Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

40 🍁

Setahun kemudian

Esok merupakan hari lahir puteri kesayangan kedua insan bernama Jisoo dan Jimin. Mereka sekeluarga sedang sibuk menyiapkan pelbagai persediaan. Ada yang menghias, ada yang menempah makanan yang di inginkan. Keadaan hari itu sungguh kelam kabut.

Untung mereka semua bekerjasama antara satu sama lain. Kalau tidak mahu patah pinggang di buatnya Jisoo dan Jimin menyiapkan dua orang sahaja.

Keesokan malam nya, Jimin telah menjemput semua staff di tempat kerja nya dan kawan-kawan rapat untuk datang bagi memeriahkan lagi majlis hari lahir puteri sulungnya. Sambil menyapa tetamu yang hadir, senyuman manis tidak pernah lekang dari bibir nya.

Sebaik sahaja Jiyu dan Jisoo sudah turun ke bawah untuk meraikan majlis, tetamu yang hadir menyanyikan lagu 'hari lahir' kepada Jiyu. Tidak lupa juga ucapan-ucapan manis yang mereka sampaikan kepadanya. Lebar sahaja senyuman yang terukir di bibir anak kecil itu.

Maklumlah hari bahagia nya.

Apabila Jiyu sudah sibuk bermain bersama rakannya yang lain selepas memotong kek, Jisoo dan Jimin mula berbual dengan para tetamu serta rakan mereka.

"Ucapkan selamat hari lahir dekat Jiyu dari aku tau a.k.a Uncle Tae yang handsome lagikan comel ni" tutur Taehyung bersama senyuman petak miliknya. Jisoo hanya menggeleng sahaja dengan kata-kata Taehyung sebentar tadi.

"Ye nanti aku sampaikan ucapan kau tu" balas Jimin tersenyum.

"Comel la sangat awak tu. Comel-comel pun suka buat perangai pelik buat apa, dah macam alien tahu tak" sampuk Hyeki di sebelah bersama jelingan maut miliknya.

"Eh yang macam alien ni jugalah yang awak sayang kan?" soal Taehyung bersama kening di naikkan sedikit.

Jisoo dan Jimin hanya memerhati kelakuan mereka berdua dengan pandangan pelik. Dalam hati Jisoo mengatakan

'Hye dengan Taehyung ni ada apa-apa ke?'

"Mana ada. Bila masa pula saya sayang awak. Eeuuw" ucap Hyeki geli. Lantas Taehyung hanya membuat muka mengejek di hadapan Hyeki. Suka benar hatinya menyakat buah hati jantung pisang nya itu.

'Comel'

Katanya.

"Korang berdua ni ada apa-apa ke?" soal Jisoo hairan. Jimin di sebelah hanya tersenyum mendengar soalan isterinya. Tentang hubungan Taehyung dan Hyeki sudah lama sebenarnya dia tahu, cuma di rahsiakan atas permintaan merpati dua sejoli itu.

"Err..kami? Mana ada." jawab Hyeki gagap.

"Hye kau tipu aku kan.." teka Jisoo lagi ingin mencukil rahsia.

"Err..er.."

"Bagitahu saja lah Taehyung, Hyeki. Sampai bila nak sorok?" celah Jimin.

"Haihh yelah. Kami berdua ni bercinta Ji" terang Hyeki perlahan.

"Ahah! Aku dah agak. Baguslah nampaknya lepas ni tak adalah kawan aku di katakan 'forever alone' kan" ucap Jisoo gembira.

"Kau ni lah mulut tu jaga sikit" perli Hyeki bersama jelingan.

Namun mereka hanya mampu tertawa kecil sahaja. Masing-masing akhirnya dapat mengecapi kebahagiaan masing-masing.

"Maafkan aku sebab lambat sampai" ucap seseorang.

Sedang elok berbual dan bergelak ketawa, tiba-tiba mereka di kejutkan dengan suara garau milik seseorang. Mereka berempat menoleh ke arah suara tersebut.

"Jin" Jimin bersuara lembut menyapa kawannya itu.

"Datang pun kau. Aku ingat kau lama lagi tinggal di Amerika sana. Ye lah lama juga kau tinggal di sana. Hampir setahun" sambung Jimin lagi.

"Tak lah aku balik kali ni sebab aku nak kenalkan seseorang dekat korang semua" jawab Jin dengan senyuman manis yang di paparkan.

"Sesorang?" Jisoo menyoal.

"Isteri ke bro?" ucap sepupu nya Taehyung di sebelah Jin.

Satu senyuman sekali lagi terukir manis. Kepala di anggukkan perlahan oleh Jin.

"Honey" Jin memanggil seseorang.

Mereka masih setia menanti kehadiran 'seseorang' yang di perkatakan oleh Jin itu. Dan apabila seseorang itu keluar bersama seorang budak kecil.

"Kakak.." Jisoo bersuara sedikit apabila mata mereka berdua bertembung.

"Jieun?" serentak sahaja suara Jimin, Taehyung dan Hyeki.

"Kenal kan ini isteri aku dan budak kecil ni anak kami" ucap Jin lembut lalu memaut bahu Jieun erat. Jieun hanya mampu melemparkan senyuman kekok di hadapan mereka. Sungguh dia belum bersedia sepenuhnya dengan semua ini.

"Jisoo, kakak nak minta maaf dekat adik sebab selama ni kakak jahat sangat. Kakak terlalu ikutkan hati dan perasaan semata-mata nak puaskan hati kakak. Kakak minta maaf sangat. Sekarang kakak betul-betul menyesal. Dan Jimin, aku pun minta maaf dekat kau sebab selama ni aku bersikap jahat dan kurang senonoh dengan kau" tutur Jieun lembut.

Tubir mata Jieun sudah berkali-kali membahasahi pipi.

"Sudah la kakak, adik dah maafkan kakak dah. Kakak jangan la minta maaf lagi. Yang berlalu biarkan saja berlalu. Sekarang kita buka buku baru hrum?" kata Jisoo lalu mengusap lembut belakang kakak nya sebelum mereka berdua berpelukan antara satu sama lain.

Masing-masing bergenang dengan air mata.

"Aku pun dah maafkan kau Jieun. Aku harap lepasni kau betul-betul berubah dan akan jadi ibu serta kakak yang baik" ucap Jimin pula. Jieun yang mendengar itu hanya mengangguk faham lalu satu senyuman lega akhirnya mampu diukir di bibirnya.

"Jieun.." satu suara memanggil.

Rupanya encik Hwang bersama puan Hwang turut menyaksikan drama air mata itu.

Baru sahaja Jieun mahu melutut meminta maaf di kaki appanya tiba-tiba dia ditahan.

"Appa, Jieun minta maaf appa"

"Shhh. Jieun tak salah pun. Yang salah dalam semua ni appa sebenarnya. Maafkan appa ye" ucap encik Hwang. Dia mula sedar akan kesalahan nya selama ini kerana dia tidak berlaku adil tentang kasih sayang terhadap kedua nak perempuannya itu.

Sebaik sahaja pelukan dua beranak itu di leraikan Jisoo datang menghampiri mereka.

"Akhirnya keluarga kita lengkap semula" ucap Jisoo gembira lalu mendakap appa dan eomma nya serta kakak yang dia sayangi.

Semua tetamu bertepuk tangan melihat keluarga tersebut apabila mereka semua sudah bersatu semula. Malam ini kegembiraan tercapai berulang-ulang kali.

🍁

"Appa, eomma. Kenalkan ni suami Jieun nama nya Kim Seokjin. Dialah yang jaga Jieun selama ni lepas appa halau Jieun dulu. Selama setahun ini kami menetap di Amerika tapi sekarang kami sudah menetap semula di Korea. Ini pula anak kami nama nya Kim Yugyeom. Dia satu-satu nya anak lelaki kami" kata Jieun memperkenalkan Jin dan anak nya kepada kedua ibu bapa nya.

"Terima kasih Jin sebab jaga anak appa selama ni" ucap encik Hwang.

"Itu sudah jadi tanggungjawab saya appa. Lagipun saya memang sayang dan cintakan Jieun sejak dulu lagi" jawab Jin lembut.

Encik Hwang dan isterinya hanya tersenyum lega apabila kedua anak mereka akhirnya sudah mempunyai pasangan hidup masing-masing.

"A-ayya" Yugyeom tiba-tiba mengeluarkan suara. Jin dan Jieun tetkejut namun tidak lama kerana selepas itu mereka tersenyum kerana anak mereka akhirnya sudah mula ingin menuturkan kata-kata.

"Dia seronok jumpa atuk dengan nenek dia la tu, sebabtu dia mula nak bercakap" kata puan Hwang bersahaja.

Mereka tertawa apabila mendengar kata-kata puan Hwang. Tentang status siapa bapa kepada Yugyeom biarlah menjadi rahsia di antara Jin dan Jieun. Kerana apabila sudah tiba masanya nanti pasti mereka akan menceritakan perkara yang sebenar kepada semua orang termasuk Yugyeom sendiri.

Tbc...

Okay lepas ni maybe akan tamat okay. Maafkan lemon p lama tak update.

Sebelum ni lemon busy sangat lepastu weekend lepas lemon ada kem kepimpinan, memang penat jadi lemon tak dapat nak gerakkan jari untuk menaip. Hrumm.

Apa pun harap korang semua suka dengan chap kali ni. Maaf kalau hambar sebab otak lemon pun tak boleh diperah sangat sekarang ni.

18.4K readers? Omg thank u semua. Luv u 🙊💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro