Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

three 🕊


Bahu disapa lembut oleh seseorang membuatkan diri Jisoo tersentak sedikit kerana terkejut. Laju dia melihat siapa orang yang berbuat demikian.

"Hai adik"

Mesra sapaan Jieun bersama senyuman manis.

"Oh kakak rupanya, ingatkan siapa tadi" kata Jisoo sedikit lega.

"Bila kakak sampai? Tak beritahu Jisoo pun"

"Datang seorang je? Abang Jin mana? baby Miko?"

Bertubi-tubi soalan yang Jisoo ajukan. Pening Jieun.

"Hei sabar-sabar" ujar Jieun.

"Kakak baru je sampai, saja tak beritahu awal sebab nak surprise. Kita kan dah lama tak jumpa"

"Abang Jin dengan baby Miko dekat ruang tamu. Tengah bermain dengan Jiyu agaknya" tutur Jieun lembut.

Jisoo hanya mampu menjawab ' ohh ' sahaja. Hanya itu yang terkeluar dari mulutnya. Entah kenapa akhir-akhir ini dia sering bersikap begitu. Kadang soalan yang diajukan ataupun kata-kata Jimin dia hiraukan begitu sahaja.

Menyedari jawapan yang tidak selalu Jieun dengar daripada adiknya itu membuatkan dirinya tertanya-tanya. Dia ada masalah ke?

"Jisoo?" Panggil kakaknya itu.

"Ye?"

"Ada masalah ke? kakak tengok raut wajah adik ni macam runsing saja"

"Kalau ada, kakak tak kisah untuk pinjamkan telinga dan bahu kalau perlu" kata Jieun sambil menepuk-nepuk bahunya sendiri.

Jisoo hanya membalas dengan senyuman kelat lalu menggelengkan kepalanya.

"Tak ada lah" ringkas sahaja dia menidakkan.

"Jisoo cuma rasa ada yang tak kena. Sejak kebelakangan ini, Jisoo selalu rasa tak sedap hati. Macam akan ada sesuatu benda buruk nak jadi"

"Mimpi pun kadang macam serba pelik. Ada saja yang aneh"

Terang Jisoo tentang perasaan dan rasa tidak sedap hatinya sejak dia bermimpi perkara buruk tempoh hari.

"Perasaan adik saja kot, banyak sangat fikir. Mimpi tu kan kadang mainan tidur"

"Adik jangan la runsing memikirkan. Tak elok untuk kesihatan. Tambahan adik sekarang ni berbadan dua"

"Kesihatan adik dengan baby yang bakal lahir sangat penting"

Nasihat berguna daripada seorang kakak untuk menenangkan sedikit hati adiknya itu.

"erm mungkin adik yang terlalu banyak berfikir" balas Jisoo akur.

🕊

Anak mata masih lagi fokus menghadap skrin laptop kerjanya. Tangan juga masih ligat menaip menyiapkan segala kerja.

Tok..tok..

"Masuk" Jimin bersuara.

Kedengaran pintu ruangan kerjanya dibuka. Jimin sudah mengalihkan pandangan dihadapan pintu. Terus terukir senyumannya.

"Hei sweet smile! jom lunch" kata Haera dengan penuh semangat.

Gadis itu terus melangkah masuk dan berdiri di tepi Jimin.

"Sampai bila nak kerja? Kan dah masuk waktu rehat. Jadi boss ni kena rehat la" kata Haera bernada sedikit merayu. Kenyitan mata juga dihadiahkan kepada Jimin.

Jimin hanya tersenyum. Pandangan kembali ke skrin laptop.

"Dah la Haera, kau jangan cuba-cuba nak goda aku"

"Aku banyak kerja nak buat ni" jawab Jimin.

Terus meletus gelak tawa Haera kawannya itu.

"Aku gurau je lah. Rilek la. Aku ni sebagai kawan yang baik kena la pastikan kau tu berehat" kata Haera bersahaja.

Jimin kembali memandang Haera dengan pandangan tidak percaya akan kata-katanya.

"Dah jangan nak pandang aku macamtu, okaylah aku nak pergi lunch dulu. Kau nak pesan apa-apa ke? Aku boleh belikan" pelawa Haera.

"Tak payah kot. Dah kau pergilah sana" Jawab Jimin. Haera yang tidak mahu menunggu lama itu terus mengorak langkah pergi.

Selepas figura Haera sudah tidak lagi kelihatan, Jimin kembali fokus meneruskan kerjanya yang hampir-hampir tertunda tadi.

Sejak Haera diterima bekerja di syarikat miliknya, hubungan Jimin dan Haera semakin rapat. Rakan sekerja semua tidak mempersoalkan. Lagipun mereka dulukan pernah menjadi kawan malah satu sekolah lagi.

Tidak salah kalau mereka rapat.


















P/s: lemon
No! memang tidak salah tapi kena ingat ye rapat macam mana pun, lelaki dan perempuan tak boleh rapat sangat dan berkawan nanti salah satu akan tersuka. Nak-nak yang dah berkeluarga ye, nak cari nahas ke?

.

.






🕊

" Oppa, esok saya dengan Jiyu nak keluar cuci mata boleh?"

"Kesian dekat Jiyu, dari bulan lepas dia merengek nak saya bawa dia jalan-jalan"

Jisoo meminta izin kepada suaminya dengan tutur kata yang sangat lembut.

"Boleh je sayang, oppa izinkan"

"Tapi kena jaga keselamatan setiap masa, jam, minit, dan saat"

"Ingat tu" pesan Jimin berlebihan selepas memberi keizinan.

Jisoo tergelak kecil. Suaminya kini saling tak tumpah sikapnya seperti kanak-kanak. Comel betul.

"Ne oppa, saya ingat semua pesanan tu" jawab Jisoo sambil tersenyum simpul kepada suaminya.

"Bagus! Macamtu lah" balas Jimin lalu mencuit hidung isterinya.

"Yahh! Oppa sakitlahh. Suka sangat main cuit-cuit" marah Jisoo. Geram dengan sikap Jimin. Sikit-sikit nak cuit. Sudahlah dirinya selalu sensitif bila diperlakukan begitu.

"Alolo sayang janganlah marah nanti oppa cuit lagi. Dah-dah tak elok marah-marah nanti anak kita ikut perangai awak. Suka marah-marah" kata Jimin lagi.

"Yahh! Oppaa!" Makin geram Jisoo dibuatnya.

Baru saja Jisoo ingin memusingkan dirinya membelakangi Jimin tanda merajuk, pinggangnya pantas dipaut oleh Jimin.

"Oppa bergurau sayang. Janganlah marah lagi. Oppa minta maaf. Janji lepasni tak akan cuit-cuit hidung sayang dah" pujuk Jimin seraya berbisik ditelinga Jisoo.

"Tapi"

"Tapi apa?" Bidas Jisoo datar.

"Oppa tak janji, kalau oppa tak akan cuit-cuit hati sayang selalu dan selamanya" sambung Jimin lalu memeluk Jisoo erat.

"I love you" ucap Jimin lembut.

Senyuman bahagia terukir.

"I love you more" balas Jisoo.

To be continued...🕊

Hi everything!

Maaf kalau membosankan ye sebab maybe lepas chapter ni akan bermulanya perwatakan baru Jimin. Tunggu je.

Semakin hari semakin naik readers Lemon untuk fanfic ni. Terima kasih kepada yang sudi singgah dan baca cerita noob lemon ni.

Lemon nak cakap " HI DEAR "

Dekat semua reader lemon, tak kisah lah silent readers ke ataupun yang aktif. Lemon tahu ramai yang baca cuma entah mungkin ada yang tak nak tonjolkan diri dan balas.Tapi lemon tak ambil hati sangat dan tak kisah. Harap semua masih terhibur dan tertarik dengan fanfic ni.

Lemon tak kisah sangat about vote and comments tapi lemon akan lebih bersemangat nak sambung kalau ramai yang vote. Itu je benda yang lemon rasa karya lemon dihargai. Tapi erm tak apa lah. Maaf kalau rasa lemon ni annoying.

-lemonsayangkamusemua💛

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro