Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

08 🍁


Selesai sahaja menolong mak cik Jennie mengemas pinggan dan lauk pauk hidangan makan malam tadi aku terus naik ke bilik untuk berehat. Daun pintu aku buka, aku lihat Jimin tiada di dalam bilik.
"Aik? Mana pulak dia pergi? Tadi kata lepas makan dia naik bilik" tanya ku seorang diri.
Tapi soalan itu aku biarkan berlalu. Tanpa berfikir panjang aku naik ke atas katil untuk merehatkan badan ku.
"Hrumm. Leganya dapat baring" kataku perlahan.

Bunyi kuakan pintu membuatkan aku terkejut dan terbangun dengan serta merta. La Jimin rupanya.

"Awak kenapa? " tanya Jimin pelik apabila melihatku terkejut sebegitu rupa.

"Er..r tak ada apa. Saya cuma terkejut je" jawabku.

Dia hanya mengangguk faham lalu masuk ke dalam bilik air. Aku hanya memerhatikan gerak gerinya.
Selepas 3 minit dia berada di dalam sana, aku mula melelapkan mata dan dengan hanya kiraan detik aku sudah memasuki alam mimpi.

Jimin Pov

Aku melangkah keluar setelah 15 minit aku berada di dalam bilik air. Lama?  Tentulah sebab aku mandi tadi. Ehek. Aku pergi ke bilik persalinan dan memakai baju tidur chimmy. Kemudian aku menuju ke katil untuk berbual dengan Jisoo tapi aku dapati Jisoo sudah pun terlena dibuai mimpi. Aku mengeluh kecil. Aku baring beriringan di sebelahnya dan memandang wajahnya ketika tidur.

"Dia ni tak pernah berhenti buat aku jatuh cinta. Bila dia sedih aku pun ikut sedih bila dia gembira aku 2 kali lagi gembira" kataku dalam hati sambil tersenyum sedikit.

Baru saja aku ingin membelai dan merapikan rambut di wajahnya tiba2 telefon milikku berdering. Aku segera mengambil dan melihat nama yang tertera di skrin. Lantas aku menuju keluar ke arah balkoni untuk menjawab panggilan.

"Yeoboseyo. Kau dah dapat bukti ke? "

"......."

"Bagus. Lagi satu, lepasni aku nak kau awasi gerak geri dia. Ikut kemana je dia pergi dan setiap yang dia buat kau kena update dekat aku"

"........."

"Ok bagus. Aku tahu kau handal buat benda2 macam ni. Terima kasih sebab sudi tolong aku"

"........."

"Ne. Jumpa nanti"

Aku menamatkan panggilan dengan rasa lega dihati. Selepas itu aku masuk semula ke dalam bilik. Lampu tidur ku pasang dan lampu utama ku matikan. Tidak lupa kutarik kan selimut untuk menutupi badan Jisoo. Sesudah itu aku pun telah masuk ke alam mimpi.

Zzz.....

🍁

Jisoo Pov

Cuti telah pun berakhir bagi kami berdua. Kini kami harus masuk ke pejabat semula tetapi kali ini sebagai suami isteri buat pertama kalinya. Ofc la pertama kali kan takkan kedua pulak.

Pagi ini, aku bersiap awal terlebih dahulu berbanding Jimin. Sesudah itu aku membangunkan Jimin untuk bersiap. Ketika dia sedang mandi, aku dengan cepat menyiapkan baju yang akan dia pakai hari ini. Tidak lupa beg kerjanya aku letakkan di birai katil beserta stokin miliknya. Haih kenapa aku terlebih rajin ni? Hahaha takpe first time ni.

Jimin sudah bersiap memakai kemeja biru gelap miliknya. Aku hanya memandang nya dengan pandangan yang sangat kagum. "Hensemnya" desis ku. Namun tiba2 dia mendekati aku dengan senyuman.

"Awak boleh tolong saya tak? " soalnya lembut dengan senyuman menawan.

"Eo. Boleh. Tolong apa? " jawabku siap ingin memberikan pertolongan.

"Pakaikan tie saya ni. Saya nak rasa buat pertama kalinya isteri saya pakaikan" sambungnya bersama kenyitan matanya.

"Oh boleh" jawabku lalu mengambil tie di tanganya lalu memakaikan nya. Jarak ku dengannya ketika ini amatlah dekat. Aku perasan matanya tidak lepas dari memandang aku. Laju saja aku ingin menyiapakannya. Tiba2 bibirku terasa hangat seperti disentuh sesuatu yang lembut. Aku terkejut. Ok bila aku sedar, Jimin mencium bibirku. Lama juga bibirku bertaut dengan bibirnya. Pipiku merona merah akibat malu. Pufttttt. Arghh.

Dia melepaskan ciuman. Lalu pipiku di usap lembut olehnya. Dengan senyuman dia berkata

"That's my morning kiss. Jadi setiap pagi awak kena bagi saya" tersenyum menggoda. Eh dia ni suka suki je cium2 aku lepastu claim setiap pagi kena bagi dia morning kiss. Kau ingat aku apa?

Aku yang sedari tadi terkaku seperti ais itu diam tidak menjawab. Dia hanya tersenyum lalu pergi mengambil stokin dan menyarungkannya di kaki. Aku masih lagi diam. Haih apa ni??

"Jisoo jom pergi kerja. Awak nak sampai lambat ke? " katanya.

"Ah. Ne. Kajja! " cepat2 aku mengambil beg kerja ku dan keluar daripada bilik. Untung je aku dah siap awal2 kalau tak mahu kelam kabut aku.

🍁

Sesampainya di depan pintu pejabat, aku dapat lihat semua pekerja beratur dan berdiri dihadapan pintu. Kejap2 diaorang tunggu siapa??

Sebaik sahaja salah seorang pekerja membukakan pintu untuk kami masuk, mereka semua bersorak mengucapkan tahniah kepada kami dengan sorakan yang kuat. Seorang pekerja wanita memberikan ku sejambak bunga. Aku menerimanya dengan senyuman.

"Kamsahamnida" aku dan Jimin mengucapkannya lalu menundukkan badan kepada semua pekerja. Mereka memberikan tepukan kepada kami. Aku hanya tersenyum tanpa henti tanda gembira yang tidak terhingga.

Hyeki menghampiri aku lalu memberikan pelukan erat. Aku membalasnya. Selesai pelukan dileraikan, Jimin mengatakan sesuatu kepadaku.

"Saya nak cakap dengan awak dalam bilik saya lepasni" katanya sambil berbisik namun dapat didengari oleh semua orang.
"Wuuuuuuu" bunyi sorakan daripada mereka membuatkan Jimin berasa malu

"Okay semua dah boleh sambung kerja semula. Terima kasih atas ucapan kamu semua. Saya hargai sangat" kata Jimin. Lalu semua pekerja hanya menurut begitupun Hyeki.

Sesudah itu, tanganku di tarik oleh Jimin menuju ke ruangan pejabat miliknya. Haih apalah yang laki ni nak cakap dengan aku. Soalan terus menerus menerjah masuk ke dalam kotak fikiran ku.

🍁

Tbc...

🍂 Apa rancangan Jimin sebenarnya? Dia ada sembunyikan sesuatu dari Jisoo, tapi apa?

🍂 Thanks kepada yang masih setia membaca cerita ni. Maaf kalau chapter ni agak bosan dan lain2

🍂 Vomment jangan lupa ❣️

Announcement!!!

Guys! Just nak bagitahu yang aku dah ada lagi satu ff  🐣

Kim Taehyung ialah seorang yang benci dengan namanya "coffee"  tetapi dengan tiba-tiba rasa cinta dan suka datang apabila dia bertemu dengan seorang pemilik Coffee Cafe yang sangat memahami dan meluangkan banyak masa untuk dirinya berbanding tunangnya yang selalu sibuk dengan kerjaya model.

Namun dapatkah rasa cinta dan sayang yang mereka bina akan berkekalan buat selamanya apabila tunangnya  mengetahui tentang hubungan mereka?
🥨

ff ni takkan keluar sekarang tapi coming soon la. Cuma aku nak bagitahu and minta pandangan patutkah aku publish cerita ni nanti bila tiba masanya?  Kalau tak nak,  aku takkan publish

Yay / Nay ?

Just nak pendapat ☕️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro