Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

16 🍁

Perlahan-lahan aku buka mata aku untuk bangun. Siling putih adalah perkara pertama yang aku nampak lantas dari itu aku cuba untuk bangun dari baringan tetapi kepala aku masih lagi terasa pening. Laju saja tangan aku mrnyentuh kepala aku yang berdenyut.

Suara pintu terbuka membuatkan aku memandang dan aku lihat Jimin masuk mendekati aku dengan senyuman manis di bibirnya. Aku hanya mampu melihat dan tersenyum nipis tatkala dia menghampiri.

Dia mengambil duduk di tepi aku. Tangan kanannya mengusap umbun-umbun kepala aku.

"Sayang rasa dah rasa okay ke belum sekarang?" dia bersuara lembut menanyai aku.

"Sikit" jawab aku walhal dia masih lagi menatap aku dengan senyuman penuh makna.

Kenapa dengan dia?

"Awak kenapa Jim? Pandang saya sampai macam itu sekali" akhirnya aku bersuara dan ya soalan aku di balas dengan senyuman dan aku terdengar ketawa kecil nya.

"Sekarang ni sayang kena banyak berehat tau. Jangan buat kerja-kerja yang memenatkan tak pun kerja berat. Dan paling penting jangan stress" katanya sambil memegang lembut tangan aku. Di usap nya lembut.

Melihat reaksi aku yang seakan tidak dapat mentafsirkan apa yang dia cuba sampaikan dia tersenyum lagi.

Tak penat ke senyum?

"Nanti kesian baby kita" mendengar itu aku terkejut dan mata aku sedikit membulat.

"Kejap-kejap awak kata apa tadi?" aku menyoal lagi akibat terkejut dan dalam masa yang sama ada satu rasa iaitu 'gembira' .

"Awak mengandung sayang" ulangnya. Aku seakan tidak percaya dengan apa yang aku dengar. Lantas mulutku aku tekup bagi menahan teruja aku. Titisan jernih mengalir di pipi tanpa sengaja.

Jimin menyeka air mata aku. Badanku di tarik masuk ke dalam dakapan hangatnya. Gembira yang tidak dapat di gambarkan bila aku akan menjadi seorang ibu.

"Terima kasih sayang. Saya akan jaga awak dan bakal anak kita ni dengan sebaik yang mungkin" ucapnya di depan aku.

Kemudian dia mengucup lama umbun-umbun kepala aku dan badannya kini menjadi sasaran untuk aku peluk.

🍁

Jimin Pov

Bagaikan tidak percaya yang aku akan menjadi seorang ayah tidak lama lagi. Percakapan Doktor Eunwoo masih lagi terngiang-ngiang di kepala aku apabila dia memberi tahu yang Jisoo di sahkan mengandung.

"Tahniah En.Jimin kerana isteri awak sekarang positive mengandung dan usia kandungan baru 3 minggu"

"Hah? Isteri saya mengandung doktor?"

"Ya. Saya harap En.Jimin boleh jaga isteri En. dengan baik. Jangan bagi dia buat kerja yang berat sebab itu akan buat dia letih dan akan memberi risiko untuk kandungannya. Dan paling penting elakkan isteri En. daripada stress"

"Baiklah saya akan dengar nasihat doktor. Terima kasih doktor"

"Sama-sama"

🍁

Jisoo Pov

"Sayang makan lah sikit bubur ni? Isi perut sikit. Pagi tadi pun awak tak habis makan kan?" Jimin bersuara apabila aku enggan untuk makan.

Bukan aku tak nak makan cumanya aku tak ada selera untuk makan.

"Saya tak ada selera nak makan" jawabku perlahan.

"Awak kena makan. Nanti awak sakit sayang. Yang di dalam tu pun mesti dia lapar. Awak kena ingat yang sekarang ni awak dah berdua tau. Kesian dia " kata Jimin lembut memujuk aku untuk makan.

Aku masih diam memikirkan kata-kata Jimin. Benar juga katanya, sekarang ni aku bukan lagi seorang diri.

"Makan sikit hrumm?" Jimin masih lagi memujuk.

"Saya makan tapi awak kena suapkan saya. Boleh?" jawabku.

Bila dah berbadan dua ni makin mengada pula eh aku ni. Tak apa mengada pun dengan suami sendiri.

"Dah tentu boleh sayang. Sayang tak minta pun saya akan buat" balas Jimin dengan senyuman.

Jimin mula menyuakan sudu yang berisikan bubur ke mulutku. Aku senang menyambut suapan demi suapan bubur yang diberikan.

Eh tadi bukan aku kata tak ada selera ke? Mentang-mentang la di suap laju saja makan.

Tiba-tiba daun pintu dibuka oleh seseorang. Orang itu ialah mama. Mama masuk dengan segelas susu ditangan jalan menghampiri kami berdua.

"Nah. Nanti lepas makan kamu minum ni ye" suruh mama sambil meletakkan susu itu di atas meja.

"Orang mengandung elok minum susu ni baik untuk bakal cucu mama yang akan lahir tu nanti" sambung mama lagi.

Aku tersenyum ke arah mama apabila dia mengusap lembut kepala aku. Baiknya wanita di depan aku ini, seandainya kini dia adalah eomma. Bayangkan betapa bahagia nya aku.

Aku sedaya upaya menghilangkan rasa sedih dan tidak terlalu memikirkannya. Ibu mengandung mana boleh stress!

Selesai makan Jimin memberikan aku susu yang di berikan oleh mama tadi. Walaupun susu bukanlah minuman kegemaran aku sejak kecil namun aku gagahkan jua untuk meminumnya sehingga habis.

🍁

"Jieun kamu kemana cuti sampai 1 minggu lebih ni?" Jin menyoal Jieun yang kini berdiri di hadapan meja dalam ruangan kerja Jin.

"Saya jaga eomma saya sakit Tuan" bohong Jieun kepada Jin.

Jin sudah mengangguk faham dengan alasan yang diberikan oleh Jieun. Bukan dia tidak tahu yang Jieun pergi ke Cappadocia dan bagaimana dia tahu? Sudah tentu dari spy yang dia upah untuk mengawasi pergerakan Jieun.

Author

"Tak memang setiap orang ada orang suruhan masing-masing ke apa? Erk."

Jimin: haruslah ada author.
Jin: author takde tu yang jealous

Author : dah-dah diam. Aku nak sambung cerita ni.

Jieun keluar daripada ruangan kerja Jin dan masuk semula ke ruangan kerja miliknya. Dia tidak habis fikir dengan apa yang berlaku di Cappadocia tempoh hari. Dia geram dengan apa yang berlaku. Nafas ditarik dalam lalu dihembuskan.

"It's okay. Tunggu saja masanya nanti. Kehidupan bahagia korang tak akan kekal lama pun" katanya seorang diri bersama senyuman sinisnya.

Berlalu dengan itu Jieun menyambung semula kerja yang tertunggak semasa dia pergi ke Cappadocia yang lalu. Dia merungut sendiri apabila kerja banyak yang perlu di siapkan. Kusut mula menguasai dirinya.

🍁

Jisoo Pov

Aku menuruni anak tangga untuk turun ke bawah dengan niat nak membantu mak cik Jennie membuat sarapan pagi. Aku ingat hari ini aku nak menyediakan sarapan untuk Jimin sebab aku nak berterima kasih. Kalau bukan sebab dia yang sanggup melayan kerenah mengada-ngada aku ni minta itu ini aku tak tahulah siapa lagi yang sanggup.

Pernah satu malam itu sudah tepat 11:55 malam boleh pula perut aku ni mahu kan banana milk bersama ttobeokki. Memang aku merengek seperti budak-budak sebab dia kata ini sudah malam, mana nak mencarinya.

Sempat aku merajuk sebab dia tak dapat memenuhi permintaan aku. Tapi selepas itu dia memujuk ku lembut dan akhirnya aku akur dengan pujukannya.

Sedar tidak sedar bila anak tangga yang berada di tengah-tengah aku ingin pijak, dapat aku rasakan lantai tangga itu licin dan membuatkan aku hilang imbangan.

Aku menjerit apabila badanku kini ingin jatuh akibat permukaan yang licin itu.

"Arghhh!!"

🍁

Tbc...

🍂 masih setia menanti? Harapnya begitu lah🙊

🍂 Yang masih setia membaca nah Love untuk korang 💜💜💜 BORAHAE

🍂Vomment jangan dilupakan (≖ᴗ≖)✧

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro