Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

[0.3]




_______________

"Mana Jimin ni?" soal Puan Park kehulur kehilir di ruang tamu. Sempat juga dia menilik jam ditangan.

Hatinya masih tak keruan tatkala menerima panggilan yang kakaknya sudah tiada.

"Keluarlah apalagi." jawab Tuan Park yang sedang khusyuk bermain telefon pintarnya.

"Ish tak habis-habis melepak." Puan Park bagai sudah panas punggung menunggu ketibaan anak bujangnya itu.

"Yeobo, kita gerak jelah. Dah lambat ni." ujar Puan Park akibat sudah lama menunggu Jimin tak tiba.

"Jomlah." Tuan Park pun hanya mengiyakan sahaja. Dia sudah bangun menuju ke pintu.

Klerkk-

Pintu utama terbuka dan terpacul lah seorang Park Jimin.

"Tahupun balik ya kamu ni Jimin. Semalam kamu pergi mana. Kelab?" soal Tuan Park sebaik sahaja Jimin memasuki rumah.

Dia sudah bercekak pinggang dan menggeleng kepala dengan kerenah anak bujangnya.

"Jimin tidur rumah kawanlah." balas Jimin. Rambut kusut dirapikan.

Inilah budak zaman sekarang, pantang cuti sekolah lepak rumah kawan sampai tak ingat ada rumah sendiri.

"Dah jangan bergaduh. Jimin pergi tukar baju sekarang. Kita kena cepat." ujar Puan Park yang sudah menuju ke pintu utama.

"Ha? Pergi mana?" soal Jimin mengikuti ibunya dari belakang.

"Tukar jelah. Sekarang!" jerit Puan Park.

Dahlah balik lambat lepastu menyoal lagi. Memang kena maki lah.

-----

"Omma. Seunbi minta maaf..." aku berkata perlahan.

Gambar dan bunga aku letakkan di rak kaca yang menempatkan balang abu omma.

Apalah nasib aku selepas ini.

"Dahlah Seunbi, sampai bila kamu nak macam ni? Biarlah omma tenang kat sana ya. Jom kita balik." kata Ahjumma Chaem yang berada disebelahku.

Maklumlah dia sahaja jiran yang terdekat dan paling rapat dengan keluarga aku. Semua masalah keluarga aku dia juga tahu.

"Seunbi nak ikut omma." ujarku bagai tidak percaya pemergian omma.

"Seunbi." panggil Ahjumma Chaem. Dia memegang bahuku perlahan.

"Seunbi dah takda sesiapa selain omma. S-seunbi nak omma!" air mataku mula mengalir lagi.

Aku menunduk tersimpuh dengan pemergian omma.

-----

"Buat apa pergi sini omma?" soal Jimin sebaik sahaja tersedar dari tidur. Rumah usang dilihatnya tak selera.

Tak lain tak bukan ini pasti rumah sepupu jauhnya, yang miskin lagikan jijik itu.

"Ahjumma Chonhee kamu baru je mendiang kan." kata Puan Park.

"Kan tadi dah lawat memorial park, kenapa tak terus balik? Kenapa perlu datang ke rumah buruk ni?" soal Jimin lagi.

Dia merengus geram. Tidak mahu menjejakkan kaki di rumah orang-orang bertaraf tak berpendidikan itu.

"Jimin jaga mulut kamu tu sikit ya. Ini keluarga omma, keluarga kita juga." tegas Puan Park berkata.

Kalau boleh nak dicili sahaja mulut si Jimin ni.

"Habis tu omma nak buat apa. Kalau macam tu omma jelah pergi turun. Jimin nak duduk dalam kereta." mogok Jimin seraya memeluk tubuh.

Tuan Park hanya menggelengkan kepala sahaja dengan kerenah anaknya itu.

"Jimin Jimin. Dahlah omma nak masuk dulu." pasrah Puan Park mahu berlawan mulut.

Pintu kereta dibuka lalu dia keluar menuju ke rumah keluarga Jang.

"Kamu tunggu luar. Appa nak kunci kereta. Kang tak pasal-pasal minyak habis." ujar Tuan Park kepada Jimin.

Dia tak mahu manjakan sangat anak lelakinya itu. Nanti naik lemak, habis minyak.

"Ha? Apa ni appa?!" soal Jimin sudah mengarok.

"Dah kamu tak nak masuk. Tunggu jelah kat pondok luar tu." sambung Tuan Park lagi, dia segera keluar dari perut kereta menuju ke dalam rumah.

"Ish menyusahkanlah." gertak Jimin juga ikut keluar. Kaki diaturkan ke pondok kayu dihalaman rumah.

Nak suruh dia masuk rumah usang itu, jangan haraplah.

Dia rela berpanas-panasan diluar berbanding menjejakkan kaki di lantai kotor rumah itu.




-tbc

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro