Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

17 / Strategic


"Kalau dah tak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu ye?" Salah seorang pegawai yang berada di dalam bilik mesyuarat tersebut mula meminta diri.

Satu persatu pegawai mula bangun, berjabat tangan dengan Taehyung lalu keluar dari bilik mesyuarat tersebut.

Taehyung tersenyum sambil mengucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai yang sanggup turun padang untuk turut serta dalam mesyuarat kali ini.

Apabila hanya tinggal dirinya sendiri di dalam bilik mesyuarat tersebut, dia mula mengambil telefonnya dan mendail nombor Tessa.

Tiga kali dia cuba menelefon wanita itu, namun semuanya gagal.

Taehyung mengerutkan dahi.

"Busy mungkin?"

Taehyung mengambil keputusan untuk pergi ke bilik kerja milik Tessa. Baru sahaja dia ingin mengetuk pintu bilik kerja milik Tessa, telinganya menangkap bunyi gelak tawa dari Tessa dan Jungkook disebalik dedaun pintu tersebut.

Taehyung tergamam.

Dia tidak sangka wanita itu mengedahkan segala nasihat yang diberikan olehnya.

Perasaan cemburu mula membuak-buak sehingga mengakibatkan lahirnya satu perasaan hitam yang membuak-buak di dalam hatinya.

Dalam diam, dirinya mula mengatur satu strategi. Mungkin strategi ini bakal menyakiti wanita itu. Namun, demi memiliki semula wanita itu, dia rela. Dia sanggup menyakiti wanita itu demi kebahagian mereka kelak.

----

Brughk!

Jimin mengangkat wajahnya. Dia melihat ke arah sahabatnya yang sedang duduk dihadapannya.

Jimin menutup iPad miliknya dan menolak ke tepi gajet tersebut. Melihat wajah gembira milik Jungkook membuahkan tanda tanya dalam hatinya.

"Amboi. Happy betul. Asal?"

Jungkook tersenyum lebar ke arah Jimin. Dia membuka plastik roti miliknya sambil berkata, "Cuba teka."

"Tak nak teka dan tak nak ambil tahu. Menyesal betul aku tanya. Lantak kau la nak happy ke nak mati ke. Aku malas nak ambil tahu." Dengan tiba-tiba sahaja Jimin beremosi.

Jungkook mula berdecit menyampah. Dia mencampakkan plastik roti jagung miliknya itu tepat ke arah muka milik Jimin.

Geram betul. Tapi bukan salah Jimin yang tiba-tiba emosi. Lelaki itu baru sahaja selesai memerah otak menjawab quiz yang disediakan oleh Prof Min. Prof Min itu sudahlan dikenali sebagai Prof yang suka bagi soalan yang perlu semua pelajar fikir diluar kotak.

Sebagai contoh,

Berapa ramai jumlah lelaki di Malaysia yang menyokong Andrew Tate?

APA DIA INGAT JIMIN NI SALAH SEORANG JANTAN YANG TURUT TERJEBAK MENYOKONG ANDREW TATE???

"Tessa ajak aku buat cupcake malam ni!" Ujar Jungkook dengan penuh teruju. Dia boleh bayangkan betapa comelnya cupcake yang dihasilkan olehnya.

Maklumlah. Dia ni dahlah handsome, sado, bijak, pandai masak lepastu comel pula tu. Keistimewaan yang ada padanya itu boleh mewujudkan aura positive pada cupcake yang bakal dihasilkan olehnya nanti.

Tak sekarang ni, apa kena mengena?

"Buat cupcake? Habis tu kerja kau dah siap ke belum? Pameran next week kan? Kau tu dahlah buat kerja lembab lepas tu main game je memanjang. Kerja banyak lagi ada hati nak buat cupcake." bebel Jimin. Jungkook memandang Jimin atas bawah. Mahu sahaja dia hempuk sahabatnya itu dengan buku rujukannya yang setebal 7 jilid Harry Potter itu.

"Speak of the devil--" belum sempat Jimin melanjutkan kata-katanya, Jungkook memotong.

"Don't you dare panggil my woman tu devil! She's my beautiful goddess!" Jimin mencebik.

"Apa-apa jelah!"

"Cakap pasal dia. Nampak macam kau dah lupa pasal deal kita. Still ada masa lagi nak fikirkan balik. Kalau kau nak tarik balik pun aku tak kisah sebab aku tengok kau dengan Tessa dah jauh sangat ni."

Jungkook diam. Merenung ke arah wajah milik Jimin. Dia faham apa yang cuba Jimin maksudkan.

Dia sedar. Dia sudah semakin jauh dan semakin tenggelam dalam permaianan sendiri. Permainan kecil yang dijanjikan oleh Jimin dan dirinya seakan makin dilupakan.

Seperti ada satu tamparan dari Jimin, dia mula sedar bahawa dia sudah melakukan sesuatu perkara yang bodoh.

Ah! Dia tidak tahu. Dia keliru dengan perasaan dirinya ketika ini.

Jujur. Dia bahagia. Dia amat bahagia apabila melihat Tessa berada disampinya. Dia tidak boleh bayangkan hidupnya tanpa seorang bidadari bernama Tessa.

Sedangkan ketika dia sengaja menjauhkan diri dari Tessa kerana takut semakin tenggelam dalam perasaan sendiri hingga melukai hati wanita itu pun dia rasa nak mati.

"Aku tak tahu. Aku rasa aku patut hentikan semua benda bodoh ini tapi dalam masa yang sama aku rasa ego aku tercabar kalau aku batalkan deal kita."

"Betul lah orang kata. Kacak tak mestinya bijak. Tapi aku bijak plus kacak so aku terkecuali." Kutuk Jimin.

"Aku okay je kalau kau nak batalkan deal kita. Since kita pun dah nak graduate dah pun so aku rasa tak salah pun kalau kau nak teruskan."

"Aku tak tahu. Aku keliru dengan perasaan aku. Jujur aku cakap. Aku sayang gila dekat dia. Tapi aku tak boleh nak batalkan deal kita."

"Kau ni betul la bodohnya agak pekat ye. Kau tak rasa ke deal kita boleh sakitkan hati dia? Sakitkan hati kau? Deal kita tu--"belum sempat Jimin menghabiskan ayatnya, satu suara yang lembut memotong kata-katanya.

"Deal apa?"

Jungkook kenal suara itu. Dia dan Jimin serentak menoleh. Lidah mereka berdua kelu apabila melihat Tessa berdiri dibelakang mereka dengan wajah cemberut, keliru.

"Cupcake,"

"Mati. Matiii" Jimin menampar dahinya sendiri.

-TBC-

HELLOOO IM BACKKK!! Btw nak cakap ff ni nak habis dahhh tinggal beberapa chapter lepastu habissssss❣️❣️ thank you kepada yang masih sudi baca fanfic ini walaupun makin lama gue makin tak update atas faktor busy :((( LOVE YALLL❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro