💋01💋
Semua ibu bapa turut hadir bersama untuk menghantar anak mereka. Mereka tidak akan berjumpa dengan anak mereka selama setahun. Ada yang berpelukan, ada juga yang mencium anak mereka dan bermacam macam lagi.
Maque High School merupakan sekolah yang terkenal. Hanya golongan orang kaya yang bersekolah di situ. Terdapat juga golongan yang sederhana. Mereka diletakkan di sekolah itu kerana mempunyai IQ yang tinggi. Mereka juga mendapat biasiswa dari sekolah itu.
Setiap orang pelajar akan berkongsi bilik seramai 3 orang di dalam satu bilik. Bagi asrama lelaki, Sehun merupakan senior yang paling tegas, bertanggungjawab, dan yang paling penting, dia handsome. Ramai perempuan yang nakkan dia tapi dia tidak layan semua tu kerana hatinya sudah dicuri oleh seorang perempuan. Sehun dilantik oleh pengetua sekolah itu yang merangkap bapanya sendiri untuk menjadi ketua asrama.
Bagi asrama perempuan, Hayoung ialah ketua asrama tersebut. Hayoung seorang perempuan yang lembut dimata semua orang tetapi sebenarnya dia tidak ubah seperti ibu harimau. Biarpun begitu, dia seorang yang baik hati, ceria dan suka membantu orang sekelilingnya. Untuk ketua asrama, mereka diberi bilik yang khas. Mereka tidak bercampur dengan murid lain.
Perjumpaan bagi pelajar akan diadakan di dewan utama. Semua pelajar perlu ke sana dalam masa 15 minit. Ibu bapa semakin berat hati untuk meninggalkan anak mereka.
"Hanse ah. Jaga diri baik baik. Mommy akan selalu rindu kamu" Irene memeluk anaknya diikuti dengan V suaminya.
"Baby. Jangan tinggal ibu please. Kamu tu kecil lagi. Ibu belum sedia untuk berpisah dengan baby" kata Chorong kepada anaknya.
"Sudah sudah lah tu yeobo. Anak kita Subin ni dah besar. Pandai lah dia jaga diri nanti" kata Suho pula.
"Betul apa yang appa cakap. Subin dah besar lah bu. Subin bukan budak lagi" Subin memeluk ibunya. Begitu juga Suho.
"Jun ah. Ingat pesan eomma. Jangan lupa, makan, berus gigi, tidur awal, basuh kaki sebelum tidur-"
"Eomma. Pandang Jun dari atas sampai bawah" Sejun mengarah Yoona. Seunggi sudah menahan tawanya.
"Kenapa dengan kamu?" tanya Yoona.
"Jun dah besarlah eomma. Jun tahu macam mana nak urus diri Jun nanti" Sejun memeluk eomma nya.
"Jaga diri. Jangan buat hal di sini. Kalau appa tahu kamu buat masalah, siap kamu appa kerjakan" Seunggi menepuk perlahan bahu anaknya.
"Kalau hal tu, Jun tak boleh janji. Ok lah. Eomma appa, Jun pergi dulu"
Sejun berlalu dari situ.
Sedikit demi sedikit, para ibu bapa sudah beransur pulang ke rumah mereka. Semua pelajar bergegas ke dewan utama setelah mendengar pengumuman. Mereka beratur dengan berdisiplin. Mulut juga dikunci rapat. Tiba tiba seorang lelaki berlari ke arah dewan.
"Hey kamu! Berhenti di situ!" tengking Mr Park selaku ketua guru disiplin.
"Hari pertama dah lambat. Kamu ingat sekolah ni bapak kamu punya. Tak kisahlah kamu anak orang kaya atau anak raja sekalipun. Rules is rules. Kamu harus patuhi. Hari ni kamu dimaafkan. Kamu boleh pergi" arah Mr Park. Semua murid tidak suka dengan guru disiplin itu.
Lama juga mereka menunggu ketibaan pengetua sekolah itu. Kaki mula rasa sakit kerana berdiri hampir 15 minit. Akhirnya, setelah lama menunggu, pengetua melangkah naik ke atas pentas dan bersedia untuk bercakap.
"Selamat petang semua. Terima kasih kerana sudi memilih sekolah ini sebagai tempat kamu untuk menuntut ilmu. Saya berbesar hati untuk menerima kamu semua sebagai pelajar sekolah ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat datang ke Maque High School!" Ujar pengetua diiringi dengan tepukan gemuruh daripada semua pelajar.
Selesai pengetua memberi ucapannya, Sehun pula mengambil alih untuk memberi ucapannya sebagai ketua asrama lelaki.
"Anyeonghaseyo dan selamat petang. Saya Oh Sehun, ketua asrama lelaki. Bagi pelajar lelaki, saya harap kamu semua akan ikut peraturan dan tidak menimbulkan sebarang masalah sepanjang saya menjalankan tanggungjawab saya"
Kemudian, seorang perempuan cantik mengambil tempat untuk memberi ucapannya. Semua lelaki tidak lepas pandang. Termasuk dengan Sejun.
"Anyeonghaseyo. My name is Oh Hayoung. Saya tahu, korang semua mesti ingat saya ada kaitan dengan ketua asrama lelaki tadi. Saya nak korang semua tahu, saya bukan adik lelaki tadi, sepupu pun bukan, isteri? Memang big NO. Saya tahu marga Sehun sunbae dan saya sama tapi tak semestinya kitaorang ada kaitan. Aduh! Banyak pula saya cakap. Saya minta maaf. Sekali lagi, saya Oh Hayoung, ketua asrama perempuan. Saya harap pelajar boleh beri kerjasama sepanjang saya menjalankan tugas saya" Hayoung melangkah turun dari pentas.
...
Bilik no.10
-Seungwoo
-Sejun
-Subin
Bilik no.11
-Hanse
-Heo Chan
-Byung Chan
-Seungsik
«🌷»
IM SEJUN!!!
#MASHIE에이핑크
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro