Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

20 🍁

Thank you untuk 3K++ reads.
Sayang korang 💜

Happy reading

+++

Jimin masih lagi menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap komputer yang berada di hadapannya. Dia masih sibuk menguruskan segala urusan nya. Sesekali dia akan memanggil Jihoon masuk ke ruangan untuk menghantar fail yang di mintanya.

Jihoon merupakan orang yang menggantikan tempat aku sebagai PA Jimin di pejabat. Aku tidak menyangka kalau Jimin betul-betul akan mengambil PA lelaki kerana permintaan aku.

Aku pula buat apa?

Aku sudah mula bosan duduk lama-lama di dalam ruangan Jimin ni. Tidak banyak aku boleh buat dan dengan tiba-tiba penyesalan datang sebab aku nak sangat ikut dia tadi. Badan aku sandarkan di sofa bersama keluhan kecil tapi aku rasa Jimin dapat dengar.

Kerusi ditolak keluar dari meja kedengaran di telinga aku. Aku menoleh ke arah Jimin yang sedang menghampiri aku di sofa. Serius sahaja muka nya tetapi selepas melabuh kan punggung di sofa dia terus menyimpulkan senyum manis nya.

"Sayang bosan ke? Soalnya perlahan.

"Erm mana ada" aku menidakkan tanggapan nya.

"Jangan tipu oppa la. Kalau sayang bosan pergilah keluar dengan Hyeki tu. Hari ini oppa benarkan dia keluar temankan sayang saya yang satu ini" katanya.

"Huh? Betul la ni oppa? Boleh ke?" tanya aku ingin memastikan. Dia mengangguk tanda "iya". Hati aku sudah gembira bukan main lagi apabila diberi peluang sebegini rupa.

"Ye. Lagipun sayang dengan Hyeki kan dah lama tak jumpa dan luangkan masa bersama. Ha ni oppa bagi peluang dekat sayang la ni" sambungnya lagi.

"Yeay! Gomawo oppa. Ni yang buat saya bertambah sayang ni" dengan rasa yang teruja yang amat, aku menghadiahkan dia sebuah kucupan di pipi.

Okay apa aku buat ni?

"Tapi ingat apa pun sayang buat, sayang kena jaga diri okay?" dia mengingatkan aku tentang keselamatan diri.

"Itu oppa jangan risau. Sayang akan jaga diri" janji aku kepadanya.

Dengan senyuman aku terus mengorak langkah keluar daripada ruangan Jimin dan ingin berjumpa Hyeki.

Tak sabar rasa nya ingin meluangkan masa dengan perempuan itu. Rindu teramat aku terhadap kawan aku yang satu itu. Sejak aku berkahwin dengan Jimin, jarang aku dapat berhubung mahupun berjumpa dengannya.

🍁

Dapat aku lihat Hyeki masih lagi membuat kerja di dalam ruangan nya. Aku mengetuk perlahan daun pintu mililknya.

Tuk tuk tuk

Dia memandang ke arah pintu dan melihat aku di depan pintu. Dia terlihat teruja bila aku datang ke ruangannya. Dengan cepat dia berlari mendapatkan aku di depan pintu.

"Argh! Aku tak sangka kau ada dekat sini" katanya seronok sambil tangannya menggemgam kemas tangan milik ku. Buat seketika kami berpelukan.

Masing-masing melepaskan rindu.

"Hye? Jom keluar" ajak aku dengan senyuman yang melebar sampai ke telinga.

"Aku nak sangat tapi kerja aku siapa nak buat. Lagipun kalau aku keluar nanti aku takut kena marah dengan boss a.k.a suami kau" jawabnya dengan keluhan.

"Jom je, lagipon dia dah benarkan kau keluar. Kau ditugaskan untuk teman kan aku sekaligus jaga aku" kata aku.

Dia membulatkan matanya dan tersenyum seakan tidak percaya dengan kata-kata aku.

"Weh serius la boleh?" tanya nya lagi.

"Ye. Dah jom la. Aku dah naik bosan dah ni asyik nampak manusia dengan komputer dan kertas banyak-banyak" kata aku.

"Okay, kejap aku nak kemas barang dulu" jawabnya sambil berlari semula ke meja kerja miliknya lalu mengemas semua barang-barang. Aku masih lagi setia menunggunya.

🍁

Kami berdua menghabiskan masa dengan pergi ke pusat membeli-belah. Kalau di kira menggunakan jari kami sudah pun masuk ke dalam 10 kedai tetapi hanya beberapa beg plastik sahaja yang kami jinjing keluar.

Harap maklum perempuan memang begitu. Suka masuk dan tengok-tengok. Tapi bahagian untuk beli memang tidak.

Sudah 2 jam kami berjalan, aku berasa letih. Aku hampir lupa sekarang aku bukan seorang lagi. Ada insan yang aku sayang di dalam perut aku ketika ini. Tidak sabar rasanya menunggu dia keluar nanti.

Peluh mula keluar. Nafas mula tidak teratur kerana penat. Hyeki yang memerhatikan aku akhirnya dia membuka mulut.

"Ji aku nak tanya sikit boleh" soalnya di sebelah aku.

"Huh? Tanya la" jawab aku sambil tangan aku mengesat peluh yang membasahi menggunakan tisu poket milik aku.

"Kau ada sembunyikan sesuatu ke dari aku?" tanya nya serius.

Sembunyikan apa? Rasa nya tak ada.

"Ha? Mana ada apa yang aku sembunyikan?" tanya aku pelik.

"Kau sebenarnya dah berbadan dua kan?" teka nya.

Oh yang ini pun aku lupa juga. Aku belum lagi beritahu dia yang status aku sekarang ialah mommy to be.

"Eh Hye aku lupa nak bagitahu kau. Mianhae" terang aku dengan rasa serba salah.

"Aku dah agak dah. Sampai hati kau kan tak bagitahu aku. Kita kan kawan" katanya dengan nada seperti ingin merajuk.

"Aku betul-betul lupa. Maafkan aku. Tapi macam mana tahu?" soal aku pula.

"Aku tahu sebab aku tengok perut kau dah agak buncit lepas tu kau cepat letih dan mudah berpeluh. Setahu aku kau bukan macam tu. Jadi aku dah dapat agak kau kenapa" jelasnya dan aku hanya mengangguk sambil mulut aku menjawab "O"

"Tak sangka kau perasan" balasku lagi

"Kita kawan dah berapa tahun? Jadi apa-apa yang berubah aku akan perasan" jawapannya membuat kan aku terharu sekejap.

"Apa pun aku akan jadi mak cik tak lama lagi ha nanti kau ajar la anak kau panggil aku onti Hye" cadangnya dengan tawa kecil.

"Boleh nanti aku ajar dia eh" kata aku setuju.

"Jom pergi makan sambil tu kita boleh berehat kejap yela kau pun aku tengok dah letih kesian dekat baby" ajak nya. Aku setuju sahaja dengan  Hyeki memandang kan aku pun perlu kan kerusi untuk duduk sekarang ini.

Sampai sahaja di sebuah restoran, tempat kosong untuk dua orang di tengah-tengah kami duduki. Makanan telah dipesan dan kami berbual-bual sambil menanti.

Tingg!

Leka berbual tiba-tiba telefon aku berbunyi menandakan ada mesej masuk. Aku mengambil telefon di dalam tas milik aku dan aku menekan butang on telefon.

Sebaik sahaja skrin sudah bercahaya aku lihat pesanan mesej daripada Jimin. Laju saja jari aku untuk membuka pesanan mesej tersebut.

Oppa 💜

Sayang?
             1:23 p.m.

Ne?
1:23 p.m.

Dekat mana sekarang? Buat
apa je? 
                 1:24 p.m.

Sekarang tengah nak lunch.
Tadi sayang shopping je dgn
Hyeki
1:25 p.m.

Sayang tak kesian kan oppa
ke?
                   1:25 p.m. 

Kesian? Kenapa?
1:26 p.m.

Yela sayang dah lunch dgn
Hyeki. Oppa lunch sorang2
                     1:27 p.m.

☹️
    1:27 p.m. 

😭
     1:27 p.m.

Seen ☑️

Aku tersenyum sambil tergelak kecil apabila Jimin menghantar emoji sedih kepada aku. Kesian dia seorang diri. Tapi tadi dia juga yang benarkan aku pergi kan?

Hyeki memandang aku pelik kerana aku tergelak kecil sedari tadi sambil membaca mesej.

"Kau kenapa?" tanya nya. Aku memandang Hyeki bila dia bersuara.

"Huh? Tak ada apa. Hye boleh tolong tak?"

"Tolong apa?" jawabnya sambil tangannya mengambil gelas yang berisi air lalu disedut.

"Tolong tangkap kan gambar aku kejap" pinta aku.

"Ha boleh meh sini telefon kau" katanya. Aku tersenyum sambil telefon bertukar tangan.

Sesudah gambar di tangkap terus aku buka semula pesanan mesej Jimin.

Oppa 💜

Oppa jadikan gambar tu
sebagai peneman lunch oppa
hari ini okay?
1:31 p.m.

Okay sayang 💕😘
                 1:32 p.m.

Makan elok-elok 😘
1:32 p.m.

Ne 💜💜
            1:33 p.m.

💜
1:34 p.m.

Seen☑️

Butang off aku tekan dan aku menyimpan telefon aku di dalam tas aku semula.

🍁

Tbc...

🍂 Nak cerita ni cepat habis atau lama lagi?

🍂 Terima kasih baca cerita author yang tak seberapa ini

🍂Vomment jangan dilupakan (≖ᴗ≖)✧

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro