kalau orang yang berani melawannya dilepaskan macam tu je.

"Tunggulah nasib kau Im Sejun. Kau ingat kau boleh lepas macam tu je. Memang tak lah!" Sehun berlalu ke biliknya. Kemarahannya mula reda apabila melihat gambar seorang perempuan.

Maxene class

Kelas yang paling bising di sekolah itu apabila tiada guru yang masuk. Pelbagai kerenah yang ditunjukkan oleh murid kelas itu. Terutamanya Hanse dan Byung Chan. Yugyeom dan Jungkook selalu mengganggu pelajar perempuan. Ramai guru yang tidak suka mengajar di kelas itu. Guru disiplin juga sudah mati akal untuk mengenakan hukuman ke atas mereka semua. Pelbagai denda sudah dilakukan mereka tetapi sikap mereka tidak pernah ubah.

"Byungie. Jom pergi lepak tempat biasa" muka Byungchan kelihatan marah apabila Hanse memanggilnya seperti itu.

"Kan aku dah cakap, aku tak suka kau panggil kau nama aku macam tu. Kau ingat aku perempuan ke"

"Tapi aku suka lah panggil kau macam tu. Cute sangat"

"Lantak kau lah. Jom lah pergi"

"Kau nak pergi mana?"

"Tadi cakap nak pergi lepak. Jom lah cepat. Cikgu masuk nanti baru kau tahu"

"Ok² jom"

Mereka berdua memang rapat sejak dari sekolah rendah. Tidak boleh dipisahkan langsung. Di mana ada Hanse disitu ada Byungchan. Begitu juga sebaliknya.

Mereka menaiki tangga hingga sampai ke atap sekolah. Terdapat satu bilik kosong yang sudah menjadi tempat mereka lepak. Mereka selalu menghabiskan masa disana jika guru tiada dalam kelas atau terlambat masuk.

Mereka melangkah masuk ke dalam bilik itu. Tetapi seseorang telah menceroboh tempat mereka. Lelaki itu hanya menunjukkan wajah dinginnya. Wajah tanpa senyuman.

"Korang siapa?" tanya lelaki itu.

"Sepatutnya, kitaorang yang tanya kau. Kau siapa? Suka hati masuk tempat orang"

"Hormat sikit. Kau ingat aku tak tahu korang ni bawah lagi pada aku. Korang sepatutnya panggil aku hyung"

"Ouh! Maksudnya, hyung sunbae kitaorang lah" lelaki itu hanya menangguk.

"Maafkan kami hyung" kata Hanse.

"Seungwoo"

"Nama saya Hanse dan zirafah sebelah saya ni Byungchan" tetiba dua orang lelaki juga masuk ke dalam bilik itu.

"Dorang ni kawan hyung ke?" tanya Byungchan.

"Mana ada. Selama hyung sekolah sini, hyung tak pernah ada kawan"

"Korang berdua ni siapa? Macam mana korang boleh tahu tempat ni?" tanya Hanse.

"Kami berdua terserempak di sini pagi tadi. Saya Chan. Heo Chan. Dan di sebelah saya ni Seungsik. Korang pula"

"Saya-"

"Aku nak kita lawan cara lelaki!"

Bunyi bising di luar membuatkan mereka semua keluar dan melihat kejadian di luar. Sekumpulan 7 orang lelaki dan seorang lelaki. Mereka terlihat seperti mahu bergaduh.

"Mana adil. Korang 7 orang, budak ni sorang je. Kalau korang lawan, memang confirm korang menang" kata Seungwoo.

"Kau jangan masuk campur lah urusan kami!"

"Wo..kau ni bukan anak Mr Kim ke? Kau tak malu kalau orang tahu anak guru disiplin bergaduh dengan anak orang ternama di Korea ni. Mesti bapa kau malu gila kan. 'Kim Chanwoo anak guru disiplin bergaduh'. Boleh muatkan dalam majalah sekolah. Mesti berita ni hot nanti. Kau pun bertambah famous" Chanwoo menahan marahnya.

"Kau memang cari nahas kan. Hyung!" Chanwoo memanggil ahli kumpulannya yang berada di belakangnya.

"Stopppp!" Seorang lelaki menahan pergaduhan mereka.

"Kau siapa pula" tanya Chanwoo.

"Siapa aku tak penting. Mana adil kau nak bergaduh. Kau 7 orang mereka 6 orang. So, nak bagi cukup, aku akan masuk kumpulan dorang" kata lelaki yang bernama Sejun itu. Dia sudah lama memerhatikan mereka.

Maka bermulalah pergaduhan antara mereka. Hayoung baru saja nak tenangkan fikirannya di sini tapi lain pula jadinya.

"Yah! Korang! Berhenti bergaduh!" Mereka tidak memperdulikan Hayoung. Hayoung sudah buntu. Dia berlari turun ke bawah.

"Sehun ssi" dia mengontrol nafasnya semula.

"Kenapa ni Hayoung?" Panik juga Sehun melihat Hayoung seperti itu.

"Ada orang bergaduh" Hayoung terus menarik lengan Sehun.

Sampai di atap, Sehun cuba meleraikan pergaduhan mereka. Tetapi dia juga terkena satu tumbukan. Kuat juga tumbukan yang dia dapat. Nasib kau Oh Sehun. Apa boleh buat.

"Berhentiiii!!!" Sehun sudah hilang kesabarannya. Hayoung juga terkejut.

"Aku nak korang beratur" mereka semua mengikut arahan Sehun.

Hayoung berdiri di sebelah Sehun. Mereka memerhati satu persatu wajah kedua kumpulan itu. Sehun mula berjalan diantara mereka.

"Korang datang sini nak belajar atau nak bergaduh hah! Korang ingat korang hebat sangat boleh bergaduh macam tu. Korang fikir sikit. Ibu bapa korang semua orang yang berpengaruh di Korea. Kalau mereka tahu korang bergaduh, mesti mereka kecewa dan malu dengan perangai tak senonoh korang ni. Korang dah besar. Masing² boleh fikir yang mana baik dan yang mana buruk. Sekarang ni, aku nak korang pergi bilik Mr Kim. Dia tunggu korang disana. Kalau korang cuba lari, itu memang korang betul² cari nahas dengan Mr Kim" arah Sehun.

Dari tadi, Hayoung berasa tidak selesa kerana Sejun terus memerhatikannya. Dia tidak tahu apa masalahnya dengan lelaki itu. Lelaki itu terus melihatnya. Sehun yang perasan itu terus membawa Hayoung pergi dari situ. Hayoung juga terkejut kerana pertama kali Sehun memegang erat tangannya. Muka Sejun berubah merah. Seungwoo tahu perasaan Sejun. Dia ada melihat Sejun beberapa kali mengikut Hayoung kemana pun Hayoung pergi. Tetapi dia hanya diam. Dia tidak mahu ikut campur urusan Sejun.

...

Selesai membuat beberapa denda yang diberikan oleh Mr Kim, mereka kembali ke tempat mereka. Group yang dikenali sebagai IKON yang juga telah bergaduh dengan mereka tadi telah pulang ke dorm mereka.

"Hyung. Saya minta maaf sangat². Disebabkan saya, hyung semua terlibat dengan pergaduhan ni" kata Subin. Dia yang bergaduh dengan Chanwoo tadi.

"Tak ada apalah. Hyung dah biasa dengan semua ni" Seungwoo cuba menenangkan Subin.

"Memandangkan semua ada di sini. Apa kata kita perkenalkan diri" kata Seungsik.

"Saya Seungwoo. Han Seungwoo. Saya sunbae korang semua"

"Saya Kang Seungsik"

"Saya Heo Chan. Panggil Chan je"

"Sejun. Lim Sejun" katanya dengan dingin.

"Saya Do Hanse"

"Saya Choi Byungchan. Panggil byu-"

"Panggil dia Byungie" Hanse memotong percakapan Byungchan.

"Sibuklah kau ni. Panggil Byung je"

"Saya Subin. Jung Subin. Sekali lagi saya minta maaf" Subin menunduk hormat kerana dia paling muda di situ manakala Seungwoo paling tua di situ.

"So, kalau korang tak kisah, apa kata kalau kita tubuhkan satu kumpulan. Nama group kita Victon. Itupun kalau korang nak" kata Seungwoo.

"Setuju!" kata mereka semua.

«🌷»

"Kau tak patut sekolah sini. Kau tu dah lah miskin, tak cantik pula tu! Sedar diri sikit!"

#MASHIE에이핑크

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro