11 🍁
Pagi ini kami bergerak ke Incheon Airport untuk pergi ke Cappadocia. Mama dan papa Jimin turut berada di sana. Nak ucapkan selamat tinggal katanya. Sesampainya di airport kami pergi ke sebuah cafe untuk breakfast.
Selepas 20 minit menunggu dan berbual sambil bersarapan bersama akhirnya Jimin mengatakan yang kami sudah harus masuk ke dalam ruangan menunggu.
" Sayang? Jom. Kita dah kena masuk ni" kata Jimin. Aku yang sedang rancak berbual dengan mama disebelah memandangnya.
"Eh yeke. Dah kena masuk eh? " tanya ku
"Iya sayangku" jawabnya dengan muka yang agak menyindir. Eh dia ni. Aku tanya je kot. Tapi yela dia dah cakap kan tadi kenapa aku tanya lagi. Hahaha kenapa bila depan dia aku terasa bodoh sangat ni.
"Haih dah2 sekarang kamu berdua pergila masuk. Selamat ber "honeymoon" ye" mama tiba2 bersuara dan kata2 mama membuatkan aku tersenyum terpaksa. Kenapa aku rasa diaorang ni yang beria-ria tentang honeymoon kami.
Jimin dan aku segera bangun dari kerusi yang kami duduki dan kami bersalaman serta berpelukan dengan mama dan papa. Sebelum pergi mereka berdua sempat mengucapkan "safe flight and happy honeymoon".
Di dalam perjalanan menuju ke pintu perlepasan tiba2 Jimin merangkul pinggang ku apabila kami berada di escalator yang lambat bersama senyuman di bibir. Aku memandangnya dengan pandangan pelik. Dia memandang ku.
" sayang? " panggilnya
"Hrmm?" jawabku pelan
"Thank you for the last night" bisiknya di telinga ku. Puffttttt terus membahang muka ku apabila mengingat semula kejadian malam tadi. Tapi sudah menjadi kewajipan aku sebagai seorang isteri untuk melaksanakannya. Ergh apa aku merepek ni.
Aku cepat2 mencubit kuat di bahagian perut Jimin. Dia mengaduh kesakitan. Yela sesedap rasa dia je cakap benda macam tu dekat tempat awam macam ni. Kalau orang lain dengar macam mana? Walaupun dia bisik tapi aku rasa orang dekat belakang kami masih boleh dengar.
"Sakitla sayang kenapa cubit2 ni? Nak jadi ketam ke? " katanya sambil mengusap perutnya.
"Yela saya nak jadi ketam sebab nak kepit mulut awak. Kalau nak cakap tu tengokla kiri kanan depan belakang dulu ni tak main lepas je" jawabku kesal.
"Tapi saya bisik kan? " dia menyoal
"Apa2 je la" jawabku dan mengalihkan pandangan.
"Ke awak malu? Huh? " tekanya
"Mana ada"
Bohongku tapi muka sudah membuktikan yang pipi ku merah membahang. Lalu ketawa kecil aku dengar.
"Kalau malu tu cakap je" kata Jimin.
Aku tak pasti kenapa, aku rasa perangai Jimin ni semakin lama semakin menjadi jadi eh. Aku rasa aku bagi dia makanan yang betul. Entah dimana silapnya.
🍁
Jimin Pov
Cantik pemandangan yang aku pandang melalui tingkap walaupun hanya awan dan matahari tapi sudah cukup cantik di mataku.
Tiba2 bahu ku terasa ada kepala yang bersandar. Aku menoleh ke tepi. Dan aku dapati Jisoo bersandar di bahuku dengan mata yang terpejam. Aku tersenyum kecil.
"Comel nya kau ni" desis hatiku. Kepalanya aku usap lembut.
🍁
Jisoo Pov
Akhirnya kami sampai ke destinasi yang dituju. Memandangkan malam, kami terus menuju ke hotel yang telah di tempah oleh mama. Selepas mendapat kunci daripada pengurus hotel, kami terus masuk ke dalam bilik untuk berehat.
Selepas membersihkan diri, masing2 sudah pun dibuai mimpi untuk merehatkan diri sekaligus untuk menambah tenaga pada hari esok.
Apabila pagi menjelma, aku bangun tapi bila aku toleh ke tepi Jimin tiada di sebelahku. Aku bangun dan mencari di bilik air mana tahu kalau2 dia mandi. Namun Jimin tiada. Mata ku melihat disekeliling dan aku lihat balkoni yang terdapat di depan bilik hotel kami terbuka. Aku terus mengorak langkah ke balkoni.
*okay ye kenapa makanan dia buah-buahan semua? 🌚😂*
Aku terkejut apabila makanan terhidang disitu. Dan aku dapati Jimin menikmati pemandangan. Aku menghampirinya. Aku menghirup udara pagi yang segar itu dengan senyuman. Dia menoleh.
"Morning?" katanya
"Morning" balasku
Tiba2 dia membuat isyarat mata kepadaku. Aku pandang dia pelik. Dia ni dah kenapa? Sakit mata?. Dahi aku kerutkan. Dia mengeluh apabila aku tak dapat tangkap apa yang dia cuba ingin sampaikan.
"Haih awak ni takkan la lupa" keluhnya
"Erm apa eh? Saya lupa apa? " balasku memang betul2 tak tahu
"Morning kiss saya mana? " tanyanya. Pufttttt apa punya permintaan ni. Oh okay aku lupa yang aku kena bagi dia setiap pagi. Haih. Dia dah pun menunjuk-nunjuk kan jari telunjuk nya di bibir. Aku gelabah dah ni. Dan "cupp" aku cepat2 mencium pipinya dan berlari masuk ke dalam bilik. Gila nanti kalau lama2 dekat situ.
Aku dapat dengar ketawa nya. Aku yang di dalam hanya tersenyum. Hatiku saat ini berdebar debar bagai nak meloncat je.
🍁
"Hah? Diaorang dekat Cappadocia?" suara seorang perempuan dengan dana agak kasar.
"Iya. Dan saya dengar diaorang sedang berhoneymoon di sana"
"Huh, tak apa kita buat macam yang kita rancang tu. Aku yakin lepasni perempuan tu nanti akan menyesal sebab dah rampas lelaki yang aku suka. HAHAHAHA" gelak ketawa jahat perempuan itu bergema.
Namun tanpa meraka sedari ada seseorang yang sedang menjadi mata dan telinga Jimin.
🍁
Tbc...
🍂 akhirnya exam aku habis untuk bulan mac. Hoho. Aku nak update semalam tapi aku lupa.
🍂 aku type chap kali ni aku rasa semacam je do rasa macm tah la cringe hahaha
🍂 btw ff ni dah 1.02k reads guys! Thank u so much💕
Vomment jangan lupa ❣️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro