Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

09 🍁

Jimin mengajak ku duduk di bahagian sofa yang terdapat di dalam ruang kerja nya. Aku hanya menurut dan duduk menghadapnya dengan sopan.

"Jadi apa yang Tuan Jimin nak cakap dekat saya? " soalku. Manakala dia sudah mengerutkan dahi nya. Mungkin sebab aku panggil dia "Tuan Jimin" kot.

"Tuan?" soalnya dengan menatap ku serious.

"Erm. Saya panggil awak Tuan dekat pejabat je bila dekat rumah saya panggil la macam biasa." jawabku perlahan. Dia mula menganggukkan kepala nya sedikit bila mendengar jawapan ku. Satu keluhan dia keluarkan.

"Ok kalau macam tu awak tak payah la kerja jadi PA saya lagi lepasni"

"Hah? Kenapa pula??? " kalau tak jadi PA Tuan saya nak dipindahkan kemana? Jadi pembancuh air? " balasku dengan nada yang agak terkejut.

"Nope! Dipindahkan dalam hati saya la" selamba Jimin menjawab dengan kenyitan matanya. Pufttt sempat pula kau ni nak kenyit2 mata.

"Jangan la main2 Tuan. Saya serious ni" balasku dengan nada malas dan agak marah. Yela orang tengah serious janganla nak main2.

"Ok2. Ala awak ni nak gurau2 sikit pon tak boleh. Nasibla dapat isteri macam awak ni" jawabnya sambil dia berpindah tempat duduk di sebelah ku. Aku menatap nya dengan pandangan malas nak layan.

" Jadi kenapa kahwin dengan saya?" jawabku cepat. Terasa juga la bila dia cakap "nasib" tu dekat aku.

"Sebab saya sayang awak la" balasnya. Aku tergamam dengan jawapannya. Tak2 dia gurau je tu tak pun aku salah dengar. Kan kan?

Melihat aku diam tak berkutik dia terus memengang pipiku dan mengusap dengan lembut.

"Saya bukan nak tukar jawatan awak jadi pembancuh air ke apa. Saya cuma nak sayang saya ni duduk rumah je. Sebab saya tak nak dengar perkataan Tuan daripada mulut awak. Dan disebabkan tu saya nak awak duduk rumah je, kalau awak dekat rumah awak takkan panggil saya Tuan dan awak bolehlah tumpukan perhatian awak sepenuhnya dekat saya je" panjang lebar dia terangkan dan aku cuba menangkap apa yang dia sampaikan.

"Tapi dekat pejabat pun saya tumpukan dekat awak je. Saya kan PA awak? "

"Iya ke tumpu kat saya je? Habis staff2 lelaki tu apa? " balas Jimin dengan kening nya dinaikkan sedikit.

"Diaorang dah tahu kan saya ni isteri awak" aku cuba lagi untuk meyakinkan Jimin.

"Lelaki mana boleh percaya walaupun dia dah tahu perempuan tu dah berpunya dia tetap nak rapat2 juga." balas Jimin sambil memutarkan bola matanya. Ehek dia ni jenis kuat cemburu ke?

"Kalau macam tu awak pun sama la kan? Yela awak pun lelaki ? " haa jawab la Jimin jawab.

"Er..eh tak2 saya lain sikit. Saya jenis yang setia. Takda2 mulai esok awak kena duduk rumah je. Ye sayang? "

Dan2 je kau ni lain. Haih. Nak tak nak aku kena dengar cakap suami. Nasib aku sayang kau tau. Eh eh terlepas cakap sayang la. Ala takpe dia tak dengar pun. Haha.

"Erm yela" jawabku bersetuju dengannya.
Selepas aku mengiyakan, Jimin tersenyum lebar kearahku. Tangannya kini mengusap lembut kepala ku.

"Thanks love" baru saja dia ingin mendekati kepalanya kearah pipiku tiba2 bunyi pintu diketuk dari luar. Kami berdua terkejut.

Sebaik sahaja pintu dibuka, aku cepat2 bangun dan tunduk menandakan hormat kepada orang yang berada dihadapan ku sekarang ini. Siapa? Tuan Park la aka bapa mertua aku. Hohoho.
Dia tersenyum ke arah ku.

"Maafkan papa sebab kacau kamu berdua. Papa cuma nak tengok kamu berdua je selepas seminggu bercuti dan sekarang dah masuk kerja balik. Kamu sihat Jisoo?"

"Saya sihat Tuu..papa" hampir je aku nak cakap Tuan Park tadi. Jimin hanya tersenyum di sebelah ku.

"Ah bagus la. Jimin, papa sebenarnya nak bagitahu yang mama kamu pesan, dia nak kamu dan isteri kamu ni makan malam dekat rumah kami. Ada benda yang kami nak bincang dengan kamu berdua"

"Bincang apa tu pa? " tanya Jimin.

"Adalah nanti kamu tahu juga. Datang tau kalau tak nanti mama kamu mengamuk sakan. Mama cakap dia dah rindu kamu sangat2."

"Ne, malam nanti kami berdua datang" balas Jimin.

"Okay, papa pergi dulu ye"

Sebelum Tuan Park meninggalkan kami berdua dia berpaling semula

"Ah lagi satu Jimin papa nak cakap sikit, kalau nak buat apa2 dalam ni jangan lupa kunci pintu dulu. Nanti takut2 ada yang tiba2 terjah masuk" katanya sambil ketawa kecil memandang kami berdua.

Jimin hanya menggaru kepala yang tidak gatal bersama senyuman pelik. Manakala aku hanya mampu menunduk dan pipiku bertukar merah. Malu nya.

🍁

"So ma?  Apa yang mama dengan papa nak bincang dengan kami? " Jimin menyoal

"Erm sebenarnya macam ni. Mama dan papa bercadang tapi rasanya dah plan semua dah kot"

Aku dan Jimin saling berpandangan dengan pandangan tidak faham apa yang Mama cuba sampaikan kepada kami.

"Ah macam ni,  sebenarnya papa dah belikan kamu berdua tiket untuk pergi honeymoon!"

"Ha? Kemana? " tanya Jimin. Aku hanya mendiamkan diri disebelahnya.

"Nah ambil ni dan buka" menghulurkan sampul surat kepada Jimin.

Jimin perlahan-lahan membuka sampul tersebut, aku disebelahnya hanya menanti. Apabila isi kandungan dikeluarkan kami berdua membaca tiket dan nama destinasi di dalam tiket tersebut. Hampir terbeliak mata aku melihat nama " Cappadocia" tertera di tiket tersebut.

"Kenapa Jisoo? Kamu suka tak tempat tu?"

"suka cuma jauh sangat ni ma"

"La tak apa la boleh kamu lama2 sikit honeymoon tu" " lagi satu mama dah tak sabar dah nak jadi nenek ni"

Hampir nak terkeluar isi makanan yang kami makan tadi bila mendengar apa yang mama cakap tadi.

"Eh mama ni ke situ pula. Lambat lagi mama nak jadi nenek lagipun kami baru je kan" pintas Jimin apabila dia tengok muka aku dah naik merah.

" erm yela. Tapi yang pasti kamu berdua pergi tau sebab ni hadiah dari papa dengan mama"

" pergi tu boleh tapi macam mana dengan syarikat? " Jimin menyoal tentang syarikatnya.

"Semua tentang syarikat biar papa yang uruskan. Kamu dan Jisoo bergembira je okay?"

"Okay pa" jawab Jimin dengan senyuman. Aku turut memberi senyuman kepada mereka.

🍁

Jimin memandu disebelahku manakala aku memandang pemandangan malam di luar tingkap.

"Sayang?" Jimin bersuara.

"Hrmm" jawabku lalu memandangnya.

"Awak seronok tak dengan hadiah yang papa dan mama bagi? " soalnya.

"Seronok. Yela pergi tempat jauh mestila best. Kenapa? "

"Bagusla takut2 awak tak suka je" jawabnya. Tak2 siapa je yang tak suka pergi tempat jauh? Bagitahu aku sekarang. Haih dia ni.

"Tapi kan Jimin. Dulu masa saya belum kahwin kan,  saya impikan yang saya nak pergi Turkey tu dengan Hyeki tau tapi sekarang saya pergi dengan suami saya"

"Itu bonus namanya sayang " dia mengeyit mata.

"Kenapa pula? " aku menyoal

"Yela. Nak pergi dengan kawan tak dapat kan?  Now pergi dengan orang yang tersayang"

"Bila masa saya sayang awak?" aku cuba untuk menyembunyikan.

"Jangan tipu, saya tahu awak sayang saya. Kalau tak kenapa petang tadi awak cakap dekat saya kalau nak cari PA baru, cari lelaki jangan perempuan" dia sudah tersenyum sinis dengan kening dinaikkan.

"Err..tu tu.. Itu sebab saya tak nak awak ada perempuan lain lepastu saya dimadukan itu je" bohongku.

Dia sudah ketawa bila dengar jawapan aku. Aku memalingkan wajah ketepi. Ala menyesal aku cakap pasal benda ni.

"Kalau sayang cakap je" dia menyambung lagi apabila aku cuba menyembunyikan muka.

🍁

Tbc...

🍂 Vomment jangan lupa ❣️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro