Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

23 🍁

Happy 6K++  reads cutie!
Thank u so much

Happy reading!

+++

Jimin Pov

Hati masih dalam keadaan gelisah, takut dan jantung tidak berhenti berdebar apabila Jisoo masih lagi di dalam bilik rawatan. Sungguh risau diri aku terhadap dua insan yang aku sayang.

Aku harap semuanya akan baik-baik sahaja. Kalau terjadi apa-apa aku tidak akan berhenti daripada menyalahkan diri aku sendiri kerana kecuaian yang aku lakukan.

'Sayang maafkan saya'

Bahu aku di usap lembut oleh mama yang sedari tadi setia menemani aku. Aku sekadar memejam kan mata bagi menenangkan diri.

Tidak lama kemudian dapat aku lihat satu figura lelaki berjalan ke arah kami. Tergesa-gesa saja.

"Jisoo macam mana?" soalnya dengan nada cemas. Aku sekadar menggeleng sahaja tanda jawapan 'belum tahu lagi' . Mata papa sudah beralih kepada mama untuk mendapatkan jawapan.

"Belum tahu lagi, doktor belum keluar lagi dari bilik rawatan" jawab mama. Aku sekadar menunduk memandang lantai hospital. Fikiran aku melayang jauh entah kemana.

Dapat aku rasakan tangan aku seperti di raih lembut oleh seseorang yang membuatkan aku mengangkat kepala untuk memandang. Budak kecil yang bersama Jisoo tadi?

Tapi kali ini dia tidak bersendirian, dia ditemani oleh ibunya yang setia berdiri di belakangnya.

"Maafkan adik abang. Kalau bukan sebab adik mahukan kakak ambilkan bola tu, mesti kakak okay sekarang.." katanya sayu kepada aku sambil menunduk menatap tangan aku.

Aku masih lagi diam tidak menjawab mahupun memberi reaksi kepada budak di depan aku tika ini. Marah? apa yang hendak aku marahkan, perkara sudah pun terjadi.

Lalu aku ukirkan senyuman nipis kepada budak itu. Aku usap lembut pipi comel miliknya dan rambutnya.

"Shhh, bukan salah adik pun. Kakak kan cuma nak tolong adik je masa tu? Jadi jangan lah salahkan diri adik. Yang salah dalam hal ni abang sebenarnya sebab abang tak jaga kakak elok-elok" jawab aku lembut bagi memujuk.

"Tapii..kalau adikk"

"Dah sekarang kita tunggu je kakak dekat dalam tu ye. Kita doakan kakak dengan baby selamat. Okay" pintas ku sambil iris mata aku memandang tepat ke matanya.

Perlahan-lahan dia mengangguk tanda mengiyakan. Aku tersenyum kecil melihatnya dan di sela dengan keluhan nafas lega.

Oh aku lupa beritahu nama budak itu ialah Baek Ah. Dia merupakan anak jiran yang duduk berhampiran dengan kawasan rumah aku. Ibunya rapat juga dengan mama jadi tidak heran kalau mama dan ibunya sudah berbual antara satu sama lain.

Hampir 20 minit kami menunggu di ruangan menunggu, akhirnya doktor keluar daripada bilik rawatan. Dengan pantas aku menghampirinya untuk bertanyakan keadaan Jisoo.

"Isteri aku macam mana ?" tanya aku.

Doktor membuka mask di mulut dan memandang ke arah aku. Dapat aku lihat raut wajah nya lain sahaja. Tolong jangan sampai kan berita yang aku tak nak dengar.

"Macam ni puan Jisoo dia sudah stabil sekarang. Cuma dia perlukan rehat sedikit. Boleh saya bercakap sikit dengan Jimin tentang keadaan puan Jisoo. Kalau tuan dan puan Park ingin menjenguk Jisoo, boleh tapi jangan terlalu bising ye.

Yang lain hanya mengangguk begitu juga aku. Apabila mama dan papa diikuti dengan Baek Ah dan puan Hajin masuk ke dalam bilik rawatan Jisoo terus aku mengorak langkah membuntuti doktor yang merangkap kawan baik aku ini. Jeon Jungkook namanya.

Sampai sahaja punggung mendarat dikerusi hadapan Jungkook dia terus membuka kata. Aku sudah bersiap sedia ingin mendengar apa yang ingin dikatakan.

"Jimin aku harap selepas ini kau boleh jaga isteri kau dengan lebih baik lagi" kata Jungkook dengan raut wajah serius memandang aku.

"Maksud kau? Keadaan dia macam mana?tanya aku. Sekarang hanya itu yang aku ingin tahu.

"Kandungan Jisoo dalam keadaan lemah sekarang. Kalau kau tak bawa awal ke sini tadi aku tak tahu la apa yang akan jadi dengan dia dan bakal anak kau tu" katanya.

"Lemah macam mana tu ?" soal ku lagi ingin mengetahui lebih lanjut.

"Lemah kandungan ini dia ada pelbagai ciri dia. Faktor keturunan pun boleh mempengaruhi. Jadi aku rasa selepas ini kau kena jaga isteri kau sebaik mungkin sebab lepas apa yang jadi dekat dia hari ini kalau berlaku lagi, aku tidak boleh jamin keselamatan bakal anak kau" terangnya.

"Lagi satu jangan terlalu biarkan dia stress ataupun buat perkara-perkara yang membebankan. Pastikan dia pergi kemana saja kau ada. Apa-apa kemungkinan boleh terjadi contohnya kejadian hari ini" lanjut nya lagi.
Aku mengangguk faham kepada Jungkook.

"Okay aku akan ikut semua yang kau cakap tadi. Terima kasih Jungkook sebab selamatkan dan rawat isteri aku" balas aku perlahan sambil menghulurkan tangan untuk berjabat tangan antara satu sama lain.

"No problem Hyung, btw all the best bro" jawabnya sambil terseyum.

Eh? Tadi masa bercakap tentang keadaan Jisoo  tak ada pula dia nak berhyung-hyung dengan aku sekarang lain pula. Pelik dia ni.

"Tadi kau aku eh sekarang hyung pula?" perli ku dengan kening aku naikkan sedikit. Dia sudah menyengih menunjukkan gigi arnab nya itu.

"Hehe tadi ambil watak doktor kejap jadi kena serius" jelasnya di sela ketawa kecil.

"Kau ni ada-ada je la Jungkook. Okay lah hyung nak pergi tengok Jisoo kejap" kataku.

Dia mengangguk seraya matanya mengahantarkan figura aku keluar daripada pintu. Aku terus berjalan menuju ke ruangan Jisoo dirawat. Tidak sabar aku ingin menemuinya.

Selepas ini aku akan berjanji pada diri aku sendiri yang aku akan menjaga Jisoo sebaik mungkin 'sekarang dan selamanya'

Ya itu janji aku

Tbc...

🍂ramai yang tak sabar tunggu sambungan jadi nah aku bagi. Harap memuaskan la.

Maaf kalau tak menepati apa yang korang harapkan.

🍂 Hope all cutie enjoy

🍂 Vomment please 💜

+++

PROMOTE!!

Since ramai yang baca ff Jimin ni kan ha apa kata korang pergi jenguk" ff baru aku. Hero dia Jungkook tau.

Untuk pengetahuan ff baru tu adalah ff ganti bagi ff liar | Jungkook yang sebelum nii.

Harap korang boleh support 💗 thankie cuties!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro